You are on page 1of 17

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Matematik merupakan satu bidang ilmu yang luas dan berkait rapat dengan aktiviti

kehidupan kita seharian sama ada kita sedar atau sebaliknya. Pelajaran matematik

merupakan pembelajaran yang menguji kecerdasan seseorang itu berfikir untuk

menyelesaikan masalah dengan kepintaran yang dibantu oleh daya ingatan terhadap

konsep, fakta, kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah. Matematik biasanya

dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang abstrak dan memerlukan pelajar-pelajar

yang boleh berfikir secara sistematik dan mantik. Oleh itu, bagi merealisasikan

kepentingan matematik dalam dunia pendidikan Malaysia, Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah
2

diwujudkan dengan menjadikan matematik sebagai komponen wajib yang perlu

dipelajari oleh semua pelajar. Bersesuaian dengan sukatan Matematik di peringkat

sekolah rendah yang menjadikan matematik sebagai satu mata pelajaran teras asas yang

menegaskan kepada penguasaan bahasa matematik, kefahaman konsep, penguasaan

kemahiran mengira, menaakul dan kemahiran menyelesaikan masalah serta penerapan

nilai-nilai murni.

Dalam era teknologi masa kini, proses pembelajaran dan pengajaran bukan

sahaja tertumpu kepada penggunaan buku teks, kaedah pengajaran guru melalui

penggunaan kapur tulis dan papan hitam sahaja, malah lebih daripada itu termasuklah

penggunaan teknologi yang menyediakan pembelajaran secara interaktif bagi

memupuk minat pelajar. Oleh yang demikian, melalui teknik dan kaedah pembelajaran

dan pengajaran dari guru sahaja belum dapat menjamin berlakunya proses

pembelajaran yang berkesan tanpa melalui bahan bantu mengajar. Dalam mata

pelajaran matematik, bahan bantu mengajar memainkan peranan penting ke arah

memahamkan konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk

menarik minat pelajar.

Hakikatnya, kanak-kanak sejak dilahirkan telah mewarisi asas-asas kecerdasan.

Kecerdasan ini membolehkan mereka belajar dan menyesuaikan diri dengan alam

sekeliling mereka. Pembelajaran memerlukan rangsangan dan kecerdasan pemikiran.

Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling menjadi bahan untuk diproses oleh

kecerdasan dan yang kemudiannya akan lahir sebagai pengetahuan atau pengalaman.

Berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan bahan-bahan pengajaran

dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan media
3

yang mampu mewujudkan rangsangan yang kemudiannya akan bertindak

memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Guru-guru disarankan agar dapat

menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan

baik terutama dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan

pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para

pelajar.

Umumnya, kebanyakan para pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan

bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik banyak membantu

untuk meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman dan penguasaan

murid-murid terhadap kemahiran yang bakal diajar (Noraziah Abd. Hamid,1981). Guru

haruslah memilih bahan bantu mengajar dari pelbagai sumber dan

mengintegrasikannya mengikut keperluan dan kebolehan murid-murid. Mat Nor

Hussein & Abd. Rahman Rashid (1989) turut menyatakan bahawa penggunaan bahan

bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mempunyai prinsip-

prinsipnya yang tersendiri bagi meningkatkan daya komunikatif sesuatu alat bantu

mengajar tersebut. Hanya hanya bantu mengajar yang mempunyai daya komunikatif

yang tinggi mampu membantu murid-murid memperolehi pengalaman belajar yang

berfaedah bagi memperkembangkan sikap ilmiah, sosial, kemantapan emosi dan daya

penghargaan mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai juga turut

membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran asas yang ada dalam sesuatu

matapelajaran. Sesuai dengan dasar Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), iaitu

untuk meningkatkan penguasaan kemahiran numerasi murid sebelum memasuki tahap

dua sekolah rendah, (KPM, 2012).


4

Selain itu, pengajaran juga akan bertambah mudah dengan penggunaan bahan

bantu mengajar. Malah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, guru berjaya

menarik perhaitian dan tumpuan petajar terhadap pelajaran. Menurut Ismail (Dipetik

oleh Hasan.1993: 49), bahan bantu mengajar akan menimbulkan beberapa implikasi

positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, dapat melicinkan proses

pengajaian dan pembelajaran, menjimatkan masa, tenaga dan kewangan, mengelakkan

kebosanan di kalangan pelajar serta membantu pelajar mendapat kesan penuh yang

maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

Menurut Hamalik (1986), penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses

pembelajaran dapat membangkitkan keinginan dan minat yang baru, membangkitkan

motivasi dan merangsang kegiatan belajar bahkan membawa pengaruh-pengaruh

positif kepada murid-murid. Dengan adanya bahan bantu mengjar yang bersesuaian

dengan topik yang diajar, guru akan dapat membangkitkan semangat murid agar terus

bersama-sama dengan beliau dalam proses PdP. Pembelajaran yang membosankan

akan menyebabkan murid-murid hilang fokus dan berkemungkinan untuk melakukan

kerja lain ataupun murid-murid akan mengantuk. Pendapat ini juga disokong oleh

Mohd Dahlan (1992), yang menyatakan bahawa mutu dan tumpuan murid murid

terhadap pembelajaran dapat ditingkatkan melalui penggunaan pelbagai alat bantu

mengajar mengikut cara yang bersesuaian. Selain itu, pengunaan bahan bantu mengajar

juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar. Manakala

Omardin Ashaari (1999), berpendapat bahawa pelbagai masalah dan kaedah pengajaran

guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman juga mampu diatasi dengan

penggunaan bahan bantu mengajar.


5

Kesimpulanya, matematik merupakan salah satu matapelajaran teras yang

penting dalam sains dan teknologi. Memahami dan menggunakan matematik kian

penting kepada kebolehan individu untuk berfungsi di dalam masyarakat dan berjaya

dalam alam pekerjaan. Tetapi matematik sering di anggap salah satu matapelajaran

yang sukar bagi murid-murid. Matematik bukanlah sama dengan matapelajaran yang

lain kerana ia berkaitan dengan simbol-simbol dan rumus-rumus yang perlu di fahami

sebelum dapat di gunakan oleh murid. Oleh itu, penggunaan bahan manipulatif adalah

penting sebagai bahan sokongan dalam membantu murid-murid untuk memahami dan

menguasai konsep asas matematik pada peringkat sekolah rendah.

1.2 Latar Belakang Kajian

Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan

mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira

(Kementerian Pendidikan Malaysia,1995). Walaupun begitu terdapat sekumpulan

pelajar di sekolah yang kurang berupaya untuk mencapai kecemerlangan akademik.

Kumpulan pelajar ini sentiasa mendapat markah rendah dan gagal dalam peperiksaan

(Mohd Aris, 2007). Prestasi mereka diukur berdasarkan dengan tahap kecerdasan

intelektual yang dimiliki. Hakikatnya, terdapat pelajar yang memiliki tahap intelektual

yang tinggi tetapi tidak berupaya untuk menggunakannya secara lebih berkesan dalam

sesuatu perkara. Pelajar tersebut tidak berupaya menggunakan segala yang dimiliki

untuk belajar dan menjadi pelajar yang cemerlang. Pelajar dikategorikan sebagai

underachiever jika tidak mahir dan pandai terutamanya dalam bidang akademik. Ada
6

dalam kalangan mereka yang lemah dalam mata pelajaran yang memerlukan tahap

intelektual yang tinggi. Contohnya dalam mata pelajaran Matematik

Selain itu, pelajar yang berprestasi rendah juga tidak menunjukkan minat

dalam bidang akademik. Secara ringkasnya, mereka tidak suka hadir ke dalam kelas

dan belajar. Mereka datang ke sekolah kerana paksaan daripada keluarga terutamanya

ibu bapa. Apabila hadir ke dalam kelas, mereka tidak menumpukan perhatian terhadap

isi pengajaran dan pembelajaran oleh guru. Mereka hanya berbual-bual kosong dengan

rakan yang sama perangai dengan mereka. Pelajar pelajar ini juga biasanya diberi

label oleh para guru sebagai lemah, pemalas dan membiarkan mereka berada dalam

keadaan begitu rupa tanpa dicuba sebarang pemulihan akademik. Kegagalan seumpama

ini melahirkan perasaan hampa di kalangan guru. Pihak sekolah pula menganggap ini

sebagai satu pembaziran masa dan tenaga (Mohd Aris Othman, 2007).

Selain itu, Noor Saliza dan Zulkafli (2005), mengatakan bahawa punca utama

permasalahan murid lemah adalah disebabkan oleh corak pembelajaran, sikap, tiada

kemahiran belajar serta kurang dorongan. Ini jelas menunjukkan elemen ini merupakan

faktor penyumbang kepada kecemerlangan pelajar. Dapatan kajian (Krouse dan Krouse

(1981, dalam Mohd Aris Othman 2007) mengatakan bahawa status sosio ekonomi dan

kekurangan kemahiran kognitif merupakan dua faktor yang mempengaruhi pencapaian

akademik yang rendah di kalangan murid dan faktor status sosio-ekonomi adalah sukar

untuk diubahsuai oleh pihak sekolah. Mengikut (Phillips 1992a dalam Mohd Aris

Othman 2007), kemahiran kognitif memainkan peranan penting dalam menentukan

prestasi akademik pelajar. Faktor ini mudah diubahsuai melalui pemulihan akademik.

Pelajar-pelajar berpencapaian akademik rendah tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti


7

kognitif dengan memuaskan dan ini menyebabkan mereka memperolehi markah yang

rendah. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila sistem persekolahan yang lebih

menekankan peperiksaan kurang memberi tumpuan terhadap kejayaan atau kemahiran

mereka.

Walau bagaimanapun, menurut Howard Gardner et al (1996) beliau

berpendapat bahawa proses pembelajaran dan persekitaran yang kondusif dapat

meningkatkan kecerdasan yang diwarisi oleh individu dan ini akan membolehkan

pembelajaran yang berkesan berlaku. Selain itu, kajian (Jones et al. 1988 dalam Mohd

Aris Othman 2007) membuktikan bahawa masalah seumpama ini boleh diatasi dengan

menggunakan strategi dan kaedah pengajaran kognitif yang sesuai. Tambahan pula,

penguasaan kemahiran berfikir seperti membanding dan membeza, membuat

generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan, mencipta metafora, menerangkan

sebab dan menyelesaikan masalah akan dapat dikuasai dengan lebih mudah oleh murid

melalui kaedah pengajaran kognitif.

Menurut Moores (1987 dalam Mohd Aris Othman 2007), komponen yang

paling penting untuk memotivasikan minat murid-murid terhadap pelajarannya adalah

dengan mempelbagaikan kaedah penyampaian pengajaran. Namun dapatan Azma

(1990), mendapati kebanyakkan guru menyampaikan pengajaran mereka tanpa

berusaha untuk menggunakan teknologi dan inovasi bahan bantu mengajar yang ada.

Menurut Eee Ah Ming (1997), pembelajaran yang pasif akan berlaku apabila guru

menggunakan komunikasi satu hala dan kaedah pengajaran tradisional yang

bertunjangkan kepada kaedah kuliah yang menekankan penyampaian maklumat dan

penerangan idea atau prinsip secara lisan dan abstrak semata mata.
8

Sehubungan dengan itu, penggunaan alternatif dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran adalah sangat diperlukan. Menurut (Amir Hasan 2002 dalam Harith

Azidin Kamarudin 2014), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai

psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu

pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong

(dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap

yang maksimum. Lantaran itu guru-guru haruslah bijak dan kreatif dalam

pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan bahan bantu mengajar dalam

pengajaran mereka. Bahan bantu mengajar adalah penting dalam pengajaran dan

pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk

belajar. Menurut Steedly (2008 et al), bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik

adalah lebih berkesan jika bahan-bahan konkrit digunakan. Walau bagaimanapun,

penggunaan bahan bantu juga akan memberikan kesan yang negatif sekiranaya tidak

digunakan secara relevan (Maslen, 2014).

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dengan tujuan mencapai

objektif pelajaran yang berkesan, guru matematik harus memahami teknik-teknik

menggunakan alat-alat, sama ada untuk menerangkan konsep matematik pada peringkat

konkrit atau digunakan oleh murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran

matematik. Walaupun sistem pendidikan sedang berkembang dengan pesat

terutamanya dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), tapi masih ada guru-
9

guru yang tidak menggunakannya. Kajian lepas yang dijalankan mendapati ada

beberapa sebab mengapa guru tidak menggunakan BBM.

Menurut kajian yang dibuat oleh Nyawira W. J (2015) masih ramai guru

matematik yang menunjukkan penguasaan isi kandungan lemah, kekurangan

kemahiran praktikal asas, tidak berinovatif dan menggunakan kaedah pengajaran yang

lemah. Kajian Fatimah (1980), dalam laporan kajiannya menyatakan sebilangan besar

guru masih menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kapur dan bercakap

dalam proses pengajaran mereka.

Selain itu, kajian Shafie bin Mohd. Daud (1990), menyatakan bahawa beban

kerja yang berlebihan mempengaruhi guru dalam menggunakan BBM. Manakala

dapatan kajian Chin, H. W. (2009) menyatakan bahawa satu faktor yang menghalang

penggunaan BBM adalah kurangnya kemahiran penggunaan di kalangan guru. Selain

itu, terdapat juga aduan umum mengenai kekurangan bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran dan sumber yang ada telah tidak digunakan (Oirere, 2008).

Menurut Mok Soon Sang, (1986), pengajaran matematik dalam sekolah rendah

haruslah mengikut turutan pengajaran dari pengalaman konkrit/bahan maujud

seterusnya melibatkan penggunaan gambar barulah ke peringkat abstark. Untuk

membekalkan murid dengan pengalaman konkrit, alat bantu mengajar memainkan

peranan yang amat penting. Dalam hubungan ini, penggunaan alat bantu mengajar

dapat membantu murid-murid membina konsep matematik secara sendiri yang selaras

dengan konsep inkuiri penemuan di samping mengurangkan kesempatan memaksa diri

untuk menghafal bahan-bahan pelajaran mereka secara membuta tuli.


10

Walau bagaimanapun, tahap penggunaan bahan manipulatif adalah berbeza

mengikut keperluan dan strategi pengajaran guru. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk

mengenalpasti tahap penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) oleh guru-guru

matematik di sekolah rendah daerah Batang Padang, Perak.

1.4 Objektif Kajian

Umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan bahan bantu

mengajar di kalangan guru matematik sekolah rendah di daerah Batang Padang. Secara

khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti kekerapan guru menggunakan bahan bantu mengajar dalam

proses pembelajaran matematik.

ii. Mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar

dalam pengajaran matematik?

iii. Mengenal pasti kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh guru untuk

menggunakan bahan bantu mengajar.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba menjawab persoalan yang berikut:

i. Apakah kekerapan penggunaan bahan bantu mengajar matematik oleh guru-

guru matematik di sekolah rendah?


11

ii. Apakah persepsi guru-guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar

matematik di sekolah?

iii. Apakah kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan

bahan bantu mengajar untuk mengajar mata pelajaran matematik di sekolah?

1.6 Kerangka Teori

Rujukan kerangka teori kajian ini adalah berdasarkan teori Dales Cone of Experience

(Kon Pengalaman Dale). Menurut (Edgar Dale 1946 dalam Noriati A Rashid, 2009)

telah mengemukakan pendapatnya dalam teori pembelajaran manusia yang disebut

sebagai Cone of Experience (Kon Pengalaman). Dalam teori ini Dale memperjelaskan

kesan media yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengubah

kefahaman pelajar daripada sukar kepada yang lebih mudah. Dapatan (Edgar Dale,

1969 dalam Noriati A. Rashid, 2009) bahawa pelajar boleh memanfaatkan aktiviti

pembelajaran yang abstrak, iaitu penggunaan media simbolik verbal jika mereka sudah

memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsir maklumat abstrak berkenaan.

Menurutnya, pengunaan teknologi moden dalam pengajaran memaksimakan

penguasaan pelajar. Selain itu, kon pengalaman Edgar Dale, 1969 (dalam Mustafa

Abdul Sami, 2004) yang menyusun bahan bantu mengajar yang digunakan oleh beliau

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.


12

Rajah 1.1
Kon Pengalaman Dale (Ubah suai sumber: Prof. Madya Dr. Wan Zah Wan Ali et al,
HBML3103: Prinsip Teknologi Pengajaran, Kuala Lumpur, 2008.)

Gambarajah di atas adalah jelas menunjukkan Edgar Dale telah membina tahap-

tahap pengalaman pembelajaran murid-murid iaitu Kon Pengalaman Dale. Dale (1996)

menyarankan agar pengajaran haruslah bermula daripada yang konkrit kepada abstrak.

Hal ini dapat memudahkan proses penerimaan maklumat atau pengajaran kepada

pelajar. Dale memperingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada tiga

peringkat iaitu bermula dengan penglibatan, pemerhatian dan persimbolan.


13

1.7 Kerangka Konseptual

Bagi melancarkan proses kajian ini dijalankan, pengkaji telah merangka satu kerangka

konsep bagi kajian ini. Menurut Orodho 2004, kerangka konseptual adalah satu model

persembahan yang menunjukkan cara pengkaji meneroka dan menghubungkaitkan

pembolehubah yang dikaji. Berikut adalah gambarajah rangka kensep bagi kajian ini.

Rajah 1.2

Rangka Konsep
14

1.8 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi manfaat kepada peningkatan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terutamanya kepada murid dan guru sekolah

rendah. Diharapkan juga agar kajian ini dapat menyumbang kepada:

1.8.1 Membantu guru memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar matematik

yang sesuai dengan tugasan yang diberikan agar dapat mengoptimunkan potensi

belajar murid. Pemilihan bahan bantu mengajar amat diperlukan agar

bersesuaian dengan kemampuan setiap murid, bagi mengembangkan potensi

yang ada dalam diri masing-masing secara maksimum dan seterusnya

memperolehi kejayaan dalam bidang akademik.

1.8.2 Mengenal pasti bahan bantu mengajar yang berkesan yang dapat diaplikasikan

dengan mudah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk

membantu pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan rendah yang menghadapi

masalah memahami fakta dan konsep serta istilah yang disampaikan oleh guru.

Mereka lemah dalam pencapaian akademik berbanding dengan pelajar-pelajar

cerdas kerana mereka mengalami kesusahan dalam menguasai sesuatu

kemahiran terutamanya dalam aspek kognitif.

1.8.3 Memberi panduan kepada pendidik untuk memantapkan lagi pengajaran mereka

bersesuaian dengan keperluan belajar murid.


15

1.8.4 Membantu guru mengaplikasikan kaedah yang boleh membantu pelajar

memahami konsep, proses dan istilah matematik dan seterusnya dapat

meningkatkan prestasi akademik pelajar. Bahan bantu mengajar telah membuka

lebih banyak ruang dalam menghasilkan persekitaran pembelajaran yang

dinamik dan bahan bantu mengajar juga merupakan cara yang baru dalam

mempersembahkan maklumat dengan lebih menarik dan berkesan dan ianya

harus digunakan oleh guru-guru matematik bagi membantu meningkatkan

kefahaman para pelajar dan menguasai mata pelajaran matematik

1.8.5 Membantu pihak sekolah terutamanya kepada panitia matematik untuk

merancang dan menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan

keperluan murid.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini merupakan satu tinjauan yang terbatas kepada perkara-perkara yang

dinyatakan berikut:

1.9.1 Melibatkan guru-guru di sekolah rendah di daerah Batang Padang, Perak sahaja.

Sebanyak 20 buah sekolah telah dipilih sebagai sampel daripada 64 buah

sekolah dan ianya telah melibatkan 70 orang guru matematik sebagai

responden.
16

1.9.2 Menggunakan rekabentuk tinjauan dan hanya menggunakan soalselidik

berpandukan kepada teori konstruktivisme.

1.9.3 Memfokuskan kepada topik topik matematik tahap satu, iaitu bermula topik

matematik tahun satu hingga matematik tahun tiga yang melibatkan sebelas

topik

1.9.4 Membataskan skop kajian kepada penggunaan bahan bantu bagi subjek

matematik sahaja.

1.10 Definisi Istilah

Kajian ini menggunakan definisi istilah berdasarkan kepada konsep atau model berikut.

1.10.1 Bahan Bantu Mengajar

Bahan manipulatif didefinisikan sebagai model konkrit yang melibatkan konsep

matematik untuk menarik kepada beberapa deria serta boleh disentuh dan digerakkan

oleh murid-murid, Heddens (2005). Ironinya, penggunaan bahan manipulatif ini dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran matematik pada ketika ini telah diguna pakai sebagai

satu kaedah dalam membantu murid-murid belajar matematik dengan lebih bermakna.

Penggunaannya juga malah turut membantu dalam pembinaan imej mental yang lebih

jelas dalam memahami idea-idea dan konsep-konsep matematik, Weiss (2006).

Manakala Swan dan Marshall (2010) pula menyatakan bahawa bahan manipulatif
17

matematik merupakan objek yang dikendalikan individu melalui deria iaitu pemikiran

matematik akan dipupuk dalam keadaan individu itu sedar atau tidak.

1.11 Kesimpulan

Bab ini menjelaskan masalah kajian bagi penggunaan bahan bantu mengajar di

kalangan guru matematik sekolah rendah di daerah Batang Padang. Pelaporan bagi

kajian ini akan menghubungkaitkan tahap pemggunaan bahan bantu mengajar guru

dengan keputusan peperiksaan ujian peperiksaan pertengahan tahun bagi matapelajaran

matematik di daerah batang padang. Laporan kajian ini dibahagikan kepada 5 bahagian.

Bab 1 membincangkan pengenalan kajian iaitu latarbelakang, masalah kajian, objektif

dan persoalan kajian. Bab 2 tinjauan literatur menjelaskan rujukan kajian lalu berkaitan

dengan masalah kajian. Bab 3 adalah metodologi kajian, bab 4 pula membincangkan

analisis data dan dapatan kajian. Seterusnya, bab 5 menyatakan rumusan, perbincangan

dan cadangan kajian.

You might also like