You are on page 1of 3

REFLEKSI AMALI PERMAINAN TRADISIONAL

Oleh :Sulaiman Bin Masri

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, dapat saya menyiapkan


tugasan kerja kursus PJM3112, Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan
Sukan. Terima kasih kepada kawan-kawan saya yang banyak membantu, tidak lupa
juga kepada penyarah pembimbing saya, En. Amir Kassan bin Ibnu Hassan yang
memberi maklumat dan dorongan kepada kami sekelas. Dalam kerja kursus ini, kami
diminta menyediakan satu kertas cadangan perlaksanaan permainan tradisional dan
melaksanakan pertandingan tersebut.

Kumpulan saya yang terdiri daripada 3 orang ahli dari opsyen PISMP Pra
Sekolah Ambilan Januari 2011. Setelah mendapat tajuk tugasan ini, kami telah
berbincang mengenai permainan yang bakal kami pertandingankan nanti.Pelbagai idea
telah kami bincangkan bersama demi mendapatkan suatu permainan yang mempunyai
banyak aspek kekuatannya. Oleh itu, kami telah memilih permainan tradisional batu
seremban. Hal ini kerana batu seremban ini dahulunya sering dimainkan oleh kanak-
kanak di waktu lapang dan kebiasaannya ia dimainkan di kawasan beranda dan dalam
rumah. Faktor ruang yang kecil sahaja yang perlu digunakan menjadikan permainan ini
boleh dilaksanakan di mana sahaja sudut kawasan.

Setelah mendapat kata sepakat untuk memilih permainan batu seremban ini,
saya telah mencari maklumat daripada pelbagai sumber tentang permainan ini.
Antaranya di blog-blog dan majalah sukan. Banyak maklumat yang saya perolehi dan ia
memudahkan kami untuk mengetahui mengenai cara bermain, peraturan permainan
dan cara pemarkahan yang sesuai. Sebelum tibanya hari amali, terdapat juga sedikit
masalah yang kami hadapi iaitu mencari tikar yang sesuai untuk para pemain duduk.
Tikar yang kami ada adalah bersaiz sederhana dan ia kelihatan agak kurang selesa
untuk para pemain duduk. Mujurlah kami telah mendapat satu inisiatif yang lain untuk
mengubah sedikit kedudukan pemain.

Semasa mengelola pertandingan permainan ini, saya telah belajar mengurus


aktiviti dengan berkesan. Faktor keselamatan, keselesaan dan pengurusan
pertandingan perlu dititikberatkan agar pertandingan yang dirancang berjalan dengan
lancar. Aktiviti ini ternyata mendapat sambutan daripada pemain perempuan kerana ia
tidak menggunakan banyak tenaga dan mereka berebut-rebut mahu memulakan
permainan. Hal ini menunjukkan suatu yang positif kepada kumpulan saya kerana ia
boleh dijadikan permainan yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk bermain
kelak.

Terdapat beberapa kekuatan yang saya temui, antaranya saya dapat


bekerjasama dengan baik dengan ahli kumpulan saya. Walaupun terdapat sedikit
masalah yang dihadapi semasa aktiviti berlangsung, kami dapat atasinya dengan baik
dan tanpa orang lain sedarinya. Saya juga telah belajar cara berkomunikasi yang
berkesan untuk melaksanakan pertandingan ini dengan sistematik, berkesan dan
bermakna. Berinteraksi dengan pemain membolehkan suatu hubungan kerjasama
antara pengelola dengan peserta dapat dicapai. Hal ini juga banyak membantu
kumpulan kami menjayakan pertandingan ini.

Beberapa kelemahan juga turut saya temui dan saya akan belajar daripada
kesilapan itu. Penyediaan borang markah perlulah lebih mudah untuk diisi dan
dinyatakan pemarkahannya agar memudahkan pengelola menguruskan pertandingan.
Justeru itu, penambahbaikan yang saya dapat, kita perlulah bersedia dengan pelbagai
kemungkinan dengan cara ini ia mampu menyelesaikan masalah dengan bijaksana. Hal
ini juga mampu memberikan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat.
Kesimpulannya, saya berasa sangat gembira kerana saya mampu untuk
menguruskan satu pertandingan. Saya juga seronok di sepanjang menjayakan amali
kerja kursus ini dan bangga kerana permainan tradisional yang pernah saya mainkan
suatu ketika dahulu telah berjaya saya pertandingkannya. Oleh itu, kita sebagai warga
pendidik seharusnya menyuburkan kembali permainan tradisional ini agak generasi
akan datang mengetahui cara permainan ini dimainkan.

You might also like