You are on page 1of 3

Sek Keb Kompleks Seberang Takir

21300 Kuala Terengganu


___________________________________________________________________________
Minit Mesyuarat Panitia Sains Kali Kedua

Tarikh : 7 Mei 2017

Masa : 1.30 tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kompleks Seb Takir .

Kehadiran :

1. En. Muhamad Suhaimi bin Said Guru Besar

2. En Zulkifli bin Salleh PKP 1

2. Mohd Zaki bin Abdullah Ketua Panitia

3. Puan Hafizah bt. Mohd Rawi Setiausaha

4. Encik Mohd Kamal bin Che Salim

6. Pn Azilawati bt. Alwi

7. Wan Roslina binti Wan Sulaima

9. Norlizawati binti Mohd Rashid

Agenda

1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis ( En Mohd Zaki bin Abdullah )

1.1: mengucapkan salam dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Al- Fatihah.

1.2: Berterima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat Panitia Sains kali
pertama bagi membincangkan aktiviti sepanjang 2017.

Tindakan Makluman : AJK

2. Ucapan Guru Besar .( Encik Mohd Suhaimi bin Said )

2.1 : Guru Besar En . Muhamad Suhaimi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
guru untuk mesyuarat kali ini dan beliau berharap agar mesyuarat panitia ini dapat
merancang aktiviti yang dapat meningkatkan pencapaian mata pelajaran terutamanya
untuk murid tahap 2 .
2.2 : Beliau mengucapkan tahniah kerana penitia telah berjaya melaksanakan
perancangan aktiviti seperti Kelas Tambahan Sains yang melibat murid tahun 4 dan 5
yang dijalankan pada hari jumaat dan Sabtu .

2.4 : Beliau juga berharap agar panitia Sains memastikan kehadiran murid yang terlibat
dengan Kelas Tambahan tersebut memuaskan.

2.5 : Selain itu , beliau juga berharap agar semua guru Sains menggunakan FROG VLE
semasa PdP kerana penggunaanya sangat menarik dan mudah .

2.6. Semua guru Sains hendaklah menganalisis setiap pencapaian murid dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam
pelajaran Sains .

2.8. Beliau turut mengucapkan tahniah kerana panitia ini telah melaksanakan PLC di
kalangan guru Sains .

2.9. Beliau meminta semua guru Sains berusaha meningkatkan pencapaian Sains di
kalangan murid dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai serta menarik .

3. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran ( En. Zulkifli bin Salleh )

3.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir .

3.2 Guru digalakkan menggunakan makmal komputer dan bilik maya untuk proses PdP
terutamanya menggunakan FROG VLE .

3.3. Meminta Panitia Sains membuat jadual penggunaan Makmal Sains .

3.4 Peralatan bahan dalam Makmal Sains boleh ditambah dengan peruntukan yang ada .

4. Mengesahkan Minit Mesyuarat

4.1 Minit mesyuarat yang lepas telah disahkan oleh Puan Wan Roslina binti Wan
Sulaiman dan disokong oleh Puan Norlizawati binti Mohd Rashid .

5. Hal-Hal Lain

5.1 : Pengerusi berharap apa yang telah dibincangkan tersebut dapat dimanfaatkan .
5.2 : Perbincangan pencapaian akedemik mesti diutamakan seperti membuat post
mortem ke arah meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Sains .

5.3 : Pengerusi juga berharap agar semua guru Sains bergerak secara aktif dan sentiasa
bekerjasama untuk kecemerlangan murid .
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dan diakhiri dengan Surah Al-ASR

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

( PUAN HAFIZAH BT MOHD RAWI ) ( ENCIK MOHD ZAKI BIN ABDULLAH)


Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains
SK. Kompleks Seberang Takir SK Kompleks Seberang Takir

Sk Fail

You might also like