You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT STAF BIL 4/2016

Tarikh: 25 November 2016

Masa: 11.30 pagi

Tempat: Bilik Sains, Sk Sungai Peking

Senarai kehadiran:

1. Encik Siew Choon Weng


2. Encik Grunak Anak Utek
3. Encik Low Teck Chiong
4. Encik Richard Ugak
5. Encik Richard Rickie Anak Akat
6. Puan Bibiana Ping Tuban
7. Pn Siti Nur Diyana @ Dona Edward
8. Cik Magdelyn Urai Jugah
9. Puan Nuradila binti Mohd Jalil
10. Cik Suhaiza binti Shuib
11. Cik Siti Aishah binti Uno
12. Cik Estefa Dumang Anak Benjamin
13. Puan Jessica Anak Sang
14. Puan Evelyn Urai Jok
15. Puan Corina anak Ludan
16. Puan Suzie Sagan
17. Cik Anita Anak Merang
18. Encik Intai Anak Nyambong
19. Puan Lami Anak William
20. Puan Nur Amisha@ Jerne William
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN
1.1 Guru Besar mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua
staf di atas kesudian meluangkan sedikit masa bagi menghadiri mesyuarat
staf ini.
(Makluman)
1.2 Guru besar memohon maaf kerana terpaksa menangguhkan mesyuarat
staf beberapa kali kerana sekolah telah dilawati oleh Encik Mutarasu.
(Makluman)
1.3 Guru Besar memaklumkan bahawa murid-murid asrama akan pulang ke
asrama bagi sesi penggal persekolahan 2017 pada 2 Januari 2017 iaitu
pada hari Isnin sebelum jam 5 petang.
(Makluman)
1.4 Guru Besar mengingatkan semua staf di Sk Sg Peking bahawa mesyuarat
staf bilangan 1/2017 akan diadakan pada 30 Disember 2016 bertempat di
Pusat Kegiatan Guru Miri pada jam 2.30 petang.
(Makluman)

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT STAF BILANGAN 3/2016


2.1 Bacaan minit mesyuarat bilangan 3/2016 dibacakan oleh Puan Corina.
2.2 Minit mesyuarat yang lepas telah:
Dicadangsahkah oleh:Encik Grunak anak Utek
Disokongsahkan oleh: Encik Richard Rickie anak Akat

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Merujuk kepada perkara (6.0) Guru besar mengingatkan semua staf Sk
Sungai Peking agar sentiasa mengaktifkan nombor telefon bimbit dan
sekiranya terdapat sebarang perubahan atau penukaran nombor telefon
bimbit, mohon dimaklumkan dengan kadar segera kepada guru besar.
(Makluman)
3.2 Guru besar memohon semua guru dan staf kakitangan sekolah agar
menghantar semua harta sekolah ke dalam bilik guru besar dan dikunci
sepanjang cuti sekolah akhir tahun 2016 ini.

(Makluman dan tindakan:Semua staf)

3.3 Merujuk perkara 7.0, guru besar mengingatkan semua staf agar cakna dan
segera melaporkan sebarang kerosakan elektrikal kepada guru besar dan
guru penolong kanan kokurikulum agar diambil tindakan yang segera. Ini
bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kebakaran
mahupun litar pintas.
(Makluman dan tindakan:Semua staf)

3.4 Merujuk perkara 6.2, guru besar mengingatkan semua AKP agar bertugas
seperti jadual yang telah ditetapkan sebelum ini.
(Makluman dan tindakan:Semua AKP)

4.0 PERKARA-PERKARA LAIN


4.1 Encik Grunak Anak Utek memaklumkan bahawa terdapat sedikit
perubahan pada jadual waktu guru dan beberapa perubahan terhadap
pembahagian tugas dalam bidang Kurikulum.
(Makluman)
4.2 Encik Grunak memaklumkan bahawa menurut takwim persekolahan 2017,
sesi pengajaran dan pembelajaran akan bermula pada 03 Januari 2017
iaitu pada hari Selasa.

(Makluman dan tindakan: Semua staf)

4.3 Encik Low Teck Chiong selaku penyelaras jadual waktu menyatakan
bahawa perubahan terhadap jadual waktu guru hanya melibatkan
perubahan waktu dan tidak melibatkan sebarang perubahan mata
pelajaran.
(Makluman)
4.4 Encik Low Teck Chiong turut menyatakan bahawa jadual waktu individu
guru akan dikongsi bersama guru melalui aplikasi Telegram.
(Makluman)
4.5 Cikgu Magdelyn selaku Ahli Jawatankuasa Sijil dan Hadiah Majlis
Anugerah Pelajar Cemerlang, menasihatkan semua guru agar
menyerahkan nama murid yang menerima anugerah dalam kadar yang
segera bagi memudahkan AJK untuk mengurus sijil dan hadiah-hadiah
yang berkaitan. Cikgu Magdelyn turut menambah bahawa setiap keputusan
yang telah diserahkan itu mestilah keputusan yang muktamad agar tidak
berlaku sebarang kecelaruan semasa majlis berlansung.
(Makluman dan tindakan: Semua staf)

5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Jam :12.30 tengah hari
Dicadangsahkan oleh : Puan Nuradila binti Mohd Jalil
Disokong oleh : Encik Low Teck Chiong

Minit dicadangsah oleh:_______________________________

Minit disokongsah oleh:_______________________________

Minit Dicatat oleh: Minit Disemak oleh:

____________________ __________________

(SUHAIZA BINTI SHUIB) (SIEW CHOON WENG)

Pencatat Minit Mesyuarat Guru Besar

Mesyuarat Staf Bil 4/2016 Sk Sungai Peking

You might also like