You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LURAH BILUT

28800 BENTONG, PAHANG

MINIT MESYUARAT PROGRAM PEMULIHAN KHAS


BIL: 1 TAHUN: 2017

Tarikh : 11 Januari 2017


Hari : Isnin
Masa : 2.40 petang
Tempat : Bilik Gerakan SJKT lurah Bilut
Kehadiran :
1. En. N. Kunamsergam Guru Besar
2. En. P. Siva Shakti Muruga GPK Akademik dan Pentadbiran
3. Pn. R. Jijaya GPK HEM
4. Pn. M. Hema Chitra GPK Kokurikulum
5. Pn. Hayati binti Md Fuad Setiausaha
6. Pn. K. Punithavathy Ketua Panitia Bahasa Malaysia
7. Pn. Kavitha Ketua Panitia Matematik
8. Pn. Senthamarai Guru MT
9. Cik S. Sathia Bama Guru BM

1.0 UCAPAN PENGERUSI (EN. N. KUNAMSERGAM)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK dalam


mesyuarat kali pertama Program Pemulihan Khas.
1.2 Pengerusi mengucapkan syabas kepada semua guru yang terlibat, kerana
telah bertungkus lumus untuk mengurangkan bilangan murid LINUS
khususnya memastikan sifar murid LINUS yang belum menguasai K1 dan
K2 dalam Kemahiran Literasi LINUS2.0.
1.3 Semua mesyuarat panitia, termasuklah mesyuarat Program Pemulihan
Khas, perlu diseragamkan dengan mesyuarat Kurikulum iaitu dijalankan
sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
1.4 Pengerusi berharap agar mesyuarat kali ini dapat merancang program yang
bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian murid Pemulihan Khas.
Tindakan: Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Cik S. Sathia Bama mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan.
1
2.2 Pn. K. Punithavathy menyokong cadangan supaya minit mesyuarat yang
lalu disahkan.
Tindakan: Setiausaha

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tidak ada perkara berbangkit.

4.0 PERANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS


4.1 Pengesahan Pelantikan Jawatankuasa Program Pemulihan Khas 2017
4.1.1 Pn. M. Hema Chitra mencadangkan agar pelantikan AJK Program
Pemulihan Khas 2017 disahkan.
4.1.2 Pn. Kavitha menyokong agar pelantikan AJK Program Pemulihan
Khas 2017 disahkan.
Tindakan: Setiausaha

4.2 Senarai Nama Murid Pemulihan Khas 2017


4.2.1 Ujian Saringan Pemulihan Khas menggunakan Instrumen Penentu
Penguasaan Membaca dan Menulis (IPP2M) Tahap 1 untuk mata
pelajaran Bahasa Malaysia, dan Instrumen Kemahiran Asas
Matematik (IKAM) Tahap 1 bagi mata pelajaran Matematik.
Tindakan: Makluman
4.2.2 Berikut adalah senarai Murid Pemulihan Khas 2017 berdasarkan
Ujian Saringan Pemulihan Khas yang telah dilaksanakan pada 4
hingga 8 Januari 2017:

Bahasa Malaysia
Bil Nama Murid J Kelas Bangsa
1 S. Saravanan L 3V I
2 S. Surya L 1V I

Tindakan: Makluman/Setiausaha

4.3 Perancangan Aktiviti Tahun 2017


1. Mesyuarat = 3 kali setahun (Jan., Apr., & Nov.)
2. Pencalonan Murid Pemulihan Khas = 2 kali setahun (Jan. & Jun)
3. Ujian Saringan Pemulihan Khas = 1 kali setahun (Januari)
4. Ujian Pelepasan = 3 kali setahun (Jun & Okt.)
5. Ujian Diagnostik = 1 kali setahun (Januari)
6. Perjumpaan Tiga Penjuru = 2 kali setahun (Mac & Julai)
7. Pengumpulan maklumat murid = sepanjang tahun
8. Saringan LINUS2.0 = 2 kali setahun (Mei & September)
2
9. Program Harapan = Sepanjang tahun (Setiap hari Jumaat 7.40 8.10
pagi)
10. Program Minda Cergas = Sepanjang tahun (Setiap hari Selasa 7.20
hingga 7.40 pagi)
Tindakan: Guru Pemulihan Khas

4.4 Anggaran Perbelanjaan Tahun 2017


4.4.1 Anggaran perbelanjaan tahunan program pemulihan khas tahun
2017 adalah seperti yang dilampirkan.
Tindakan: Makluman
4.4.2 Peruntukan Kewangan: Guru Pemulihan boleh menggunakan
peruntukan bagi pelaksanaan Program Pemulihan Khas daripada
Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan
pekeliling seperti di bawah:

Di bawah Bantuan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


(Pekeliling Kewangan Bil.2/91 KP1573/17/jld.8(78) bth.11 Feb
1991). Bertujuan untuk bimbingan pendidikan bagi membolehkan
kanak-kanak menerima pendidikan sesuai dengan bakat, tahap
kecerdasan dan kebolehannya.

4.4.3 Pihak pentadbir sekolah perlu memastikan peruntukan PCG bagi


Bahasa Malaysia dan Matematik digunasama oleh Guru Pemulihan
untuk penyediaan bahan bantu mengajar untuk Kelas Pemulihan
Khas.
Tindakan: Pentadbir / Guru Panitia BM & MT

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Murid Pemulihan Khas mesti diberi tempat duduk di hadapan kelas.
Tindakan: Guru Kelas / Guru MP
5.2 Guru mata pelajaran perlu mengenal pasti murid-murid yang mengikuti
Program Pemulihan Khas agar pemulihan di dalam kelas dapat
dilaksanakan untuk murid tersebut
Tindakan: Guru MP
5.3 Guru BM dan MT yang terlibat perlu menyerahkan satu salinan RPT
(softcopy) kepada Guru Pemulihan Khas.
Tindakan: Guru MP
5.4 Sekiranya terdapat murid baru yang perlukan bimbingan Guru Pemulihan
Khas, sila isi borang pencalonan Program Pemulihan Khas.
Tindakan: Guru Kelas / Guru MP

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran dan
penglibatan semua AJK Program Pemulihan Khas di dalam mesyuarat kali
ini. Beliau berharap agar semua guru yang terlibat memberikan kerjasama
yang sepenuhnya demi membantu murid-murid yang menghadapi masalah
penguasaan asas 3M.
3
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Disediakan oleh,

.
(HAYATI BINTI MD FUAD)
Setiausaha Program Pemulihan Khas
Guru Pemulihan Khas
SJKT Lurah Bilut

You might also like