You are on page 1of 2

5.

1 Ilmu/Pengetahuan Baru Melalui Pemerhatian

Dalam pemerhatian saya dalam Sekolah Panchor, Seremban, saya


mendapati saiz sekolah ini agak besar. Kawasan sekolah juga amat besar dan
selesa. Pokok-pokok dan bunya-bunya ditanam di sekeliling sekolah, oleh itu, murid-
murid boleh belajar dalam keadaan yang segar dan selesa. Di sekeliling sekolah,
dilukis dan ditampar dengan kata-kata hikmah dan ilmu-ilmu di atas dinding. Oleh itu,
semasa murid-murid berjalan di sekitar sekolah, mereka dapat inspirasi dan juga
mendapat ilmu baru. Jumlah murid di sebuah kelas tidak ramai dan saiz kelas sesuai
dengan jumlah murid-murid. Terdapat maklumat mata pelajaran dilekat atas sudut
mata pelajaran di sekeliling kelas. Keadan di kelas amat selesa dan bersih, murid-
murid dapat belajar dalam keadaan yang konduksif.

5.2 Ilmu/Pengetahuan Baru Melalui Senarai Semak

Sepanjang program PBS ini, saya telah memerhati senarai prasarana yang
terdapat dalam Sekolah Kebangsaan Panchor, Seremban. Saya mendapati sekolah
ini dilengkapkan dengan alat-alat dan kelengkapan yang lengkap dan dalam
keadaan yang baik. Di samping itu, saya mendapati sekitar sekolah dilengkapi
dengan alat-alat untuk menjamin keselamatan, contohnya peti kecemasan dan
pemadam api. Terdapat juga Bilik Kesihatan dalam sekolah ini. Kemudahan-
kemudahan ini sangat penting untuk menjamin dan memastikan keselamatan semua
anggota Sekolah Kebangsaan Panchor. Selain itu, kata-kata hikmah mudah dijumpai
di seluruh kawasan sekolah. Saya mendapati hal ini sangat menarikkan minat para
murid yang belajar di sekolah ini. Alat-alat dan kemudahan yang asas juga
dilengkapi di setiap kelas, seperti meja, kerusi, papan putih, kipas, lampu, jam dan
lain-lain lagi. Hal ini telah memenuhi keperluan murid dan murid-murid dapat belajar
dalam keadaan yang konduksif.

5.3 Ilmu/Pengetahuan Baru Melalui Temu Bual

Dalam proses temu bual saya dengan beberapa guru, guru besar, dan juga
kakitangan sekolah, saya mendapati semua pihak sekolah memainkan peranan
yang penting untuk memastikan sebuah sekolah ditadbir dengan baik dan lancar.
Bukan guru sahaja memainkan peranan yang penting, tetapi juga para kakitangan
sekolah. Pentadbiran mestilah dijalankan dengan lancar dan seterusnya barulah
para tenaga pengajar dapat mengajar dalam keadaan yang selesa. Saya juga
mendapat banyak ilmu pengetahuan baru dalam isu profesion guru. Banyak guru
memberi nasihat dan cadangan-cadangan yang berguna kepada saya. Tugas
seorang guru bukan sahaja mengajar, malah, seorang guru bertanggungjawab
melahirkan murid-murid yang taat kepada negara dan bersahsiah baik.

You might also like