You are on page 1of 3

3.0 Banding Beza Dua Teori Yang sesuai diamalkan dalam sistem pendidikan negara.

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha memperkembangkan lagi potensi
individu ke tahap yang cemerlang. Pendidikan akan melahirkan individu yang berilmu,
berakhlak mulia, berbudi, berketerampilan dan sebagainya. Pertumbuhan dan perkembangan
yang berlaku ke atas individu hasil daripda proses pendidikan yang melibatkan intelek,
rohani, emosi dan jasmani.

Proses mendidik pelajar perlu berlangsung secara terancang dan sistematik. Bagi
mendapatkan sistem yang sistematik, ia perlu asas kepada falsafah pendidikan yang kukuh
yang menjadi dasar pendidikan. Falsafah pendidikan akan menjadi sesuatu garis panduan
untuk diikuti bagi melahirkan sesuatu dasar pendidikan yang proaktif kepada
masyarakat.Falsafah pendidikan menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana di dalamnya
terkandung matlamat yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan
digunapakai dan ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam seseorang individu itu (Abu Bakar &
Ikhsan 200).

Bagi mewujudkan sesuatu dasar pendidikan yang optima, kita perlu menerapkan dan
menitikberatkan pandangan-pandangan ahli pelopor dan falah yang telah dikemukakan.
Terdapat beberapa falsafah boleh diamalkan dan diterapkan dalam sistem pendidikan
Malaysia yang akan menjadi sebuah dasar yang unggul dan terbaik. Falsafah
rekonstruksionism dan falsafah eksistensialism merupakan salah satu falsafah yang boleh
diterapkan dalam sistem pendidikan negara kita.

Pembelajaran berpusatkan murid adalah salah satu aspek yang perlu dititikberatkan dan
diberi perhatian dalam sistem pendidikan. Kejayaan murid dapat dikecapi melalui
pengamatan kehendak dan minat murid dalam pembelajaran. Pembelajaran berpusatkan
murid amat disokong dan diutarakan oleh falsafah rekonstruksionism dan falsafah
eksistensialism. Pembelajaran berpusatkan murid memberi fokus terhadap potensi murid dan
mengenali bakat mereka. Murid-murid akan lebih aktif dan cenderung belajar sekiranya ia
berpusatkan kepada murid. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan murid akan
meneroka sendiri bahan pembelajaran. Dengan ini murid akan lebih terdedah dengan
pembelajaran dan menaakul sesuatu bahan pembelajaran. Murid-murid akan mengutarakan
persoalan-persoalan seperti Bagaimanakah ia terjadi? Faktor apa yang menyebabkan? dan
sebagainya. Persoalan-persoalan ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran berfikir murid
secara aras yang lebih tinggi. Mereka akan bersifat lebih intrinstik untuk mengetahui bahan
yang dipelajari. Oleh itu, kita dapat melahirkan murid yang berkualiti dan mampu berfikir
secara aras tinggi. Oleh itu, amatlah penting untuk menerapkan ciri-ciri kedua-dua falsafah
ini dalam sistem pendidikan negara kita.

Pada era globalisasi yang kian meningkat ini, generasi kini sering berhadapan dengan
masalah sosial. Antara masalah sosial yang sering dihadapi oleh masyarakat ialah
vandalisme, gangsterisme, cetak rompak, rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya.
Dalam keadaan yang kian meruncing ini, sekolah menjadi antara alat untuk menyedarkan
masyarakat tentang virus sosial yang kian merebak ini. Sekolah boleh menjadi institusi
pembentukan semula masyarakat dan agen perubahan sesuatu masyarakat (Van Scottes, Kraft
dan Haas, 1979). Guru akan bersifat sebagai pembimbing dan murid akan meneroka sendiri
cara untuk membangunkan semula masyarakat dan menghindari masalah sosial. Sebagai
contohnya, bagi kes pelacuran yang dijalankan di negara kita, murid akan meneroka secara
sendiri apakah faktor, kesannya kepada negara dan cara menghalang kes ini melalui
temuramah dan penerokaan secara sendiri. Dalam hal ini,murid akan berfikiran matang dan
belajar melalui pengalaman. Pembelajaran ini amat penting bagi usaha untuk menghapuskan
kerencaman nilai-nilai sosial yang menulari negara kita ini. Justeru falsafah
rekonstruksionism memainkan peranan yang penting dalam penggubalan kurikulum sekolah
untuk melahirkan murid yang mementingkan nilai-nilai sosial masyarakat.

Selain itu, falsafah rekonstruksionism juga menekankan aspek corak masyarakat baru dan
menghapuskan penyakit sosial masyarakat. Dalam usaha membina masyarakat baru, teori
rekonstruktivisme menumpukan usaha kepada perkembangan ekonomi dan kebajikan sosial
manusia. Falsafah ini menghapuskan ras kemiskinan dan tidak mengutamakan warna kulit,
taraf hidup, dan kebajikan masyarakat. Setiap manusia adalah sama dan perlu diberi layanan
yang samarata. Hal ini lebih sesuai dalam sistem pendidikan kita kerana kita hidup dalam
masyarakat yang berbilang kaum. Demokrasi merupakan antara aspek yang perlu diutamakan
dalam negara kita. Kita perlu tidak menindas dan mengetepikan kaum lain dan perlu diberi
keutamaan yang samarata. Setiap kaum perlu mempunyai hak untuk mendapatkan segala
kemudahan dan peruntukan yang diberikan. Dalam sistem pendidikan pula, demokrasi
pendidikan adalah penting. Tidak ada sesiapa pun yang buta huruf dan mampu mendapat
peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa mengira agama,
budaya dan kebajikan sosial. Dasar ataupun kurikulum pendidikan yang digubal dalam
negara kita perlu berpaksikan kepada demokrasi pendidikan seperti yang diterapkan dalam
falsafah rekonstruksionism bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni, aman dan sejahtera
seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. Kesedaran murid tentang
demokrasi pendidikan perlu kerana mereka akan menjadi pemimpin pada masa depan dan
perlu mengekalkan keharmonian negara kita.

Di samping itu, aliran fahaman eksistensialisme mengutamakan pembelajaran kendiri dan


bukan mencari ilmu pengetahuan. Pelajar tidak seharusnya mengorbankan individualiti
mereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Mereka bersifat bebas untuk mencari bahan
pembelajaran dengan dorongan dan bimbingan guru. Kurikulum eksistensialisme tidak tetap
kerana kurikulumnya berdasarkan minat pelajar itu sendiri. Pelajar akan memilih program
pelajaran tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa. Guru bukan penyebar ilmu tetapi
membantu pelajar berjaya dalam usaha mencari kesedaran kendiri. Dengan ini, murid-murid
akan belajar membuat keputusan dengan sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.
Mereka akan bersikap lebih berdikari kerana perlu memikul tanggungjawab terhadap
keputusan mereka. Oleh itu, mereka akan berhati-hati dalam memilih bahan pelajaran dan
membuat sesuatu keputusan. Hal ini secara langsung kita dapat melahirkan pemimpin yang
berketrampilan dan berfikiran secara analitikal. Mereka mampu berfikir secara rasional
dalam memilih sesuatu keputusan.Dengan ini kita dapat melahirkan insan yang mampu
berdaya saing di persada antarabangsa. Oleh itu, pengaruh falsafah eksistensialisme amat
penting dan perlu diberi perhatian dalam penggubalan dasar pendidikan Malaysia. Ia amat
sesuai bagi sistem pendidikan negara kita.

Secara tuntasnya, falsafah rekonstruksionisme dan eksistensialisme memainkan peranan


penting terhadap perkembangan pendidikan di negara kita. Kedua-dua falsafah ini
memberikan penumpuan kepada pembinaan insan yang berketerampilan dan proaktif. Kedua-
dua falsafah yang dibincangkan ini boleh menjadi asas kepada sistem pendidikan negara kita.
Walau bagaimanapun, falsafah-falsafah ini digabungkan dan diubahsuai mengikut keperluan
negara kita kerana falsafah sistem pendidikan negara kita perlu menegakkan kembali budaya
dan identiti nasional kita.

You might also like