You are on page 1of 10

1

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK KERUPANG 2015

DEWAN TERBUKA SK KERUPANG

BIL AGENDA TEKS

1. Ketibaan Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Raisin Bin Saidin


jemputan dan Pengarah Pendidikan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan
ibu bapa diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kerupang ke tempat
duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Nyanyian Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu


Negaraku Negaraku dengan iringan muzik.
Maju Sejahtera
Ilmu Sinar Hidup
Semua hadirin dipersilakan duduk.

2. Bacaan doa. Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil
Tuan Haji Norazlan Bin Mahmood. Dipersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
2

3. Melati kuntum menghias gelas,


Ucapan alu- Tumbuh melata di tepi kali,
aluan Pengerusi Anugerah Cemerlang 2015,
Majlis Murid-murid cemerlang kita hargai.

Assalamualaikum wbt , Salam sejahtera dan Salam Satu


Malaysia.

Yang Berbahagia Tuan Raisin Bin Saidin, Pengarah


Pendidikan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan

Yang Berusaha Puan Norinnie Binti Kassim, Guru Besar SK


Kerupang ,

Yang dihormati Ustaz Roslan Bin Mohamed, Ketua Unit


Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Pelajaran Wilayah
Persekutuan Labuan, selaku Pegawai Angkat SK Kerupang,

Yang Berbahagia Encik Madzan Bin Haji Yunus Yang


Dipertua PIBG SK Kerupang

Para jemputan khas,


Guru-guru penolong kanan,
guru-guru,
Ajk PIBG SK KERUPANG
ibu-bapa,
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
3

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan


limpah Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul
dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK KERUPANG Tahun
2015.Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan,
ibu bapa dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Majlis
Hari Anugerah Cemerlang SK Kerupang ini diadakan adalah untuk
menghargai pencapaian murid-murid yang mendapat keputusan
yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum
sepanjang tahun 2015 ini. Diharap agar dengan penghargaan
yang diberikan akan mencetuskan lagi semangat murid-murid
untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan
datang.
4
Ucapan Hadirin yang dihormati,
Guru Besar Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha Puan Norinnie Binti Kassim, Guru Besar SK
KERUPANG , untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru


besar atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
4

5.
Ucapan Pergi ke kota beli selasih,
Perasmian oleh Sayang si dara senyum tertawa,
Pengarah Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita


mendengar ucapan perasmian daripada Yang Berbahagia Tuan
Raisin Bin Saidin, Pengarah Pendidikan Pelajaran Wilayah
Persekutuan Labuan.
Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.

***
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada
pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kesudian Yang Berbahagia Tuan Raisin Bin Saidin, Pengarah
Pendidikan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan.
menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.

Tuan berbudi tidak terperi,


Hulurkan madah kata perasmi,
Tuan Pengarah kami segani,
Kesudian Tuan Raisin Kami Hargai.
5

6. Persembahan Hadirin sekalian,


Koir Pra Sekolah Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Koir oleh murid-muird
Pra Sekolah. Mereka yang akan mempersembahakan koir yang
bertajuk IM4U, GURUKU TERSAYANG dan RASA SAYANG.
Kumpulan koir ini mendapat bimbingan daripada Puan Armi
Binti Nonchi dan Puan Sariah Binti Ambrin. Dipersilakan.

Demikianlah sebentar tadi persembahan koir daripada murid Pra


Sekolah SK Kerupang. Untuk makluman hadirin, kumpulan koir
tersebut telah berjaya meraih Naib Johan dalam Pertandingan
Koir Karnival Pra Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan
Labuan.

7.
Penyampaian Hadirin sekalian,
Anugerah Pra
Sekolah dan Berkebaya batik berwarna merah,
Tahap 1. Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.
Matapelajaran
terbaik Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput
Tahap 1 ___________________________________________ ke pentas
untuk menyampaikan anugerah dengan diiringi

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


*PRA SEKOLAH
*TAHUN 1
*TAHUN 2
*TAHUN 3
6

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada


_______________________________atas kesudian beliau
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

8.
Penyampaian Hadirin sekalian,
Anugerah Tahap
2. Seterusnya ialah penyampaian anugerah Pelajar Terbaik setiap
Kelas bagi Tahap 2.

Matapelajaran Oleh itu, majlis menjemput


terbaik ___________________________________________ ke pentas
Tahap 2 untuk menyampaikan anugerah dengan diiringi

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*TAHUN 4
*TAHUN 5
*TAHUN 6

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada


_______________________________atas kesudian beliau
menyampaikan anugerah sebentar tadi.
7

9.
Penyampaian Hadirin sekalian,
ANUGERAH
KURIKULUM
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah seterusnya.
HAL EHWAL MURID Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput
_____________________________________ dengan diiringi
KOKURIKULUM

TOKOH PELAJAR ____________________________________ untuk


menyampaikan anugerah.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

ANUGERAH KURIKULUM
ANUGERAH HAL EHWAL MURID
ANUGERAH KOKURIKULUM
ANUGERAH TOKOH PELAJAR

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan


___________________________________________atas
kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.
10. Persembahan Hadirin sekalian,
Bicara Berirama Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Bicara Berirama oleh
murid-muird Tahun 4 dan 5. Mereka yang akan
mempersembahkan Bicara Berirama yang bertemakan Alam
Sekitar.
Majlis mempersilakan

Demikianlah sebentar tadi persembahan Bicara Berirama


daripada Pasukan Bicara Berirama SK Kerupang. Kumpulan ini
mendapat bimbingan daripada Puan Norailing Voo dan Puan
Nur Asmah Binti Ishak. Untuk makluman hadirin, kumpulan ini
8

juga telah berjaya meraih Johan dalam Pertandingan Bicara


Berirama Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan dan telah
mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke peringkat
Kebangsaan di Kelantan anjuran Kementerian Pendidikan
Malaysia.

11 PENYAMPAIAN Hadirin yg dihormati sekalian, seterusnya, majlis diteruskan


SIJIL GRADUASI dengan penyampaian SIJIL GRADUASI TAHUN 6 tahun 2015.
TAHUN 6 Kepada semua penerima hadiah diminta bersedia.

Untuk itu, bagi menyempurnakan majlis penganugerahan ini,


majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
_________________________________________diiringi

_________________________________________
naik ke pentas bagi menyampaikan Sijil Graduasi Tahun 6
kepada penerima.

6 ASPIRASI
6 BESTARI
6 INOVASI

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada


_______________________________atas kesudian beliau
menyampaikan anugerah sebentar tadi.
9

12.
Penyampaian Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Cenderahati Berbahagia _________________________________ atas
kesudian beliau menyampaikan Anugerah Khas sebentar tadi.

Oleh itu, dipersilakan Yang Berusaha Puan Norinnie Binti Kassim,


Guru Besar SK KERUPANG , untuk menyampaikan cenderahati
kepada Yang Berbahagia Tuan Raisin Bin Saidin, Pengarah
Pendidikan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan.
13. Persembahan Hadirin sekalian,
Nasyid Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nasyid oleh
Kumpulan Nasyid Sekolah. Mereka yang akan
mempersembahakan nasyid bertajuk Al- Quran Nadi Kehidupan
dan Lembaran Sirah. . Kumpulan nasyid ini mendapat bimbingan
daripada Tuan Haji Norazlan Bin Mahmood dan Ustazah
Norhafizah Binti Daud. Dipersilakan.

Demikianlah sebentar tadi persembahan nasyid daripada


Kumpulan Nasyid Sekolah SK Kerupang. Untuk makluman
hadirin, kumpulan nasyid tersebut telah berjaya meraih Tempat
Ketiga dalam Festival Kesenian Islam Peringkat Wilayah
Persekutuan Labuan.
10

14.
Penutup Hadirin sekalian,

Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,


& Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.
Jamuan ringan.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak


terhingga diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli
Jawatankuasa kerja Majlis Hari Anugerah Cemerlang
SK Kerupang 2015, para ibu-bapa dan mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan malis ini.

Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para jemputan


menjamu selera di khemah yang disediakan.
Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt

You might also like