You are on page 1of 30

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (K.O.T.

) KALI KE 24
TAHUN 2017
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT

TARIKH :
6 MAC 2017 8 MAC 2017

TEMPAT :
PADANG IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

DIANJURKAN OLEH :

UNIT KOKURIKULUM

DENGAN KERJASAMA
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR
dan
PELAJAR PISMP AMBILAN JUN 2015
(SEMESTER 2 TAHUN 2)
PENGENALAN

K.O.T. merupakan agenda tahunan yang dianjurkan oleh unit gerko di bawah
pengelolaan kumpulan pelajar PISMP Semester 2 Tahun 2 Ambilan Jun 2015 bagi
memenuhi keperluan proforma MPU 3071. Penganjuran kejohanan ini melibatkan acara-
acara merentas desa, padang dan balapan yang dipertandingkan di antara rumah-rumah
sukan serta menganjurkan olahraga mini prasekolah bagi murid-murid pra sekolah IPTHO.
Penganugerahan diberikan kepada rumah sukan dan individu yang menonjolkan prestasi
yang baik. Rumah-rumah sukan Kejohanan Olahraga Tahunan 2017 ialah Fire
Nation(merah), Water Tribe(biru), Air Nomad(kuning) dan Earth Kingdom(hijau).

Matlamat Kejohanan Trek dan Padang (K.O.T.) 2017 IPG Kampus Tun Hussein Onn
ini yang diadakan secara rasminya bermula daripada 6 Mac hingga 8 Mac 2017 ini adalah
untuk meningkatkan penguasaan para guru pelatih dalam kemahiran bidang Gerko yang
diceburi, khususnya dari segi kemahiran, pengurusan pentadbiran, pengurusan kokurikulum,
kejurulatihan dan kepegawaian. Satu jawatankuasa telah dibentuk bagi mengetuai
pengurusan kejohanan ini (lampiran 1). Justeru, daripada pengelolaan aktiviti seperti ini
diharapkan para guru pelatih juga akan berpeluang menimba pengalaman untuk dijadikan
panduan ketika di lapangan kelak.

Penganjuran Guru Pelatih Semester 2 Tahun 2 Ambilan Jun 2015


LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-24
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

SUKANTARA

TARIKH : 5-8 Februari 2017


TEMPAT : Padang IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

Pada 5 hingga 8 Februari 2017, acara Sukantara Kejohanan Olahraga telah


diadakan di padang IPG Kampus Tun Hussein Onn. Acara ini diadakan bagi mengumpulkan
mata rumah-rumah sukan sebelum berlangsungnya Kejohanan Olahraga Tahunan. Ia juga
adalah sebagai salah satu inisiatif bagi ketua-ketua rumah sukan untuk mencari peserta bagi
mewakili rumah di dalam acara yang bakal dipertandingkan dalam Kejohanan Olahraga
Tahunan. Rumah-rumah sukan Kejohanan Olahraga Tahunan 2017 iaitu Fire
Nation(merah), Water Tribe(biru), Air Nomad(kuning) dan Earth Kingdom(hijau) telah
bersaing untuk mendapatkan mata tertinggi di dalam acara sukantara ini.

Antara acara yang dipertandingkan di dalam Sukantara Kejohanan Olahraga adalah


100 meter, 800 meter, lontar peluru dan lompat jauh. Seramai 71 orang pegawai yang telah
terpilih untuk bertugas sepanjang berlangsungnya acara sukantara ini. Sebelum acara
dimulakan, setiap peserta akan dikumpulkan dalam kumpulan rumah sukan masing-masing
bagi melakukan aktiviti memanaskan badan. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang
kecederaan semasa acara berlangsung.

Berikut adalah jadual bagi acara sukantara yang telah diadakan:

Rujuk lampiran 2

Semasa Sukantara Kejohanan Olahraga diadakan, terdapat beberapa orang peserta


tidak dapat hadir pada hari-hari yang telah ditetapkan kerana sakit dan kesuntukan masa.
Oleh itu, di bawah merupakan jadual kehadiran bagi peserta pada hari-hari yang tertentu:

Rujuk lampiran 3
AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

100 M DAN 800 M

LOMPAT JAUH
LONTAR PELURU
MERENTAS DESA

TARIKH : 6 Mac 2017


TEMPAT : Trek Merentas Desa

Pada 6 Mac 2017 hingga 8 Mac 2017 (Isnin Rabu) Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussein Onn telah mengadakan Kejohanan Olaraga Tahunan (K.O.T.) kali ke-
24/2017. Tema bagi tahun ini ialah Avatar manakala slogan ialah Semarak Evolusi.

Sebelum acara merentas desa dijalankan, beberapa perbincangan telah diadakan


antara Jawatankuasa Induk, Pegawai Acara Merentas Desa (rujuk lampiran 4) dan para
penasihat Pegawai Acara Merentas Desa (rujuk lampiran 5) telah dijalankan untuk
membincang segala masalah, perkembangan, cadangan dan keputusan untuk menjayakan
K.O.T. kali ke-24 ini.

Pada hari pertama KOT iaitu 6 Mac 2017 (Isnin) pertandingan yang akan diadakan
ialah pertandingan Merentas Desa. Pada awal 7.30 pagi, aturcara majlis dimulakan dengan
pendaftaran peserta-peserta Merentas Desa IPG Kampus Tun Hussein Onn di padang
astaka, IPTHO. Seterusnya, aktiviti senamrobik pun diadakan pada pukul 8.00 pagi untuk
memanaskan badan semua peserta sebelum mula berlari.

Aktiviti senamrobik ini dijalankan selama 60 minit, manakala semua peserta,


pensyarah dan pegawai yang bertugas di padang turut memberi sambutan yang meriah
dengan bergerak badan mengikut iringan muzik. Pada masa yang sama, pegawai yang
bertugas di checkpoint seperti penjaga checkpoint, pencatat checkpoint dan bantu mula
telah bersiap sedia dan bertolak ke checkpoint untuk menjalankan tugas masing-masing. Di
samping itu, para pegawai marsyal dan pegawai pengurus Merentas Desa telah bersedia di
checkpoint masing-masing.

Selepas aktiviti senamrobik, para peserta diminta untuk bersedia di garis permulaan
depan pada Astaka. Peserta telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori
perempuan dan kategori lelaki. Maka jarak perjalanan bagi kategori lelaki ialah 5km, dan
bagi kategori perempuan ialah 4km. Pada pukul 9.30 pagi, Encik Adib Bin Sulaiman sebagai
pelepas telah bersiap sedia di tempat garis permulaan merentas desa. Beliau memberi
ucapan dan seterusnya melepaskan peserta bermula berlari pada jam 9.45 pagi. Guru
pelatih wanita memulakan larian merentas desa ini dan setelah 10 minit berlalu peserta
lelaki dilepaskan untuk berlari. Pada tahun ini, terdapat semua peserta daripada empat ahli
rumah sukan kecuali pegawai-pegawai acara merentas desa telah terlibat dalam
pertandingan Merentas Desa. Guru pelatih wanita memulakan larian merentas desa ini dan
setelah 10 minit berlalu peserta lelaki dilepaskan untuk berlari.

Sepanjang perjalanan Merentas Desa, terdapat sebanyak 20 penjaga checkpoint


dan terdapat 8 pegawai polis trafik yang menjaga keselamatan peserta dengan bantuan 6
orang marsyal untuk mengelakkan kenderaan yang mengancam keselamatan peserta. Bagi
peserta lelaki akan melalui 8 checkpoint manakala bagi peserta perempuan akan melalui 7
checkpoint, dengan ini tiada peserta dapat mengambil kesempatan supaya berlari di laluan
pendek shortcut kerana beberapa pegawai telah bertugas di setiap persimpangan jalan
raya.

Sebelum peserta tiba ke garisan penamat, pegawai penjaga masa telah bersedia
untuk mencatat rekod masa peserta. Garisan penamat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
bahagian kiri dan kanan untuk mengasingkan peserta lelaki dan perempuan bagi
memudahkan proses mencatat masa. Nama peserta yang sampai awal iaitu dari kedudukan
pertama hingga ke-lima puluh telah dicatatkan, tetapi pemberian pingat hanya diberi kepada
peserta yang mendapat kedudukan 1 sehingga 15. Pada pukul 11.00 pagi, upacara
penyampaian hadiah telah berlangsung bagi mengiktiraf kejayaan para peserta yang telah
berjaya.

Secara keseluruhan, acara merentas desa berjalan dengan lancar mengikut masa
yang ditetapkan. Dengan keizinan Tuhan, acara ini telah bermula dan diakhiri dengan baik
serta tidak mempunyai sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa acara
merentas desa ini berlangsung. Pengalaman menganjurkan pertandingan merentas desa ini
adalah satu pengalaman yang menakjubkan di mana ia merupakan satu program yang
bermanfaat dan memberi pengalaman yang cukup berharga kepada para guru pelatih yang
terlibat. Diharapkan melalui penganjuran pertandingan merentas desa ini, guru-guru pelatih
akan dapat mengaplikasikan cara pengelolaan pertandingan merentas desa dari awal
sampai akhir, mengetahui dan menghayati semangat kerja berpasukan, menguasai
kemahiran asas interpersonal, dan pengurusan masa dengan berkesan di samping
memupuk kebolehan dan memperkembangkan potensi diri sebagai insan guru dalam semua
aspek kehidupan seharian.

Setelah tamat upacara penyampaian hadiah bagi merentas desa, para guru pelatih
diberikan masa untuk berehat. Pada pukul 3.00 petang raptai majlis perasmian KOT yang
pertama telah diadakan. Semua guru pelatih terlibat dalam raptai ini terutamanya guru
pelatih yang mengganggotai perbarisan rumah sukan, Pengerusi AJK Induk, saudara Yek
Nai Hock, pembawa bendera KOT, pembawa bunga manggar dan panji-panji, juruhebah,
pemain kompang serta wakil maskot dari semua rumah sukan telah bersiap sedia pada
raptai ini.

Raptai ini telah dijalankan supaya melatih semua guru pelatih yang terlibat
memahami dengan sepenuhnya kepentingan protokol dalam sesuatu majlis dan susunan
atur cara majlis perasmian KOT. Raptai ini dijalankan tanpa pasukan pancaragam tetapi
lagu yang dimainkan melalui CD player sepanjang raptai ini.

Sepanjang raptai dijalankan, En. Mohtar bin Yacob dan En. Zahidi Bin Khamis selaku
pensyarah penasihat untuk Jawatankuasa Protokol telah memberi bimbingan dan teguran
ke atas segala kesilapan yang telah dilaksanakan sepanjang raptai tersebut. Beliau tegas
dalam pelaksanaan majlis protokol supaya dapat mengelak sebarang kesilapan pada hari
perasmian nanti.

Setelah tamat upacara raptai, keempat-empat rumah sukan telah meluangkan masa
lagi untuk berlatih perbarisan kawad kaki supaya dapat menang dalam pertandingan kawad
kaki. Selain itu, AJK perhiasan rumah sukan masing-masing turut bermula untuk
menghiaskan khemah rumah masing-masing sedangkan cuaca pada hari tersebut sangat
panas dan kering. Dengan itu, kami dapat melihat semangat para guru pelatih yang
sanggup memberi kerjasama dan usaha yang sepenuhnya untuk menjayakan program KOT
kali Ke-24.
Sekitar acara Merentas Desa
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN

TARIKH : 7-8 Mac 2017


TEMPAT : Padang IPG Kampus Tun Hussein Onn

Pada tarikh 7 Mac 2017 hingga 8 Mac 2017 yang lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus
Tun Hussein Onn telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) kali ke-24. Tema
bagi tahun ini ialah Avatar: The Legend of Aang beserta slogan Semarak Evolusi.

Beberapa mesyuarat antara Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pengelola (rujuk


lampiran 6), Jawatankuasa Pertandingan dan Jawatankuasa Kecil (rujuk lampiran 7), Ketua
Rumah Sukan, Jawatankuasa Teknikal dan para penasihat jawatankuasa telah dijalankan
untuk berbincang mengenai segala masalah, perkembangan, cadangan dan keputusan
untuk menjayakan KOT kali ke-24 ini.

Pada 7 Mac 2017, semua guru pelatih telah hadir dan berkumpul di padang tepat
pukul 7.30 pagi. Kehadiran mereka telah diambil oleh AJK Kehadiran dan kehadiran tersebut
telah diambil mengikut opsyen masing-masing. Pemalsuan tandatangan bagi kehadiran
adalah dilarang dan tidak akan mengamalkan budi bicara jika ditangkap mana-mana ketua
opsyen yang menolong rakan sekelas untuk menandatangani kehadiran palsu.

Seterusnya, selepas mengambil kehadiran, acara pada pagi itu dimulakan dengan
acara 101 Lompat Tinggi Wanita Akhir dan diakhiri dengan acara lontar peluru dan acara
lompat jauh bagi pensyarah dan kakitangan IPTHO. (Acara pertandingan Hari Pertama sila
rujuk Lampiran 8). Pada hari terakhir KOT iaitu 8 Mac 2017, pertandingan acara trek dan
balapan dimulakan pada pukul 10.00 pagi (acara Hari Kedua sila rujuk lampiran 9) dan
sebelum itu, majlis perasmian telah diadakan pada pukul 8.00 pagi

Majlis perasmian KOT kali ke-24 telah diadakan pada pukul 8.00 pagi, semua guru
pelatih dan pensyarah pemantau telah berkumpul di Astaka pada jam 7.30 pagi untuk
membuat persiapan awal dan mengambil kedudukan masing-masing. Tepat pada pukul 8.00
pagi, dengan ketibaan Tuan Pengarah, IPG Kampus Tun Hussein Onn maka Majlis
Perasmian KOT kali Ke-24 IPGKTHO telah pun dirasmikan. Selepas itu, lagu Negaraku dan
lagu IPGM turut dinyanyikan. Majlis diteruskan dengan upacara lintas hormat dan perbarisan
kawad kaki yang dimulai dengan perbarisan pembawa bendera Kejohanan yang terdiri
daripada anggota unit beruniform KRS dan diikuti dengan kontingen daripada Rumah Earth
Kingdom (hijau), Rumah Air Nomad (kuning), Rumah Water Tribe (biru) dan akhir sekali iaitu
Rumah Fire Nation (merah).
Seterusnya, saudara Hassan selaku wakil pelajar untuk memimpin bacaan doa bagi
memberkati lagi majlis perasmian tersebut. Kemudian, saudara Yek Nai Hok selaku
Pengerusi AJK Tertinggi KOT juga memberi ucapan alu-aluan. Beliau telah menegaskan
bahawa sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita,
malah ia juga berupaya mendidik seorang atlet berhemah tinggi, bertanggungjawab,
berdisiplin dan membina jati diri ke arah kepimpinan. Beliau juga berasa amat gembira dan
mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada
semua guru pelatih yang terlibat dalam KOT ini terutamanya jawatankuasa pengelolaan,
pensyarah pembimbing dalam menjayakan Kejohanan Olaraga Tahunan ini. Seterusnya,
majlis menjemput Tuan Pengarah untuk memberi ucapan beliau. Beliau mengatakan
bahawa beliau amat bangga dan gembira kerana para guru pelatih dapat merancang dan
menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali Ke-24 dengan jayanya.

Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan Bendera Kejohanan. Seterusnya ialah


upacara lafaz Ikrar Kejohanan yang diketuai oleh saudara Ahmad Nasharudin bin Mohd
Fauzi untuk mengetuai bacaan ikrar. Upacara yang seterusnya ialah persembahan tarian
kreatif dibawah pimpinan Pn. Zaharah dan diteruskan lagi dengan gimik perasmian KOT kali
Ke-24 yang sangat mengujakan. Seterusnya, saudara Yek Nai Hok telah mengiringi Yang
Berusaha, Tuan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn untuk tampil
ke padang bagi upacara pemeriksaan barisan para kontinjen dan seterusnya pasukan
perbarisan serta bergerak keluar padang.

Semua acara kejohanan tahunan kali ini telah berlangsung secara lancar dan
berjaya. Senarai nama pemenang-pemenang rumah sukan bagi setiap acara adalah seperti
Lampiran 10.

Juara KOT Rumah Sukan pada tahun ini dimenangi oleh Rumah Fire Nation
(merah), naib juara pula dimenangi oleh Rumah Water Tribe (biru) diikuti oleh Air Nomad
(kuning) dan akhir sekali iaitu rumah Earth Kingdom (hijau). Di samping itu, piala
Olahragawan telah dimenangi oleh saudara Muhammad Syafiq bin Abdul Khadir daripada
Rumah Fire Nation manakala piala Olahragawati dimenangi oleh saudari Nur Syafiqah binti
Harris daripada Rumah Fire Nation. Bagi pertandingan maskod tercantik dimenangi oleh
maskot Rumah Merah iaitu Fire Nation. Di samping itu, Johan untuk pasukan kawad kaki
rumah sukan dimenangi oleh Rumah Air Nomad.

Pada sesi penutupan, Tuan Pengarah telah menyampaikan ucapan dan seterusnya
menutup rasmi Kejohanan Olaraga Tahunan kali ke-24 bagi tahun 2017. Sebagai tanda
penutupan rasmi, saudara Muhammad Faiz bin Musa menyerah bendera Kejohanan kepada
Tuan Pengarah untuk disimpankan dan dikibarkan bendera Kejohanan pada tahun yang
akan datang. Akhirnya, majlis Penutupan rasmi KOT kali Ke-24 ditamatkan dengan iringan
lagu IPTHO dan Lagu Bangsa Johor.

Upacara Perasmian K.O.T Tahun 2017


Detik-detik Kejohanan Olahraga Tahunan 2017 IPG Kampus Tun Hussein Onn
LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (K.O.T)


KALI KE-24

Pengerusi : Yek Nai Hok (PP2)

Naib Pengerusi : Ahmad Nasharudin bin Mohd Fauzi (PA)

: Cheu Ching Ting (PP2)

Setiausaha 1 : Nur Syazwani binti Rosly (PSV)

Setiausaha 2 : Henry Sia Chou Ang (PP2)

Naib Setiausaha : Lim Jia Jing (PJ S2 T1)

: Emilia Sara Anak Ragai (PAKK S2 T1)

Bendahari : Asillah binti Rosli (PK2)

Naib Bendahari : Lee Tze Kie (PK2)

Pengerusi Teknik : Mohamad Fitri bin Zulkifli (RBT)

: Muhammad Basid Fitri bin Hamid Latif (PK2)

: Mohnes Kumar A/L Paranthaman (PAKK S2 T1)

: Muhammad Izwan bin Zainul Abidin (PA S2 T1)


LAMPIRAN 2

RUMAH SUKAN/
MERAH KUNING BIRU HIJAU
TARIKH

1. 100 M 1. LONTAR PELURU 1. 800 M 1. LOMPAT JAUH


2. LONTAR 2. 100 M 2. LOMPAT JAUH 2. 800 M
5 FEBRUARI
2017 PELURU
(AHAD)

1. 800 M 1. LOMPAT JAUH 1. 100 M 1. LONTAR PELURU


2. LOMPAT 2. 800 M 2. LONTAR PELURU 2. 100 M
6 FEBRUARI JAUH
2017
(ISNIN)

8 FEBRUARI 2017 PESERTA YANG TIDAK HADIR & PEGAWAI YANG BELUM SELESAI MELAKUKAN ACARA
(RABU)
LAMPIRAN 3

HARI PERTAMA: 5 FEBRUARI 2017

CATATAN / TIDAK HADIR


RUMAH
SUKAN
L P

HIJAU - 1 orang MC

KUNING - 1 orang (100m & Lontar peluru)

2 orang: 1 orang MC (100m, Lontar


MERAH 1 orang MC
peluru)

BIRU 1 orang MC 60 orang (tidak sempat Lompat jauh)


LAMPIRAN 3

HARI KEDUA: 6 FEBRUARI 2017

CATATAN / TIDAK HADIR


RUMAH
SUKAN
L P

HIJAU 1 orang (100m & Lontar peluru) 1 orang (Lontar peluru)

KUNING 1 orang (800m & Lompat jauh) -

2 orang: 1 orang sakit (Lompat jauh & 2 orang: 1 orang MC (Lompat jauh &
MERAH
800m) 800m)

BIRU - 2 orang (100m & Lontar peluru)


LAMPIRAN 4

PEGAWAI ACARA MERENTAS DESA KALI KE-24

Marsyal : Aizat bin Zakaria

: Mohamad Aiman Che Harun

: Muhammad Faiz bin Rahim

: Muhammad Amirul Naim

: Muhammad Bazli Syatibi bin Md. Shah

Hakim Merentas Desa : Amiza Nurmysha binti Sapin

: Faziera binti Suratman

: Mohd Farhan bin Yazid

Penjaga Checkpoint : Asillah Binti Rosli (PK2)

: Lee Tze Ki (PK2)

: Sofiyah binti Abd Rahim (RBT)

: Yung Yuh Ling (PP2)

: Nur Anis Nabilah binti Ahmad (TESL)

: Emily Ting Ming Shi (PP2)

: Shazatul Shahira binti Ruzakhan (PSV)

: Wani (PSV)

: Ng Chie Chin (BC)

: Mak Jing Tian (BC)

: Siti Aisyah binti Mohd Nasir (PK1)

: Nurul Ainin Mastura binti Fisal (RBT)

: Husna Saadah binti Abdullah (PK1)

: Nuramira Husna (PA)


: Azzrul Ariff (TESL)

: Bashsyir (PK2)

: Ahmad Hasbi bin Abdul Wahid (PP1)

: Muhammad Amin bin AhmadSaifuddin (RBT)

: Rafiuddin bin Mohd Shaihuddin (PA)

: Mohamad Adib Aizat bin Zailani (PSV)

BSMM : Muhammad Hafiz bin Mokhtar

: Ainaa Nabila binti Kamarudin

: Alia Farhana Shahirah binti Rosly

: Lynnete Jaslin Siok

: Nurul Suhana binti Omar

: Muhammad Zaki bin Sahari

: Nurain Rabania binti Hasbi

: Maizatul Aqilah binti Yusof

: Nur Suhaila binti Mazlan

: Muhammad Basid Fitri bin Hamid Latif


LAMPIRAN 5

PARA PENASIHAT PEGAWAI ACARA MERENTAS DESA KALI KE-24

Hakim Merentas Desa : En. Mohtar bin Yacob

: En. Ag. Musa bin Ag. Besar @ Ismail

: Pn. Yeoh Siok Tee

Penjaga Masa : Cik Halimatun Saadiah binti Harith

: Cik Luvrina binti Jamaluddin

: Pn. Khalidah binti Khalid

Marsyal : En. Razali bin Hashim

: En. Muszarpar bin Esnawi

: En. Lukman bin Saadon

Penjaga Check Point : En. Sallehuddin bin Shahrone

: En. Mohd Hanapiah bin Khamis

: En. Khalid bin Hassan


LAMPIRAN 6

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT)


KALI KE-24

1 TEKNIK KEPEGAWAIAN 1. TN. HJ. ABD RAHMAN BIN AMAT

2. MOHAMAD FITRI BIN ZULKIFLI (RBT)

3. MOHNES KUMAR A/L PARANTHAMAN (PAKK S2 T1)

4. SITI AISYAH BINTI MOHD NASIR (PK1)

5. NALIA ANAK ROSLI (PK2)

6. NURUL ASFARINA BINTI KAMAL IDRIS (PK2)

7. SUHAIBAH BINTI ABDUL WAHID (PP1)

8. CHONG MEE NEE (PP2)

9. OOI LI ZHI (BC)

2 TEKNIK ALATAN 1. EN. MOHD RAZALI BIN HASHIM

2. AHMAD HAFIZ BIN AZAHAR (RBT)

3. AHMAD HANIS AKASYAH BIN AZRI (PK1)

4. LUQMAN HAKIM BIN SULAIMAN (PK2)

5. MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD ZAINODIN (PK2)

6. THENG KAH SOON (PP2)

7. AHMAD HASBI BIN ABDUL WAHID (PP1)

8. MUHAMMAD ARIS FARHAN BIN JAMALUDIN (PSV)

9. RAFIUDDIN BIN MOHD SHAIHUDDIN (PA)

10. MOHAMAD AMIRUL HAKIM (TESL)

11. KHOR YU JIE (BC)

3 TEKNIK PADANG 1. EN. MOHD NAHAR BIN MOHAMAD WAZIR

2. MUHAMMAD FARHANIF BIN MOHAMAD (PK1)

3. MUHAMMAD AMIRUL AMIN BIN M NAZLI (PK1)

4. MOHAMAD FARIS SHAHMI BIN MD LOTFI (PK2)

5. LOKE CHUN CHIE (PP2)

6. MOHAMAD NAZHAN BIN MOHAMAD NAZRI (PP1)


7. MUHAMMAD AMIR BIN A. MIZAN (PSV)

8. MOHAMMAD HASSANASHAARI BIN MOHD


SHAHRIDIN (PA)

9. MUHAMMAD AMIN BIN AHMAD SAIFUDDIN (RBT)

10. MUHAMMAD FAIZ BIN M. MUSA (TESL)

4 TEKNIK 1. DR. HJ. ABD LATIFF BIN AHMAD


PERTANDINGAN
2. MUHAMMAD BASID FITRI BIN HAMID LATIF (PK2)

3. MUHAMMAD IZWAN BIN ZAINUL ABIDIN (PA S2 T1)

4. MOHAMMAD ASHRAF BIN CHE MOHAMMAD NOR


(PK1)

5. NUR FAZIERA BINTI MUSTAFHA (PK2)

6. NUR MAHIRAH BINTI ROSANI (PK2)

7. YUNG YUH LING (PP2)

8. NG CHIE CHIN (BC)

9. NUR IZZUREN BINTI AMIRUDDIN (PP2)

10. NURUL SYAZWANI BINTI KHAIRUDDIN (TESL)

11. KHOR CHOO YEN (BC)

5 BILIK PANGGILAN 1. CIK HALIMAHTUN SAADIAH BINTI HARITH

2. HOE XIN YI (TESL)

3. MUHAMMAD ALIFF AIZAT BIN BAHRUL AZMI (PA)

4. MOHAMAD AIMAN BIN CHE HARUN (RBT)

6 REKOD DAN STATISTIK 1. DR. TEY KIEN HUAT

2. MICHELLE MIN MING (PP2)

3. TUAN NURUL HIDAYAH BINTI TUAN MOHD FADLI


(PK2)

4. FADHILAH BINTI RIDUAN (PP1)

5. HUSNA SAADAH BINTI ABDULLAH (PK1)

6. MUHAMMAD FAIZ BIN RAHIM (PK1)

7. CHONG CHIAO AN (BC)


LAMPIRAN 7

AHLI JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN


(KOT) KALI KE-24

1 PERASMIAN DAN 1. PN. ZAHARAH BINTI ABD MANAP (PERSEMBAHAN)


PENUTUPAN
2. EN. MOHTAR BIN YACOB (PERBARISAN)

3. NURUL SHAFIQAH BINTI MD SAMIAN (PK2)

4. TAN YAN RONG (PP2)

5. ONG EE NE (BC)

6. NUR ANIS NABILAH BINTI AHMAD (TESL)

7. SARMILA A/P SUNDAR (TESL)

2 JEMPUTAN DAN 1. PN. HJH KHALIDAH BINTI KHALID


SAMBUTAN
2. NURUL AININ MASTURA BINTI FISAL (RBT)

3. LIM JIAT LING (PP2)

4. TEY WEI CIA (BC)

5. NUR FADZLAINIE BINTI ROSLI (RBT)

6. JANAKI A/P P. RAJAMANICKAM (TESL)

3 SERANTA DAN 1. EN. ADIB BIN SULAIMAN


SIARAYA
2. MUHAMMAD NAJMUDIN BIN SHARIFUDIN (TESL)

3. GRACE QUAH (PP2)

4. SITI NORHAMIDAH BINTI MASROM (PA)

4 BUKU PROGRAM, 1. EN. HAIZAL BIN HARUN


DOKUMENTASI DAN
IKLAN 2. HADZIQ NIELHAM BIN HADZHAR (PSV)

3. FATIN HUMAIRAH BINTI ZAINUDDIN (PA)

4. JENNY LOW HIE TING (PP2)

5. SITI NURATIQAH BINTI MOHAMMAD NOR (PA)

6. SORAYA HAYRIN BINTI HASIM (RBT)

7. SITI NUR IZZATI BINTI YAZID (TESL)

8. MAK JING TIAN (BC)

9. SOFIYAH BINTI ABD RAHIM (RBT)

10. NUR FAZLIN BINTI MOHD NAIM (TESL)


5 KECERIAAN, HIASAN 1. EN. MOHD FAIZAL BIN GHAZALI
ASTAKA DAN PADANG
2. MOHAMAD ADIB AIZAT BIN ZAILANI (PSV)

3. JAYNE LOW JING TIAN (PP2)

4. NOR AZNITA BINTI KAMARUDIN (PP1)

5. MOHD SHARIFFUDDIN BIN SALLEH (PSV)

6. NURMAHFUZAH BINTI MOHD SEDIK (PSV)

7. VIVI SYABILLA BINTI ABDUL SAMAT (RBT)

8. NUR SHAFIQAH BINTI ARIFIN (TESL)

6 JAMUAN 1. CIK HALIMAHTUN SAADIAH BINTI HARITH

2. NUR HAFIZAH BINTI ZAINOL HAMIZI (PA)

3. TING MING SHI (PP2)

4. YII MING SHI (BC)

5. SHAZATUL SHAHIRA BINTI RUZAKHAN (PSV)

6. NUR HAZIRAH BINTI ABDUL RAHIM (PP1)

7. LEE HUEY YNG (BC)

7 KEBERSIHAN 1. CIK LUVRINA BINTI JAMALUDDIN

2. ANGELINE HONG SHING LYN (PP2)

3. TEH ZI HONG (PP2)

4. WONG PING PING (BC)

5. QURRATUL AYUNI BINTI MOHD JAHARI (RBT)

6. NUR SYAHMINA BINTI MOHIDIN (TESL)

8 JURI PERTANDINGAN 1. PN.ROSYATI BINTI HUSSIN


2. HANIF BIN HUSSIN (RBT)
3. TAM MEI CHIN (BC)
4. YEK WEI TEEN (PP2)
LAMPIRAN 8

HARI PERTAMA - Tarikh : 7 Mac 2017


Hari : Selasa

MASA NOMBOR ACARA ACARA PERINGKAT

8:00 pagi 101 Lompat Tinggi Wanita Akhir


102 Lempar Cakera Wanita Akhir
103 Lontar Peluru Lelaki Akhir
104 Lompat Jauh Lelaki Akhir
105 1500 m Wanita Akhir
106 1500 m Lelaki Akhir
8:30 pagi 107 100 m Lelaki Saringan 1
108 100 m Lelaki Saringan 2
109 100 m Wanita Saringan 1
110 100 m Wanita Saringan 2

9:00 pagi 111 Tarik Tali Saringan 1


112 Tarik Tali Saringan 2
9:30 pagi 113 Lompat Kijang Lelaki Akhir
114 400 m Wanita Saringan 1
115 400 m Wanita Saringan 2
116 400 m Lelaki Saringan 1
117 400 m Lelaki Saringan 2

10:00 pagi 118 200 m Wanita Saringan 1


119 200 m Wanita Saringan 2
120 200 m Lelaki Saringan 1
121 200 m Lelaki Saringan 2

REHAT
2:30 petang 122 Lompat Kijang Wanita Akhir
123 Lontar Peluru Wanita Akhir
124 Rejam Lembing Lelaki Akhir

125 200 m Wanita Akhir


126 200 m Lelaki Akhir
3:00 petang 127 800 m Wanita Akhir
128 800 m Lelaki Akhir
3:30 petang 129 4 x 100 m Lelaki Akhir
130 4 x 100 m Wanita Akhir
3:45 petang Acara pensyarah dan kakitangan IPTHO
LAMPIRAN 9

HARI KEDUA Tarikh : 8 Mac 2017


Hari : Rabu

MASA NOMBOR ACARA ACARA PERINGKAT

8:00 pagi Majlis Perasmian KOT kali ke-24 IPGKTHO


10:00 pagi 201 100 m Wanita Akhir
202 100 m Lelaki Akhir
10:15 pagi 203 Rejam Lembing Wanita Akhir
204 Lempar Cakera Lelaki Akhir
205 Lompat Jauh Wanita Akhir
206 Lompat Tinggi Lelaki Akhir
10:30 pagi 207 400 m Wanita Akhir
208 400 m Lelaki Akhir

10:45 pagi Olahraga Mini Pra-Sekolah


11:00 pagi 209 Tarik Tali Akhir
11:30 pagi 210 4 x 400 m Wanita Akhir

211 4 x 400 m Lelaki Akhir


12:00 tengah hari Majlis Penutup
PERASMIAN

8:00 pagi : Pensyarah dan pelajar mengambil tempat di Astaka.

8:30 pagi : Ketibaan VIP

: Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu IPGM

: Lintas hormat dan perarakan bendera kejohanan

: Bacaan doa

: Ucapan alu-aluan Pengerusi KOT

: Ucapan Perasmian KOT oleh Pengarah IPGKTHO

: Upacara menaikkan Bendera Kejohanan

: Ikrar Kejohanan

: Simbolik Perasmian KOT kali ke-24

: Pemeriksaan Barisan

: Penyampaian Cenderamata

: Pasukan Perbarisan Bergerak Keluar Padang

: Acara Kejohanan Trek dan Padang

PENUTUPAN

12.30 tghri : Peserta Rumah Sukan berkumpul di depan Astaka

: Penyampaian hadiah

: Ucapan Perasmian Penutupan oleh Pengarah IPGKTHO

: Penurunan dan Penyerahan Bendera Kejohanan

: Nyanyian Lagu IPTHO dan Lagu Bangsa Johor


LAMPIRAN 10

SENARAI NAMA PEMENANG


KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (K.O.T) KALI KE-24

1. Piala Pusingan Acara Trek & Padang 4 x 100m (Wanita): Merah (Fire Nation)

2. Piala Pusingan Acara Trek dan Padang 4 x 100m (Lelaki): Merah (Fire Nation)

3. Olahragawati IPGKTHO (Pusingan) : Nur Syafiqah binti Harris

4. Olahragawan IPGKTHO (Pusingan) : Muhammad Syafiq bin Abdul Kadir

5. Johan Keseluruhan Lelaki KOT : Muhammad Syafiq bin Abdul Kadir

6. Johan Keseluruhan Wanita KOT : Nur Syafiqah binti Harris

7. Piala Pusingan 4 x 400m (Wanita) : Merah (Fire Nation)

8. Piala Pusingan 4 x 400m (Lelaki) : Merah (Fire Nation)

9. Johan Perbarisan antara Rumah Sukan (Piala Pusingan) : Kuning (Air Nomad)

10. Johan Acara Tarik Tali : Hijau (Earth Kingdom)

11. Pertandingan Rumah Sukan Tercantik : Biru (Water Tribe)

12. Johan Keseluruhan KOT : Merah (Fire Nation)


Disediakan oleh:

(NUR SYAZWANI BINTI ROSLY)


PISMP Semester 2 Tahun 2 Ambilan Jun 2015,
Setiausaha Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-24,
IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Disemak Oleh:

(EN. MOHD FAIZAL BIN GHAZALI)


Penyelaras Sukan Dan Permainan
IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Disahkan oleh,

(EN. ABD JABAR BIN AB RAHMAN)


Ketua Unit Ko-Kurikulum
IPG Kampus Tun Hussein Onn

You might also like