You are on page 1of 1

PENGENALAN

Cetakan ialah proses terapan blok atau plat ke atas sesuatu permukaan kertas,
kain atau bahan yang lain. Seni percetakan melibatkan kerja-kerja melukis,
mengukir dan mencetak. Dengan menggunakan blok, pemidang dan plat logam,
imej dapat dicetak dengan banyak dan disebut sebagai edisi. Semua karya yang
dihasilkan dalam satu edisi adalah dianggap karya asli. Cetakan merupakan
kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau
plat. Permukaan blok diukir atau diguris sehingga imej yang terbentuk pada imej
atau blok tersebut dapat dipindahkan keatas kertas, kain atau bahan lain.

Cetakan dilihat hanya sebagai aktiviti seni kedua penting selepas lukisan, ukiran
mahupun fotografi. Hakikatnya, seni cetakan ini mempunyai daya hidupnya
tersendiri, terus mekar dan subur seiring kecanggihan persekitarannya. Daripada
teknik tradisional seperti cetakan skrin, potongan lino, potongan kayu, gurisan,
litografi hingga ke sinaran kosmik dan cetakan kreatif menggunakan teknologi
komputer terkini, kita akur bahawa seni unggul melampaui fesyen dan sentiasa
menawarkan sesuatu yang baru, tanpa mengira tarikh ia dicipta ataupun usia
penciptanya.

Hasil terapan warna dari blok atau plat, atau menyapu warna melalui suatu
stensil di atas sesuatu permukaan dinamakan cetakan. Permukaan blok cetakan
mungkin timbul, terbenam atau rata bergantung kepada jenis cetakan.
Permukaan yang boleh dicetak terdiri daripada kertas, logam, kayu, plastik dan
kanvas. Kelebihan cetakan ialah dapat menghasilkan cetakan yang banyak
dengan menggunakan blok atau stensil yang sama. Stensil atau blok boleh
disusun dengan cara-cara yang berbeza menggunakan warna-warna yang
berlainan. Hasil-hasil cetakan boleh disusun dalam bentuk siri (dinamakan edisi),
dimana semua cetakan dalam siri mereka. Cetakan juga merupakan proses
menggambar atau mencorak yang dihasilkan dengan mengguris atau memotong
permukaan plat dan menggunakan pigmen. Kemudian gambar atau corak
dipindahkan pada permukaan kertas atau kain. Melalui teknik cetakan, kita akan
dapat menghasilkan beberapa edisi karya yang sama dengan mudah.

You might also like