You are on page 1of 1

SERONOKNYA LATIH TUBI!

Seronokkah latih tubi? Bagi anak anda yang belum mengetahui kepentingan latih tubi dan cara
mengolah latih tubi menjadi aktiviti yang menyeronokkan, mereka pasti akan membayangkan
bahawa latih tubi merupakani sesuatu yang memenatkan dan membosankan. Jadi, melalui artikel
kali ini kami ingin kongsikan bersama anda kepentingan latih tubi dan tip berkesan cara mengubah
konsep latih tubi sebagai aktiviti yang ceria dan bermanfaat.
Mengapa latih tubi? Jawapannya ialah, semasa anak anda sibuk melakukan latihan demi latihan,
mereka secara tidak langsung akan membaca buku teks dan buku rujukan untuk mencari jawapan
bagi soalan latih tubi yang agak mencabar.
Banyak ibu bapa yang menyangka latih tubi lebih merupakan latihan semata-mata, dan aktiviti
begini pasti akan membuatkan anak anda berasa kurang bersemangat terutamanya jika mereka
tidak dapat menjawab soalan latih tubi yang diberikan. Akhirnya latihan itu tidak diendahkan.
Sebenarnya, latih tubi akan lebih berkesan jika setiap soalan yang dijawab, disemak semula
berpandukan buku teks atau buku rujukan. Cara begini bukan sahaja membuatkan anak anda lebih
yakin ketika menjawab malah mampu menjimatkan masa mengulangkaji sehingga 70%.
Semakin banyak latihan yang mereka lakukan, semakin banyak kandungan yang mereka akan baca.
Justeru, anak anda akan semakin memahami bentuk soalan yang akan ditanya ketika peperiksaan
nanti. Anda juga akan mendapati anak anda lebih mudah untuk mengeluarkan semula bab-bab yang
mereka ulang kaji secara tidak langsung semasa membuat latih tubi. Ini disebabkan soalan latih tubi
terutamanya koleksi soalan peperiksaan sebenar yang lepas biasanya disusun mengikut turutan bab.
Contohnya, untuk soalan 1 hingga 5 dalam subjek sains, anak anda sudah dapat membayangkan
gambar rajah dan poin penting dalam Bab 1 yang terdapat dalam buku teks dan buku rujukan mereka.
Seperti yang telah kami kongsikan melalui tip sebelum ini, anda perlu mengatur jadual belajar yang
spesik dan konsisten untuk memastikan anak anda mengekalkan corak mengulang kaji pelajaran
yang sama sehingga menjelangnya peperiksaan nanti. Jadi tidak ada lagi istilah belajar pada saat
akhir dan hangat-hangat tahi ayam!
Selamat Mencuba!

You might also like