You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN ASAM JAWA, CARUK KELIAN, 09100, BALING, KEDAH

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN TENDER KANTIN SESI 2018/2019

Tarikh : 9.11. 2017

Masa : 11.31 Pagi

Hari : Khamis

Tempat : Bilik Guru Besar SKAJ

Kedatangan :

1 Mohd Habali Bin Abu Bakar ( Wakil PPD )


2 Ramli Bin Othman ( Wakil PPD )
3 Muhamad Zahari Bin Abdul Majid
4 Azmi B Othman
5 Abd Rahman B Md Hashim
6 Nor Aziah Binti Hashim
7 Siti Zuratul Asmahan Binti Abdul Wahab

Agenda Mesyuarat

1. Aluan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Ucapan Wakil PPD
4. Membentang Senarai Tender
5. Pemilihan Tender
6. Hal-hal lain
7. Ucapan Penangguhan

1
Agenda 1 : Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan dengan ucapan salam dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah
S.W.T kerana dengan keizinannya memberi kekuatan untuk menjalankan tugas pemilihan
tender untuk tahun 2018 hingga tahun 2019.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa tender kantin pada tahun ini tidak ada penambahan satu
tahun kerana ada masalah dan desakan serta kepentingan organisasi sekolah.
1.3 Pada hari ini sekolah bersama PPD serta ahli jawatankuasa pemilihan tender akan
membuat keputusan memilih tender yang baru.

Agenda 2 : Ucapan Wakil PPD

2.1 En Ramli memaklumkan bahawa untuk membuat pemilihan tender sekolah ia


memerlukan surat perlantikan jawatankuasa pemilihan tender dan tarikh dikeluarkan
surat sebelum keluar tender kantin.

2.2 Tender yang dipilih tiada kepentingan peribadi seseorang. Mesyuarat mestilah dalam
keadaan tertutup dan ia tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga keputusan rasmi
dimaklumkan oleh pihak pentadbir.

2.3 Aspek yang diambil kira ialah jumlah modal yang terdapat dalam akaun dan servis atau
perkhidmatan yang disediakan. Harga jualan juga perlulah berpatutan dengan murid
sekolah. Pemilihan tender tidak boleh ada pertindihan tender .

2.4 Pemilihan tender tidak boleh diterima atas kepentingan katering dan memerlukan syarat-
syarat tertentu yang berdasarkan harga siling dan harga lantai. Ia berdasarkan formula
yang ditetapkan.

2.5 Pemilihan tender juga perlu menjurus kepada persaingan yang sihat.

Agenda 3 : Membentang Senarai Tender

3.1 PK HEM , En Azmi bin Othman telah membentang senarai tender yang dihantar kepada
pihak sekolah.

3.2 PK HEM memaklumkan terdapat 9 orang yang mengambil borang daripada pihak
sekolah. Namun 6 orang yang mengembalikan borang tender kepada pihak sekolah.
Antaranya ialah :

3.2.1 Puan Khadijah binti Abd Rahman


2
Syarikat Shanana Food Industry

3.2.2 Puan Rokiah binti Abdullah

Syarikat MNS Perfectio Trading

3.2.3 Puan Salmah binti Safar

No Pendaftaran AS0216427-K

3.2.4 Puan Syarifah Binti Abdul Shukor

SAS Setia Enterprise

3.2.5 Puan Norsuhaini Binti Mohamad

Norsuhaini Samajaya Enterprise

3.2.6 Encik Muhammad Sufian bin Ahmad

Puncak Emas Pulai Enterprise

Agenda 4 : Pemilihan Tender

4.1 Dalam pemilihan tender semua aspek diambil kira dan diteliti dengan terperinci. Berikut
adalah alasan-alasan yang boleh dikemukakan berkaitan borang tender yang dihantar.
Borang pendaftaran syarikat Puan Rokiah binti Abdullah tidak lengkap kerana tidak
dinyatakan jenis perniagaan yang dijalankan.

4.2 Puan Salmah binti Safar menyerahkan borang yang tidak mengikut kriteria yang
ditetapkan kerana mengemukakan cek tabung haji bukan wang pos seperti yang
ditetapkan dalam borang tender. Akaun Lembaga Tabung Haji adalah untuk simpanan
dan ia tidak dapat mengetahui pergerakan wang masuk dan keluar dan tidak sesuai
digunakan untuk perniagaan.

4.3 Borang Puan Syarifah binti Shukor lengkap dan harga yang ditawarkan berpatutan
kepada murid..

4.4 Puan Khadijah binti Abdul Rahman pula telah menyediakan perkhidmatan yang kurang
memuaskan dan mendapat teguran daripada pegawai kesihatan namun tiada tindakan
yang dilakukan untuk penambahbaikan. Harga yang ditetapkan juga tidak mengikut
syarat-syarat tertentu.
3
4.5 Borang Puan Suhaini binti Mohamad ditolak kerana harga yang ditawarkan terlalu tinggi
dan tidak sesuai kepada murid.

4.6 Borang tender Encik Sufian b Ahmad juga ditolak kerana tiada pengalaman dan tamat
tempoh pendaftaran syarikat SSM.

4.7 Setelah membuat perbincangan dengan terperinci dan mengkaji kekurangan dan
kelebihan, pihak PPD dan sekolah membuat keputusan muktamad memilih Puan Syarifah
Shukor untuk menerajui tender kantin pada tahun 2018. Oleh itu, pihak sekolah perlu
memberi dan mengemukakan syarat syarat yang telah ditetapkan kepada Puan Syarifah.

Agenda 5 : Hal-hal lain

5.1 Pihak PPD menegaskan bahawa pihak sekolah perlu memantau dan sentiasa membuat
pemeriksaan ke atas pengusaha kantin supaya mereka mengikut syarat yang ditetapkan
dan sentiasa menjaga kebersihan dan kebajikan murid-murid.

Agenda 6 : Ucapan Penangguhan

6.1 Tuan Guru Besar berharap agar pemilihan ini merupakan keputusan yang terbaik untuk semua
warga sekolah dan ia juga adalah satu keputusan yang sedikit sebanyak memuaskan hati
semua pihak sekolah.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NOR AZIAH BINTI HASHIM) ( AZMI BIN OTHMAN )


Ahli Jawatankuasa Kantin Sekolah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Kebangsaan Asam Jawa/ Charuk Kelian Sekolah Kebangsaan Asam Jawa/ Charuk Kelian

Disahkan oleh

(MOHAMAD ZAHARI BIN ABD MAJID )


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Asam Jawa/Charuk Kelian

4
5

You might also like