You are on page 1of 7

SMK SUNGAI PASIR KECHIL

KM 6,JALAN KUALA KETIL SG. PETANI, KEDAH


MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK
BIL. 2/2016

TARIKH : 11.4.2016 [Isnin]


MASA : 1240
TEMPAT : Bilik Guru 1
Smk Sg. Pasir Kechil

KEHADIRAN :-
1. Pn. Norizan Binti Abu Hassan (Guru Kanan Sains Matematik )
2. Pn. Norizah Binti Mohd Satari ( Ketua Panitia Matematik )
3. Pn. Nirmla Devi A/P Murugaiah
4. Pn Basirah Binti Wahab
5. Pn Lili Nazli Binti Othman
6. Pn Nik Nurhafizah Binti Nik Razali

TIDAK HADIR BERSEBAB:-

1. Pn. Nurmaswani Binti Che Ani. ( Cuti Bersalin )


2. Pn . Marliza Binti Ramlan (MC)

AGENDA MESYUARAT

1.0 Perutusan Pengerusi


2.0 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat lalu.
3.0 Perkara-perkara berbangkit./ maklum balas mesyuarat
4.0 Isu-isu Pengurusan Kurikulum / Panitia
4.1.1 Penetapan Head Count ( HC) sekolah / panitia
4.1.2 Program Peningkatan Akademik Sekolah
4.1.3 Status perbelanjaan PCG
4.1.4 Pelaksanaan LDP/CPD/PLC
4.1.5 Status pelaksanaan program KPM/JPN/PPD
4.1.6 Semakan buku latihan murid
4.1.7 Pencerapan PdP guru ( SKPM Borang Standard 4 )
4.1.8 RPH guru
4.1.9 Jadual waktu

1
4.2.0 Penggunaan alat bantu mengajar ( ABM )
4.2.1 Penggunaan SPBT
4.2.2 Pusat Sumber Sekolah
4.2.3 Kelas tambahan/Pemulihan/Intervensi
4.2.4 Memelihara Masa Instruksional (MMI)
4.2.5 Sukatan Mata Pelajaran ( SP ) / dokumen standard ( DSKP )
4.2.6 Rancangan Pengajaran Tahunan ( RPT ) dan Kontrak Latihan

5.0 Hal-hal lain

KEPUTUSAN MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Ketua Panitia mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran
Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Panitia Matematik Kali Kedua tahun 2016 .

2.0 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu.Semua guru diminta


merujuk kepada minit seterusnya guru-guru mencadangkan dan mengesahkan
agar minit mesyuarat yang lalu diterima.
Cadangan : Pn. Nik Nurhafizah Binti Nik Razali
Sokongan : Pn.Basirah Binti Wahab
Makluman
3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Ketua Panitia meminta guru-guru merujuk minit mesyuarat yang lalu.
Pembetulan kehadiran, Pn Marliza hadir .

Makluman
4.0 Isu-Isu Pengurusan Panitia.

4.1 .1 Pengerusi memaklumkan bahawa GPS SPM tahun 2016 ialah 5.86 dan
ETR mata pelajaran Matematik SPM ialah 69.33 % dan GP ialah 6.73.

Makluman
Tindakan : guru-guru ting 4 & 5

2
4.1.2 Ketua Panitia dan guru-guru membincangkan tentang program-program
peningkatan akademik sekolah iaitu Program Sinaran Permata SPM bagi
pelajar-pelajar cemerlang menggunakan modul yang disediakan.
Program Permata bagi pelajar-pelajar kumpulan galus dan halus menggunakan
soalan-soalan tahun lepas yang disediakan oleh guru mengajar.
Selain itu, memilih pelajar-pelajar cemerlang untuk membimbing pelajar-
pelajar dalam kumpulan yang dibentuk bertujuan membimbing rakan-rakan
sebaya menjawab sesuatu soalan yang diberikan oleh guru dalam PdP.. Pelajar-
pelajar cemerlang yang dipilih berperanan sebagai guru muda dalam kumpulan
pelajar. Program Kelas Tambahan Berlian akan dijalankan semasa cuti
sekolah bagi SPM dan PT3. Selain ini, Maths Centre berperanan untuk
membimbing pelajar di luar PdP untuk berbincang dengan guru-guru
mengikut jadual bertugas guru yang disediakan..
Makluman
Tindakan : Guru-guru Matematik

4.1.3 Peruntukan PCG untuk Matematik Tingkatan 4 dan 5 ialah RM 583.37.


manakala Ting 1 , 2 dan 3 ialah RM1328.30.Tempahan untuk buku rujukan
SPM dan PT3 Matematik sebanyak 31 buah telah dibuat oleh KP Matematik.
Buku-buku rujukan tersebut ditempatkan di Pusat Sumber sekolah.

4.1.4 Pengerusi memberitahu bahawa pelaksanaan LDP tidak wajib dijalankan

sebab pekeliling telah dikeluarkan tetapi PLC perlulah diteruskan.

4.1.5 Pengerusi juga memaklumkan bahawa program KPM/JPN/PPD lebih

mengutamakan bidang Hal Ehwal Murid iaitu kehadiran murid dan disiplin
murid di sekolah.

4.1.6 Ketua Panitia memberitahu bahawa penghantaran buku latihan perlulah

mengikut jadual penyemakan dalam takwim sekolah kepada pentadbir

berkenaan. Satu salinan borang maklum balas pentadbir perlulah dimasukkan

ke dalam fail panitia. Latihan yang diberikan perlulah selaras dengan kontrak

latihan yang dirancang pada awal tahun oleh guru.

3
Makluman

Tindakan : Semua ahli panitia


4.1.7 Pencerapan guru oleh Guru Kanan Mata Pelajaran akan bermula pada bulan
April seperti yang dijadualkan.

Makluman
Tindakan : Semua ahli panitia

4.1.8 RPH guru perlulah diselaraskan mengikut Panitia. Semua guru bersetuju
menggunakan objektif dalam RPH. Refleksi yang ditulis perlulah tekal
dan bermakna menerapkan PdP abad ke 21 selari dengan RPT.

Makluman
Tindakan : Semua ahli panitia

4.1.9 Ketua panitia juga menyatakan perubahan jadual waktu akan berlaku
sekiranya guru baru masuk ke sekolah.

4.2.0 Penggunaan ABM mengikut kesesuaian guru mengikut topik yang diajar
dan pembelian ABM ditangguhkan kerana peruntukan tidak mencukupi.

4.2.1 Penggunaan bilik-bilik khas seperti bilik matematik boleh diteruskan. Guru
Kanan Sains Matematik menyatakan bilik-bilik khas ini perlulah
di lengkapkan.
Makluman
Tindakan : Semua ahli panitia

4.2.2 Jadual penggubalan ujian, peperiksaan pertengahan dan peperiksaan akhir


tahun mengikut lampiran yang diedarkan oleh Ketua Panitia. Semua guru
dikehendaki menyediakan soalan peperiksaan lebih awal mengikut format
peperiksaan. Untuk tingkatan lima dua set kertas soalan disediakan. Set 1
untuk kelas 5 Perdana dan sebahagian pelajar Persona manakala Set2 untuk
sebahagian pelajar 5 Persona dan kelas 5 Wira.

4
Penyediaan Kertas Soalan Ujian Dan Peperiksaan Matematik Tahun 2016.

Ujian/Pep Ting 1 Ting 2 Ting 3 Ting 4 Ting 5


Ujian 1 Marliza Nik Basirah Norizah Norizah
PPT Lili Marliza Basirah Nik Basirah/Nik
Norizah Norizah

Ujian 2 Maswani Nirmla Percubaan Norizah Percubaan


PAT Marliza Maswani - - -

Makluman
Tindakan : Semua ahli panitia

4.2.3 Pengerusi juga membincangkan tentang kelas tambahan , pemulihan dan


intervensi dengan semua guru yang hadir. Guru Kanan Sains Matematik
mencadangkan beberapa program Panitia untuk meningkatkan pencapaian
SPM di antaranya program Bimbingan Rakan Sebaya iaitu melantik pelajar-
pelajar cemerlang untuk membimbing pelajar-pelajar lemah dalam kumpulan
Halus dan Galus. Selain ini, beliau mencadangkan Maths Centre bertujuan
memberi peluang kepada pelajar untuk berjumpa guru jika menghadapi
masalah menyelesaikan masalah Matematik. Seterusnya latih tubi soalan
berformatkan SPM selepas sesuatu tajuk habis diajar. Bagi pelajar-
pelajar lemah penekanan diberikan untuk melatih menjawab soalan-soalan
Kertas 2 SPM Matematik .
Makluman
Tindakan : Semua ahli panitia

4.2.4 Pengerusi juga menyatakan bahawa jual beli jadual digalakkan sekiranya
guru perlu keluar sebab urusan rasmi. Seterusnya pembelajaran dan
pengajaran guru perlulah berkesan dengan peruntukan masa yang diberikan.

Makluman
Tindakan : Semua ahli panitia

5
4.2.5 Sukatan pelajaran perlulah ada dan modul PPPM masih digunakan dalam
PdP guru dan disimpan bersama dengan sukatan pelajaran.

4.2.6 Pengerusi juga berbincang tentang RPT guru yang telah disiapkan pada
awal tahun perlulah diikut mengikut masa yang terancang. Kontrak
latihan guru perlulah selari dengan latihan yang diberikan oleh guru.
Makluman
Tindakan : semua ahli panitia

5.0. Hal-Hal lain.

5.1. Ketua Panitia membincangkan analisis Ujian Satu Bulan Mac.


Pencapaian Matematik tingkatan lima adalah 70.83% yang lulus dan
GP ialah 4.67. Pencapaian pelajar mendapat A adalah seramai
31 orang pelajar dan 51 orang pelajar yang lulus daripada 72 orang.
21 orang pelajar yang gagal dikenalpasti oleh guru subjek dan
perlu merancang program-program yang boleh membantu mereka
lulus dalam Matematik.
Makluman
Tindakan : Guru Ting.5

5.2 Manakala pencapaian PT3 untuk Ujian Satu Bulan Mac adalah
seperti berikut 3 orang mendapat gred A, 11 orang mendapat gred B,
6 orang memperolehi gred C dan 18 orang mendapat gred D. Manakala
21 orang mendapat gred E dan 92 memperolehi gred F. Peratus lulus
ialah 32.35 % dan GP ialah 5.32.
Oleh itu, guru-guru tingkatan 3 perlulah mengaplikasikan banyak
soalan KBAT dalam PdP untuk membiasakan pelajar-pelajar menjawab
soalan beraras tinggi.
Makluman:
Tindakan : Guru Ting.3

6
Mesyuarat Matematik ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.. ..
(MARLIZA BT RAMLAN ) ( NORIZAH MOHD SATARI)
Setiausaha Panitia K.P Matematik

You might also like