You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG,

42500 SEPANG, SELANGOR.

LAPORAN PROJEK
Keceriaan kantin
SKTPG

TARIKH
5 OKTOBER 2015

TEMPAT
KANTIN SKTPG
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : Dina Amira Binti Hashim

NO. KAD PENGENALAN : 92072110-10-5884

PROGRAM : PISMP 8.03

NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang

NAMA PROJEK : Projek Keceriaan Kantin

TEMPOH PELAKSANAAN : 5 Oktober 2015

PENGENALAN

Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi


agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah
menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para murid. Oleh
itu, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah
mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna
pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan
dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang
mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra.

OBJEKTIF

1) Membudayakan rasa cinta kepada kebersihan dan keceriaan dalam kalangan


warga SK Telok Panglima Garang.
2) Melatih para pelajar mempunyai sikap kebertanggungjawaban yang tinggi
terhadap kebersihan dan keceriaan kantin seterusnya kawasan sekolah.
3) Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kantin secara kolektif dan
konsisten.

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Pengenalan

Kantin SK Telok Panglima Garang merupakan satu tempat yang sentiasa


menjadi tumpuan para pelajar, guru, ibu bapa mahupun tetamu sekolah. Oleh
yang demikian adalah menjadi hasrat dan aspirasi Pengetua dan warga sekolah
supaya SK Telok Panglima Garang memiliki sebuah kantin yang bukan sahaja
menghidangkan makanan yang sedap dan menepati citarasa seluruh
penghuninya, tetapi juga menjadi kebanggaan kerana kebersihan dan
keceriaannya dan boleh menjadi kantin contoh kepada sekolah-sekolah
berdekatan.

2. Perbincangan

Oleh itu, bagi melaksanakan Projek Keceriaan Kantin yang telah dirancang, saya
telah menyediakan satu kertas kerja untuk diusulkan kepada pihak pentadbir
sekolah. Untuk itu, perbincangan telah dibuat bersama dengan mentor saya
sendiri serta guru seni mengenai objektif, matlamat dan bermacam-macam lagi
hinggalah kepada implikasi kewangan yang diperlukan untuk menjayakan projek
ini. Setelah selesai, saya terus menyerahkan kertas kerja kepada Guru Besar,
Encik Hassan Bin Wahid untuk disemak dan dinilai. Selang beberapa hari, beliau
telah meluluskan kertas kerja tersebut.

3. Penyediaan Bahan

Bahan-bahan yang digunakan bagi Projek Keceriaan Kantin ini tidak banyak iaitu
cat, lapik meja dan banyak lagi. Saya telah mendapat khidmat nasihat guru
kantin SKTPG iaitu Pn. Mislina yang merupakan mentor saya mengenai hiasan
kantin tersebut. Sebelum itu, saya telah mencari lakaran corak yang menarik di
laman-laman sesawang. Selepas memilih corak dan hiasan yang bersesuaian,
saya telah menyediakan bahan dan melakar lukisan bagi membuat mural di
dinding kantin tersebut. Saya telah meminta pertolongan daripada mentor saya
Pn. Mislina serta Ustaz Wan dan cikgu kantin yang lain semasa proses
mengecat mural di dinding kantin.

REFLEKSI

Di dalam bahagian ini, saya telah menyenaraikan kekuatan dan kelemahan yang saya
dapati sepanjang pelaksanaan Projek Keceriaan Kantin di SK Telok Panglima Garang
bagi tahun 2015.

1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Pada pandangan saya, Projek Keceriaan Kantin ini dapat menjadikan kantin tersebut
lebih cantik dan ceria. Selain itu, melalui projek ini, melatih para pelajar mempunyai
sikap kebertanggungjawaban yang tinggi terhadap kebersihan dan keceriaan kantin
seterusnya kawasan sekolah.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti

Secara ringkasnya, kekurangan dari segi kewangan dimana bajet yang diperuntukkan
bagi kecerian kantin sedikit. Oleh yang demikian, guru kantin terpaksa membeli barang
menggunakan wang sendiri.
KESIMPULAN

Melalui Projek Keceriaan Kantin ini, saya mendapat pelbagai pengalaman dan
pengetahuan yang berharga. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya
melaksanakan projek bersama-sama rakan setugas dan guru-guru Pendidikan Islam
yang lain mengikut perancangan yang dibuat walaupun terdapat beberapa
penambahbaikan yang perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Semoga
dengan usaha sebegini kantin SK Telok Panglima Garang akan menjadi lebih bersih
dan ceria. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menyemai dan memupuk sifat saling
menghargai dalam kalangan pelajar. Adalah menjadi hasrat dan aspirasi warga SK
Telok Panglima Garang untuk memiliki kantin yang bersih, ceria dan kondusif serta
berinformasi secara berterusan serta kemaskini.
GALERI FOTO PROJEK KECERIAAN KANTIN SKTPG

Sebelum Semasa
mural mural

Proses Proses
melakar mengecat

Guru-guru
Selepas
lain turut
mural
membantu

You might also like