You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AGUNG

PERSATUAN PANDU PUTERI TUNAS


TAHUN 2017

Tarikh : 14 Januari 2017


Masa : 9.30 pagi
Tempat: kelas 6 Jaya/ 3 Jaya

Kehadiran Guru:
1. Pn. Norhajar
2. Pn. Fauziah
3. Pn. Nizamiyah
4. Pn. Zabedah
5. Pn. Annamal

Kehadiran Murid:
Rujuk Lampiran

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi
2. Perlantikan AJK 2017
3. Kehadiran murid
4. Buku Kokurikulum
5. Aktiviti 2017
6. Hal-hal Lain
7. Ucapan Penangguhan

1. Ucapan Pengerusi
Pengerusi menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua guru dan ahli Pandu Puteri Tunas
yang hadir bagi mesyuarat agung sesi 2017. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk
memperkenalkan murid-murid kepada guru-guru penasihat Pandu Puteri Tunas 2017 serta
perlantikan ahli jawatankuasa baru.

2. Perlantikan AJK 2017


Pengerusi memberitahu bahawa tujuan utama mesyuarat agung didakan untuk melantik AJK
bagi melaksanakan tugas sepanjang tahun dan ahli jawatankuasa yang tertinggi diberi keutamaan
kepada murid-murid tahun enam.
Setelah dibuat undian AJK 2015 adalah seperti berikut:

Pengerusi : Laily Farhani (6U)

Naib Pengerusi : Fatin Nazirah (5T)

Setiausaha : Nur Syahmi (6U)

Naib Setiausaha : Haziqah (5U)

Bendahari : Fatin Ainin Sofea (6T)

Naib Bendahari : Nurul Atifah (5U)

Juru Audit : 1 Balqis Najwa (6U)


2 Pn Fauziah bt Mohd Nor

Ahli Jawatankuasa:

Tahun 6 : Siti Amira (6S)

Farah Najwa (6J)

Tahun 5 : Aina Humaira (5T)

Anis Syahida (5T)

Tahun 4 : Puteri Lutfiyah (4T)

Adriana Batrisya (4U)


Pengerusi berharap AJK yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik dalam
menjalankan aktiviti yang telah dirancang.

3. Kehadiran murid
Pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran murid bagi aktiviti kokurikulum adalah wajib. Jika
tidak hadir selama 3 hari berturut-turut surat amaran akan dkeluarkan. Jika tidak hadir pastikan
membawa surat doktor yang menyatakan bahawa murd cuti sakit.

4. Buku Kokurikulum
Buku Kokurikulum wajib dibawa setiap kali perjumpaan untuk ditandatangani oleh guru yang
berkenaan. Buku itu mestilah ditulis butir-butir yang perlu untuk tahun semasa.

5. Aktiviti 2017
Guru memaklumkan kepada murid-murid bahawa pelbagai aktiviti telah dirancang untuk
menjayakan lagi Persatuan Pandu Puteri Tunas pada tahun ini.

6. Hal-Hal Lain
6.1 Pengerusi memberitahu bahawa perjumpaan akan diadakan pada hari sabtu minggu ke2
dan minggu ke4 . Pengerusi berharap semua ahli dapat memberi kerjasama agar aktiviti tahun ini
dapat berjalan dengan lancar.
6.2 Pengerusi juga turut menjelaskan uniform Pandu Puteri Tunas yang lengkap kepada ahli-
ahli baru. Murid-murid juga dikehendaki berpakaian uniform Pandu Puteri Tunas lengkap pada
setiap hari Rabu.

7. Ucapan Penangguhan
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................ .............................................
(NUR SYAHMI) (NORHAJAR BT SALASA)
Setiausaha Pandu Puteri Tunas Guru Penasihat Pandu Puteri Tunas
SK Haji Mahmud SK Haji Mahmud

You might also like