You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBONG (YBA 5102)

98707 LIMBANG, SARAWAK.

MINIT MESYUARAT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


BIL 2/2017

TARIKH : 6 MAC 2017 (ISNIN)


TEMPAT : BILIK GURU
MASA : 12.10 TENGAH HARI

KEHADIRAN
1. En. Sanggah Janggu (Guru Besar)
2. Cik. Atekah Binti Taer (PK Pentadbiran)
3. Pn. Rosidah Binti Bardi (PK Hal Ehwal Murid)
4. En. Dahlan Bin Salleh (PK Kokurikulum)
5. Pn. Rosemary Anak Asan
6. En Azri Bin Nadzir
7. En. Adam Amirul Bin Zakaria
8. Pn. Noor Adillah Binti Ibrahim
6. En. Dahlan bin Jurut
9. En. Abdul Muqtasid Al Afiq Bin Abdul Razak
10. Pn. Noordiana Binti Abu Bakar

AGENDA

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan PK Hal Ehwal Murid
3. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
4. Program Kempen Sayangi Buku Teks
5. Hal-hal lain

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Guru Besar mengucapkan selamat datang dan terima kasih di atas kehadiran semua guru dan staf pada
mesyuarat kali ini.
1.2 Guru Besar mengucapkan syabas dan tahniah kerana Unit SPBT sekolah telah berjaya melaksanakan tugas
dengan membekalkan jumlah buku yang secukupnya kepada semua murid di sekolah ini.

Untuk makluman : Semua AJK

2.0 Ucapan PK Hal Ehwal Murid


2.1 Pn. Rosidah Bardi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru kelas kerana telah berjaya
melengkapkan Borang SPBT-G mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
2.2 Pn. Rosidah Bardi turut mengigatkan guru-guru agar sentiasa memastikan murid menjaga keselamatan dan
menghargai buku teks. Sekiranya terdapat kerosakan guru dapat bertindak terlebih dahulu untuk membaik
pulih buku tersebut.

Untuk makluman : Semua AJK

3.0 Membentngkan dan Mengesahkan Minit

3.1 Penyelaras SPBT membentangkan Minit Mesyuarat SPBT Bil 1/2017 yang lalu dan meminta guru
menyemak dan mengemukakan cadangan minit untuk diterima serta disahkan. Tiada perkara-perkara
berbangkit.
Cadangan : Pn. Noor Adillah Binti Ibrahim
Sokongan : En. Adam Amirul Bin Zakaria

Untuk makluman : Semua AJK

4.0 Program Kempen Sayangi Buku Teks

4.1 Tarikh cadangan untuk melaksanakan Program Kempen Sayangi Buku Teks adalah 22 Mei 2017 pada hari
Selasa.
4.2 Program akan berlangsung selasa sati hari bermula dari 7.20 pagi dan berakhir pada 12.40 tengah hari
melibatkan murid Pra Sekolah sehinga Tahun 6.
4.3 AJK akan ditubuhkan serta perincian tugas akan diberi pada perjumpaan seterusnya.
4.4 Antara aktiviti yang akan dilaksanakan semasa program tersebut adalah
- Klinik Buku Teks (Memeriksa Buku Teks, Membaik Pulih dan Membalut Buku Teks)
- Pameran Buku Teks (Aku Dibenci dan Aku Disayangi)
- Pertandingan Mewarna untuk Tahap 1
- Pertandingan Melukis Kulit Buku Teks untuk Tahap 2
- Watikah Pelantikan Pengawas SPBT

Untuk makluman : Semua AJK

5.0 Hal-hal lain

5.1 Kelab SPBT


- Murid-murid Tahun 6 dilantik sebagai pengawas SPBT dan dibantu oleh beberapa orang murid dari
Kelab SPBT membantu guru untuk menceriakan Bilik BOSS
- Melibatkan lebih banyak aktiviti berkaitan buku teks selepas murid selesai menduduki Peperiksaan
UPSR

5.2 Buku rujukan dan pinjaman untuk guru


- Tiada peruntukan buku teks untuk guru kerana KPM menjalankan dasar penjimatan. Namun sekiranya
terdapat lebihan buku guru boleh meminjam untuk kegunaan P&P.
- Guru yang membuat pinjaman buku teks perlu merekodkan pada borang yang disediakan dan buku
tersebut perlu diserahkan semula semasa akhir tahun.

5.3 Perpindahan murid


- Terdapat seorang murid yang berpindah dalam Daerah Limbang serta buku teks yang diedarkan turut
dibawa bersama.
- Murid yang dimaksudkan adalah Anesha Alya dari Tahun 3.

5.4 Membalut buku teks


- Guru kelas atau guru mata pelajaran yang mendapati masih terdapat murid tidak membalut buku di
harap dapat mengingatkan murid untuk membalutnya dengan kadar segera.
- Memupuk perasaan sayangi buku teks serta tahu menghargai sesuatu pemberian.

Untuk makluman : Semua AJK

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.40 tengah hari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

...
(NOORDIANA BINTI ABU BAKAR) (SANGGAH JANGGU)
Setiausaha SPBT, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kubong. Sekolah Kebangsaan Kubong.

You might also like