You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA

MINIT MESYUARAT UNIT SPBT 2017

Tarikh : 27 DISEMBER 2016

Masa : 11 PAGI

Tempat : Bilik BOSS

Pengerusi : Pn Siti Zalwaniza bt Wan Chek

Nama yang hadir :

1. Pn. Rohaizah bt mat Sidek


2. Pn. Hamidah bt Abdul Rahman
3. En. Harnimizam bin Abd Hamid
4. Pn. Siti Norhafizah bt Abd Kadir

Nama yang tidak hadir : tiada

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran guru-guru.
1.1.2 Pengerusi membentangkan tujuan mesyuarat dijalankan.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Pencadang : Pn. Hamidah bt Abdul Rahman

Penyokong : En. Harnimizam bin Abd Hamid

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Pengagihan Buku Tahun 2 dan 6
Pengerusi memaklumkan bahawa buku-buku SPBT telah diagihkan kepada murid-murid
tahun 2,3,5 dan 6. Namun masih ada murid yang belum menerima buku kerana tidak
hadir pada hari pengagihan buku. Buku SPBT akan diserahkan kepada mereka pada hari
pertama persekolahan nanti.

Tindakan : Pn Siti Zalwaniza bt Wan Chek

3.2 Buku SPBT Sukatan Baharu Kegunaan 2017

Buku sukatan baharu iaitu buku Tahun 1 KSSR (Semakan) telah siap dicop dan akan
diagihkan kepada murid pada hari pembayaran yuran persekolahan. Pengerusi
mengucapkan terima kasih kepada semua guru SPBT yang datang mengecop buku
semasa cuti persekolahan.

Tindakan : Semua guru SPBT


4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Pengagihan Buku Tahun 1

4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa buku SPBT Tahun 1 akan diagihkan

pada 30 Disember 2016. Bekalan buku tahun 1 tidak lengkap kerana

terdapat 2 judul buku Iqra masih belum sampai ke sekolah.

Tindakan : Pn Siti Zalwaniza bt Wan Chek

4.1.2 Pengerusi membahagikan tugas di mana beliau sendiri dan Puan Siti
Norhafizah akan berada di bilik BOSS untuk tujuan pengagihan buku
Tahun 1 serta dibantu oleh pengawas SPBT. Pengerusi berharap agar
proses tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama
semua guru.

Tindakan : Guru-guru yang berkenaan

5.0 HAL-HAL LAIN


Pengerusi memaklumkan bahawa Minggu SPBT Cintai Buku Teks akan diadakan pada 7-11
April 2017. Aktiviti yang dirancang untuk sepanjang minggu tersebut ialah seperti berikut:
a) Taklimat Ringkas Penjagaan Buku Teks
b) Pemeriksaan Buku SPBT Tahap 1 & 2
c) Pertandingan Mewarna Kulit Buku Teks (Tahap 1)
Pertandingan Melukis Kulit Buku Teks (Tahap 2)
d) Penyampaian Hadiah
Tindakan : Semua guru SPBT
6.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas segala idea dan kerjasama semua ahli mesyuarat
dalam menjayakan mesyuarat pertama Unit SPBT 2017. Mesyuarat telah ditangguhkan pada
pukul 12 tengah hari.

Disediakan oleh :

..

(SITI ZALWANIZA BT WAN CHEK)

Setiausaha Unit SPBT ,

SK Kuala Klawang.

You might also like