You are on page 1of 29

Moral dan undang-undang -- Jangan gadai maruah dan negara untuk

keseronokan hari ini


BAGI sesebuah masyarakat yang bertamadun, perbincangan mengenai soal moral
ataupun akhlak tidak dapat dielakkan, walaupun ia sering menimbulkan kontroversi. Ini
berlaku kerana apabila manusia mula hidup bermasyarakat, peraturan terpaksa
diwujudkan bagi menentukan hak dan tanggungjawab. Darinya lahirlah adat resam yang
menggariskan kaedah dalam menguruskan perhubungan di antara individu dan
masyarakat dan di sebaliknya.
Apabila masyarakat mempunyai persamaan sama ada dari segi bangsa atau sempadan
negara yang lebih tetap dan terjamin, maka timbullah keperluan untuk mengadakan
undang-undang yang boleh diterima. Undang-undang seterusnya terjalin dari budaya dan
adat resam yang perlu dikuatkuasakan untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan
masyarakat serta negara yang telah ditubuhkan.
Undang-undang juga boleh ditentukan dari sumber hukum agama yang diturunkan Allah
melalui para nabi dan rasul ataupun melalui kepercayaan yang dijuruskan melalui
pegangan falsafah atau kepercayaan masyarakat berkenaan.
Dalam hubungan ini kita perlu melihat bagaimana moral dan undang-undang mempunyai
hubungan yang bertaut. Adakala hubungan tersebut jelas dan adakalanya juga kabur.
Oleh kerana undang-undang dan moral mempunyai kaitan yang rapat maka ia menjadi
unsur penting dalam kehidupan harian manusia bagi menjamin kesempurnaan dan
kesejahteraan.
Seorang ahli falsafah di abad kelapan belas, Immanuel Kant, dalam penulisannya bertajuk
Critique of Pure Reason menyatakan, "Dua perkara mengisi pemikiran saya dengan
penuh kehairanan dan ketakjuban - lebih kerap dan lebih hebat lagi ialah apabila saya
membayangkan perkara tersebut semasa memerhati langit di atas dengan bintang-bintang
yang bergemerlipan serta undang-undang dan akhlak yang tertanam di jiwa."
Immanuel Kant telah memilih pendekatan yang mencantumkan akhlak dan undang-
undang dan disebut sebagai undang-undang akhlak. Namun semenjak itu bukan sahaja
dua perkara tersebut terpisah, malahan kedua-duanya sudah mula diberi penakrifan yang
tersendiri. Keadaan ini membuatkan masyarakat bertanya tentang - apakah undang-
undang dan apakah akhlak?
Penulis Alexander Pope pula dalam karyanya #An Essay On Men membuat pemerhatian
bahawa Order Is Heaven's First Law, ia bermaksud ketenteraman adalah undang-undang
pertama di syurga.
Sebenarnya undang-undang adalah satu kumpulan peraturan atau kanun rasmi yang
dibuat oleh mereka yang berkuasa untuk mengawal hal ehwal masyarakat dan negara.
Mengikut Austin, "setiap undang-undang mengandungi peraturan untuk memandu
manusia yang waras dan ditadbir oleh manusia yang waras.'' Dalam konteks negara ia
bermaksud kita memerlukan kewujudan kerajaan yang waras untuk memerintah rakyat
yang waras. Ini tidak bermakna bahawa masyarakat primitif tidak mempunyai peraturan,
ataupun undang-undang yang berkuat kuasa bagi mengawasi tatacara hidup mereka.
Sebagaimana yang diungkapkan oleh Alexander Pope, "untuk keamanan dan
ketenteraman dalam sesebuah masyarakat, undang-undang diperlukan.''
Persoalan yang timbul apabila kita memperkatakan tentang penakrifan undang-undang
ialah apakah perlu dibezakan antara undang-undang Tuhan dan undang-undang yang
dicipta oleh manusia. Dalam Islam, konsep hukuman terhadap kesalahan dilihat melalui
dua pendekatan.
Pertama melalui undang-undang yang berdasarkan kepada hukum Tuhan yang ditetapkan
mengikut kaedah yang ditentukan oleh Quran atau sunah rasul.
Keduanya, jika hukuman tersebut tidak dilaksanakan kerana sebab-sebab tertentu
seseorang itu masih lagi tidak dapat mengelakkan dirinya dari hukuman Allah melalui
konsep dosa di akhirat kelak.
Dalam kata lain jika seseorang tidak mematuhi undang-undang atau melanggarnya ia
tetap tertakluk kepada hukuman Tuhan di atas kesalahan yang dilakukan. Justeru itu,
kepatuhan kepada undang-undang berjaya dilaksanakan kerana ada ancaman hukuman
terhadap mereka yang melanggarinya.
Moral ataupun akhlak secara umumnya adalah nilai-nilai yang diamalkan oleh sesebuah
masyarakat pada sesuatu masa yang boleh berubah menjadi adat.
Ia juga kemudiannya boleh bertukar menjadi satu peraturan hidup bermasyarakat.
Standard yang diterima oleh masyarakat akan berubah dari masa ke masa mengikut
sistem nilai yang diamalkan oleh masyarakat berkenaan.
Apabila membicarakan persoalan hak dan batil ia selalunya dikaitkan dengan prinsip
ajaran agama dan hukum agama yang dipanggil sebagai undang-undang Tuhan.
Walaupun boleh dikatakan bahawa akhlak sebenarnya bersendikan ajaran agama tetapi ia
juga boleh berkembang dari pegangan dan pandangan masyarakat yang mengambilnya
sebagai amalan lazim.
Di peringkat awal perkembangan undang-undang, terangkum dalam sistem akhlak yang
diakui perlu dipertahankan oleh masyarakat tetapi kini proses mengasingkan undang-
undang daripada akhlak sudah menjadi kenyataan.
Keadaan ini berlaku kerana kebebasan dan hak individu diberikan keutamaan mengatasi
hak masyarakat. Ini timbul kerana masyarakat umum pada mulanya tidak mengambil
kisah, tidak mahu terlibat dan menjadi lebih toleran terhadap isu ini. Lama-kelamaan nilai
dan norma sebegini menjadi satu cara hidup baru yang diterima oleh masyarakat,
walaupun ia bertentangan dengan moral ataupun sifat-sifat kemanusiaan.
Sememangnya akhlak mempengaruhi bentuk dan jenis undang-undang yang diwujudkan.
Namun demikian undang-undang kini tidak lagi menentukan bentuk akhlak yang boleh
diungkapkan dalam sesebuah masyarakat.
Mungkin kerana pertentangan sedemikianlah yang menyebabkan salah seorang karakter
dalam drama Pygmallion karya Bernard Shaw bernama Doolittle, bila dipersoal tentang
sama ada beliau ada moral ataupun tidak menjawab, "saya tidak mampu tuan, tuan juga
saya percaya tidak mampu memilikinya, jika tuan semiskin saya.'' Akhlak dianggap
sebagai sesuatu kemewahan untuk dimiliki oleh seseorang.
Dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat masa kini serta perkembangan sistem kapitalis
secara meluas, masyarakat terus memberikan keutamaan kepada individu yang memilih
kebebasan untuk diri masing-masing.
Umpamanya berdasarkan kepada undang-undang seseorang mungkin dikenakan
hukuman ke atas kesalahan tertentu melibatkan seks tetapi dalam masa yang sama
terdapat juga kesalahan seks yang boleh terlepas dari hukuman undang-undang seperti
pelacuran, menyimpan teman wanita dan hidup bersama sebagai suami isteri tanpa nikah.
Semua ini sememangnya berlaku tetapi undang-undang tidak menganggapnya salah.
Undang-undang sepatutnyalah berasaskan kepada pemikiran waras. Sebagaimana
dikatakan oleh W.S.Gilbert, "undang-undang adalah rangkuman segala yang cemerlang.
Ia tidak seharusnya ada kecacatan.''
Sir Edward Cooke, seorang pakar undang-undang pula menyebut, "semenjak sekian
lama, jika ia bertentangan dengan kewarasan pemikiran, ia tidak patut berkuat kuasa
sebagai undang-undang.''
John Milton dalam bukunya, Paradise Lost menyatakan Tuhan memerintahkan dan
meninggalkan perintahnya, yang lain dapat terus hidup, undang-undang untuk kita,
kewarasan kita adalah undang-undang kita.'' Apa yang dimaksudkan ialah undang-undang
yang baik semestinyalah berasaskan kepada pemikiran yang waras.
Masyarakat pada masa lampau menganggap hubungan homoseks (hubungan seks sesama
jenis) ataupun biseksuals sebagai bertentangan dengan hukum akhlak dan sekali gus ia
menjadi kesalahan di sisi undang-undang. Dengan peralihan masa dan juga perubahan
sistem nilai masyarakat, banyak negara khususnya di Barat menganggap kelakuan ini
sebagai perkara biasa dan tidak seharusnya menjadi kesalahan di sisi undang-undang.
Keadaan ini berlaku kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan individu yang
bertindak untuk kepuasan dirinya selagi ia tidak melanggar hak orang lain.
Justeru itu undang-undang diwujudkan bagi menghalalkan perbuatan sumbang di antara
dua pihak yang melakukannya secara rela hati. Ada negara yang memberikan hak
sehingga boleh berkahwin sesama jenis dan juga mewarisi harta. Soal moral diketepikan,
dan kesan buruk terhadap masyarakat tidak menjadi pertimbangan.
Semuanya atas nama hak asasi dan kebebasan. Namun demikian pemisahan akhlak dan
undang-undang tidak boleh berlaku dalam sistem Islam, kerana undang-undang dan
akhlak dianggap dari intipati yang sama.
Persoalan yang sering ditimbulkan dalam perbahasan mengenai moral dan undang-
undang ialah sama ada kesalahan moral sesungguhnya patut dijadikan kesalahan di sisi
undang-undang. Persoalan mengenai kedudukan moral dalam konteks undang-undang
memang selalu mencetuskan konflik. Malahan cukup menarik sekali jika dikemukakan
persoalan sama ada undang-undang perlu menjadi pelindung kepada moral atau di
sebaliknya moral sendiri menjadi pendukung kepada undang-undang.
Tidak dapat dinafikan bahawa dalam undang-undang terkandung nilai moral yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat. Namun ia tidak pula secara keseluruhannya
menjadikan kesalahan yang berlaku di sisi akhlak sebagai sesuatu kesalahan di sisi
undang-undang.
Mengikut sistem dan kaedah hukum, undang-undang berteraskan undang-undang Barat,
akan hanya mengambil kira isu moral jika ia menjejaskan ketenteraman awam atau
merosakkan keamanan atau kestabilan masyarakat.
Bagi mengelakkan kritikan tentang hak asasi dan kebebasan individu, banyak negara
Barat mencari penyelesaian secara cepat dengan menghalalkan banyak kategori salah
laku seks.
Kesan dari tindakan ini ialah mereka berhadapan dengan isu moral yang tidak
berkesudahan seperti isu melibatkan euthanasia, pengguguran, bunuh diri dan sebagainya.
Apa juga pegangan atau kepercayaan kita, undang-undang semestinyalah mengiktiraf
bahawa moral adalah sistem nilai yang mengikat masyarakat. Jika ia dipisahkan sudah
tentu masyarakat akan menjadi lebih toleran terhadap tindakan yang tidak bermoral,
semata-mata kerana ia tidak bertentangan dengan undang-undang dan kepentingan
masyarakat umum.
Masing-masing akan merasakan tidak bersalah bila melakukan pelanggaran moral kerana
orang lain juga melakukannya tanpa menerima sebarang hukuman.
Kesan buruk hasil dari pemisahan moral dan undang-undang ialah bertambahnya
kesalahan jenayah kerana perasaan bersalah atau berdosa tidak lagi diambil kira.
Ramai yang akan terus bermaharajalela melakukan perbuatan salah laku moral kerana
mereka mengambil sikap bahawa selagi undang-undang tidak merangkumkannya sebagai
satu kesalahan maka ia boleh dilakukan tanpa perasaan bersalah atau berdosa.
Bagi menjamin kesinambungan masyarakat yang sejahtera dan bahagia, kehidupan tidak
seharusnya diuruskan semata-mata berteraskan kepada undang-undang. Malahan amat
penting sekali bagi masyarakat mewujudkan kekuatan adat serta budi pekerti yang baik
dan sempurna yang berteraskan amalan positif bagi menghindar bangsa dan negara
terjerumus ke lembah kehinaan.
Adalah penting bagi kita tidak menggadaikan maruah dan martabat bangsa hanya untuk
menikmati keseronokan hari ini tetapi akan menjejaskan masa depan anak cucu kita.
Moral dan undang-undang sering berdampingan antara satu sama lain. Ada kalanya ia
perlu disatukan. Namun, apabila penyatuan tidak dapat dicapai kita harus mewujudkan
suasana di mana kedua-duanya menjadi kaedah hidup yang saling lengkap-melengkapi
antara satu sama lain. Ini perlu dilakukan bagi menentukan kesejahteraan yang
berasaskan nilai-nilai suci dan murni akan terbina.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=1999&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm#ixzz4336kM7X1
Utusan Melayu (M) Bhd
Pengenalan
Unit ke dua modul ini mengariskan isu-isu berkaitan dengan undang-undang sebagai
panduan kepada keputusan dan tindakan pengurusan apabila organisasi berhadapan
dengan dilemma etika. Bab pertama unit ini mengupas undang-undang sebagai satu set
peraturan yang mencerminkan penilaian moral yang dipegang dalam masyarakat
kita. Bab kedua akan membincangkan kod-kod etika dan punca-punca tindaklaku tidak
beretika dalam Sebuah organisasi.

Objektif
Setelah menamatkan bab ini anda akan memperolehi:

1. Menggunakan undang-undang sebagai kombinasi penilaian moral seperti mana yang


diterbitkan dengan meluas, diterima secara umum dan telah biasa dilaksanakan.
2. Mengenalpasti beberapa punca struktur terhadap tingkahlaku yang tidak beretika dalam
organisasi dan cara-cara dalam menyelesaikannya.
3. Merancang sistem untuk pengurusan tingkahlaku dalam organisasi.

Bab 4: Managerial Ethics and the


Rule of Law
4.1 The Rule of Law

Kita akan melihat undang-undang sebagai dasar kepada keputusan pengurusan


apabila berhadapan dengan dilemma etika.

Undang-undang adalah satu set peraturan yang dibentuk oleh masyarakt untuk
mengawal tingkahlaku dalam masyarakat

Kita harus merujuk krpada undang-undang apabila berhadapan dengan konflik antara
prestasi ekonomi organisai dan prestasi sosial. Biarkan undang-undang yang
memutuskan. Di dalam masyarakat demokrasi dimana peraturan dan undang-undang
dianggap mewakili penilaian moral dari ahli masyarakat Secara keseluruhannya. Kita
harus mematuhi penilaian moral ini dan tidak sepatutnya membentuk pendapat moral
peribadi kita. Ada banyak contoh undang-undang yang mencerminkan penilaian
moral terkumpul

4.2 Undang-undang sebagai Panduan Untuk Pilihan Moral


Kita tidak boleh bergantung kepada pasaran sebagai panduan untuk membuat
keputusan dan tindakan pengurusan apabila berdepan dengan dilemma etika, tetapi
bagaimana pula dengan undang-undang? Hujah yang saha adalah sangat berlainan.
Hujah yang sah adalah masyarakat satu set
peraturan dan peraturan ini melambangkan
pilihan ahlinya secara menyeluruh dalam
masyarakat berkaitan dengan sebarang
keputusan dan tindakan yang menjejaskan
kebajikkannya
Argumen ini boleh diaplikasikan. Contohnya, apabila seorang pegawai bank membuat
keputusan di antara memberikan pinjaman berisiko tinggi kepada syarikat tempatan
yang kecil dan akan mendapat pulangan dengan kaedah faedah yang dikawal oleh
undang-undang atau memberikan pinjaman tersebut kepada syarikat besar yang
berada jauh (asing), risikonya rendah dan menjanjikan pulangan yang lebih besar
sekiranya kos lebih rendah dalam pengurusan pemberian pinjaman kepada syarikat
besar yang kukuh di segi kewangan ini dimasukkan ke dalam pengiraan.

Sekiranya anda pegawai bank tersebut, apakah langkah-langkah yang akan


anda amil?

Katakan dalam kes di atas masyarakat telah memutuskan bayaran faedah yang
melampau adalah lebih membahayakan berbanding sokongan tempatan yang
dihadkan, maknanya pinjaman tersebut harus diberikan kepada syarikat besar itu
(Walaupun bukan syarikat tempatan). Patutkah kita membantahnya? Anggapkan kita
percaya kita perlu membantah demi kepentingan masyarakat maka kita harus
menyokong syarikat-syarikat kita. Seperti yang dikatakan bahawa:

Sekiranya kita tidak mengemari tindakan sesebuah syarikat, kita harus cuba untuk
meluluskan undang-undang menghalang perbuatan tersebut atau mengalakkan tindakan
alternatif
Sekiranya kita tidak dapat mengesahkan undang-undang melalui proses demokratik
maka kita harus menerima keadaan seadanya

Adaian di sini bahawa kita patut bergantung kepada undang-undang dalam membuat
keputusan dan bersetuju sekiranya sesuatu tindakan itu benar. Sekiranya ia sah
disisi undang-undang dan salah sekiranya ia tidak mematuhi undang dengan
kefahaman bahawa keputusan ini boleh diubah bergantung kepada pandangan
majority masyarakat.

Dalam contoh yang diberi (pihak bank enggan memberi pinjaman modal kepada
syarikat tempatan yang berisiko sebaliknya diberikan kepada syarikat luar yang
kurang berisiko). Agak mudah untuk membentuk undang-undang yang
memperbetulkan keadaan ini. Setiap bank dalam negeri atau negara mungkin harus
disyaratkan (menggunakan undang-undang) untuk melabur sejumlah peratusan
tertentu wang mereka untuk masyarakat setempat.

4.3 Satu Contoh Pilihan Moral

Kira kembali kepada pegawai bank yang kita bincangkan sebelum ini. Dia perlua
memutuskan sama ada patut atau tidak dia melabut dalam syarikat tempatan yang
berisiko tinggi tetapi yang menyediakan peluang pekerjaan dan kebaikan lain kepada
masyarakat tempatan. Anggaplah bahawa:

Masyarakat setempat berada dalam kawasan yang mempunyai kadar pengganguran


yang tinggi di mana peluang kerja sangat diperlukan dan syarikat tempatan terlibat dalam
perusahaan yang memerlukan banyak tenaga buruh.
Manakala syarikat asing itu, kompeni besar di Bandar yang jauh memerlukan modal
yang besar dan mampu menjana peluang-peluang kerja baru.
Syarikat tempatan itu mengeluarkan produk kesihatan yang mampu mengurangkan
penyakit golongan tua diseluruh negara Manakala syarikat luar itu pula mengeluarkan
produk makanan dalam pek yang tinggi kalori dan tidak berkhasiat.
Bantuan modal oleh agensi-agensi kerajaan kepada peniaga atau syarikat kecil
dibekukan baru-baru ini.

Ini adalah contoh dilemma etika yang klasik, pilihan diantara prestasi ekonomi dan
kewajipan social dirumitkan lagi oleh kesan-kesan jangka panjang, hasil yang tidak
pasti dan implikasi karier.

Apakah keputusan kita bila berdepan dengan pilihan sebegini? Sekiranya pegawai
bank memberi jawapan kepda pemilik syarikat kecil tempatan itu bahawa dia ingin
membanu tetapi:

Undang-undang menghalang pulangan yang mencukupi untuk menanggung risiko itu.


Tiada jaminan kerajaan atau subsidi faedah yang terdapat pada masa ini.
Pengawai bank dikehendaki meminimakan risiko untuk para pendeposit mereka.

Sudah tentu respon biasa dari pihak bank untuk pinjaman (yang diperlukan dari aspek
sesial tetapi goyah kewangan) ialah: tidak menjelaskan alasan untuk penolakan
tersebut.Biasanya mereka akan sekadar mencadangkan nama-nama peminjam lain
atau mencari pinjaman dari pihak lain.

Persoalan dalam keas ini, bukanlah sama ada pihak bank harus memberi pinjaman
kepada perusahaan yang perlu di sudut social tetapi sukar diusahakan. Memang jelas,
tiada bank yang mampun bertahan sekiranya terus memberi pinjaman
sebegini. Tambahan bank tidak harus terus memberi pinjaman sebagai kemudahan
masyarakat di mana mereka beroperasi.Harus ada had dan keseimbangan untuk
kebaikkan kedua-dua pihak. Persoalannya, bagaimana untuk mencapai keseimbangan
ini?

4.4 Undang-undang Kombinasi Penilaian Moral


Jika kita boleh melangkaui peraturan-peraturan asas dalam undang-undang ketika
membuat keputusan atau tindakan tetapi kita tidak boleh melepasi undang-undang
kerana dengan berbuat demikian kita melanggar kehendak majority rakyat. Kita hidup
dalam masyarakat demokrasi, sekiranya kita tidak menyetujui sesuatu yang kita
terpaksa lakukan, maka kita harus mendapatkan majority para pengundi untuk
meluluskan undang-undang untuk menghalang tindakan tersebut. Namun sebelum ia
dicapai, kita harus mematuhi kehendak majority rakyat

Bagaimana reaksi kita terhadap kenyataan di atas? Sekiranya tidak mungkin untuk
kita memberi reaksi yang logic dab menyakinkan, adakah kita terpaksa menerima
undang-undang sebagai pemberi kata putus bila berhadapan dengan dilemma moral?

Untuk menjawap soalan ini, adalah perlu untuk:

Pertama, mendefinisikan undang-undang untuk memastikan bahawa kita


membincangkan set konsep yang sama
Keuda, memeriksa proses-proses yang terlibat dalam pembentukan undang-undang.

4.5 Definisi Undang-Undang

Undang-undang boleh didefinisikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan
menyeluruh diterbitkan secara meluas, diterima secara umum dan biasa di
kuatkuasakan.

Peraturan ini menjelaskan bagaimana kita bertingkahlaku dalam berinteraksi dengan


ahli masyarakat yang lain. Ia adalah keperluan untuk bertingkahlaku yang dinyatakan,
bukannya sekadar harapan atau cadangan atau permintaan. Dalam kata lain, undang-
undang ialah apa yang mesti kita lakukan. Undang-undang didefinisikan sebagai set
peraturan yangkonsisten, menyeluruh, diterbitkan, diterima dan
dikuatkuasakan . Mari kita lihat setipa cirri ini secara lebih terperinci.

1. Konsisten tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus konsisten untuk
membolehkan diterima sebagai sebahafian daripada undang-undang. Iaitu, sekiranya
terdapat 2 tuntutan yang saling bertentangan kedua-duanta tidak boleh diterima sebagai
undang-undang kerana jelas orang ramai tidak mungkin dapat mematuhi kedua-duanya
serentak

1. Menyeluruh Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan, haus menyeluruh
atau boleh diterima oleh semua orang yang mempunyai cirri-ciri yang sama atau
berhadapan dengan set suasana yang sama.

1. Diterbitkan Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan, haruslah diterbit
dan dicetak jadi ia boleh diterima masyarakat. Sudah pasti tidak semua orang mempunyai
masa untuk membaca dan memahami semua yang diterbitkan itu. Bagaimanapun ahli-ahli
professional terlatih seperti peguam, boleh menginterpretasi dan menerangkan tentang
undang-undang kerana itu tidak mengendahkan undang-undang bukanlah satu alasan yang
boleh diterima.
1. Diterima Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus dipatuhi
sekiranya kebanyakkan ahli masyarakat tidak dapat mematuhi undang-undang itu secara
sukarela maka mereka harus dipaksa mematuhinya.

1. Dikuatkuasakan Tuntutan sama ada boleh atau tidak boleh dilakukan harus
dikuatkuasakan. Ahli-ahli masyarakat harus memahami dan ia akan dipaksa untuk
mematuhi undang-undang sekiranya mereka tidak ingin mematuhinya secara
sukarela. Mereka juga harus sedar bahawa sekiranya mereka tidak mematuhi undang-
undang dan ia telah dicatat dan dibuktikan, maka mereka akan kehilangan keselesaan,
masa, wang, kebebasan dan hidup mereka. Sesuatu yang wajib ada dalam undang-undang
ialah ia harus menjelaskan kepada rakyay tentang apa yang akan berlaku sekiranya mereka
tidak mematuhi undang-undang.

Set peraturan yang konsisten, menyeluruh, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan


ini (apa yang kita panggil undang-undang). Disokong oleh rangka kerja yang
mengandungi institusi social yang pakar seperti pada jadual di bawah:

Insitusi Sosial Tanggungjawab


Badan Pengubal Undang-undang Mengubal undang-undang
(Dewan Rakyat/Negara)
Peguam dan pengerusi perundangan Menerangkan tentang undang-undang
Mahkamah dan agensinya Mentafsir undang-undang
Polis Menguatkuasakan undang-undang

Mahkamah keadilan seringkali kelihatan mengabaikan keperluan untuk kekal


konsisten dan menyeluruh dan lebih penumpuan kepada 'menang kes' dan bukannya
untuk 'menegakkan keadilan'. Tindakan penguatkuasaan oleh pihak polis juga sering
dilihat sambil lewa dan hanya cuba menjaga keamanan dan bukannya mengekalkan
keadilan. Kita harus akui bahawa:

Menguatkuasakna undang-undang adalah tugas yang susah dan seringkali


membahayakan.
Menafsirkan undang-undang seperti kes-kes mahkamah, seringkali melibatkan jumlah
wang banyak dan potensi untuk mendapatkan wang jumlah yang besar, mengakibatkan
konsep undang-undang sebagai peraturan yang diterbit dan diterima seringkali menyimpang

Tetapi kita melihat undang-undang sebagai satu konsep yang ideal, yang
mengandungi peraturan-peraturan yang konsisten dan menyeluruh, dalam menjadi
panduan kepada keputusan pengurusan. Undang-undang bukanlah suatu reality yang
cacat.

4.6 Perhubungan Antara Undang-Undang dan Standard Moral

Undang-undang sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, mungkin dilihat sebagai


satu set peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang mengatur kelakuan menerima
peraturan-peraturan ini sebagai mewakili pandangan moral ahli-ahli masyarakat
secara keseluruhannya.
Sekiranya kita boleh menerimanya, maka kita ada ukuran tertenut untuk dijadikan
panduan dalam tindakan dan keputusan pengurusan walaupun ukuran ini mungkin berada
pada tahap yang minima.

Sekiranya kita tidak dapat menerima set peraturan ini sebagai wakil penilaian moral
secara keseluruhan masyarakat, maka kita perlu mencari tempat lain yang sesuai dengan
ukuran kita.

Dalam menimbangkan hubungkait yang mungkin wujud di antara penilaian moral


dan tuntutan undang-undang bertulis dan keputusan mungkin akan dicapai dengan
segera.

Kesimpulan 1
Tuntutan undang-undang mungkin bertindih dengan ukuran moral masyarakat, tetapi ia
tidaklah benar-benar sama. Untuk lebih jelas; seseorang yang melanggar undang-undang
dengan melakukan rompakan jufa melanggar ukuran moral kerana mencuri. Begitu juga,
adalah mudah untuk menyatakan bahawa undang-undang berkaitan perlakuan seksual,
penyalahgunaan dadah, penipuan produk dan mematuhi kontrak adalah saam dengan
kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh kebanyakkan orang dalam
masyarakat.Kita boleh bersetuju bahawa masyarakat demokratik, tuntutan undang-undang
menggambarkan banyak nilai-nilai asas yang dipegang masyarkat dan memang terdapat
pertindihan yang wujud antara undang-undang dan morality, seperti yang ditunjukkan di
bawah:

Tetapi kawasan
pertindihan ini tidak
lengkap. Terdapat
sesetengah undang-undang
yang dari segi moralnya
tidak betul, tanpa ada
konteks etika sama
sekali. Tuntutan untuk kita
memandu di sebelah kiri
jalan contohnya bukan semestinya benar atau salah; apa yang penting kita semua
mencapai persetujuan tentang sebelah jalan mana ia harus kita pandu kenderaan kita.

Akhir kata, apa juga ukuran moral yang tidak melibatkan undang-undang sama
sekali. Kita semua menentang pembohongan tetapi menyatakan kebenaran tidak dituntut
oleh undang-undang kecuali dalam mahkamah dan ketika membuat sumpah ataupun dalam
keadaan yang khusus seperi dalam kontrek pekerjaan atau jualan harta.

Kesimpulan 2

Tuntutan undang-undang biasanya ke arah negatif, manakala ukuran moral


biasanya agak positif. Menurut undang-undang kita tidak boleh menyerang
merosak atau mencemar nama baik antara satu sama lain tetapi tidak semestinya
dituntut untuk menolong orang malah dalam keadaan yang ekstrim
sekalipun. Tiada undang-undang contohnya yang menyatakan bahawa kita mesti
menolong kanak-kanak yang lemas. Disini ukuran modal masyarakat boleh
dijadikan panduan. Sudah pasti 99.9% warga dewasa dalam mana-mana negara
akan pergi menyelamat seorang kanak-kanak yang lemas bergantung kepada
kemampuan mereka.

Kesimpulan 3

Tuntutan undang-undang seringkali ketinggalan dibelakang kehendak moral


masyarakat. Perhambaan pastinya satu contoh yang paling menjijikkan tetapi
diskriminasi seks dan bangsa, pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya
boleh dinyatakan sebagai masalah moral yang lambat disembuhkan oleh
perundangan. Pendokong kedaulatan undang-undang akan berkata, bagaimana
kelambatan yang wujud antara muafakat moral dan persetujuan undang-undang
tidak menunjukkan hubungan lemah antara tuntuan undang dan ukuran
moral. Mereka akan mendakwa undang-undang berkaitan pengawalan
diskriminasi, pencemaran dan rasuah lambat laun akan disahkan/diluluskan juga.

4.7 Pembentukan Undang-undang

Undang-undang dibentuk melalui serangkaian proses yang digariskan di bawah.

4.7.1 Proses Individu

Undang-undang adalah sesuatu yang dinamik kerana peraturan senantiasa


berubah-ubah mengikut masa. Fikirkan tentang perubahan yang telah wujud
dalam undang-undang yang menguruskan pekerjaan, kita akan dapati memang
wujud kelambatan masa di antara perubahan dalam ukuran moral dan tuntutan
undang-undang. Contohnya perkara-perkara yang dianggap sah di sisi
undang-undang 20 tahun dahulu (seperti diskriminasi bangsa/sex dalam
pengambilan pekerja atau pembuangan sisa kimia ke tasik dan sungai) kini
dianggap melanggar undang-undang.

Persoalan adakah perubahan dalam undang-undang ini dating dari perubahan-


perubahan dalam standard (ukuran) moral majority rakyat melalui proses
social dan poltik, dan seterusnya adalah undang-undang itu mewakili ukuran
moral masyarakat kita secara keseluruhannya. Proses-proses social dan politik
melalui perubah ukuran moral manusia diinstitusikan menjadi suatu rangka
perundangan yang rasmi untuk masyarakat adalah proses yang panjang dan
kompleks tapi boleh diringkaskan.

Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai-nilai yang akan membentuk
ukuran moralnya yang tersendiri seperti yang ditunjukkan di bawah:

Bentuk Ukuran Moral


Norma / Norma adalah kriteria kelakuan
Kebiasaan Ia adalah bagaimana seseorang itu mengharapkan orang
lain akan bertindak / berkelakuan bila berhadapan dengan
sesuatu situasi tertentu.
Kepercayaan Kepercayaan adalah criteria pemikiran
Ia adalah bagaimana seseorang itu mengharapkan orang
lain berfikir mengenai sesuatu konsep tertentu.
Contoh:

Saya percaya pada demokrasi penglibatan dan saya berharap


orang lain akan menghargai konsep tersebut dan menerima
sebagai satu bentuk kerajaan.

Kepercayaan berbeza dengan norma kerana ia tidak


melibatkan tindakan. Ia adalah satu cara berfikir yang
abstrak yang menyokong norma-norma seseorang.

Nilai Nilai,bentuk ketiga dalam corak criteria peribadi, juga


membentuk ukuran moral seseorang. Ia adalah peringkat-
peringkat keutamaan yang diberikan oleh seseorang
terhadap norma-norma dan kepercayaan-kepercayaannya.
Semua orang yang menganggap bahawa semua norma
dan kepercayaan mereka mempunyai tahap kepentingan
yang sama.
Secara umumnya, sesetengahnya lebih berbanding yang
lain. Norma dan kepercayaan yang penting adalah apa
yang dihargai dan dipegang sepenuhnya oleh seseorang
itu.

Nilai seringkali adalah kontroversi. Kenapa? Kerana mugkin norma dan kepercayaan
yang dipegang sepenuhnya oleh seseorang akan bertentangan dengan norma dan
kepercayaan yang juga dipegang kukuh oleh orang lain pula. Umumnya akan wujud
sedikit tolak ansur kerana setiap orang terikat kepada kriteria-kriterianya terhadap:

- Kelakuan (cara mana seseorang itu patut berkelakuan)


- Kepercayaan (cara mana seseorang itu patut berfikir)
Kita hidup dalam masyarakat majmuk dengan pelbagai tradisi budaya dan dalam sebuah
negara sekular di mana agama bebas diamalkan, maka kita harus menerima hakikat
bahawa norma, kepercayaan dan nilai akan berbeza di antara individu. Perbezaan ini
mungkin akan mencetuskan konflik.

4.7.2 Proses-proses Kumpulan

Setiap orang membentuk set norma, kepercayaan dan nilai mereka melalui pendekatan
terhadap:

- Konteks budaya / agama


- Konteks sosial / politik
- Konteks ekonomi / teknologi

Konteks di sini bermaksud maklumat latar belakang atau persekitaran sesuatu


suasana.

Setiap masyarakat mempunyai latarbelakang atau persekitaran yang tergabung jalin hasil
daripada:

- Ajaran agama
- Tradisi budaya
- Kedudukan ekonomi
- Pembangunan teknologi
- Organisasi sosial
- Proses Politik

Jalinan antara konteks-konteks yang dijadikan pilihan oleh individu terhadap norma,
kepercayaan dan nilai dibentuk sebegini rupa untuk memastikan yang semua faktor itu
berhubung kait / berinteraksi.

Perkembangan teknologi komunikasi memberi kesan kepada perubahan politik dalam


pentadbiran, yang berterusan menyebabkan perubahan ekonomi dalam corak
perbelanjaan dan percukaian dan akhirnya akan memberi kesan dalam perubahan budaya
dalam gaya hidup.

Hubungan antara faktor-faktor


ekonomi, teknologi , sosial,
politik, budaya dan agama
tidaklah begitu jelas kesannya terhadap norma, kepercayaan dan nilai seseorang ianya
tidak boleh dijangkakan dengan tepat. Tetapi hubungkait dan kesan itu memang ada.

Fikirkan tentang perubahan status kaum wanita contohnya yang telah berubah dengan
nyata semenjak dari era pembuatan/perkilangan berat dan perlombongan kepada era
industri perkhidmatan dan berasaskan maklumat dalam perkembangan teknologi kaedah
pengawalan kelahiran dan pengembangan sosial terhadap peluang Pendidikan.

4.7.3 Proses-proses Sosial

Semua individu tidak terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik,
budaya dan agama yang sama. Pendedahan-pendedahan ini datang dari:

- Kedudukan Individu
- Unit Keluarga
- Rakan sebaya dan
- Organisasi rasmi

Dalam masyarakat demokratik, perubahan ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu-
individu dalam masyarakat lambat laun akan memberikan kesan ke atas undang-
undang. Kesan-kesan ini adalah hasil dari proses-proses sosial dan politik. Proses-proses
sosial pada asalnya melibatkan pertumbuhan / perkembangan kuasa.

Manusia dengan norma, kepercayaan dan nilai yang sama cenderung untuk
bergabung dalam kumpulan-kumpulan kecil, adalah fitrah untuk menyertai orang-
orang lain yang mempunyai pandangan yang sama.

Kumpulan-kumpulan kecil ini umumnya adalah sebahagian dari organisasi yang lebih
besar seperti:

- Firma-firma perniagaan
- Pertubuhan / kesatuan sekerja
- Parti Politik
- Agensi-agensi kebajikkan
- Pertubuhan-pertubuhan veteran

Pertubuhan-pertubuhan besar ini samada akan mencapai kesepakatan terhadap norma,


kepercayaan dan nilai atau berpecah kepada organisasi-organisasi yang lebih kecil untuk
mencapai kesepakatan itu. Terdapat juga teori-teori alternatif sebagai cara untuk
membentuk kesepakatan ini:

- Keputusan ortokratik
- Penyelarasan birokratik
- Gabungan persetujuan atau kolektif pilihan.
4.7.4 Proses-proses Politik

Proses-proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai dipegang oleh organisasi,
kumpulan-kumpulan dan individu-individu di institusikan menjadi undang-undang pada
asasnya boleh dilihat sebagai kaedah-kaedah untuk menyelesaikan konflik. Organisasi,
kumpulan-kumpulan dan individu-individu sudah tentu mempunyai pandangan berbeza
terhadap:

- Kepimpinan presiden
- Tolak ansur institusi
- Persetujuan kongres dan
- Tekanan dari pengundi

Dalam sistem perwakilan, wakil-wakil rakyat dipertanggungjawabkan ke atas


pembentukan undang-undang dalam sistem perwakilan. Bagaimanapun, perbezaan
kawasan pembahagian penduduk dan sektor ekonomi menyebabkan isu-isu yang timbul
tidak akan sama. Maka gabungan harus dibentuk untuk meluluskan undang-
undang. Orang ramai pastinya boleh menyatakan pandangan mereka terhadap undang-
undang yang berpotensi dengan mengundi pentadbir dan penggubal undang-undang
mereka, atau secara langsung melalui tinjauan umum, surat menyurat dan melalui media.

4.8 Kesimpulan Bagi Kedaulatan Undang-undang Sebagai Dasar Untuk Pilihan


Moral

Persoalan-persoalan sekarang ialah sama ada proses-proses sosial dan politik ini, yang
memakan masa dan kompleks ini benar-benar selaras di antara ukuran moral rakyat kita
dan tuntutan undang-undang secara keseluruhannya. Pandangan bahawa undang-undang
sebagai mewakili penilaian moral masyarakat adalah satu pandangan yang
menarik. Bagaimanapun, kelihatan akan wujud masalah semasa pemindahan dari
standard moral individu kepada tuntutan undang-undang menyeluruh pada setiap
peringkat dalam proses sosial dan politik.

1. Standard moral ahli masyarakat mungkin berpandu maklumat yang kurang berkenaan isu
pelaksanaan koporat.

- Ramai orang tidak sedar mengenai rasuah antarabangsa sehinggalah


kes Lockhead didedahkan.

- Kini, ramai orang masih tidak sedar betapa seriusnya masalah


pembuangan sisa toksid yang dikeluarkan sebanyak 231 juta tan metrik
setiap tahun.
- Sukar untuk standard moral perseorangan untuk memberi kesan
kepada undang-undang sekiranya maklumat-maklumat berkaitan hilang /
tidak diperolehi.

1. Standard moral mungkin dihakis akibat pembentukan kumpulan-kumpulan kecil.

- Manusia dengan norma, kepercayaan dan nilai yang sama cenderung


bekerjasama dalam kumpulan-kumpulan kecil tetapi standard mereka tidak
semestinya sama. Tolak ansur harus dibuat.

- Tambahan lagi, banyak kumpulan kecil bertindak daripada motif dan


bukannya morality. Keuntungan ekonomi dan pristij professional sering
memainkan peranan yang besar.

- Adalah sukar untuk standard moral perseorangan (memberi kesan)


kepada undang-undang sekiranya tidak dinyatakan dengan tepat.

1. Standard moral ahli masyarakat tidak diwakili dalam persetujuan organisasi-organisasi


besar.

- Banyak organisasi memang berkongsi norma, kepercayaan dan nilai


tetapi tiada bukti menunjukkan setiap individu dan kumpulan dalam
organisasi tersebut mempunyai pengaruh yang sama dalam mencapai
persetujuan tersebut.

- Ini dapat dilihat dalam norma, kepercayaan dan nilai dalam organisasi
yang tidak berorientasikan keuntungan seperti hospital dan
universiti. Standard pekerja-pekerja professional (Cth: Doktor) biasanya
lebih menonjol.

1. Standard moral ahli masyarakat tidak diwakili dalam pembentukan / penggubalan undang-
undang.

- Masalah ini sama seperti di atas iaitu dalam membentuk persepakatan


dalam organisasi tetapi dalam skala yang lebih besar.

- Tiada jaminan bahawa semua organisasi mempunyai pengaruh yang


sama atau pengaruh yang sama diukur dari segi sains dan dalam
menentukan undang-undang.

- Ini dapat dilihat dalam ketetapan mengenai undang-undang


percukaian, di mana beberapa organisasi seringkali diberikan
keistimewaan.

1. Tuntutan undang-undang yang digubal melalui proses-proses politik seringkali tidak lengkap
atau tidak tepat dan perlu disokong oleh keputusan 2 mahkamah keadilan aatau tindakan
agensi-agensi pentadbiran.
- Ini boleh dilihat dalam kes-kes penipuan produk atau (ulasan
pekerjaan yang sama rata) makna dan aplikasi undang-undang harus
dijelaskan di luar proses perundangan.

- Sukar untuk standard moral perseorangan mempengaruhi undang-


undang sekiranya mereka dipertimbangkan hanya secara tidak langsung,
kalau tidakpun dalam 2 cara penggubalan undang-undang tersebut.

Ringkasan
Apa yang boleh kita kata dalam ringkasan?

- Undang-undang ialah satu set peraturan yang menyeluruh dan konsisten yang
dibentuk untuk mengawal kelakuan bermasyarakat. Peraturan-peaturan ini
diterbitkan secara meluas diterima secara umum dan biasa dikuatkuasakan.

- Peraturan yang dibentuk oleh masyarakat mencerminkan pilihan kolektif ahli


masyarakat tersebut berkaitan sebarang keputusan dan tindakan yang memberi
kesan kepada kesejahteraan masyarakat.

- Terdapat pertindihan antara standard moral dan tuntutan perundangan dalam


masyarakat . Contohnya: undang-undang persekutuan terhadap rompakan bank
dan standard moral terhadap perbuatan mencuri.

- Beberapa perubahan dalam norma, kepercayaan dan nilai ahli yang


masyarakat akhirnya akan digambarkan melalui perubahan pada undang-undang
seperti akta amalan rasuah antarabangsa dan akta pengawalan pencemaran udara
persekutuan.
Ujian Kendiri
1. Apakah itu undang-undang dan bagaimana ia digubal?

1. Undang-undang boleh didifinisikan sebagai satu set peraturan yang konsisten dan
diterbitkan secara meluas, diterima secara umum dan biasa
dikuatkuasakan.Bincangkan.

1. Pembentukan / penggubalan undang-undang melibatkan proses yang panjang dan


kompleks. Apakah proses-proses yang perlu dilalui dalam penggubalan undang-undang.

BAB 5: ETIKA PENGURUSAN DAN REKABENTUK


ORGANISASI
Pengenalan

Kita boleh mengandaikan bahawa pegawai-pegawai atasan dikebanyakkan firma-


firma perniagaan mahukan kakitangan mereka untuk berkelakuan apa yang mereka
anggap benar baik dan adil. Mereka pastinya mahu kakitangan mereka tidak
melanggar tatasusila masyarakat setempat dan mungkin akan menarik perhatian /
publisiti buruk media seluruh negara.Namun pelanggaran tatasusila ini masih sering
berlaku. Kenapa ia terjadi dan apa yang boleh dilakukan untuk menghalang
kewujudannya. Dalam bab ini kita akan mengkaji 2 cara untuk menghalang
kewujudannya iaitu cara kod etika dan jawatan ombudsman.

Objektif
1. Mengenalpasti beberapa punca kelakuan tidak beretika dalam organisasi.
2. Memahami sistem perancangan untuk pengurusan kelakuan dalam organisasi.
3. Mengenalpasti beberapa cara untuk menyelesaikan masalah kelakuan tidak beretika dalam
organisasi dan tanggungjawab pegawai-pegawai pengurusan / atasan dalam menengani aspek
ini.

5.1 Kod Etika

Kod Etika ialah pernyataan-pernyataan mengenai norma (kebiasaan) dan


kepercayaan yang dipegang oleh sesebuah organisasi.

Norma-norma dan kepercayaan ini secara umumnya dicadang, dibincang dan ditafsirkan
oleh para pegawai atasan dalam sesebuah firma dan kemudiannya akan diterbit dan
diedarkan kepada semua kakitangan.

Penjelasan mengenai norma dan kepercayaan.

Kod-kod Etika
Norma Norma adalah standard perlakuan; ia adalah cara
bagaimana para pegawai atasan sesebuah organisasi
mahukan kakitangan mereka bertindak apabila berhadapan
dengan situasi tertentu.

Contoh norma dalam etika ialah:


Pekerja / kakitangan syarikat tidak dibenarkan menerima
hadiah peribadi bernilai lebih RM 25 dari mana-mana rakan
perniagaan, dan mereka dikehendaki berkongsi membayar
harga makanan / hiburan sekiranya bayaran yang dikenakan
berjumlah lebih RM 25 seorang.

Norma dalam kod etika biasanya dalam bentuk


pernyataan-pernyataan yang negatif kerana adalah lebih
mudah untuk menyenaraikan perkara-perkara yang
seseorang itu tidak boleh lakukan berbanding perkara yang
mereka boleh lakukan.

Kepercayaan Kepercayaan dalam kod etika adalah ukuran / standard


pemikiran. Ia adalah cara berfikir yang dikehendaki
digunakan oleh kakitangan syarikat sebagaimana yang
dikehendaki oleh pegawai-pegawai atasan mereka. Ia
bukanlah tapisan (censorship). Tujuannya ialah untuk
menggalakkan cara dan corak berfikir yang akan membawa
ke arah kelakuan-kelakuan yang dikehendaki.
Akhirnya, kepercayaan dalam kod etika biasanya
dinyatakan dalam bentuk yang positif.
Contohnya:
Tanggungjawab utama kita ialah para pelanggan
kami berharap untuk menjadi warga yang baik untuk setiap
komuniti / masyarakat tempat kami beroperasi
Contoh kod etika ditunjukkan pada lampiran A (pg 39) dan
(pg 40)

Adakah Kod etika berkesan? Adakah ia mampu memaklumkan semua kakitangan


tentang standard moral yang telah dipilih lembaga pengarah. Tidak semestinya.

Masalahnya, agak mustahil untuk menetapkan norma dan kepercayaan sesebuah


organisasi yang memuaskan hati semua kumpulan berkaitan pengundi (pekerja,
pelanggan, pembekal, pengedar, pemegang saham dan orang ramai) tanpa menyinggung
mana-mana salah satu pihak tersebut. Agak mustahil untuk sesebuah organisasi berkata:
bahawa ia menganggap para pekerja berperanan dalam memastikan kejayaan syarikat
berbanding pemegang-pemegang saham.

Tanpa merisaukan pemegang-pemegang saham bahawa para pekerja mereka telah


menganggap keuntungan dan dividen menjadi factor ke 2. Kerana itu, kod etika biasanya
dalam bentuk yang umum, dengan menyatakan kewajipan kepada setiap kumpulan tanpa
ada yang diberi keutamaan.

Masalah asas dengan kod etika ini ialah ia tidak membentuk garis keutamaan di antara
norma dan kepercayaan. Keutamaan adalah nilai sebenar sesebuah firma. Contohnya:
katakan satu bahagian dalam syarikat berhadapan dengan masalah pengurangan jualan
dan keuntungan. Persoalannya adakah mereka harus mengurangkan kakitangan
pengurusan pertengahan dan memotong kos-kos penyelenggaraan seperti bil elektrik, air
dll. Satu contoh keputusan pengurangan kakitangan yang klasik. Kod etika menyatakan
bahawa kita harus menghormati para pekerja tapi pada masa yang sama ia juga
menyatakan bahawa kita mengharapkan keuntungan yang memuaskan. Jadi
bagaimanakah kita akan bertindak? Apakah keuntungan memusakan yang
dimaksudkan dalam contoh ini? Kod etika tidak dapat menjawabnya.

Faktor pembentukan etika dan penguatkuasaan undang-undang


1.0 Pengenalan

Objektif tugasan saya pada kali ini adalah untuk menerangkan definisi etika, serta menilai faktor-
faktor terlibat yang membentuk etika individu dan untuk membincangkan bagaimana kedaulatan
undang-undang boleh digunakan sebagai panduan pemilihan dalam membentuk moral.

Etika boleh didefinisikan sebagai prinsip kelakuan moral yang diterima individu.Etika dan moral lebih
kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbezaan, yaitu moral untuk
penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang
berlaku. Etika adalah ilmu yang membahas perbuatan baik dan perbuatan buruk, betul dan
salahmanusia sejauh yang dapat difahami oleh fikiran manusia.
Makna Etika Profesional pula adalah prinsip moral untuk sesuatu kumpulan yang direka/dibuat untuk
mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan sesuatu tugas atau penggunaan sumber yang mereka
ada. Menurut Ahli Sosiologi Etika adalah dipandang sebagai adat istiadat, kebiasaan dan budaya
dalam berperilaku. Dalam konteks Islam etika juga dikenali sebagai akhlak. Semua manusia adalah
sama darjatnya, tiada beza status social, harta, takhta, latar belakang atau keturunan. Yang
membezakan darjatnya disisi Tuhan adalah akhlaknya, iaitu keperibadian dan keimanan.

Pelbagai faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan etika individu. Terdapat 5
faktor yang dilihat sangat besar dalam mempengaruhi nilai etika seorang individu iaitu keluarga, rakan
sebaya, pengalaman hidup, nilai peribadi dan akhlak, dan faktor situasi. Ia membentuk tingkah laku
beretika boleh membezakan seorang dari seorang yang lain. Etika adalah relatif, ia tidak mutlak. Ini
bermakna bahawa walaupun apa yang membentuk tingkah laku beretika adalah di mata orang lain, ia
biasanya mematuhi norma sosial umumnya boleh diterima.

2.0 Faktor Pembentukan Etika Individu.

Sikap setiap individu adalah berbeza. Sama ada jujur, bongkak, baik, pemurah, penyayang dan lain-
lain lagi. Ia terbentuk atas didikan dan pengalaman hidup. Kini saya akan menjelaskan antara 3 dari
5 faktor pembentukan etika individu.

2.1 PENGARUH KELUARGA.

Individu mula membentuk standard etika mereka sejak zaman kanak-kanak mereka sebagai tindak
balas kepada persepsi mereka tingkah laku ibu bapa mereka. Kanak-kanak adalah lebih cenderung
untuk menerima pakai standard etika yang tinggi jika mereka melihat bahawa ahli keluarga mereka
mematuhi piawaian yang tinggi (seperti bersikap benar) dan jika mereka menerima ganjaran untuk
mematuhi, dan hukuman kerana tidak mematuhi, piawaian ini.

2.1.1 Kasih sayang.


Alam kehidupan remaja bermula dari sebuah keluarga. Keluarga yang pincang atau bercerai-berai
akan mempengaruhi remaja dari sudut yang negatif. Kurangnya kasih sayang membuat anak ini
memberontak dan membawa haluannya sendiri, tiada kawalan ibu bapa, tidak memberi didikan
sempurna kepada anak sehingga anak ini terabai lalu membentuk sikap keras, kasar, suka menipu dan
tidak menghormati orang lain.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap seorang rakan yang saya kenali difacebook, pada peringkat
awalnya dia seorang yang ceria, ramah namun perahsia. Dia mengatakan dia seorang anak dato yang
belajar di Jepun. Selepas beberapa bulan kemudian apabila rahsianya terbongkar, saya mendapati dia
seorang penipu (menipu identiti), berasal dari keluarga yang bercerai-berai, suka mempermainkan
ramai lelaki, dan pendendam apabila lelaki yang diingini menolak untuk berpasangan dengannya.
Saya percaya sikap ini terbentuk kerana kebenciannya kepada lelaki (ayah) akibat penceraian dia
kekurangan kasih sayang, tidak mendapat perhatian dari ibu bapa, tidak mempunyai keyakinan dengan
identiti dirinya yang sebenar.

2.1.2 Pendidikan

Remaja merupakan memimpin masa hadapan yang akan membawa hala tuju negara ke arah yang
lebih membangun. Pendidikan formal harus diberikan kepada anak-anak supaya mereka bijak
mengatur kehidupan sendiri malah mampu menonjolkan diri di kalangan sosial.

Dorongan dan pembabitan ibu bapa sangat penting dalam memberi pendidikan dan galakan minat
anak-anak. Ibu bapa perlu memberi jalan kepada anak mereka dalam memilih kehidupan masing-
masing. Penjagaan yang terlalu mengongkong dan memaksa anak-anak untuk mencapai target yang
tiggi tidak membantu dalam membentuk etika seseorang.

Hal ini terbukti dengan pencapaian peperiksaan anak buah saya yang sentiasa mendapat keputusan
cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Dia bukan sahaja cemerlang dari segi akedemik malah
merupakan golongan yang turut aktif dalam kokurikulum. Pembabitan ibu bapa dalam setiap langkah
anak-anak adalah penting bagi membantu mereka mangejar matlamat disamping memberi khidmat
nasihat dan sokongan moral.

2.1.3 Didikan agama

Bagi mewujudkan keluarga yang bermoral dan beretika sepenuhnya, anak-anak perlu diberi didikan
agama yang sempurna dan nilai kerohanian mesti disemai dengan nilai etika paling tinggi sejak dari
kecil. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebung Asuhan yang betul hendaklah diberikan
kepada mereka. Agama membimbing setiap orang ke jalan yang benar.

Ketika ini, kita lihat banyak remaja yang runtuh akhlak dan peribadi disebabkan mereka telah
menyimpang jauh daripada ajaran agama masing-masing. Antaranya kes pembuangan bayi. Ini jelas
menunjukkan kurangnya didikan agama, kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Pergaulan anak gadis
tidak dikawal sehingga sanggup membunuh nyawa bayi sendiri demi menutup aib maksiat yang
dilakukan.

Kes seumpama ini turut melibatkan rakan baik saya, dia telah melakukan maksiat dengan kekasihnya.
Namun dengan iman yang tersisa dia telah mengakui kesilapan diri kepada keluarganya. Apa yang
mampu dilakukan oleh keluarganya hanyalah menghantar anak mereka ke pusat pengasih. Walaupun
telah menconteng arang ke muka keluarga namun keluarga mereka tidak berpecah belah.

2.2 Pengaruh rakan sebaya.

Apabila kanak-kanak memasuki sekolah, mereka dipengaruhi oleh rakan-rakan dengan siapa mereka
berinteraksi setiap hari. Menurut ahli psikologi yang terkenal Norm Chomsky, alam remaja
merupakan alam transisi daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa. Berlaku perubahan fizikal dan
tingkah laku. Remaja cuba membentuk peribadi dan personaliti masing-masing. Mereka memerlukan
seorang rakan yang boleh menemani mereka sepanjang perkembangan zaman remaja. Dengan adanya
rakan-rakan tersebut mereka boleh bertukar-tukar fikiran, berkongsi masalah dan bantu-membantu ke
arah kebaikan atau sebaliknya. Kecenderungan remaja terhadap pengaruh rakan sebaya paling tinggi
adalah pada umur 14 tahun hingga 18 tahun.

2.2.1 Terpengaruh nilai-nilai negatif

Remaja mudah terpengaruh dengan pujukan dan rayuan dari rakan sebaya yang akan menimbulkan
masalah-masalah dan gejala-gejala negatif dan sosial. Antaranya kesan pengaruh yang boleh
membentuk kelakuan atau etika remaja adalah menghisap rokok sebagai contoh. Dengan perasaan
ingin mencuba dan ingin tahu tentang keseronokan menghisap rokok dan didorong oleh rakan-rakan
sebaya maka mereka terus mencuba dan akhirnya terjebak dengan budaya menghisap rokok,
gengsterime, bergaduh, buli, samun, penagihan dadah dan samun.

Ia akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, terutama bagi remaja yang tercicir dalam
pendidikan dan menghadapi masalah keluarga. Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berada di
dalam kumpulan tersebut, maka akan timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda
awam dan merosakkannya.Mereka akan membuat kelakuan sesuka hati, hilang pertimbangan diri dan
kewarasan. Lebih nyata tindakan mereka ini telah terkeluar daripada norma-norma masyarakat tanpa
mampu memikirkan kesan-kesan akibat daripada perbuatan mereka.

Hal ini turut berlaku di dalam keluarga saya, iaitu abang saya yang berusia tua setahun dari saya.
Dalam keluarga saya tidak ada seorang pun yang merokok namun apabila dia berada ditingkatan 4 di
bersekolah menengah, dia mula terjebak dengan aktiviti merokok. Pergi ke sekolah bukan dengan niat
untuk belajar tetapi bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Aktiviti-aktiviti ini dibuat secara
berkumpulan. Bermula dengan ponteng kelas, merokok akhirnya mereka mula ponteng sekolah di
kebun-kebun kelapa sawit.
2.2.2 Pengaruh positif
Dari sudut positif, pengaruh rakan sebaya boleh menjadikan remaja-remaja sebagai seorang yang
berguna dan berbudi pekerti yang baik sekiranya mereka memilih untuk bergaul dan mendapatkan
rakan-rakan yang boleh dipercayai dan mempunyai etika yang baik. Mereka akan melakukan perkara-
perkara yang tidak terkeluar daripada norma-norma masyarakat. Sahabat yang baik adalah sahabat
yang saling menegur, saling mengingati serta saling membantu. Memilih sahabat baik umpama
berkawan dengan si penjual minyak wangi, kita akan turut terkena percikan wangiannya dan jika
berkawan dengan si tukang besi, pasti kita akan terkena percikan apinya.

Hasil pengaruh positif dari rakan sebaya dapat dilihat dalam diri anak buah saya, Atiqa dan rakan
baiknya Anis. Mereka berkawan sejak kecil, dan kini mereka telah memasuki Universiti Malaya dalam
bidang arkitek. Bermula dengan sikap suka bersaing secara sihat dilihat mampu meningkatkan mutu
pelajaran dan kehidupan mereka. Etika mulia yang dimiliki dikongsi, dididik serta dikembangkan
melalui perkongsian, saling hormat- menghormati dan setia bersama-sama dalam susah atau senang.

2.2.3 Pertembungan Belia

Kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang yang besar untuk mewujudkan program-program
bersama-sama dengan badan-badan bukan kerajaan dan kelab-kelab belia untuk membentuk etika
remaja-remaja kepada kelakuan yang baik demi masa depan negara. Salah satu program yang
dijalankan adalah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Berasaskan kehidupan remaja yang suka
bergaul, kerajaan mengambil tindakan bijak menyediakan PLKN kerana ia banyak memfokuskan
kepada daya tahan diri, disiplin yang ketat, dan secara langsung ia akan membentuk jati diri yang
baru, keperibadian yang baik dikalangan remaja dan belia untuk menempuh masa depan yang lebih
mencabar. PLKN membuka ruang kepada remaja untuk berubah serta membuktikan diri mereka yang
sebenar. Pertembungan antara remaja negatif dan positif menghasilkan inidividu baru yang memiliki
etika mulia dan lebih menghormati antara satu sama lain.

Perubahan seperti ini dapat dilihat dengan jelas pada anak saudara saya, Mohd Fairuz. Pada
permulaannya dia seorang yang agak senyap, tidak suka bergaul dan hanya membuat perkara yang
diigini sahaja. Setelah memasuki PLKN pada bulan September tahun lalu, berlaku perubahan pada
wataknya. Kini dia yang memiliki badan yang agak sasa, mula bersifat lebih bertanggung jawab,
berkepimpinan, berani malah menjadi sangat ramah dan ceria.

2.3 Pengalaman hidup.

Pelbagai peristiwa penting telah kita alami, saban hari sebenarnya menjadi satu pedoman dan
pengajaran mematangkan diri kita dan memberi sesuatu pengalaman baru di dalam hidup kita. Maka,
setiap perbuatan serta tindak-tanduk sama ada ianya beretika mahupun tidak asalkan kita pernah
mengalaminya secara tidak langsung akan mendorong diri kita sama ada mengelak ataupun
meneruskan perbuatan yang kita pernah lakukan tersebut.

Keperibadian adalah sifat yang berasal dari kebiasaan sehari-hari yang kita lakukan selama terus
menerus mungkin sejak dari kecil. Kepercayaan yang kukuh kepada sesuatu pemikiran membentuk
etika individu.

2.3.1 Pemikiran negatif


Kebiasaan untuk selalu berfikir negatif atau hal buruk tentang sesuatu pada siapa pun akan
membentuk keperibadian anda yang satu ini. Dengan selalu berfikir negative pada segala sesuatu yang
ada dihadapan anda akan menyebabkan persepsi anda semua objek yang anda lihat menjadi buruk. Hal
ini akan merugikan diri anda kerana orang yang selalu berfikiran negatif tidak akan memiliki
kepercayaan terhadap orang lain sehingga akan sukar mengubah sudut pandangan, membuat jiwa
tidak tenang dan sentiasa dalam ketakutan.

Saya menghubungkaitkan pemikiran negatif ini dengan ibu saya. Beliau seorang yang bersifat
konservatif, pesimis dan sentisa mempunyai syak wasangka. Pada pandangan normal mungkin beliau
hanya berhati-hati tetapi ia berlaku setiap saat, pada setiap keadaan malah pada setiap orang yang
ditemui juga. Beliau menjaga anak-anaknya dengan penuh kongkongan kerana berfikir dunia diluar
sana adalah sangat bahaya. Hal ini mungkin kerana berita-berita yang terpapar di media masa seperti
kes pembuangan bayi, kes ragut, kes samun, kes simbah asid dan pelbagai lagi. Maka beliau sentiasa
dalam keadaan takut untuk keluar dari rumah apatah lagi menjemput sesiapa masuk ke rumah.

Hasil pemerhatian yang saya perolehi, saya melihat persamaan karektor antara ibu saya dan juga
nenek saya. Beliau juga seorang yang sangat konservatif, pesimis dan penuh syak wasangka. Nenek
saya sering melarang anak-anak keluar rumah terutamanya perempuan dengan momokan yang
menakutkan. Akhirnya larangan dan momokan tersebut diturunkan pula oleh ibu saya kepada saya.

2.3.2 Berjimat cermat

Pada 30 tahun yang lepas, kehidupan keluarga saya sangat miskin. Ibu bapa saya terpaksa memberikan
anak-anak kepada orang lain untuk dipelihara. 2 orang kakak saya dipelihara oleh bapa saudara saya
yang berkerja sebagai guru besar sejak berumur 11 dan 12 tahun. Namun mereka tidak dilayan sebagai
seorang kanak-kanak. Mereka dibiarkan tinggal berdua didalam sebuah pondok tanpa memberi
bantuan makanan mahupun keperluan harian.

Mereka terpaksa berusaha sendiri dengan bekerja memungut buah relai kelapa sawit, bekerja di sawah
padi, menjual buah kelapa dan mengambil upah menjaga kanak-kanak sehingga bersekolah menengah.
Kehidupan perit mereka diketahui ibu bapa saya namun kerana jarak maka ibu bapa saya hanya
mampu datang sesekali untuk menjenguk dan memberi sedikit keperluan harian.

Kini mereka telah bekerja sebagai seorang guru dan pakar IT namun kehidupan perit dahulu
membentuk sikap berjimat cermat yang sangat ketara. Mereka tidak makan di restaurant, tidak tertarik
dengan KFC atau McDonald. Hal ini turut dilihat serius apabila mereka juga tidak membeli pakaian
baru ketika hari raya dan seterusnya memberi kesan emosi kepada anak-anak buah saya.

2.3.3 Patuh

Pada tahun 2006, saya mengambil STPM dalam bidang sains tulen. Keputusan peperiksaan yang agak
baik membolehkan saya dan rakan-rakan terpilih untuk menyambung pelajaran di kolej jururawat.
Disebabakan ramai antara kawan-kawan yang telah pergi ke kolej jururawat, saya juga membuat
keputusan untuk turut serta disamping mendapat sokongan abang dan ayah saya.

Namun ibu saya tidak merestui, beliau memerlukan saya sentiasa disisinya kerana pandangannya
semakin merosot. Tetapi saya tetap berkeras untuk menyambung pelajaran. Keesokan harinya ibu
saya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana serangan strok. Doktor mengatakan serangan strok
berpunca dari tekanan darah tinggi yang kiat akibat tekanan perasaan, maka sejak hari itu saya terus
menghentikan niat untuk menyambung pelajaran.

Kini ibu saya telah pun buta. Hasil perbincangan keluarga membolehkan saya belajar secara jarak jauh
sambil menjaga ibu saya dikampung. Selepas peristiwa itu saya sentiasa patuh kata ibu saya, kerana
takut serangan strok tersebut berulang kembali dan sentiasa menyenangkan hati beliau dan
mengelakkan beliau dari merasa tertekan.

3. 0 MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang sebagai asas untuk membuat keputusan. Definisi undang-undang adalah satu set
peraturan konsisten sejagat yang diterbitkan secara meluas, diterima umum dan biasanya
dikuatkuasakan, ia ditubuhkan oleh masyarakat untuk mengawal tingkah laku dalam masyarakat itu.

Undang-undang sebagai panduan moral memperuntukkan peraturan dalam mendidik masyarakat bagi
membentuk etika yang mampu diterima dan betul. Peraturan ini mencerminkan pilihan kolektif ahli
masyarakat mengenai apa-apa keputusan dan tindakan yang menjejaskan kebajikan rakyat.

3.1 Akta pengangkutan jalan dan KEJARA

Kes kemalangan jalan raya semakin meningkat terutama ketika musim perayaan. Maka kerajaan
secara perlahan-lahan melaksanankan penggunaan kamera AES pada 23 September tahun lalu dengan
kapasiti 14 buah kamera. Kawasan-kawasan yang dipasang AES adalah kawasan yang menjadi lokasi
kemalangan. Rekod mencatatkan angka kematian kemalangan jalan raya di Malaysia adalah yang
tertinggi di dunia, iaitu 19 kematian setiap hari.
Kamera AES itu dipasang di kawasan-kawasan yang mempunyai had laju rendah iaitu 70 km/jam
ataupun kawasan jalan bandaran dalam had laju 30 km/jam. Di lebuh raya pula, AES dipasangkan di
kawasan kurang 110 km/jam. Papan tanda mengenainya diletakkan antara 50 hingga 500 meter
daripada persimpangan lampu isyarat dan kemudiannya dijarakkan semula sehingga satu kilometer.
Saman akan dikeluarkan bagi mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan.
Kesan penggunaan kamera AES, kadar kemalangan sedikit berkurangan. Pengguna jalan raya tidak
sepatutnya membawa kereta dengan laju atau membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. Apa
sahaja tindakan kerajaan tidak akan berkesan sekiranya pengguna jalan raya sendiri tidak mahu
merubah sikap masing-masing.

3.2 Akta perhimpuan aman.

"Saya berharap rakyat Malaysia cukup matang untuk memahami bahawa apabila tiadanya undang-
undang, tetapi kawalan diri mesti diamalkan, anda mesti mendisiplinkan diri agar tidak menjejaskan
keselamatan negara, Tun Dr Mahathir
Berikut merupakan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohammad dalam ucapannya mendorong rakyat
bersama-sama menjaga keselamatan dan keamanan negara. Namun apa yang berlaku kini berbeza
dangan harapan yang dilontarkan oleh mantan perdan menteri itu. Perhimpunan BERSIH yang
berlangsung pada tahun lepas telah mencacatkan ketenangan negara Malaysia. Pelbagai insiden terjadi
yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011. Antaranya perlakuan ganas, merempuh sekatan polis
serta membawa anak kecil, jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM20,000.

Sepatutnya rakyat tidak perlu menyertai perhimpuanan-perhimpuanan yang bakal mengganggu-gugat


pentadbiran negara. Cara paling bijak adalah dengan mengundi pada pilihan raya tahun ini. Rakyat
tidak sepatutnya bersikap gelojoh dan membuta tuli, kerana perhimpunan haram ini hanya akan
membusukkan nama negara.

3.3 Akta hasutan

Pada penghujung tahun 2010 polis Bukit Aman telah berjaya mengesan dan menangkap seorang lelaki
Melayu berusia 40 tahun berhubung kes menghina dan mencela Sultan Johor, Institusi Raja-Raja dan
PDRM melalui laman sosialFacebook bernama SULTAN YANG SETAN. Suspek ditahan dibawah
Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, oleh pasukan 'Task Force' yang ditubuhkan khas bagi
mengesannya. Suspek telah menggunakan akaun, internet, dan gambar milik orang lain pada akaun
tersebut. Mangsa, Rahayu, merupakan rakan facebook saya. Gambarnya telah digunapakai sebagai
gambar akaun SULTAN YANG SETAN. Aduan polis telah dibuat oleh tunangnya Hafiz Aziz.

Berdasarkan apa yang telah berlaku, dapat kita simpulkan bahawa etika itu mesti digunapakai setiap
masa dan di mana sahaja. Etika dalam berfacebook menghalang keras aktiviti menfitnah yang boleh
mengganggu ketenteraman awam. Pengguna rangkaian social perlu lebih berhati-hati terhadap setiap
bicara, komen atau postingyang dibuat selain tidak menipu, mencuri identiti dan perlu sentiasa
menjaga hati sesama manusia.

3.0 Kesimpulan

Etika adalah ilmu yang membahas perbuatan baik dan perbuatan buruk, betul dan salah manusia
sejauh yang dapat difahami oleh fikiran manusia. Faktor pembentukan etika individu yang
terlibat antaranya kekeluargaan, pengaruh rakan dan nilai moral berdasarkan pengalaman hidup.
Selain itu penguatkuasaan undang-undang turut membentuk sikap individu melalui proses tangkapan,
saman atau denda.

Realitinya faktor kekeluargaan memerlukan penekanan tentang kasih sayang, perhatian, pendidikan
dan didikan agama bagi membentuk remaja yang berbudi pekerti mulia. Rumah merupakan tempat
pertama mereka belajar, mengadaptasi ilmu berdasarkan pemerhatian ke atas ibu bapa sebagai model
pendidikan. Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor kedua terbesar dalam pembentukan etika
seseorang. Hal ini kerana setiap orang memerlukan rakan, maka hendaklah bijak memilih kawan. jika
mendapat rakan yang baik, maka banyak pengaruh positif diterima dan begitu juga sebaliknya.
Manakala nilai moral iaitu nilai yang dipelajari dari kehidupan kita seharian tidak kira sama ada itu
merupakan pengalaman sendiri mahu pun orang lain. Ia juga memerlukan kebijaksanaan kita untuk
membezakan dan memilih samada etika itu betul atau salah.
Penguatkuasaan undang-undang pula adalah cara mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin
dalam kehidupan seharian. Penguatkuasaan undang-undang melibatkan denda, penangkapan, saman
dan lain-lain lagi oleh pihak polis. Ia bertujuan menjaga keamanan dan kemakmuran negara Malaysia.
Melalui penguatkuasaan undang-undang, pembentukan etika juga boleh terjadi sekiranya rakyat
Malaysia memberikerjasama.

Jika kita mahu melampaui etika dalam keputusan dan tindakan kita sendiri, kita boleh berbuat
demikian. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh melampaui undang-undang, maka kita mematuhi
standard moral yang tidak mematuhi majoriti penduduk. Kita hidup dalam masyarakat yang
demokratik. Oleh itu, jika kita tidak suka sesuatu yang kita lakukan, kita perlu untuk mendapatkan
majoriti pengundi untuk meluluskan undang-undang menyekat tindakan ini. Dalam menduduki negara
yang makmur ini kita perlu mematuhi majoriti penduduk.

(2910 patah perkataan)

4.0 Rujukan

Ann, H.J, & Kok, T.K, (2011) OUMM3203 Professional Ethics (2nd Ed)

Selangor, Malaysia: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Bernama (2012) Perhimpunan Bersih gagal patuhi akta perhimpunan awam.

Av: http// www.sinarharian.com (2 Mac 2013)

Bernama (2010) Penahanan pemilik akaun facebook Sultan Yang Setan

Av: http// www.carigold.com (2 Mac 2013)

Carol A.B, & Buchholtz A.K (2006) Business and Society: Ethics and
stakeholder management (6th ed)

Ohio: South-Western

Hasanah (2012) Faktor-faktor yang memepengaruhi perkembangan peribadi seseorang remaja

Av: http// www.cikgu-hasanah.blogspot.com (24 Feb 2013)

Hazil Abd Hamid (1990). Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Negara.

Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Jawa (2011) Faktor yang membentuk etika seseorang

Av: http// www.dakwa4u.blogspot.com (1 Mac 2013)

M. Saleha (2012) AES dan sikap kita sebagai pengguna jalan raya
Av: http// www.ummatanwasatan.net (24 Feb 2013)

Pinvader (March, 2011). Kemahiran Penting Dalam Mengatasi Pengaruh Rakan Sebaya

Av: http:// utusan-malaysia-online.com (1 Mac 2013)R. Erni (2010)Definisi etika


Av: http// www.erniritonga123.blogspot.com. (24 Feb 2013)

Rozlizam (2010) Etika profesionalAv: http// www.badzam.blogspot.com (2 Mac 2013)

(u.n) (n.d) 10 Keperibadian yang harus dihindari Av: http//www.carapedia.com (24 Feb 2013)

(u.n) (n.d) Rakyat matang Av: http// www.suaralensa.blogspot.com (24 Feb 2013)

You might also like