You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT GURU

SK SUNGAI TONG
BIL 1/2017

Tarikh : 27 Disember 2016 ( Selasa )


Masa : 12.00 Tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran

1. En Che Wan Ralisyardy B Che Wan Samiun Guru Besar (Pengerusi)


2. Pn Junidah Binti Said Pen.Kanan Pentadbiran
3. En Mohd Zaid Binti Awang Pen.Kanan Hal Ehwal
4. Pn.Norismaiza Binti Shamsuddin Pen.Kanan Kokurikulum
5. Pn.Hjh Zuraidah Binti Abdul Rahman
6. En.Dali Moktar Bin Salleh
7. En Mohd Zoraidi Bin Wahab
8. En.Mohd Razifudin Bin Che Muda
9. En.Md Rahimi Bin Mohd Kamaru Al Salam
10. En.Wan Sirajul Fahmi Bin Wan Abdul Hakim
11. YM Syed Ahmad Syauqi Bin Syed Abdullah
12. En.Zafri Bin Mamat
13. Pn.Liza Binti Shafie
14. Cik Wan Sabariah Binti Wan Ismail
15. Pn.Wan Norihan Binti Wan Mansor
16. Wan Nor Azlini Bt Wan Ariffin
17. Pn.Nurul Wahidati Ainun Binti Muhammad
18. Pn. Yusmaiwati Binti Razab
19. Pn.Norjannah Binti Mohamad
20. . Cik Nur Azhani Binti Azezan
21. Pn. Nor Suriani Binti Abdullah
22. Pn Siti Nur Adha Aqilah Binti Zahari

Tidak Hadir :
1. En.Raimi Syazwan Bin Abdul Rashid
2. Puan Zuhaini Bt Daud
Laporan Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi (Guru Besar)


1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai perhubungan
PPD, Encik Anuar Bin Ishak yang sudi meluangkan masa untuk datang melawat
sekolah.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih juga kepada semua guru kerana dapat hadir
ke mesyuarat guru kali pertama.
1.3 Beliau memaklumkan bahawa terdapat sebilangan ibu bapa yang tidak
menyedari tentang maklumat pada banner bahawa sesi persekolahan sesi 2017
akan bermula dari 1hb Januari 2017.
1.4 Guru Besar memperkenalkan kepada guru prasekolah yang baru, Puan Siti Nur
Adha Aqilah bt Zahari kepada semua guru.
1.5 Beliau berharap semua guru dapat bekerja dengan niat yang betul dan lebih
bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas seharian.
1.6 Beliau berharap agar semua guru lebih memfokuskan aspek kemenjadian murid
serta berharapa agar dapat mengelakkan isu-isu yang tidak diingini timbul
semasa sesi persekolahan yang akan datang.
Makluman dan tindakan : Semua Guru

2. Ucapan Pegawai PPD


2.1 Encik Anuar bin Ishak mengucapkan terima kasih atas jemputan terhadap beliau
ke mesyuarat kali pertama sekolah dan mengucapkan selamat tahun baru kepada
semua guru SOKESTO.
2.2 Beliau memaklumkkan kepada pihak sekolah tentang kewujudan KPI baru iaitu
pegawai perhubungan sekolah (PEPES).
2.3 Beliau memaklumkan bahawa semua guru perlu menggunakan ICT bagi
mencapai tahap 5 bintang SSQS.
2.4 Beliau memohon guru-guru supaya menanam azam baru untuk melakukan
transformasi serta sedia lakukan perubahan demi diri sendiri dan anak didik.
2.5 Beliau memohon agar pihak sekolah menampal visi dan misi ditampal di dalam
kelas.
2.6 Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu telah mencadangkan setiap sekolah
mempunyai beberapa perkara. Antaranya :
2.6.1 T-shirt sekolah berunsurkan warna hitam putih.
2.6.2 war cry
2.6.3 Akronim sekolah
2.6.4 niche area.
2.6.5 mercu tanda
2.6.6 alumni
2.6.7 bilik yang membanggakan
2.6.8 bengkel/makmal yang membanggakan
2.6.9 tahun pada bangunan yang dirasmikan.
2.7 Encik Anuar bin Ishak turut menyentuh tentang Aspirasi Model Pelajar Negeri
Terengganu yang menggariskan beberapa panduan kepada guru supaya
diterapkan dalam sesi PdP.
2.8 Semua guru perlu cakna dan mengenali orang atasan seperti Ketua Sektor,
Pengarah dengan menggunakan panggilan hormat yang betul terutamanya
semasa menganjurkan sesuatu majlis.
2.9 Hala tuju pendidikan Terengganu adalah untuk meningkatkan kualiti dan impak
berganda serta meletakkan Terengganu dibarisan hadapan disamping
melahirkan pedidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.
2.10 Pihak PPD menghargai kerja para guru dan mengucapkan terima kasih diatas
komitmen dan kesungguhan pada tahun 2016.
Makluman dan tindakan : Semua Guru
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1 Dicadangkan oleh : En.Dali Mokhtar bin Salleh
3.2 Disokong oleh : Pn. Zuraidah binti Abd Rahman

4. Perkara Berbangkit
4.1 Encik Zaid menyatakan bahawa tandas guru tidak dapat digunakan dengan
sewajarnya. Masalah ini berpunca daripada sistem aliran air dan saluran.
4.2 Guru besar menyatakan bahawa pihak sekolah perlu membuat permohonan
baru untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini disebabkan jangkamasa projek
tandas tersebut telah melepasi kadar 6 bulan.
Makluman dan tindakan : Pihak pentadbir
5. Penilaian dan Rumusan 2016
5.1 Guru Besar memaklumkan bahawa Gred Purata Sekolah (GPS) pada tahun
2016 ialah 3.12. Gred ini akan dijadikan sebagai kayu ukur terhadap
pencapaian UPSR format baru. GPS ini adalah selari dengan usaha dan
kebolehan murid pada tahun 2016.
5.2 Guru Besar berharap agar semua guru akan lebih bertungkus lumus dalam
tingkatkan pencapaian UPSR. Guru besar berpuas hati dengan kerjasama
semua pihak setakat ini.
Makluman dan tindakan : Semua Guru

6. Persediaan Sesi Persekolahan 2017


6.1 1 murid,1 kerusi,1 meja, dan 1 buku teks pada hari pertama persekolahan.
6.2 Pihak sekolah perlu pastikan meja kerusi cukup dan dalam keadaan baik
sebelum sesi persekolahn dimulakan.
6.3 Terdapat permasalah murid dari Kedah yang tiada buku teks yang sepatutnya
dibawa dari sana dan akan cuba diatasi oleh Guru SPBT.
6.4 Guru perlu memastikan kelas disusun ikut Pembelajaran Abad ke 21 kerana
pemantauan akan dibuat daripada semasa ke semasa.
6.5 Pihak JPNT memperkenalkan konsep dan pendekatan baru iaitu no drilling.
6.6 Semua bilik-bilik akan dipantau dan guru-guru perlu berada dalam keadaan
bersedia untuk menghadapi PdP.
6.7 Sebarang rungutan atau aduan akan diambil kira dan tindakan susulan akan
diambil oleh pihak sekolah terhadap kontraktor dan pekerja pembersihan.
6.8 Pembelajaran akan dimulakan pada hari pertama dan perhimpunan akan cuba
ditamatkan tepat pada masa.
6.9 Guru perlu memastikan rekod rancangan mengajar dan biodata diri lengkap
dan sentiasa dikemaskini. Bahagian Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
buku rekod rancangan mengajar guru-guru perlulah ditandatangani oleh pihak
pentadbir..
6.10 Guru- guru perlulah melengkapkan buku rekod rancangan mengajar pada hari
pertama mengajar.
6.11 Buku rekod rancangan mengajar perlu dihantar pada setiap hari Khamis atau
selewat-lewatnya hari Ahad.
6.11.1 Setiap panitia mestilah mencapai KPI mesyuarat yang telah disarankan.
Mesyuarat mestilah dijalankan mengikut jadual. Pemantauan dari segi PdP
dan sistem fail terutama fail panitia akan dijalankan oleh pihak pentadbiran
dari semasa ke semasa.
6.12 Pencerapan PdP guru-guru akan dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun
Makluman dan tindakan : Semua Guru

7. Etika Kerja
7.1 Guru Besar menyentuh tentang etika kerja KPM iaitu:
7.1.1 Menepati masa keberadaan guru di sekolah setiap pagi. Guru Besar
menggalakkan guru-guru agar hadir ke sekolah pada jam 7.15 pagi dan
memohon agar guru-guru tidak lewat datang ke sekolah
7.1.2 Penggunaan cuti rehat khas (CRK) iaitu guru perlu menggunakannya
mengiikut keperluan yang dibenarkan di dalam pekeliling.
7.1.3 Cuti sakit sebaik-baiknnya perlulah diambil daripada dari hospital/klinik
kerajaan dan sekiranya ia diambil dalam tempoh terlalu lama dikhuatiri
akan memberi kesan jangka panjang pada perkhidmatan guru.
7.1.4 Guru tidak dibenarkan keluar lebih dari tempoh 4 jam semasa sesi
persekolahan. Sekiranya melebihi dari tempoh tersebut, guru perlulah
mengambil cuti.
7.1.5 Pakaian guru-guru perlulah ikut etika pemakaian yang disarankan oleh
pihak KPM. Guru-guru mestilah mengenakan pakaian formal semasa
menghadiri mesyuarat rasmi.
7.1.6 Guru-guru disarankan supaya memakai blazer atau kot pada hari Ahad
serta memakai pakaian unit uniform pada hari Selasa.
7.1.7 Guru mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dibenarkan untuk
memakai pakaian sukan semasa sesi persekolahan.
Makluman dan tindakan : Semua Guru

8. Dasar KPM
8.1 Guru Besar memohon agar guru-guru lebih peka dengan semakan KSSR
(Semakan Tahun 1).
8.2 Beliau juga memohon guru-guru prihatin dan memahami dasar-dasar yang
sedia ada seperti KSSR, MBMMBI, LINUS, 1M1S, Sekolah Berprestasi
Tinggi dan lain-lain.
Makluman dan tindakan : Semua Guru

9. National Key Result Area (NKRA)


9.1 Guru Besar meminta agar guru-guru sentiasa ambil peduli terhadap dasar
NKRA yang melibatkan sistem pendidikan negara kita teutamanya dari segi
pra-sekolah, LINUS, SBT dan New Deal.
Makluman dan tindakan : Semua Guru

10. Agihan Tugas Guru


10.1 Taklimat GPK1
10.1.1 Puan Junidah mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas gerak
kerja yang dilakukan pada tahun 2016.
10.1.2 Beliau memaklumkan secara ringkas tugasa-tugasan guru pada tahun
2017. Tugasan-tugasan ini akan dihuraikan dengan lebih terperinci dalam
Mesuyuarat Kurikulum nanti.
10.2 Taklimat GPK HEM
10.2.1 Encik Mohd Zaid mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas
gerak kerja yang dilakukan pada tahun 2016.
10.2.2 Beliau memaklumkan secara ringkas tugasa-tugasan guru pada tahun
2017. Tugasan-tugasan ini akan dihuraikan dengan lebih terperinci dalam
Mesuyuarat HEM nanti.
10.3 Taklimat GPK Kokurikulum
10.3.1 Puan Norismaiza mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas
gerak kerja yang dilakukan pada tahun 2016.
10.3.2 Beliau memaklumkan secara ringkas tugasa-tugasan guru pada tahun
2017. Tugasan-tugasan ini akan dihuraikan dengan lebih terperinci dalam
Mesuyuarat Kokurikulum nanti.
Makluman dan tindakan : Semua Guru
11. Hal-hal Lain
11.1 Guru Besar menyatakan tentang sistem kehadiran ke sekolah yang akan
menggunakan sepenuhnya sistem digital. Catatan perlulah diletakkan
sekiranya lewat.
11.2 Kehadiran pulang juga perlu dicatatkan untuk mengelakkan berlaku perkara
tidak diingini. Buku khas telah disediakan bagi catatan guru sekiranya
terpaksa keluar pada waktu sekolah dengan kebenaran.
11.3 Semua guru diminta untuk mengemaskini papan kenyataan panitia masing-
masing.
11.4 Puan Wan Azlini menyatakan bahawa papan kenyataan Panitia KOKO
diletakkan berhampiran dengan pusat Akses.
11.5 Encik Razifudin mengatakan bahawa pihak Jemaah Nazir mencadangkan
supaya mesyuarat panitia dijalankan sebanyak 3 kali.
11.6 Encik Zaid menyatakan bahawa harga penjualan makanan yang ditawarkan
kepada pihak sekolah adalah berdasar tender yang telah ditawarkan.
11.7 Guru Besar meminta guru-guru memberi bimbingan serta komen tentang
pengurusan kantin yang baru secara telus dan jujur terutama tentang harga,
rasa makanan serta layanan.
11.8 Guru besar mengatakan bahawa RMT akan bermula pada hari pertama kecuali
untuk para pelajar tahun 1. Pelajar RMT pada tahun ini adalah seramai 70
orang dari murid tahun 2-6. Pihak sekolah belum menerima surat perlaksanaan
RMT bagi sesi 2017.
11.9 Encik Razifudin menyatakan bahawa sekolah telah mendapat tawaran dari
PKG untuk meminjam 10 buah netbook bagi kegunaan guru dan murid dalam
usaha ke arah mengekalkan sekolah 5 bintang ICT.
11.10 Encik Syed Ahmad Syauqi memaklumkan bahawa perhimpunan akan
diadakan di dewan sekolah sekiranya hari hujan.
11.11 Puan Junidah memaklumkan agak pihak sekolah membuat pembelian bendera
negeri Terengganu dan bendera Malaysia yang baru menggantikan bendera-
bendera yang sedia ada.
11.12 Guru Besar memaklumkan bahawa Porgram Guru Penyayang akan berjalan
seperti biasa. Guru-guru yang bertugas pada setiap minggu mestilah mengalu-
alukan kehadiran murid-murid di pintu pagar sekolah pada setiap pagi.
11.13 Cik Wan Sabariah memaklumkan bahawa murid tidak dibenarkan keluar
terutamanya untuk membeli makanan diluar semasa atau sebelum kelas KAFA
berlangsung. Beliau memohon pihak sekolah untuk memaklumkan kepada
para ibu bapa dan penjaga berkenaan hal tersebut.
11.14 Encik Md Rahimi memaklumkan bahawa panitia Kesenian dan panitia Muzik
adalah dua panitia yang berbeza. Oleh yang demikian, fail untuk kedua-dua
panitia mestilah disediakan secara berasingan. Namun yang demkian, beliau
masih kurang pasti mengenai pembahagian peruntukan kewangan untuk
panitia-panitia tersebut.
11.15 Puan Junidah mencadangkan bahawa sudut MBMMBI diletakkan di Bilik
Tayang.
Makluman dan tindakan : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang

Disediakan oleh, Disediakan oleh,

............................................. .............................................
(Cik Nur Azhani Bt Azezan ) (Puan Siti Nur Adha Aqilah Bt Zahari )
Setiausaha I, Setiausaha II,
Mesyuarat Guru, Mesyuarat Guru,
SK Sungai Tong. SK Sungai Tong.

Disemak oleh,

..........................................
(En.Che Wan Ralisyardy Bin C W Samiun)
Guru Besar,
SK Sungai Tong.

You might also like