You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) JENGKA 22,

26400 BANDAR JENGKA,


PAHANG

MINIT MESYUARAT KELAB BOLA BALING 1/2017

Tarikh : 28.2.2017
Hari : Selasa
Masa : 1.15pm
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran (Bil.) : 4/4
Guru yang hadir : En. Hairol Nazim (GPK Kokurikulum)
Cik Hazanah binti Abdullah (K)
Pn. Zurain Fadira binti Zulkafli
Pn. Norazlin binti Samlan
Pn. Zalifah binti Nayan

Tidak hadir : Tiada

1.0 Ucapan Aluan

1.1 Cik Hazanah selaku ketua guru penasihat kelab Bola Baling mengalu-alukan
kehadiran semua guru penasihat kelab Bola Baling ke mesyuarat.
1.2 Seterusnya beliau menerangkan tujuan mesyuarat iaitu untuk merancang aktiviti
tahunan dan perbincangan mengenai isu-isu lain yang berkaitan dengan kelab Bola
Baling.

2.0 Ucapan Naib Pengerusi En. Hairol Nazim (GPK KK)

2.1 En. Hairol Nazim selaku GPK Kokurikulum sekolah mengalu-alukan kehadiran semua guru
penasihat kelab Bola baling.
2.2 Beliau memberitahu bahawa semua kelab permainan perlu aktif pada tahun tahun ini.
2.3 Beliau memberitahu rancangan tahunan kelab Bola baling tahun ini telah disiapkan oleh
ketua penasihat kelab Bola baling dan guru-guru penasihat diminta untuk menjalankan
aktiviti seperti dalam rancangan tahunan.
2.4 Beliau memberitahu murid-murid dalam kelab Bola baling perlu mahir dalam permainan
tersebut.
2.5 Beliau memberitahu kalau boleh penubuhkan satu pasukan sekolah untuk mengambil
bahagian dalam pertandingan Bola baling peringkat daerah MSSD.
2.6 Beliau menegaskan kehadiran guru penasihat dan murid-murid ke kokurikulum pada
setiap minggu.
2.7 Beliau memberitahu rekod kehadiran murid dan laporan aktiviti perlu hantar kepada
beliau pada setiap hari khamis oleh ketua penasihat bagi setiap minggu.

3.0 Ucapan Ketua Penasihat Cik Hazanah binti Abdullah

3.1 Cik Hazanah meminta kerjasama daripada semua guru untuk menjayakan semua
aktiviti dan program kelab Bola baling pada tahun ini.
3.2 Beliau memberitahu guru-guru supaya menyediakan semua bahan untuk aktiviti
sebelum aktiviti dimulakan.
3.3 Beliau meminta jika guru-guru keliru atau kurang pasti dengan cara permainan dan
peraturan permainan berjumpa dengan beliau atau GPK KK ataupun setiausaha sukan.
3.4 Beliau memberitahu buku laporan mingguan perlu ditulis oleh semua guru penasihat
mengikut giliran untuk memastikan semua guru terlibat diri dalam aktiviti kelab.

4.0 Hal-hal lain.

4.1 Puan Zalifah memberitahu peraturan permainan akan diedarkan kepada semua
guru penasihat dan minggu kedua akan menayangkan satu pertandingan Bola baling.
4.3 Beliau memberitahu bahawa dengan ini guru-guru dapat gambaran tentang permainan
Bola baling.
5.0 Ucapan Penutup
5.1 Cik Hazanah mengucapkan terima kasih kepada semua hadiran dan berharap
semua aktiviti kelab Bola baling akan berjalan lancar pada tahun ini dengan baik.
5.2 Mesyuarat tangguh pada 2.45petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. .........................................
.
( Puan Zurain Fadira binti Zulkafli) (En. Hairol Nazim )
Guru Penasihat GPK Kokurikulum
Kelab Bola Baling SK LKTP Jengka 22
SK LKTP Jengka 22

You might also like