You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA UTAMA

JALAN SS 21/50 47400 PETALING JAYA


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
ORIENTASI
PRASEKOLAH
SESI 2018

29 NOVEMBER 2017
RABU
8.00 PG -11.00 PG

1.0 Pengenalan
Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang alam
persekolahan sebenar, mengenali persekitaran sekolah, mengenalpasti perkembangan
murid melalui Ujian Pra-Tulis yang dijalankan. Selain itu, program ini juga adalah merupakan
satu usaha untuk menjalinkan hubungan baik antara sekolah dengan ibu bapa disamping
memberi penerangan tentang maklumat berkaitan dengan prasekolah.

2.0 Matlamat
2.1 Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal murid-murid
prasekolah ke alam dunia persekolahan sebenar menjelang Tahun 2018.
2.2 Memberi penerangan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai maklumat-
maklumat berkaitan prasekolah termasuk Hal Ehwal Murid, peraturan dan
disiplin, aktiviti tahunan prasekolah dan sebagainya yang perlu mereka
ketahui.
2.3 Melantik Ahli Jawatankuasa Pewaris Prasekolah dalam kalangan ibu bapa.

3.0 Objektif.
3.1 Memberi suntikan kepada murid-murid yang akan menempuh alam
persekolahan supaya lebih bersedia menjelangnya hari persekolahan
sebenar.
3.2 Memperkenalkan suasana persekolah dengan lebih dekat lagi dengan
membawa bertemu guru-guru serta melihat persekitaran sekolah seperti
kelas, dapur, tandas, taman dan sebagainya.
3.3 Menjelaskan kepada ibu bapa hal-hal berkaitan persekolahan yang perlu
mereka ketahui dan menjalinkan hubungan baik antara pihak sekolah dan
ibu bapa.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Program ini melibatkan 25 orang murid prasekolah beserta Ibu/ bapa/ penjaga.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM


Tarikh : 29 November 2017 (RABU)
Masa : 8.00 pagi 11.00 pagi
Tempat lawatan : Dewan PIBG, SK Damansara Utama dan Kelas Prasekolah.
6.0 TENTATIF PROGRAM
8:00 Pagi : Pendaftaran Ibu Bapa & Murid
8.30 Pagi : Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan & Taklimat Prasekolah
En Mohd Zuki Bin Mohd Akhir (Guru Besar, SK Damansara Utama)
9.00 Pagi : Taklimat Peraturan Sekolah & HEM
Pn Monaliza Binti Noordin (PK Hal Ehwal Murid)
9.30 Pagi : Taklimat Kokurikulum / Program Prasekola
En Hamdan Bin Abdullah (PK Ko-Kurikulum)
10.00 Pagi : Perlantikan AJK Pemuafakatan
En Arshad Bin Mat Isa @Ramli (PK Pentadbiran)
10.30 Pagi : Jamuan
Bersurai

7.0 AHLI JAWATANKUASA ORIENTASI PRASEKOLAH SESI 2018

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Mohd Zuki Bin Mohd Akhir


Tim. Pengerusi : Mohd Hamdan Bin Abdullah
Naib Pengerusi : Mona Liza Binti Noordin
Penyelaras : Hasniyati Bt Abdullah
Setiausaha : Nor Zarina Bt Md Faril

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pendaftaran Murid : Maimunah Binti Habibullah


Pendaftaran Ibubapa / : Rogayah
Penjaga
Pengurusan Murid : Nomaria Binti Zakaria
Faezah Binti Razali
Ujian Pra-Tulis : Ezrieana Binti Bahari
Nur Hidayah Binti Zahari
Pamplet / Brochure : Nor Zarina Binti Md Taril
PA Sistem / LCD / : Mohd Rashidan Bin Ahmad
Projektor Mohd Zaizullizam Bin Tamin
Kiraan Undi : Fatimah Saidah Binti Rusli
Jamuan : Faezah Binti Razali
Fotografi : Jurugambar Profesional

7.0 KEWANGAN
NO PERKARA JUMLAH

1 Bihun Goreng 60 Orang x RM 4.00


Kuih
The O

JUMLAH BESAR RM 240.00

8.0 PENUTUP

Semoga Program Orientasi Prasekolah Sesi 2018 ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang
telah dirancang.

Disediakan Oleh,

.
(NOR ZARINA BINTI MD FARIL)
Guru Prasekolah
SK Damansara Utama

Diluluskan Oleh,

(MONALIZA BINTI NORDIN)


Penolong Kanan HEM
SK Damansara Utama

You might also like