You are on page 1of 9

PANDUAN PENGGUNAAN

BAHAN SUMBER HEBAT


BACAAN BAHASA MELAYU

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2016

0
PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU

KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN ............................................................................................... 1

2.0 BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU .................................. 1

3.0 TUJUAN ........................................................................................................... 2

4.0 OBJEKTIF......................................................................................................... 2

5.0 PENGISIAN BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN ............................................. 2

5.1 Buku Panduan Guru: Literasi Bacaan PISA ................................................... 2


5.2 Modul HEBAT Bacaan ................................................................................... 3
5.3 Item Edaran Literasi Bacaan PISA ................................................................. 4
5.4 Pentaksiran Kompetensi Literasi Bacaan Bahasa Melayu ............................. 4

6.0 PENGGUNAAN MODUL HEBAT BACAAN ...................................................... 5

7.0 KEKUATAN BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU .............. 7

8.0 RUMUSAN ........................................................................................................ 7


1.0 PENDAHULUAN

Malaysia mengambil bahagian dalam dua kajian pentaksiran peringkat antarabangsa


iaitu Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme
for International Students Assessment (PISA) untuk menilai mutu pendidikan negara
dengan membandingkan pencapaian murid Malaysia dengan murid di negara lain yang
menyertai pentaksiran tersebut. TIMSS mengukur pencapaian murid tingkatan dua
dalam sains dan matematik, manakala PISA mentaksir prestasi murid dalam sains,
matematik dan bacaan. Laporan pencapaian kedua kajian tersebut menunjukkan
Malaysia berada pada kelompok sepertiga ke bawah dan skor yang jauh di bawah skor
purata Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD). Oleh sebab
itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menetapkan sasaran untuk
meningkatkan skor dan kedudukan ini kepada kelompok sepertiga teratas bagi kedua-
dua pentaksiran menjelang tahun 2025.

Untuk merealisasikan hasrat tersebut, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),


Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab merancang dan
melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan pencapaian Malaysia dalam PISA.
Sehubungan dengan itu, Bahan Sumber HEBAT Bacaan Bahasa Melayu dibangunkan
sebagai sebahagian persediaan Malaysia menghadapi PISA 2018.

2.0 BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU

Bahan Sumber HEBAT Bacaan Bahasa Melayu bertujuan untuk memberikan panduan
kepada guru tentang strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran abad
ke-21, penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan teknik bacaan untuk
penyerapan kompetensi bacaan PISA. Bahan sumber ini akan menjadi panduan
kepada guru yang mengajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat untuk
menerapkan bacaan dan pentaksiran berbentuk PISA dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Setiap modul mengandungi panduan pengajaran dan
pembelajaran yang menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk
memastikan murid dapat menjawab soalan literasi bacaan PISA dengan baik.

1
PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU

3.0 TUJUAN

HEBAT bermaksud HAYATI, EKSPLORASI, BERFIKIR ARAS TINGGI. Bahan sumber


HEBAT ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang literasi bacaan PISA,
pendedahan kepada teknik bacaan dan penyerapan kompetensi bacaan PISA dalam
pengajaran dan pembelajaran.

4.0 OBJEKTIF

Objektif Bahan Sumber HEBAT Bacaan ialah:

i. Meningkatkan minat dan kecekapan membaca murid sekolah menengah.

ii. Meningkatkan pemahaman dan menggalakkan pelibatan murid dalam


menggunakan dan menilai pelbagai sumber bacaan.

iii. Melatih kebolehupayaan murid membaca dan memahami jenis-jenis teks


transaksi dan teks pelbagai ke arah pembacaan yang bermakna.

5.0 PENGISIAN BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN

Bahan sumber HEBAT Bacaan dibahagikan kepada lima iaitu:

i. Buku Panduan Guru: Literasi Bacaan PISA 2016


ii. Panduan Penggunaan Bahan Sumber HEBAT Bacaan
iii. Modul HEBAT Bacaan
iv. Item Edaran Literasi Bacaan PISA
v. Pentaksiran Kompetensi Literasi Bacaan Bahasa Melayu

5.1 Buku Panduan Guru: Literasi Bacaan PISA

Buku panduan ini bertujuan untuk membantu guru dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan yang berkesan

2
PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU

seperti dicadangkan dalam Modul HEBAT Bacaan. Buku ini mengandungi maklumat
mengenai literasi bacaan PISA, aspek kognitif kajian PISA, strategi dan pendekatan
KBAT dalam PISA, strategi dan teknik bacaan yang boleh digunakan untuk bacaan
yang bermakna dan mendalam. Buku panduan ini terdiri daripada bahagian berikut:
i. Pendahuluan
ii. Literasi Bacaan PISA
iii. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam PISA
iv. Strategi dan Teknik Bacaan

5.2 Modul HEBAT Bacaan

Modul ini sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat. Modul HEBAT Bacaan telah dibangunkan
menggunakan pendekatan bertema. Tema yang digunakan dalam modul adalah seperti
berikut:

MODUL TEMA
1 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
2 Sejarah dan Warisan
3 Pelancongan
4 Integriti
5 Jati Diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan
6 Kerjaya
7 Keselamatan
8
9 Kesenian, Kebudayaan dan Estetika
10 Kesihatan dan Kebersihan
11 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
12 Pendidikan
13 Pentadbiran dan Politik
14 Perindustrian
15 Perpaduan

3
PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU

16
17 Pertanian, Penternakan dan Perikanan
18 Sains, Teknologi dan Inovasi
19 Bahasa dan Kesusasteraan
20 Sukan dan Rekreasi

Setiap modul mempunyai butiran berikut:


i. Unit 1 (Aras Permulaan)
ii. Unit 2 (Aras Sederhana)
iii. Unit 3 (Aras Lanjutan)
iv. Projek Penilaian Pembelajaran
v. Item Pentaksiran

5.3 Item Edaran Literasi Bacaan PISA

Item Edaran Literasi Bacaan PISA merupakan koleksi item yang mengandungi 17 unit
item edaran yang terdiri daripada pelbagai tajuk dan telah diuji dalam kajian PISA. Guru
diharapkan menggunakan item edaran ini untuk melatih dan membiasakan murid
dengan item PISA selain daripada item ala PISA yang telah dibangunkan dalam Modul
HEBAT Bacaan.

5.4 Pentaksiran Kompetensi Literasi Bacaan Bahasa Melayu

Pentaksiran ini bertujuan untuk melihat tahap pencapaian murid setelah diberi
pendedahan Modul HEBAT Bacaan. Murid yang akan menduduki ujian ini ialah murid
Tingkatan Dua (2016) dan murid Tingkatan Tiga (2017). Sebanyak tujuh soalan
disediakan dalam ujian tersebut dan tempoh ujian ialah satu jam.

4
PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU

6.0 PENGGUNAAN MODUL HEBAT BACAAN

Setiap modul mempunyai panduan pengajaran, bahan pengajaran, projek penilaian


pembelajaran dan item ala PISA. Panduan pengajaran dan bahan pengajaran yang
disediakan untuk membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran (P&P) di
dalam kelas adalah seperti yang berikut:

i. menggunakan Modul HEBAT Bacaan semasa P&P mata pelajaran


Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat;

ii. memilih satu daripada tiga unit Modul HEBAT berdasarkan kesesuaian,
keupayaan murid dan waktu P&P. Modul tersebut boleh disesuaikan
dengan kemahiran dalam Kurikulum Bahasa Melayu.

Contoh Cadangan Aktiviti Pengajaran dalam Modul HEBAT Bacaan

5
PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU

6
PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU

7.0 KEKUATAN BAHAN SUMBER HEBAT BACAAN BAHASA MELAYU

i. Setiap bahan yang dibina boleh dijadikan panduan kepada guru bagi
menerapkan elemen KBAT dalam strategi P&P untuk melahirkan murid yang
berupaya berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif serta mampu menangani
masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika.

ii. Latihan penggunaan modul ini membolehkan murid bersedia dengan tuntutan
kecekapan dan penggunaan teknik bacaan yang lebih baik.

iii. Bahan Sumber HEBAT Bacaan telah dikonsepsikan oleh panel yang terdiri
daripada pensyarah IPT, IPG, guru cemerlang, pegawai SiSC+ dan guru
yang berpengalaman dalam strategi dan pendekatan berkesan dalam P&P
berasaskan KBAT dan Pendidikan Abad ke-21. Setiap unit dalam modul
dikawal mutu oleh pensyarah yang berpengalaman dalam bidang yang
berkaitan.

8.0 RUMUSAN

Bahan sumber HEBAT Bacaan boleh membantu guru melaksanakan proses P&P ke
arah mencapai matlamat penguasaan bacaan murid. Usaha ini merupakan satu inisiatif
untuk mencapai matlamat penyediaan murid yang berkeupayaan memahami,
mengguna, menilai dan membuat refleksi terhadap sesuatu teks bertulis supaya dapat
melahirkan modal insan yang mampu melibatkan dan menyesuaikan diri dalam
masyarakat. Hal ini bersesuaian dengan hasrat kemenjadian murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

You might also like