You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KERAMUAK TONGOD (TELUPID)

PETI SURAT 08,


89320 TELUPID SABAH

_____________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL/3 TAHUN 2017

Tarikh : 28.09.2017
Masa : 12.00 tengahari hingga 2.00 petang
Tempat : bilik guru SK Keramuak

Kehadiran:
1. Akin @ Ajain solimun pengerusi
2. Jimchon Lasiuan Tim. Pengerusi
3. Michael Tengha guru
4. Mary Michael guru
5. Vinis Jiuli guru
6. Donny Alliun guru
7. Marianah Sarindoh guru
8. Supinah Matius guru
9. Rainie Justin guru
10. Noor Hartimi Omar guru
11. Wan Ahmad Ashraf guru
12. Sayed Ahmad Zulhafiz guru
13. Jaikral Jaidal guru
14. Mohamad said Nurdin guru

Tidak hadir:
1. Tony @ Jasnee Gungok Guru Besar (bersebab)

Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat
3. Perkara berbangkit mesyuarat lepas Bil/2 2017
4. Peperiksaan Akhir Tahun
5. Hal-hal lain

Bil. Perkara Catatan


1.0 Ucapan Pengerusi (Akin @ Ajain solimun)
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru di atas
kehadiran pada mesyuarat kali yang ketiga.
1.2 Berikut adalah maklumat-maklumat penting yang telah disampaikan oleh
pengerusi;

1.2.1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Pengerusi menekankan supaya semua guru dapat memberi kerjasama
untuk menghantar RPH kepada pihak pentadbir mengikut jadual yang
ditetapkan.

1.2.2 Fail Panitia


Guru-guru panitia diminta untuk sentiasa mengemaskini fail panitia
masing-masing supaya lebih tersusun, sistematik dan mudah diakses.

1.2.3 Komitmen kepada tugas.


Pengerusi berharap supaya semua guru dan AKP sentiasa memberi
komitmen terhadap tugas masing-masing selaras dengan MMI.
2.0 Pengesahan minit mesyuarat
2.1 Pengesahan minit mesyuarat lepas tidak dapat disahkan kerana minit
mesyuarat yang lepas tidak sempat disediakan.
3.0 Perkara berbangkit minit mesyuarat yang lepas.
3.1 Tiada perkara berbangkit dibangkitkan kerana minit mesyuarat yang lalu
gagal disediakan.
4.0 Peperiksaan Akhir tahun 2017
4.1 Tarikh Peperiksaan Akhir tahun telah ditetapkan dalam mesyuarat ini iaitu
pada 30.10.2017 hingga 03.11.2017.
4.2 Soalan peperiksaan akan disediakan oleh guru mata pelajaran.
4.3 Cikgu Jaikral Jaidal bertanggungjawab untuk menyediakan soalan
peperiksaan yang disediakan oleh cikgu Athir.
4.4 Soalan peperiksaan perlu disemak untuk pengesahan daripada ketua
panitia mata pelajaran sebelum soalan tersebut diperbanyakkan.
4.5 Setiausaha peperiksaan bertanggungjawab untuk menyeragamkan format
kulit depan setiap mata pelajaran.
4.6 Setiausaha peperiksaan juga diminta untuk menyediakan pelan
penyimpanan soalan untuk mengelakkan soalan bocor.
4.7 Jadual waktu peperiksaan akan diedarkan kepada murid selewat-lewatnya
seminggu sebelum peperiksaan.
4.8 Semua percetakan hendaklah dijalankan di sekolah. Jika printer sekolah
tidak berfungsi dengan baik, soalan bolehlah diperbanyakkan di kedai
percetakan yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah.
4.9 Setiausaha peperiksaan akan membuat jadual guru bertugas menjaga
peperiksaan.
4.10 Tempoh masa menyemak kertas peperiksaan ditetapkan satu minggu
selepas peperiksaan.
4.11 Guru mata pelajaran hendaklah mengisi markah dalam SAPS mengikut
tarikh yang ditetapkan oleh KPM.
4.12 Setiausaha peperiksaan, guru mata pelajaran dan guru kelas sentiasa
bekerjasama untuk menyiapkan analisis keputusan peperiksaan pada
minggu 41, iaitu sebelum HAMC.
5.0 Hal-hal lain.
5.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru supaya dapat menyiapkan
PBS seminggu lebih awal daripada peperiksaan.
5.2 PBS setiap mata pelajaran hendaklah disimpan dalam fail PBS.
5.3 Hari SUkan Negara tidak dapat dijalankan memandangkan peruntukan
kewangan pada tahun ini ditiadakan.

Mesyuarat ditangguh pada jam 2.00 petang.

Pencadang: penyokong:

__________________________ __________________________
( ) ( )

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

__________________________ __________________________
( JAIKRAL BIN JAIDAL ) ( AKIN @ AJAIN SOLIMUN )

You might also like