You are on page 1of 9

Apple Inc., dahulunya Apple Computer, Inc.

(NASDAQ: AAPL), ialah


perbadanan multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk
serta pengilangan produk elektronik pengguna dan perisian yang berkait. Berpusat
di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan menyokong
berbagai-bagai komputer peribadi dan pemain media mudah alih, serta
juga perisian dan perkakasan komputer tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh
dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.

Sejarah Awal Penubuhan


Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak dan diperbadankan pada
3 Januari 1977 . Pada permulaan 30 tahun pertama syarikat ini mula-mulanya
dikenali sebagai Apple Computer, Inc. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini
menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar
membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika terkenal dengan produk-
produk komputer, kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik
pengguna. Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang telefon
pintar iPhone dan sistem video digital Apple TV-nya membayangkan peluasan
berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan
tradisionalnya dalam komputer peribadi.
Steven Paul "Steve" Jobs yang dilahirkan pada 24 Februari 1955 ialah seorang
usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan
pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Steve Jobs juga pernah menjadi
ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga
pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh
Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).
Steve Jobs merupakan anak luar nikah yang dilahirkan di San Francisco,
California oleh Joanne Carole Schieble, ibunya yang merupakan warganegara
Amerika Syarikat dan Abdul fattah John Jandali bapanya seorang Arab muslim yang
berketurunan Syria. Kedua-dua mereka itu merupakan penuntut siswazah di
university yang sama ketika itu. Bapanya kemudian menjadi profesor sains politik.
Seminggu selepas kelahirannya, Jobs diserahkan sebagai anak angkat kepada Paul
dan Clara Jobs dari Mountain View, Kaunti Santa Clara, California.Mereka
memberinya nama Steven Paul Jobs.
Ibu bapa kandungnya kemudian berkahwin dan melahirkan adik perempuan
Jobs, iaitu penulis novel Mona Simpson, yang Jobs tidak pernah bertemu sehingga
mereka dewasa. Bagaimanapun, perkahwinan ibu bapa kandungnya berakhir
dengan penceraian beberapa tahun kemudian. Job tidak suka mendengar Paul dan
Clara Jobs digelar "ibu bapa angkat" dan merujuk kepada mereka sebagai ibu
bapanya yang tunggal.
Jobs menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Cupertino dan
kemudiannya di Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, California dan seringnya
menyertai syarahan-syarahan selepas waktu sekolah di Syarikat Hewlett-Packard di
Palo Alto, California. Tidak lama kemudian, beliau diupah oleh Steve Wozniak
sebagai pekerja musim panas.Pada tahun 1972, Jobs tamat sekolah tingginya dan
mendaftarkan masuk ke Kolej Reed di Portland, Oregon. Walaupun beliau tercicir
selepas hanya satu semester, beliau masih meneruskan kelas-kelas audit seperti seni
khat di Reed. Steve job berkata "Jika saya tidak meneruskan kursus tunggal itu
semasa di kolej, Mac tidak akan mempunyai berbagai-bagai muka taip atau fon
teruang mengikut kadar,"
Pada musim luruh tahun 1974, Jobs kembali ke California dan mula menyertai
perjumpaan-perjumpaan Kelab Komputer Homebrew dengan Steve Wozniak.Beliau
bekerja sebagai juruteknik di Atari, sebuah pengilang untuk permainan video yang
popular, dengan tujuan utama untuk menyimpan wang yang mencukupi supaya
dapat ke India untuk mencari ketenangan rohaniah. Semasa dekad 1960-an, wisel
yang terkandung di dalam setiap kotak bijirin sarapan Cap'n Crunch didapati oleh
para pemphreak telefon (dan dipopularkan oleh John Draper) bahawa ia boleh
mengeluarkan semula nada penyeliaan 2600 Hz yang digunakan oleh sistem telefon
jarak panjang AT&T jika separuh wisel itu dilekatkan dengan pita perekat. Selepas
membaca tentang perkara itu dan berjumpa dengan John Draper kemudian, Jobs
dan Wozniak memulakan sebuah perniagaan yang tidak lama wujud pada tahun
1974 untuk membina "kotak biru" yang membenarkan panggilan jarak panjang
percuma yang haram.
Jobs kemudian mengembara secara menumpang ke seluruh India bersama-
sama Daniel Kottke, kawannya daripada Kolej Reed (yang kemudiannya menjadi
pekerja Apple yang pertama), untuk mencari kesedaran falsafah. Beliau kembali
dengan berpakaian India tradisional serta kepala tercukur. Jobs kemudian kembali
ke pekerjaannya di Atari dan ditugasi untuk mencipta sebuah papan litar untuk
permainan Breakout.
Menurut Nolan Bushnell, pengasas Atari, Atari ketika itu sedang menawarkan
AS$100 bagi setiap cip yang dikurangkan dalam mesin permainan. Jobs tidak
mempunyai sebarang minat atau pengetahuan tentang reka bentuk papan litar dan
membuat perjanjian dengan Wozniak bahawa beliau akan membahagikan bonusnya
dengan sama rata jika Wozniak dapat mengurangkan bilangan cip tersebut. Yang
sungguh menghairankan Atari, Wozniak mengurangkan 50 cip melalui sebuah reka
bentuk yang sangat ketat sehingga tidak dapat dikilangkan dengan rangkaian
pemasangan. Pada masa itu, Jobs memberitahu Wozniak bahawa Atari hanya
membayarnya AS$700 (sedangkan yang dibayar ialah AS$5,000) dan oleh itu,
bahagian Wozniak adalah AS$350.
Permulaan Apple Computer
Apabila Jobs yang ketika itu berumur 21 tahun melihat komputer yang direka
oleh Wozniak untuk kegunaan diri, beliau meyakinkan Wozniak untuk membantunya
dan mereka memulakan sebuah syarikat untuk memasarkan komputer. Syarikat
Apple Company diasaskan sebagai sebuah perkongsian pada 1 April 1976. Walaupun
tujuan permulaan mereka adalah hanya untuk menjual papan litar bercetak, Jobs
and Wozniak akhirnya mencipta sekumpulan komputer siap pasang dan dengan itu,
menyertai perniagaan komputer peribadi. Apple I, komputer peribadi pertama yang
Jobs dan Wozniak memperkenalkan dijual pada harga AS$666.66, suatu nombor
yang dicadangkan oleh Wozniak kerana beliau suka akan digit yang berulang. Apple
II, pengganti untuk komputer pertama, diperkenalkan pada tahun berikut. Komputer
kedua ini mencapai suatu kejayaan yang unggul dan menyebabkan Apple menjadi
satu pemain yang utama dalam industri komputer peribadi yang baru muncul
(nascent). Pada bulan Disember 1980, dengan Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang
amat berjaya, Apple Computer menjadi sebuah perbadanan yang didagang secara
awam, dan menyebabkan Jobs menjadi seorang jutawan.
Ketika Apple terus berkembang, syarikat itu mula mencari seorang eksekutif
yang berpengalaman untuk membantu menguruskan perkembangannya. Pada
tahun 1983, Jobs memikat John Sculley untuk meletakkan jawatannya di Pepsi-Cola
untuk menjawat Ketua Pegawai Eksekutif Apple dengan cabaran, "Adakah anda
hendak menghabiskan seumur hidup anda dengan menjual air gula, atau anda
hendak suatu peluang untuk mengubah dunia?" Pada tahun berikut, Apple mula
berbuat demikian dengan iklan televisyen Super Bowl yang berjudul "1984". Dua hari
kemudian dalam mesyuarat pemegang saham tahunan pada 24 Januari 1984, suatu
Jobs yang penuh beremosi memperkenalkan Apple Macintosh kepada wildly
enthusiastic audience; Andy Hertzfeld memerihalkan the scene as "pandemonium".
Macintosh menjadi komputer antara muka pengguna grafik yang pertama yang
mencapai kejayaan komersil, walaupun ia amat dipengaruhi oleh Xerox PARC.
Pembangunan Mac dimulakan oleh Jef Raskin, dan akhirnya diambil alih oleh Jobs.
Sedangkan Jobs merupakan seorang persuasive and charismatic evangelist
bagi syarikat Apple, sesetengah pekerja pada zaman itu memerihalkannya sebagai
seorang pengurus yang tidak menentu dan tempestuous. Suatu industry-wide sales
slump menjelang akhir tahun 1984 menyebabkan deterioration dalam hubungan
working relationship Jobs dengan Sculley, dan pada akhir bulan Mei 1985
menyusuli suatu power struggle dalaman dan pengumuman significant layoffs
Sculley menyingkirkan Jobs daripada tanggungjawabnya sebagai ketua bahagian
Macintosh.
Penubuhan NeXT Computer
Pada tahun 1986, apabila Jobs mendapati bahawa beliau di ketepikan oleh
syarikat yang diasaskanya, beliau menjual semua kecuali satu sahamnya dalam
syarikat Apple. Pada sekitar masa itu, beliau mengasaskan lagi sebuah syarikat
komputer, NeXT Computer. Seperti Apple Lisa, stesen kerja NeXT adalah maju dari
segi teknologi, tetapi komputer itu tidak pernah berupaya memasuki aliran utama,
khususnya kerana harganya yang mahal. Bagaimanapun, antara mereka yang
mampu membelinya, stesen kerja NeXT menarik pengikut yang kuat kerana
kekuatan tekniknya, terutama antaranya adalah sistem pembangunan perisian
berorientasi objeknya. Jobs memasarkan produk-produk NeXT kepada bidang-
bidang saintifik dan akademik kerana teknologi-teknologi inovatif dan uji kajinya
yang baru (seperti inti Mach, cip pemproses isyarat digital, dan port Ethernet
terbina).
NeXTcube ditonjolkan oleh Jobs sebagai sebuah komputer "interpersonal"
yang beliau percaya merupakan langkah yang menyusuli pengkomputeran
"peribadi". Menurut beliau, jika komputer berupaya membenarkan orang-orang
berkomunikasi dan bekerjasama dengan cara yang mudah, ia akan mengatasi
banyak masalah yang dihadapai oleh komputer "peribadi". Jobs telah dikritik kerana
tidak memasukkan ciri-ciri perangkaian terbina dalam Macintosh yang asal
(menggelarnya "tali pusat ke syarikat"), dan beliau berazam tidak akan mengulangi
kesilapannya. Pada zaman ketika e-mel merupakan teks mudah kepada kebanyakan
orang, Jobs gemar menunjukkan NeXTMail, sistem e-mel NeXT, sebagai salah satu
contoh falsafah "interpersonal"-nya. NeXTMail merupakan salah satu e-mel yang
awal untuk mendukung audio dan grafik yang jelas secara sejagat, boleh diklik
terbenam.
Jobs mengendalikan NeXT dengan ketaksuban kepada kesempurnaan estetik,
ini terbukti dengan benda-benda seperti bekas magnesium NeXTcube. Ini
mengakibatkan tekanan yang ketara pada bahagian perkakasan NeXT dan pada
tahun 1993 selepas hanya menjual 50,000 buah mesin, NeXT beralih sepenuhnya
kepada pembangunan perisian dengan penerbitan NeXTSTEP/Intel.
Teknologi NeXT memainkan peranan utama dalam memangkinkan tiga
peristiwa yang tidak berkait:
Jaringan Sejagat: Tim Berners-Lee mengembangkan sistem Jaringan
Sejagat yang asal di CERN dengan stesen kerja NeXT. Ketegasan Jobs bahawa orang
biasa harus berupaya menulis atur cara penggunaan "mission-critical" terlanggan
merupakan asas Interface Builder yang dipergunakan oleh Berners-Lee untuk
berbuat demikian dengan penulisan atur cara "WorldWideWeb 1.0"-nya.
Komputer NeXT dipergunakan dalam pembangunan permainan
komputer Doom.
Kepulangan Apple Computer. Kebergantungan Apple kepada perisian
kuno dan kesilapan pengurusan dalaman, khususnya ketakupayaannya untuk
menerbitkan suatu penaiktarafan sistem pengendalian yang utama,
mengakibatkannya hanya hampir mengalami kemuflisan pada awal hingga
pertengahan dekad 1990-an. Pendirian Jobs yang maju mengenai terlalu mengharap
Unix yang dianggap sebagai terlalu bercita-cita tinggi dan agak ketinggalan pada
dekad 1980-an, tetapi pilihannya akhirnya menjadi suatu asas yang kukuh dan boleh
dikembangkan untuk sebuah sistem pengendalian. Apple kemudian memperoleh
perisian itu dan di bawah pimpinan Jobs, mengalami suatu zaman pembaharuan.
Permulaan baru dan 1998 - 2005: Permulaan baru bagi '''Apple Inc.'''
Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT pada harga AS$402 juta, dan
mengembalikan Jobs kepada syarikat yang diasaskannya. Pada tahun 1997, beliau
menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Apple yang interim selepas para pengarah lembaga
lost confidence in dan ousted then-CEO Gil Amelio dalam sebuah boardroom coup.
Pada bulan Mac 1998, supaya dapat menumpukan usaha Apple kepada returning to
profitability, Jobs dengan segeranya menamatkan sebilangan projek sepertiNewton,
Cyberdog, dan OpenDoc. Pada bulan-bulan yang berikut, banyak pekerja
mengembangkan ketakutan untuk berhadapan dengan Jobs ketika menaiki lif
kerana "ketika bahawa mereka tidak akan mempunyai pekerjaan lagi apabila pintu
lif dibuka". Realitinya adalah bahawa summary executions Job adalah jarang, tetapi
sebilangan mangsa adalah mencukupi untuk terrorize seluruh syarikat.[44] Amalan
itu kemudian dikenali sebagai "diStevekan" ("getting Steved").
Dengan pembelian NeXT, kebanyakan daripada teknologi syarikat digunakan
dalam produk-produk Apple, khususnya NeXTSTEP, yang berkembang menjadi Mac
OS X. Di bawah bimbingan Jobs, jualan syarikat naik dengan ketara dengan
pengenalan iMac dan produk-produk lain yang baru; sejak dari masa itu, reka-reka
bentuk yang menarik serta penjenamaan yang berkuasa telah memberikan kejayaan
yang unggul kepada Apple. Dalam Expo Macworld 2000, Jobs menggugurkan
modifier "interim" daripada jawatannya di Apple dan menjadi Ketua Pegawai
Eksekutif yang tetap, suatu jawatan yang masih dipegang oleh beliau pada hari ini.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, syarikat Apple telah branched out.
Dengan pengenalan pemain musik mudah alih iPod, perisian muzik digitial iTunes,
dan iTunes Store, syarikat itu sedang making forays ke dalam bidang elektronik
pengguna dan pengedaran muzik. Apple baru-baru sahaja menyertai perniagaan
telefon bimbit dengan pengenalan iPhone, suatu telefon bimbit paparan berbilang
sentuh, iPod, dan peranti internet. Sementara merangsang inovasi, Jobs juga
mengingati pekerja-pekerjanya bahawa "seniman-seniman yang sebenar
menghantar",[45] Apa yang dimaksudkan dengan pernyataan itu adlah bahawa
penghantaran working produk pada tepat masa adalah sama penting dengan inovasi
dan reka bentuk yang menarik.
Jobs bekerja di Apple pada gaji tahunan sebanyak AS$1, dan ini
menyebabkannya disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai "Ketua
Pegawai Eksekutif dengan Gaji Yang Terendah". Dalam ucapan keynote 2000 Ekspo
Macworld di San Francisco, syarikat itu menggugurkan perkataan "interim" daripada
nama jawatannya, dan menyebabkannya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang
kekal. Gajinya di Apple masih dikekalkan pada AS$1 setahun secara rasmi walaupun
secara tradisi, beliua telah menerima sebilangan "hadiah eksekutif" yang
lumayan,termasuk sebuah jet yang berharga AS$46 juta paa tahun 1999 dan nyaris-
nyaris 30 juta saham terhad pada tahun 2000-2002. Oleh itu, Jobs dicompensated
well untuk usaha-usahanya di Apple walaupun gajinya hanya sedolar pada nama
sahaja. Pendekatan ini mengurangkan personal tax liability kerana di bawah undang-
undang cukai Amerika Syarikat sekarang, pendapatan gaji dicukai pada kadar yang
jauh lebih tinggi (kini sehingga 35%) berbanding dengan cukai capital gains (kini
sebanyak 15% maksimum) yang dikenakan pada keuntungan yang berasal daripada
penjualan stock
Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama
Apple), Mike Markkula dan lain-lain, mereka membangunkan, dan memasarkan
salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada
awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi
komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada
lahirnya Macintosh. Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga
pengarah pada tahun 1984,Steve Jobs meletak jawatan dari Apple lalu
menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus
dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996, Apple membeli
NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat
sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada 1986,
beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucasfilm Ltd lalu mengubahnya
menjadi Pixar Animation Studios. Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham
majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney Company pada tahun
2006. Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7%
dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney.
Sejarah perniagaan Jobs telah banyak berbakti kepada imej simbolik
seseorang usahawan Silicon Valley yang idiosinkratik dan individualistik,
menekankan kepentingan reka bentuk serta memahami peranan penting yang
dimainkan oleh estetika dalam menarik perhatian umum. Beliau disanjungi kerana
jasanya memajukan pembangunan keluaran-keluaran yang berguna dan anggun
pada masa yang sama.
Pada 24 Ogos 2011, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai KPE
Apple dan bakal digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau, Jobs dilantik
sebagai Pengerusi lembaga pengarah Apple. Pada 5 Oktober 2011, Apple
mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti iPhone,
dan Apple TV), serta ciri-ciri untuk Mac OS X "Leopard", sistem
pengendaliannya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan kedai dalam
talian untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada iTunes Store, laman
webnya yang membekalkan muzik, buku audio, permainan, video muzik,
pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk
perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer
peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah
alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007. Selain itu,
produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk sistem
pengendalian Mac OS dan suit perisian iLife yang merupakan berkas produk perisian
kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan
secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga
merupakan pembekal produk perisian industri audio dan filem profesional (serta
juga "prosumer") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "prosumer" Apple
yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk Final Cut Pro, Logic
Audio, Final Cut Studio, dan alat-alat industri yang berkaitan.
Apple juga mengendalikan 180 buah kedai jualan runcit di Amerika Syarikat, Jepun,
United Kingdom, Kanada, dan Itali.[9] Kedai-kedai itu menjual kebanyakan produk
Apple serta juga produk-produk pihak ketiga, dan membekalkan sokongan dan
pembaikan perkakasan dan perisian Apple. Apple kini menggaji melebihi 20,000
pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia.[10]
Berdasarkan alasan-alasan falsafah reka bentuk estetik yang menyeluruh sehingga
budaya perlawanan (malahan asal-usul budaya kebebasannya), selain daripada
kempen-kempen pengiklanannya, Apple telah memperoleh suatu reputasi yang
tersendiri dalam industri elektronik konsumer serta juga dasar pelanggan yang setia
pada tahap yang amat luar biasa kepada syarikat dan jenamanya.[11]
Sebelum Penubuhan
Sebelum menubuhkan Apple, Steve Wozniak adalah seorang pakar dalam
mengubahsuai alatan elektronik. Pada tahun 1975 beliau telah bekerja di Hewlett-
Packard dan menolong kawannya Steve Jobs merekabentuk permainan video
untuk Atari. Wozniak telah membeli komputer masa pada beberapa jenis komputer
mini yang dimilik Call Computer, sebuah syarikat perkongsian masa milik Alex
Kamradt. Terminal komputer pada waktu itu adalah berdasarkan kertas; Percetakan
terma seperti Texas Instruments Silent 700 dianggap sangat maju pada masa itu.
Pada tahun 1975, berdasarkan majalah Popular Electronics, beliau merekabentuk
Computer Conversor menggunakan komponen yang dibeli di kedai. Computer
Conversor boleh mengawal komputer mini di Call Computer. Alex Kamradt
mendapat komisen atas rekabentuk dan menjual sebilang kecil darinya melalui
syarikatnya.
Pada tahun 1975, Wozniak mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club.
Komputer mikro baru seperti Altair 8800 dan IMSAI telah memberi inspirasi kepada
beliau untuk memasukkan prosesor mikro ke dalam pita video teletype untuk
menghasilkan komputer yang lengkap.
Pada masa itu hanya terdapat dua jenis CPU komputer mikro iaitu Intel 8080 ($179),
dan Motorola 6800 ($170). Wozniak lebih berminat terhadap 6800, tetapi kedua-
duanya terlalu mahal. Maka dia memerhati, dan belajar, dan melukis komputer atas
kertas, sambil menunggu masa apabila dia mempunyai wang yang cukup.

You might also like