You are on page 1of 2

YANG BERHORMAT DATO DR HAJI MUHAMMAD AMIN BIN HJ ZAKARIA

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Kerajaan Negeri
Perak.

YANG BERBAHAGIA PUAN AIDA HAZLYN BINTI HASSAN

Pengurus Besar Yayasan Perak

YANG BERUSAHA EN HISHAMUDIN BIN ADNAN

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang

YANG BERUSAHA EN. FARID BIN WAZALI


Pengurus Unit Pendidikan, Yayasan Perak

YANG DIHORMATI EN. SIVABALAN,


Yang Dipertua PIBG SJK T Tapah

Pegawai pegawai
Pejabat YB Dato Exco Pendidikan
Pejabat Yayasan Perak
Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang

Terlebih dahulu saya mewakili semua warga SJK T TAPAH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana
telah memilih sekolah ini dalam rangka lawatan Yb Dato Exco Pendidikan Negeri Perak sempena
pemukiman Daerah Batang Padang.

Bagi maklumat Yb Dato

Sekolah ini mempunyai seramai 120 orang murid dan 17 orang guru serta 5 orang AKS. Manakala
merujuk kepada pencapaian dalam bidang akademik, pencapaian

UPSR 2015 mencatatkan 2 orang yang mencapai 7A

UPSR 2016 tiada calon yang mendapat 8A di bawah format pentaksiran baharu

UPSR 2017 tahun ini mempunyai target serami 4 orang untuk kualiti iaitu 8A.
Ban sekolah masih lagi berada di Band 3.

Dari aspek Hal Ehwal Murid, perkara yang perlu dibanggakan di sekolah ini ialah sekolah ini tiada
masalah disiplin dan dari segi kehadiran pencapaian sekolah telah mencapai target yang ditetapkan oleh
PPD. Selain itu, aspek yang sangat dibanggakan oleh pihak sekolah yang turut membawa nama baik
kepada PPD Batang Padang dan JPN Perak ialah pencapaian Johan dalam Pengurusan Bilik BOSS
peringkat kebangsaan.

Jika diteliti untuk unit kokurikulum sekolah pula, pihak sekolah telah menjadi Jurulatih Utama untuk
Program Highly Immersive Program (HIP) peringkat Daerah Batang Padang, penyertaan dalam
permainan peringkat kelompok dan daerah serta karnival bahasa peringkat daerah. Sekolah juga
mempunyai jaguh catur dan peserta tarian tradisional.

Jika diteliti dari aspek sokongan komuniti, pihak PIBG dan NGO sekitar memebri sokongan yang penuh
kepada sekolah dari pelbagai aspek.

Bukan hanya negara yang merangka untuk Transformasi Nasional, malah sekolah ini juga telah dipilih
sebagai Sekolah Transformasi TS25. Sekolah ini terpilih bagi tahun 2017 dalam kelompok kedua. Sebagai
sekolah transformasi, bukan sahaja sekolah mengalami perubahan dari segi fizikal, akan tetapi semua
guru telah mengubah minda untuk mengamalkan Pengajaran Abad Ke-21. Guru berfungsi sebagai
pemudahcara dan pembimbing. Setelah terakhirnya gelombang pertama, kini di gelombang kedua, PdPc
di kelas perlulah menggunakan alatan ICT sebagai pemudahcara pengajaran dan pemudahcara.

Di ambang perubahan pendidikan yang semakin mencabar dan sebagai sekolah transformasi yang
mengamalkan pendidikan abad ke-21, sekolah ini memerlukan sokongan untuk penambahbaikan
kemudahan ICT di sekolah. Ini dikatakan akan meningkatkan kebolehan guru-guru dan pihak
pentadbiran sekolah. Pemberian telefon pintar dan tab telah memudahkan kerja guru, akan tetapi kita
hendak mewujudkan golongan pelajar yang berkemahiran tinggi dalam ICT. Kehendak kami agar anak-
anak kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat negara dunia dari segi
ICT.

You might also like