You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG PENDAMAR,

42100 KLANG SELANGOR.

LAPORAN
PROGRAM PELANCARAN GAYA
HIDUP SIHAT SKKP DAN
CERAMAH KESIHATAN 2017

TARIKH
13 APRIL 2017

MASA
10.00 PAGI 1.15 PETANG

TEMPAT
DEWAN TERBUKA SKKP
LAPORAN PELAKSANAAN

1. NAMA PROGRAM : Program Pelancaran Gaya Hidup Sihat Dan


Ceramah Kesihatan SKKP 2017
2. TARIKH : 13 April 2017
3. HARI : Khamis
4. MASA : 10.00 pagi-1.15 petang
5. SASARAN : Semua Pelajar Tahun 4,5,6 dan Guru SKKP
6. TEMPAT : Dewan Terbuka SKKP
7. ANJURAN : Unit Kesihatan SKKP
8. DIRASMIKAN OLEH : En. Mohd Hamdan Bin Rahim

9. PENGENALAN
Unit Kesihatan dengan kerjasama Kelab Doktor Muda dan Unit Kantin SKKP telah
mengadakan Program Pelancaran Gaya Hidup Sihat dan ceramah kesihatan
Peringkat Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar (SKKP) pada 13 April 2017
(Khamis). Antara pengisian sepanjang program adalah ceramah kesihatan,
senamrobik, pertandingan mewarna dan pertandingan menghasilkan buku skrap..
Pihak sekolah mengucapkan jutaaan terima kasih dan tahniah kepada Unit
Kesihatan kerana telah mengadakan program ini dengan lancar dan jayanya.

10. OBJEKTIF
1) Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi
meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada
murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
2) Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan
menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
3) Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar
walau di mana mereka berada.
11. STRATEGI PELAKSANAAN
1) Pada 10 Mac 2107 mesyuarat bersama guru-guru telah dijalankan dibilik APD.
Jawatankuasa kecil dibentuk seperti jawatankuasa persiapan tempat, imam,
PA system, jamuan VIP, jamuan, kebersihan dan dokumentasi. Semua guru
telah diberi penerangan terhadap tugas masing-masing.
2) Pada hari Khamis 13 April 2017, pelancaran Program Gaya Hidup Sihat telah
diadakan di SKKP dengan kerjasama Unit Kesihatan daripada Klinik Kesihatan
Klang, Unit Kesihatan Skkp, Kelab Doktor Muda dan Unit Kantin SKKP. Majlis
ini berjalan dengan jayanya dan semua pelajar tahun 4,5 dan 6 serta guru-
guru telah bersama-sama dalam program tersebut. Program ini telah bermula
seawal jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.15 petang. Program ini
dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shukri Zawawi seterusnya kata-kata
aluan daripada Guru Besar En. Hamdan serta penyelaras program Cik Dina
Amira. Program diteruskan lagi dengan pelancaran memotong Banner
Program Gaya Hidup Sihat oleh guru besar.
3) Program seterusnya adalah bersama 2 orang pegawai kesihatan daripada Unit
Kesihatan Klinik Kesihatan Klang bagi menyampaikan ceramah mengenai
pemakanan sihat. Pelbagai info dan aktiviti telah dijalankan bersama murid-
murid antaranya kuiz, nyanyian dan maskot kuman. Program telah ditutup
dengan penyampaian cenderamata oleh guru besar SKKP kepada
penceramah serta sesi fotografi murid-murid bersama maskot kuman. Program
Pelancaran Gaya Hidup Sihat SKKP dan ceramah kesihatan 2017 ini telah
berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil bantuan yang diberikan oleh semua
guru dan warga SKKP.

12. KEKUATAN PROGRAM


1) Berjalan dengan seperti yang dirancang..
2) Ceramah pemakanan yang baik.
3) Maskot kuman yang menarik.

13. KELEMAHAN PROGRAM


1) Murid yang perlu memakai maskot.
2) Kekangan masa
14. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1) Melihat tayangan video di dalam bilik tertutup.
2) Persediaan yang lebih awal aktiviti program.

15. RUMUSAN
Alhamdulillah, program ini dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang telah
dirancang. Program seperti ini, dapat memeberi kesedaran kesihatan kepada
pelajar-pelajar untuk sentiasa kekal aktif dan cergas. Disamping itu, sentiasa
menjaga pemakanan dengan mengambil pemakanan yang sihat.

Disediakan oleh :


(DINA AMIRA BINTI HASHIM)
Penyelaras Program

Disemak oleh :

..
(PN. ROHANA BINTI OTHMAN)
Guru Penolong Kanan HEM

Disahkan oleh :


( )

You might also like