You are on page 1of 2

PERLEMBAGAAN PERSATUAN KKJR

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT


a. Nama Kelab : Kelab Keselamatan Jalan Raya
b. Alamat : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NAMBAYAN TAMBUNAN
PETI SURAT 72, 89657, TAMBUNAN

PERATURAN 2 : MATLAMAT
Melahirkan pelajar cemerlang yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia, berilmu
dan berketrampilan dalam usaha membentuk modal insan minda kelas pertama
dalam mencapai dan merealisasikan misi dan visi sekolah khususnya serta negara
amnya.

PERATURAN 3 : OBJEKTIF
3.1 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang ilmu
keselamatan jalan raya
3.2 Memberi pendedahan tatasusila serta pengetahuan bagi pengguna jalan
raya terutama kepada golongan pelajar.
3.3 Menyemai sikap bertimbang rasa serta bertanggungjawab ke atas
keselamatan semua
3.4 Membantu murid menguasai dan mempraktikkan ilmu keselematan jalan
raya untuk diri sendiri khasnya serta untuk orang ramai amnya.
3.5 Menyemarakkan aktiviti yang berkaitan dengan Kelab Keselamatan Jalan
Raya bagi menjamin keupayaan pelajar serta kefahaman mereka tentang undang
undang jalan raya serta kesedaran tentang keselamatan jalan raya

PERATURAN 4 : KEAHLIAN
Terbuka kepada semua pelajar SMK NAMBAYAN

PERATURAN 5 : GURU PENASIHAT

5.1 Menjadi Penggerak Utama kepada pelaksanaan aktiviti persatuan


5.2 Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan dan taklimat JK Kerja persatuan
5.3 Membantu dan bekerjasama rapat dengan JK Kerja Persatuan supaya
pengurusan persatuan dapat berjalan dengan efisyen dan sistematik.
5.4 Memastikan aktiviti persatuan dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan.
5.5 Membuat pemantauan dan penilaian aktiviti dari semasa ke semasa.
5.6 Membuat penilaian setiap ahli persatuan pada akhir tahun semasa.
5.7 Merancang dan merangka aktiviti tahunan persatuan.
5.8 Mengurus dan menyelaras rekod/dokumen persatuan
PERLEMBAGAAN PERSATUAN KKJR

Lirik lagu ' Hati-hati di Jalan Raya'

Bila lintas jalan, jangan main-main


Lihat kiri kanan, toleh ke belakang
Lima langkah melintas perlu dipatuhi
Jika tiada kereta, barulah melintas

Bila lintas jalan, ikutlah laluan


Lintasan belang ada di hadapan
Bonceng motosikal pakai topi keledar
Ikat ketat-ketat pastikan selamat

Jalan raya kita tempat berbahaya


Ikut peraturan pasti kita selamat
Berhati-hati bila di jalan raya

Jaga keselamatan tenggungjawab bersama

You might also like