You are on page 1of 8

PK 07/3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN ( C ) KULAI BESAR


MINIT MESYUARAT GURU / DIALOG PRESTASI 4 / TAHUN 2015

Tarikh : 29 Mac 2015 (Hari Ahad)

Masa : 1:30 petang 3:30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah

Pengerusi : Pn. Pee Ching Shim (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) :74/ 78

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar menekankan kuasa guru merotan murid berdasarkan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil7/2003.
1.2 Guru Besar mengingatkan etika pakaian guru ke sekolah merujuk kepada Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 7/ 2001

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Cik Ng Myo Lin.
Disokong untuk pengesahan oleh Cik Loh Fong Kian.

3 PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA)/ FOKUS MESYUARAT

4.1 Dialog Prestasi Bersama Guru


4.1.1 Kehadiran Murid

4.1.1.1 Berdasarkan data kehadiran murid pada 29/03/2015, peratus


kehadiran murid pada hari tersebut ialah 89.6%. Hal ini demikian
kerana ching ming dan banyak murid ikut ibu bapa balik ke kampung
untuk menjalankan upacara sembahyang.
4.1.1.2 Guru-guru diingatkan sekiranya kehadiran murid atau guru kurang
daripada 90%, pihak sekolah harus beri alasan yang munasabah.

Tindakan: Semua Guru

1
4.1.2 Keberadaan Guru di Sekolah

4.1.2.1 Berdasarkan data kehadiran guru pada 29/03/2015, peratus kehadiran


guru pada hari tersebut ialah 94.59%, terdapat 4 orang guru tidak hadir
ke sekolah pada hari tersebut. Hal ini adalah disebabkan terdapat 3
orang guru sedang cuti bersalin, 1 orang guru mengambil cuti sakit.

Tindakan: Semua Guru

4.2 Pengurusan Sekolah

4.2.1 Pemantauan Pegawai PPD

4.2.1.1 Semasa pegawai LINUS memberi taklimat, guru yang duduk di


belakang sibuk bercakap/ tidak memberi perhatian. Tindakan ini
ditegur oleh pegawai kerana guru tidak memberi penghormatan
kepada beliau.
4.2.1.2 Didapati ramai guru tidak memakai name-tag.
4.2.1.3 Guru tidak menggunakan bahan / ABM untuk pentaksiran LINUS.
4.2.1.4 Guru mesti tanda Borang BPP1 selepas pentaksiran LINUS.

Tindakan: Semua Guru

4.2.2 Buku Panduan Pengurusan Sekolah Edisi Ke-2 2015

4.2.2.1 Pembetulan pada muka surat 23:


Penyelaras MBMMBI : Pn Dayang Sulizah
Penyelaras SBOA : Cik Ling Siew Tin
4.2.2.2 Guru diminta high light nama sendiri pada Buku Panduan
Pengurusan supaya setiap cikgu tahu tugas dan
tanggungjawab sendiri.

Tindakan: Semua Guru

2
4.2.2.3 Buku Panduan Pengurusan Edisi pertama masih boleh
disimpan sebagai rujukan.
Tindakan: Semua Guru
4.2.3 Rancangan Pengajaran Tahunan RPT

4.2.3.1 Semua guru dikehendaki menyediakan RPT genap 41 minggu.


4.2.3.2 Guru Tahun 6 mesti habiskan semua sukatan pelajaran sebelum
Julai mengikut ketetapan PPD (iaitu sebelum minggu ke-21) , tetapi
perlu juga sediakan RPT hingga minggu ke-41.
4.2.3.3 Selepas minggu ke-21, cikgu Tahun 6 perlu ulangi sukatan pelajaran
terdahulu , misalnya ulangi tema, tajuk, objektif, fokus utama, hasil
pembelajaran, nilai murni dan sebagainya.

Tindakan: Semua Guru

4.2.4 Rancangan Pengajaran Harian

4.2.4.1 Guru Tahun 6 perlu menyediakan Rancangan Pelajaran Harian


(RPH) seperti biasa selepas minggu ke-21, TIDAK DIBENARKAN
menulis ULANGKAJI pada keseluruhan RPH.
4.2.4.2 Semua guru perlu mematuhi format RPH yang diedarkan oleh ketua
panitia.
4.2.4.3 RPH perlu disediakan pada setiap hari persekolahan (walaupun
murid dicutikan dalam tempoh UPSR).
4.2.4.4 Pada Hari Guru dan Hari Kanak-kanak, tuliskan kelas ditangguhkan
kerana sambutan Hari Guru/ Hari Kanak-kanak pada bahagian
impak.
4.2.4.5 Pastikan bilangan minggu adalah sama dengan Takwim Sekolah.

Tindakan: Semua Guru

4.2.5 Buku rekod PDP

3
4.2.5.1Guru mesti hantar Buku Rekod PdP pada setiap Hari Khamis
sebelum 2:00 petang.

4.2.5.2 Guru mesti menurunkan tandatangan setiap kali menghantar Buku


Rekod PdP(Borang PK03/1). Pastikan tarikh betul sebelum
turunkan tandatangan.
4.2.5.3 Guru yang tidak menghantar Buku Rekod PdP, akan dicatat
LEWAT pada Borang PK03/1.
4.2.5.4 Guru perlu memakai pakaian yang sesuai dan kemas apabila
menghadiri mesyuarat di PPD terutamanya guru perempuan
digalakkan untuk memakai skirt yang panjang.

Tindakan: Semua Guru

4.2.6 Jadual Penyemakan Hasil Kerja Murid.

4.2.6.1 Penyemakan Kerja Murid dimulakan pada 22/3/2015


Dipantau sekali setahun
Bilangan buku kerja /latihan yang perlu dihantar =5
Rujuk Kriteria yang ditetapkan dalam Borang SPSK PK06/1
i. Kuantiti dan kekerapan latihan
ii. Kesesuaian dan keberkesanan latihan
iii. Ketelitian dan kesegeraan guru menyemak
iv. Ulasan guru yang spesifik dan membina
v. Pembetulan dibuat/disemak dengan segera dan teliti
4.2.6.2 Laporan Asal hantar kepada pemantau manakala salinan laporan
dihantar ke ketua panitia dan guru.

Tindakan: Semua Guru

4.2.7 Jadual Tindakan Peperiksaan

4
4.2.7.1 Sebelum menggubal kertas soalan, sila baca Panduan Peperiksaan
pada m/s 71-79.
4.2.7.2 Cikgu yang menggubal kertas soalan peperiksaan Bulan Mei, sila
sediakan sebelum 12/4/2015 (rujuk m/s 77).

Tindakan: Semua Guru

4.2.8 Buku Teks dan Buku Aktiviti SPBT

4.2.8.1 Buku teks dan Buku Aktiviti SPBT merupakan sumber utama PdP,
mesti diajar, dibuat dan ditanda oleh guru.
4.2.8.2 Guru Baharu harus berinisiatif untuk bertanya ketua panitia /
penyelaras / guru sedarjah tentang semua maklumat berkaitan
dengan mata pelajaran tersebut.
4.2.8.3 Penyelaras memainkan peranan penting untuk memberi bantuan
kepada guru baharu tentang penyelarasan penggunaan buku
latihan, kekerapan latihan, skop peperiksaan dan sebagainya dari
semasa ke semasa.

Tindakan: Semua Guru

4.2.9 Minit Curai

4.2.9.1 Guru dan GPK yang menghadiri bengkel, kursus, taklimat,


ceramah, sesi dialog anjuran PPD/ JPNJ/ KPM harus
menyediakan minit curai untuk diserahkan kepada guru besar
dan salinan kepada GPK Pentakbiran (untuk disimpan dalam fail
SPSK).
4.2.9.2 Jika peserta kursus / taklimat/ bengkel lebih daripada seorang,
cabut undi untuk menentukan pancatat minit curai kerana hanya
perlu buat satu set minit curai.
4.2.9.3 Format minit curai boleh didapati di folder GPK 1 di komputer
1 , bilik guru.
4.2.9.4 Kandungan setiap slot dan semua pesanan penceramah untuk
tindakan sekolah harus lengkap dicatat dalam minit curai.

Tindakan: Semua Guru

5
4.2.10 Penjimatan Elektrik

4.2.10.1 Guru yang terakhir meninggalkan pejabat guru, sila pastikan


semua suis air-con, komputer dan lampu telah dipadam.

Tindakan: Semua Guru

4.3 Pengurusan Kurikulum

4.3.1 Profil PPB Individu

4.3.1.1 Fail peribadi guru telah disediakan . Guru harus mengisi maklumat ikut
bahagian.
4.3.1.2 Guru harus isi maklumat pada fail dari semasa ke semasa. Maklumat
dalam fail termasuk:
Bahagian I - Sejarah Perkhidmatan Guru
i) falsafah pendidikan negara
ii) skop kerja guru (jawatankuasa)
iii) sasaran kerja tahunan
Bahagian II Pelan Pembangunan Profesional
i) matlamat pengajaran(headcount)
ii) penyertaan aktiviti luar sekolah, pertandingan luar, tugas di PPD
atau JPN, ketua pengawas dan lain-lain.
iii) Lampirkan sijil atau surat lantikan.
Bahagian III Sumbangan kepada Organisasi
i) senarai tugas dan tanggungjawab
ii) sumbangan kepada KPM / PPD / JPN
iii) penulisan / penerbitan (lampirkan modul anak angkat atau masteri
learning)
Bahagian IV bahan bukti dalam PDP
i) lampirkan sukatan mata pelajaran, rancangan mengajar, penilaian
dan perancangan strategik.
ii) contoh hasil kerja (kertas soalan yang pernah disediakan, kad

6
jemputan, brosur dan lain-lain )
Bahagian V Anugerah dan Pencapaian
i) Anugerah perkhidmatan (APC)
ii) Anugerah dalam PDP / kepimpinan dan lain-lain.
iii) Jemputan untuk konsultasi, bengkel, penulisan dan lain-lain.
Penilaian PDP, kepimpinan
i) Bahan bukti peperiksaan / pengajaran / kepimpinan
ii) Keputusan terakhir murid (hujung tahun)
iii) Rakam video pengajaran
iv) Maklum balas dan penilaian daripada murid, ketua jabatan
borang pencerapan buku latihan.

4.3.1.3 Fail PPB harus dikemaskini dari semasa ke semasa. Guru boleh bawa
fail ini semasa temuduga.
4.3.1.4 Penilaian prestasi telah digantikan oleh fail PPB individu yang
dilaksanakan pada 2015.

Tindakan: Semua Guru

4.4 Pengurusan Hal Ehwal Murid

4.4.1 Pegawai kesihatan mendapati jejentik nyamuk di tandas sekolah. Pegawai


telah ambil sampel untuk kaji sama ada jejentik itu nyamuk Aedes atau
nyamuk biasa. Sekolah akan didenda sekiranya dapati jejentik itu nyamuk
Aedes.
4.4.2 Guru harus ambil perhatian tentang kebersihan kelas dan tandas. Pastikan
tiada alat yang boleh bertakung air di dalam kelas.
4.4.3 Guru harus ajar murid guna flush tandas dengan baik, jangan
merosakkannya.
4.4.4 Maklumat murid pada APDM harus diisi dengan berhati-hati dan tepat. Hal
ini demikian kerana murid yang layak mendapat bantuan KWAMP telah
bertambah berasarkan maklumat pada APDM tetapi murid yang betul-betul
layak sebenarnya tidak banyak.
4.4.5 Guru bertugas harian harus bertuga mengikut masa yang ditetapkan.
4.4.6 Pendaftaran murid 2016/2017 telah dilaksanakan dengan lancar. Jumlah

7
murid pada tahun 2016 telah bertambah ke 258 orang dibanding dengan
tahun 2017, 176 orang.

Tindakan: Semua Guru

4.5 Pengurusan Ko-kurikulum

4.5.1 Bilik Sukan


4.5.1.1Bilik sukan telah dikemaskini dan menjadi kemas. Guru sukan harus
menjaga kekemasan bilik sukan. Pastikan alat-alat sukan dikembalikan
dan disimpan ke tempat asalnya.
4.5.2 Fail KK
4.5.2.1 Perlu dihantar kepada GPK KoKo selepas aktiviti dijalankan untuk
ditandatanga dan disimpan.
4.5.2.2 Data keahlian mesti diisi dengan lengkap.

Tindakan: Semua Guru

6 PENUTUP
a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat/ahli mesyuarat dan penetapan
tarikh mesyuarat yang berikutnya (12 Apr 2015).
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ............................................
( LING SIAN KIING ) ( PEE CHING SHIM )
Penolong Setiausaha Pengerusi/ Ahli Mesyuarat
Tarikh : 30 Mac 2015 Tarikh : 31 Mac 2015 `

You might also like