You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LURAH BILUT

28800 BENTONG, PAHANG

MINIT MESYUARAT PROGRAM PEMULIHAN KHAS


BIL: 2 TAHUN: 2017

Tarikh : 13 November 2017


Hari : Isnin
Masa : 2.40 petang
Tempat : Bilik Gerakan SJKT lurah Bilut
Kehadiran :
1. En. M. Muruli Guru Besar
2. En. P. Siva Shakti Muruga GPK Akademik dan Pentadbiran
3. Pn. R. Jijaya GPK HEM
4. Pn. M. Hema Chitra GPK Kokurikulum
5. Pn. Hayati binti Md Fuad Setiausaha
6. Pn. K. Punithavathy Ketua Panitia Bahasa Malaysia
7. Pn. Kavitha Ketua Panitia Matematik
8. Pn. Senthamarai Guru MT
9. Pn. S. Thangam Guru BM

1.0 UCAPAN PENGERUSI (EN. M. MURULI)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran AJK dalam


mesyuarat kali pertama Program Pemulihan Khas.
1.2 Pengerusi mengucapkan syabas kepada semua guru yang terlibat, kerana
telah bertungkus lumus untuk mengurangkan bilangan murid LINUS
khususnya memastikan sifar murid LINUS yang belum menguasai K1 dan
K2 dalam Kemahiran Literasi LINUS2.0.
1.3 Pengerusi mengharapkan sasaran kerajaan untuk menguasai kemahiran
3M iaitu 90% untuk tahun 1 dan 95% untuk tahun 2 manakala 100% untuk
tahun 3 tercapai.
Tindakan: Makluman

1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 En. P. Siva Shakti Murugan mencadangkan agar minit mesyuarat yang
lalu disahkan.
2.2 Pn. K. Punithavathy menyokong cadangan supaya minit mesyuarat yang
lalu disahkan.
Tindakan: Setiausaha

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tidak ada perkara berbangkit.

4.0 LAPORAN LINUS SARINGAN 1 DAN 2 2017

4.1 Penyelaras Linus memaklumkan bahawa semua murid tahun 2 dan 3 telah
menguasa semua konstrk dalam ujian saringan linus sekali gus menjadikan
peratusan lulus LINUS bagi ketiga-tiga subjek 100%.
4.2 Penyelaras Linus memaklumkan hanya LBM tahun 1 tidak dapat
mencapai KPI Linus 2017 manakala semua saringan yng lain telah
mencapai KPI yang dietapkan oleh Kementerian.
4.3 Guru pemulihan juga memaklumkan bahawa hanya seorang sahaja murid
tahun 1 yang tidak melepasi saringan linus namun tidak di kategorikan
sebagai linus tegar iaitu S. Surya
4.4 Guru pemulihan khas memaklumkan bahawa murid tersebut memerlukan
bimbingan yang lebih kerana masalah ponteng menjadikan murid tersebut
tertinggal dalam pelajarannya.

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Guru pemulihan menghadapi masalah dengan seorang murid iaitu S. Surya
kerana murid ini kerap kali tidak hadir ke sekolah dan tidak membuat krja
yang diberikan. Guru pemulihan telah banyak kali mencuba untuk
meminta pihak pengurusan sekolah mengambil tindakan kepada ibu
bapanya tetapi ibu bapanya tidak memberikan respon yang
memberangsangkan untuk anaknya.
5.2 Guru pemulihan juga mendapati masalah ini makin melarat kerana ibu
bapa murid ini sering menyiapkan kerja rumah anaknya. Masalah tetap
berlarutan walaupun telah ditegur.
Tindakan : Guru pemulihan

2
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas kehadiran dan
penglibatan semua AJK Program Pemulihan Khas di dalam mesyuarat kali
ini. Beliau berharap agar semua guru yang terlibat memberikan kerjasama
yang sepenuhnya demi membantu murid-murid yang menghadapi masalah
penguasaan asas 3M.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

.
(HAYATI BINTI MD FUAD)
Setiausaha Program Pemulihan Khas
Guru Pemulihan Khas
SJKT Lurah Bilut

You might also like