You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA BAHASA INGGERIS


DAERAH KUBANG PASU

KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 26 Februari 2017 (Ahad)


Masa : 2.00 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Mawar, SM Sains Kubang Pasu

Kehadiran:
1) CHOR PING PING SMK BANDAR BARU DARULAMAN
2) ANUAR BIN ABDULLAH SMK PERMATANG BONGLAI
3) ISMAIL BIN HARUN SMK TANJUNG PAUH
4) ABDUL KAFI BIN OSMAN SMK HOSBA
5) MARLIAWATI BT MEOR SAMSUDIN SMK TUNKU BENDAHARA
6) USHA DEVI A/P VEERASAMY SMK PULAU NYIOR
7) AZLINA BT MOHD HANAFIAH SMK AYER HITAM
8) WAN MIMI HAIROSE WAN ALI SBPI KUBANG PASU
9) ARIFAH BINTI ABIDIN SMK BANDAR BUKIT KAYU HITAM
10) YASMIN MOHAMED SIDIK SMK JERLUN
11) ANIS MOHD SAAD SMK BANDAR BARU SINTOK
12) FAEIZARATUL FAEIZAH BT ISA SMK DARULAMAN HEIGHTS
13) YUSNIANIDA YAZID SMK PAYA KEMUNTING
14) NORASMA AB RAHMAN SMA HIDAYAH ISLAMIAH
15) ROZITA BT ABDUL RAZAK SMK JITRA
16) MURIZAH MOHD ROSLAN SMK MEGAT DEWA
17) NUR HANISAH MAT HASSIN SMS NURUL ISLAM
18) NOR SANAK MOHD NABIL SMA NURUL ISLAM
19) SHARON TATY MOKHTAR SMK CHANGLUN
20) AHMAD ISMAIL SMK TUNKU SERI INDERA PUTERA
21) ANAS BIN SHAARI SM SAINS KUBANG PASU

Turut hadir:
1) PN. HAJAH RAFEAH BT HASHIM PENGETUA SMS KUBANG PASU
2) EN. OSLAN BIN YUM PPPD BAHASA INGGERIS (MEN)

1
1. PERUTUSAN PENGERUSI
Puan Hajah Rafeah bt. Hashim selaku Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua
ketua Panitia Bahasa Inggeris daerah Kubang Pasu ke mesyuarat kali pertama tahun
2017.
Puan Hajah Rafeah turut mengucapkan terima kasih kerana telah dipilih sekali lagi
sebagai Pengerusi.
Pengerusi memohon agar semua ahli panitia sedar, memahami dan menghayati
kandungan KSSM, serta memastikan adanya penerapan PdP abad ke-21 terutamanya
yang berkaitan dengan kemahiran berkomunikasi.
Pengerusi meminta agar diteruskan program dan aktiviti yang dirancang dengan
mengambilkira kos efektif dan punca kewangan.

2. PENGESAHAN LANTIKAN AJK PANITIA BAHASA INGGERIS 2017


Senarai AJK yang dilantik adalah seperti berikut:
Pengerusi : Puan Hajah Rafeah bt. Hashim (Pengetua SMS Kubang Pasu)
Setiausaha : En. Anas bin Shaari (SMS Kubang Pasu)
Naib setiausaha : Pn. Yasmin (SMK Jerlun)
Bendahari : Pn. Marliawati (SMK )
Tindakan: makluman

3. HALA TUJU PPD/PANITIA


(Belum dibincangkan)
Tindakan: makluman

4. HEADCOUNT BAHASA INGGERIS SPM 2017


Pengerusi membuat perbandingan diantara keputusan PT3 tahun 2016 dan 2015.
4.1 Berlaku penurunan peratus lulus untuk ujian bertulis iaitu 57.94% (2016)
berbanding 64.71% (2015).
4.2 Ujian lisan telah menunjukkan peningkatan daripada 69.58% (2015) kepada
72.01% (2016).
4.3 Perbandingan peratus calon yang mendapat gred A bagi ujian lisan adalah
15.97% (2015) dan 26.34% bagi tahun 2016.
4.4 Berdasarkan keputusan SPM bagi daerah Kubang Pasu, gred purata adalah 6.08,
meningkat dari 6.13 dalam tahun 2015.
Tindakan: makluman

2
5. PERANCANGAN AKTIVITI DAERAH
5.1 Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dicadangkan:
5.1.1 Bengkel Pelajar Cemerlang
5.1.2 Bengkel Creative Writing 1
5.1.3 Bengkel Creative Writing 2
5.1.4 Bengkel KBAT
5.1.5 Bengkel Toolkit Differentiated Learning
5.1.6 Bengkel Bina Soalan PPT dan Percubaan PT3 dan SPM
5.1.7 Bengkel Perkongsian Amalan (Best Practices)
5.1.8 Post mortem PPT mengikut subjek termasuk Bahasa Inggeris.
5.2 Penyertaan program yang perlu dibayar yuran diusulkan dan diterima sebagai
penyertaan terbuka.
5.3 Program teknik menjawab akan diteruskan.
5.4 Gambar-gambar setiap program hendaklah dikompilasikan sebagai aktiviti
daerah.
Tindakan: makluman

6. LAPORAN KEWANGAN

Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris Daerah Kubang Pasu tidak mempunyai sebarang
penerimaan dan perbelanjaan untuk dibentangkan.

7. HAL-HAL LAIN
7.1 Ahli mesyuarat diberikan bahan edaran CEFR English Language Handbook for
Secondary School Teachers.
7.2 CEFR bakal dilaksanakan mulai tahun 2018 dalam peperiksaan SPM.
7.3 Sekolah-sekolah perlu mewujudkan persekitaran Bahasa Inggeris (English
Environment).
7.4 Program Spell It Right (SIR) boleh dianjurkan di sekolah-sekolah.
7.5 Tumpuan tidak semestinya diberikan kepada peperiksaan semata-mata.
Tindakan: makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

3
Minit dicatat oleh: Disemak dan disahkan oleh:
ANAS BIN SHAARI HAJAH FADZILLAH BT SELAMAT
Setiausaha PPPD B/Bahasa Inggeris

You might also like