You are on page 1of 3

Antara contoh produk Ana Edar SDN BHD.

Kosmetik
Lipstik ana edar

Penerangan Produk
Formula unik Lipstik ini berasaskan lilin lebah yang tidak memedihkan bibir. Ia juga diperkaya
dengan minyak zaitun, ekstrak gamat, aloe vera, propolis serta minyak kelapa dara untuk
mengelakkan kedutan pada bibir, melembapkan bibir dan mengelakkan kekeringan serta menjadikan
bibir anda tampak lebih segar secara natural.
Kelebihan
Halal dan suci serta bebas paraben dan bahan kimia berbahaya. Warnanya tahan lebih lama serta
boleh dibawa solat.

Makanan Khasiat
Qaseh Gold GOJES

Penerangan Produk
Diperkaya dengan kolagen marin, bnga teratai, ceri, argan, bunga sakura, dan astaxanthin, formulasi
ramuan Sunnah Gojes by Qaseh Gold menawarkan pilihan terbaik masakini untuk mereka yang
mementingkan kesihatan secara selamat dan semulajadi.
Ramuan botani eksklusif diadunkan bagi memberi kelembapan serta membantu mengurangkan
masalah kulit seperti jeragat, kulit kusam dan kering. Diperlengkapkan dengan proses pengilangan
yang Islamik, yang menitikberatkan konsep halalan thoyyiban.
Penjagaan Diri
Tonik Rambut

Dirumus khas dengan minyak zaitun untuk rambut yang lebat dan sihat serta kulit kepala yang bebas
dari kegatalan. Meninggalkan bau wangi di rambut anda. Juga sesuai digunakan untuk bayi. Tiada
rasa melekit. Sesuai untuk kegunaan harian.
Antara produk keluaran ANA EDAR yang patuh syariah serta selamat untuk digunakan yang terdiri
daripada jenis kosmetik, makanan khasiat dan penjagaan diri.
Kesimpulan
Syarikat Ana Edar SDN BHD merupakan peneraju pemasaran rangkaian patuh syariah. Ini kerana
dalam syarikat ini terdapat penasihat syariah yang terdiri daripada Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
sebagai pengerusi panel syariah dan Profesor Madya Dr. Azman Mohd Nor sebagai ahli panel
syariah. Selain itu, produk-produk yang diniagakan juga terdiri daripada bahan-bahan yang patuh
syariah seperti yang dijelaskan di atas. Syarikat Ana Edar juga telah berdaftar di bawah Akta Syarikat
1965 dan mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta
Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. Tambahan, Aktiviti pemasaran yang dilakukan juga
patuh Syariah, tiada elemen paksaan dan desakan, beradab dan tidak mengelirukan. Oleh itu, dapat
disimpulkan bahawa syarikat Ana Edar ini merupakan syarikat pemasaran rantaian yang patuh
syariah.

You might also like