You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN ASAM JAWA, CARUK KELIAN, 09100 BALING KEDAH

MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA SESI 2017

Tarikh : 18.4. 2017

Masa : 1.45 Petang

Hari : Selasa

Tempat : Makmal ICT SKAJ

Kedatangan :

1. En Mohamad Zahari b Abdul Majid


2. En Ahmad Fuad b Abdullah
3. En Azmi b Othman
4. En Abd Rahman b Hashim
5. En Anuar b Abd Aziz
6. En Abd Malek b Noh
7. En Bahrim b Ahmad
8. Pn Habibah bt Muhamad
9. En Khairil Nizam b Md Noor
10. En Mohd Khairi b Ghani
11. En Mua`azzam b Mokhtar
12. En Andisyam b Ahmad
13. Cik Mariamah bt Yusof
14. Pn Nor Aziah bt Hashim
15. Pn Norasmawati Bt Abu Bakar
16. En Mohamad Hafizi b Hamid
17. Pn Norishah bt Amin
18. Pn Norizam bt Mat Adam
19. Pn Salasiah bt Ismail
20. Pn Norlida bt Ismail
21. En Ros Lan b Md Zahari
22. Puan Dalila bt Mohd Noor
23. Pn Sarina bt Md Sani
24. Pn Sharifah bt Mat Din @ Ramli

1
25. En Mohd Tarmizi b Talib
26. En Zaidi b Ahmad
27. En Zamri Samsi b Che Mohamed
28. Pn Norizan bt Kassim
29. Cik Maizatul Akma bt Mohd Lazim
30. Puan Shahrinawati bt Shahbudin
31. Puan Sharimah bt Hamid
32. Puan Roshadah bt Juhari

Tidak Hadir

1. Pn Hasnizah bt Omar ( sakit )


2. En Mahyudin b Wasoh @ Mohamad Isa ( sakit )
3. Pn Hamidah bt Hambali ( Kursus )
4. En Md Hissam b Abdullah ( Kursus )
5. En Azlin b Yacob ( Bersebab )

Agenda Mesyuarat

1. Aluan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Ucapan Tuan Guru Besar
5. Membentang Kewangan Panitia
6. Ucapan PK Pentadbiran ( Pdpc abad 21 )
7. Ucapan Hal Ehwal Murid
8. Hal-hal lain
9. Ucapan Penangguhan

2
Agenda 1 : Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan dengan ucapan salam disertai bacaan ulmu Kitab Al Fatihah.
1.2 Pengerusi memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana pada hari ini kita masih
diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan diatas muka bumi ini.

Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Puan Nor Aziah membentangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan oleh
En Bahrim b Ahmad dan disokong oleh En Khairil Nizam b Mohd Noor.

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

3.1 Merujuk kepada agenda 4.18, perkiraan cuti yang ingin dipohon oleh guru-guru ialah
dalam tempoh 2 bulan bekerja hanya diluluskan cuti rehat khas (CRK) untuk sehari
sahaja. Guru yang bercuti perlu memaklumkan kepada Ust Ahmad Fuad untuk membuat
relief guru tersebut sepanjang tempoh bercuti pada hari tersebut.

Agenda 4 : Ucapan Tuan Guru Besar

4.1 Guru Besar memaklumkan bahawa pemantauan oleh Pemantau Kurikulum Bersepadu (
PKB ) telah dijalankan oleh Sektor Akademik yang melibatkan para pentadbir dan juga
guru-guru.

4.2 Lawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti pada 19.4.2017 bertujuan untuk memantau
program SKPMG2.

4.3 Pemantauan ini dilakukan oleh Jemaah Nazir dan ia melibatkan pentadbir dan guru-guru
yang terpilih untuk menyelidik berkenaan SKPMG2.

4.4 Membuat perbandingan data off line dan data on line.

4.5 Pdpc abad 21 perlu ditulis objektif pembelajaran di papan tulis. Guru boleh menggunakan
kertas majong untuk pdpc abad 21. Cuba laksana sedaya upaya dan setakat termampu
untuk semua subjek.

4.6 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus
menyiapkan kelas abad ke 21. Ucapan syabas dan tahniah kepada guru-guru yang telah
memulakan pdpc dengan menggunakan kelas abad ke 21. Semoga semua guru dapat
meneruskan usaha dan langkah-langkah untuk menjayakannya.

3
4.7 Semua guru perlu bekerjasama untuk memastikan LINUS dapat diselesaikan. Namun
tidak dinafikan masalah murid menyebabkan LINUS tidak berjaya diselesaikan namun
guru-guru tidak boleh menyalahkan murid semata-mata. Guru perlu berusaha untuk
membantu mereka. Guru sentiasa mencari idea untuk membantu mereka .

4.8 Guru Besar telah memetik kata-kata seorang guru yang berjaya mendidik anak muridnya
iaitu Ustaz Shamsudin yang mendapat gelaran JUSA diatas khidmat baktinya. Antara
kata-katanya yang menjadi pendorong guru-guru untuk berjaya ialah :

4.8.1 Semua guru perlu berusaha menarik minat murid mendampingi guru kerana ia
adalah satu langkah yang cukup berkesan untuk menarik mereka menyukai mata
pelajaran yang diajar.

4.8.2 Semua guru perlu memiliki penampilan diri yang baik dan akan memberi bonus
kepadanya kerana secara tidak langsung ia menjadi idola kepada murid terutama
murid dikelas yang beliau ajar.

4.8.3 Guru perlu memakai pakaian yang sentiasa kemas pada setiap hari persekolahan.
Mempunyai dedikasi dalam menyampaikan ilmu dan bersikap adil kepada semua
murid dan sentiasa bertimbang rasa dan penyayang, mesra dan sentiasa nampak
periang.

4.8.4 Guru juga perlu sentiasa tenang dan berhati-hati dalam tindakan supaya tidak
tersalah langkah, beretika dan boleh diteladani. Guru juga perlu berperwatakan
tegas tetapi amat berhemah dalam tindakan dan sentiasa memelihara disiplin diri,
bersifat cekal dan sabar.

4.8.5 Guru perlu berprinsip tetapi bersifat terbuka untuk menerima berbagai
pandangan, berilmu dan mahir dalam bidang kerjayanya. Selain itu, guru perlu
menghargai masa, komited dengan tugas, memiliki idea-idea yang bernas,
kreatif dan inovatif, berwibawa, sedia berkorban masa dan wang ringgit. Guru
juga perlu berketrampilan kerana ia adalah ciri-ciri personaliti yang boleh
menawan hati murid-murid.

4.8.6 Kekemasan tempat atau bilik guru sebagai tempat untuk guru melaksanakan
kerja-kerja rutin juga menjadi perhatian murid.

4
4.8.7 Buku rekod sebagai buku penting yang perlu disediakan dengan kemas dan rapi
serta lengkap menjadikan guru berkenaan mendapat keyakinan dihati pentadbir
dan murid-muridnya. Begitu juga dengan kekemasan kerja-kerja yang lain yang
boleh dinilai baik oleh murid, rakan sejawatan dan pentadbir sebagai guru yang
memiliki komitmen yang tinggi.

Agenda 5 : Membentang Penyata Kewangan Panitia

5.1 Pk Pentadbiran membentang penyata kewangan Panitia bagi tahun 2017, rujuk lampiran.
5.2 Kewangan telah diputuskan dalam mesyuarat panitia dan guru perlu membuat nota minta
terlebih dahulu sebelum membeli barang.
Tindakan : Ketua Panitia

Agenda 6 : Ucapan PK Pentadbiran

6.1 Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) merujuk kepada pelan strategik panitia,
pencerapan buku rekod mengajar. Sekiranya ada dikalangan guru yang tidak menghantar
buku rekod mengajar akan diberikan memo. Selain itu, buku rekod mengajar hendaklah
lengkap.

Tindakan : Semua guru

6.2 Guru perlu mewujudkan aktiviti kumpulan kolaboratif dan koperatif. Pencerapan oleh
pentadbir kepada semua guru bermula pada bulan April hingga Julai yang melibatkan
pemantauan buku latihan murid. Buku latihan murid perlu ditulis hari, tarikh dan mata
pelajaran kerana ia termasuk dalam pemantauan PKB. Kekemasan dan kebersihan buku
latihan murid juga ditekankan serta pembetulan perlu dibuat oleh murid.

Tindakan : Semua guru

6.3 Ustaz Abdul Malek memaklumkan bahawa ada dikalangan murid yang tidak mahu
menyiapkan kerja sekolah. Pentadbir memaklumkan bahawa langkah awal mengatasi
masalah tersebut ialah dengan membawa pelajar berjumpa dengan kaunselor seterusnya
jika tidak dapat diatasi masalah ini guru hendaklah membawa pelajar berjumpa dengan
guru besar.

Tindakan : Semua guru dan pentadbir

5
6.4 Guru perlu mewujudkan kelas abad 21 dan menggunakan kreativiti untuk membuat
jadual kelas. Hasil-hasil pembelajaran murid ditampal dalam kelas. Guru yang masuk
kelas awal pagi perlu mengarah murid membersihkan kelas.

Tindakan : Semua guru

6.5 Peningkatan murid PROTIM ada kaitan dengan PKB.

Tindakan : Guru PROTIM

6.6 Semua guru perlu menyediakan pentaksiran offline dan membuat dialog prestasi dalam
mesyuarat panitia.

Tindakan : Semua guru

Agenda 7 : Ucapan Hal Ehwal Murid

7.1 PK HEM memaklumkan bahawa jadual kedatangan murid agak lewat sampai ke pejabat.
Mulai minggu seterusnya kehadiran murid perlu ditanda pada waktu perhimpunan pagi.

Tindakan : Semua guru kelas

7.2 Maklumat yang terdapat dalam jadual kedatangan perlu diisi dengan lengkap.

Tindakan : Semua guru kelas

7.3 Ustazah Dalila perlu bertindak mengadakan mesyuarat kantin.

Tindakan : AJK kantin

7.4 Jumlah bantuan wang KWAMP berjumlah rm15 ribu. Agihan wang sebanyak rm100
untuk setiap orang. Kelayakan memperolehi wang KWAMP berpandukan APDM yang
dikemaskini hujung tahun 2016. Wang KWAMP tahun 2017 belum dimasukkan dalam
akaun sekolah. Murid yang mendapat bantuan E-Kasih seramai 27 orang termasuk murid
tahun 1 2016.

7.5 Murid OKU pada tahun ini seramai 2 orang. Sekiranya ada murid OKU, guru perlu
mengemaskini data APDM dan serah ke pejabat.

Tindakan : Guru Kelas

6
7.6 144 orang yang mendapat makanan RMT dan guru bertugas perlu memantau makanan
RMT. Laporan RMT perlu ditulis dan jawatankuasa RMT perlu memperkenalkan sistem
kad nama. Sekolah akan mewujudkan kumpulan guru yang bertugas memantau RMT
pada setiap pagi.

7.7 Guru perlu memastikan tanda nama dan lencana dipakai oleh setiap murid.

Agenda 8 : Hal-hal lain

8.1 Program Aedes akan diadakan pada 23.4.2017.

8.2 Cik Mariamah memaklumkan bahawa HIP akan dijalankan pada minggu depan. Cik
Mariamah bertanya En Muaazzam samada hendak mengadakan senamrobik atau tidak.
Jawapan daripada guru besar bahawa boleh dijalankan aktiviti itu.

8.3 PK HEM bertanyakan guru tahun 1 samada sudah menyerahkan buku kesihatan murid
yang ditandatangani. Jawapan telah diberikan.

8.4 Cik Maizatul Akma bertanyakan Cikgu Azmi tentang buku kesihatan murid dikumpul
atau diletakkan dalam fail. Jawapan telah diberikan.

8.5 Masalah ponteng sekolah akan dibanteras dengan menjalankan program turun ke
kampung oleh PK HEM.

8.6 En Muaazzam memaklumkan bahawa murid yang lambat datang ke sekolah tidak dapat
makan makanan RMT kerana kehabisan makanan tersebut. Jawapan PK HEM, guru cuba
cari penyelesaian yang terbaik.

8.7 Puan Sharifah memberi cadangan bahawa makanan akan diberikan kepada murid
sehingga jam 7.20 pagi. Selepas jam 7.20 pagi semua makanan akan dilelong.

8.8 En Bahrim bertanyakan mengenai perkembangan murid yang dikeluarkan dari APDM .
Jawapan daripada guru besar bahawa belum dapat maklumat tentang masalah berkenaan.

8.9 Guru Besar menegaskan bahawa semua guru perlu mengikut MMI dengan betul. Ikut
masa yang telah ditetapkan dan jangan tunggu loceng berbunyi baru hendak pergi ke
kelas kecuali ada hal tertentu seperti guru daripada kelas lain mungkin mengambil untuk
ke kelas berikutnya.

7
8.10 Dalam hal-hal lain, apa sahaja guru bertugas yang bercakap diperhimpunan perlu
direkodkan kerana ia adalah satu eviden guru.

8.11 Puan Norizam menerangkan mengenai Pdpc abad 21 fasa 1 kepada semua guru.

Agenda 9 : Ucapan Penangguhan

9.1 Tuan Guru Besar berharap agar semua guru menjalankan tugas pada tahun 2017 dengan baik
demi kebaikan SKAJ dan ia juga adalah untuk kepentingan organisasi. Terima kasih kepada
semua guru, semoga Allah memberkati hendaknya.

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.39 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

. ..

(NOR AZIAH BINTI HASHIM) ( AHMAD FUAD B ABDULLAH )


Setiausaha Jawatankuasa Induk Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk
Kurikulum Sekolah Kurikulum sekolah.

Disahkan oleh

(MOHAMAD ZAHARI BIN ABD MAJID )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Asam Jawa/Caruk Kelian

You might also like