You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BI KALI PERTAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JENGKA 23

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1/(2017)

Tarikh :10 JANUARI 2017

Masa :1.00 PETANG

Tempat : MAKMAL KOMPUTER SK JENGKA 23

Pengerusi :PN NOR FAIRUS MOHD PARID

Kehadiran(Bilangan) :4 ORANG
1. EN JAILAN BIN HAMSIDI
2. EN MOHD ZAINAL BIN ZAHARI
3. EN MD NASIR BIN YUSOFF
4. PN NOR FAIRUS BT MOH PARID
5. PN RAJA AZRENI FARHANA BINTI RAJA AZAMAN SHAH

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru.
1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kejayaan dan
kecemerlangan pelaksanaan program tahun 2016.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh En Md Nasir Bin Yusof
Disokong untuk pengesahan oleh Pn Raja Azreni Raja Azaman Shah

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara berbangkit dibincangkan
Tindakan : Makluman
4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT
4.1. Pengerusi membentangkan ahli jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris untuk sesi 2017.
Penasihat : En Jailan Bin Hamsidi
Pengerusi : Pn Nor Fairus Bt Moohd Parid
Setiausaha : En Raja Azreni Farhana Bin Raja Azaman Shah

4.2 Program Panitia Bahasa Inggeris tahun 2017


4.2.1 Pengerusi membentangkan program-program yang akan dilaksanakan pada tahun 2017.

Program Pelaksanaan
Morning Workshop -Januari to September
Morning Reading -Januari to November
Morning Drilling -Januari to November
English Week - 24-29 Julai
English Assembly -Minggu Ke-2 setiap bulan
Creative English Environment - Sepanjang tahun

4.2.2 Pengerusi meminta semua guru untuk bersama-sama menjayakan program tahun 2017.
4.2.3 Pn Raja Azreni Farhana dilantik menjadi guru yang bertugas untuk mengemaskini
papan kenyataan Bahasa Inggeris.
Tindakan : Pn Raja Azreni Farhana

4.3 Penentuan Format Rancangan Pelajaran Harian


4.3.1 Pn Nor Fairus mencadangkan semua guru untuk menulis rancangan mengajar mengikut
format penulisan yang terkini.
4.3.2 Pengerusi meminta En Nasir Md Yusof untuk menyerahkan satu salinan contoh format
rancangan pengajaran kepada semua guru Bahasa Inggeris.
Tindakan : En Nasir Md Yusof

4.4 Penentuan Jumlah Buku Latihan dan Bilangan Latihan Seminggu


4.4.1 Pengerusi mencadangkan agar penggunaan tiga buku latihan dikekalkan untuk tahun
2017
4.4.2 Pn Nor Fairus mencadangkan jumlah latihan mengikut ketetapan yang berikut:

Tahap 1
Writing 2
Reading 2
Grammar 2
Vocabulary 2

Tahap 2
Writing 2
Reading 2
Grammar 2
Vocabulary 2

4.5 Program Linus


4.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Panitia Bahasa Inggeris perlu menyediakan satu
program khusus untuk peningkatan LINUS yang melibatkan ibu bapa jika berkemampuan
dari segi masa, kewangan dan komitmen.
4.5.2 En. Nasir Md Yusof mencadangkan Program Linus Bersama Ibu Bapa. Program ini
akan melibatkan beberapa aktiviti bersama murid LINUS dan ibu bapa murid.
4.5.3 En Zainal menyatakan bahawa program ini boleh dijadikan sebagai salah satu program
Sarana Sekolah.

4.6 Kewangan
4.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan kewangan untuk Panitia Bahasa Inggeris
bagi tahu 2017 adalah sebanyak RM658.30.
Sebaranga program hendaklah disediakan kertas kerja. Guru Penasihat bertanggungjawab
membimbing murid-murid dalam membuat laporan dan menjalankan aktiviti unit masing-
masing bagi mengasah bakat kepimpinan di kalangan murid.
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi meminta guru-guru untuk mengemaskini fail-fail PBS.

5.2 Pengerusi meminta guru-guru menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan untuk


simpanan Panitia.

Tindakan : Makluman
PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ................................
( PN RAJA AZRENI BT RAJA AZAMAN SHAH ) (EN MOHD ZAINAL BIN ZAHARI)
Setiausaha Panitian Bahasa Inggeris Gpk Pentadbiran Sk Jengka 23

Tarikh : 10 Januari 2017 Tarikh : 11 Januari 2017

You might also like