You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 2,

KM10, TAMAN KANGAPURAM, OFF JALAN KLANG LAMA,

58200, KUALA LUMPUR. TEL : 03- 77816896

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA GURU BIL 2/2017

TARIKH : 20 Jun 2017

MASA : 1.45 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Petaling 2

Pengerusi : En. Razali bin Muda

Kehadiran : 29/31 orang

1. En. Razali bin Muda (Guru Besar)


2. Pn. Tamil Selvee a/p Samikutty (GPK Tadbir & Kurikulum)
3. En. Mohd Ariffin b. Othman (GPK HEM)
4. Pn. Rosniati bt Baharuddin Ariff (GPK Kokurikulum)
5. Pn. Norazlina bt Abd Rejab
6. Pn. Rozita bt. Daud
7. En. Farid b. Ghazali
8. Pn. Hamidah bt. Lazid
9. Pn. Prema Latha a/p Urumanan
10. Pn. Surizat bt Noordin
11. Pn. Siti Zubaidah bt Che Mud
12. Pn. Kartina bt Abd Rahman
13. Pn. Syarifah bt Mahmood@Mohamed
14. Pn. Musliha bt Muhamad
15. Pn. Yasutha a/p Arumugam
16. Cik Nur Aien bt Abu Hassan
17. Pn. Norhidayati bt Othman
18. Pn. Nik Syamimi bt Nooh
19. En. Nor Rodi b. Che Mat
SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 2,

KM10, TAMAN KANGAPURAM, OFF JALAN KLANG LAMA,

58200, KUALA LUMPUR. TEL : 03- 77816896

20. En. Hailme b. Omar


21. Pn. Nur Fazlien Al Ain bt Mat Hasan
22. Pn. Wan Nazira bt Wan Zain
23. Pn Masmawati bt Mohamed
24. Cik Siti Nursyahiirah bt Hasan
25. En. Md Zamri b. Mohamed
26. Pn. Malini a/p Witmuishwara
27. Pn. Noor Hafidza bt Murad
28. En. Abol Ibnul Eqkwan b. Zolkifli
29. Pn. Siti Rajmah bt Awang
30. Pn. Siti Rajmah bt Awang Kechil

Tidak Hadir :

1. En. Azahari b. A.Beni (Kebenaran)


2. Pn. Noraini bt. Mat Seman (Kebenaran)

Urusetia : Cik Siti Nursyahiirah bt Hasan

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam. Pengerusi juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada
semua guru kerana dapat menghadiri mesyuarat ini meskipun perayaan Hari Raya akan menjelang tiba.

1.2 Pengerusi membuat semakan semula bagi perutusan mesyuarat guru Bil 1/2017 yang lepas.

1.3 Pengerusi berpuas hati kerana terdapat guru-guru yang telah mengamalkan pengajaran berasaskan
pendidikan Abad 21. Sebagai contoh, bagi subjek Matematik En. Hailme b. Omar telah menjalankan
PdPc menggunakan PA 21 iaitu penggunaan powerpoint dan slide show.
SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 2,

KM10, TAMAN KANGAPURAM, OFF JALAN KLANG LAMA,

58200, KUALA LUMPUR. TEL : 03- 77816896

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Puan Siti Zubaidah bt Che Mud mencadangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Guru Kali ke
1/2017.

2.2 Disokong sebulat suara oleh semua guru.

3.0 PERKARA BERBANGKIT (Rujuk Borang Maklum Balas Mesyuarat)

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN UNIT

4.1 Taklimat daripada En. Razali bin Muda (Guru Besar)

4.1.1 Pengerusi menegaskan bahawa setiap guru mempunyai integriti sebagai guru iaitu hadir ke
sekolah dan punch card keluar dan masuk. Lambat hadir ke sekolah iaitu melebihi masa dan bersebab,
guru-guru wajib juga untuk punch card. Sekiranya tidak punch card, rekod bertulis di dalam buku
kehadiran guru harus ditulis.

Tindakan : Makluman

4.1.2 Beliau mengingatkan kepada guru-guru untuk sentiasa memaklumkan kepada pentadbir
sekiranya tidak hadir ke sekolah sama ada MC atau CRK. Makluman ini penting kerana pihak pentadbir
perlu membuat jadual guru kepada guru tersebut. Makluman tersebut juga penting kerana ia merupakan
bukti bahawa ketidakhadiran guru sudah diketahui oleh pentadbir sekiaranya terdapat kunjungan secara
mengejut oleh pihak atasan dari JPWPKL.

Tindakan : Makluman

4.1.3 En. Razali bin Muda telah membentangkan slide show SKP2. Paparan yang dibentangkan
diperolehi melalui guru besar yang sebelumnya dan guru-guru lama yang telah berpindah ke sekolah lain.
Beliau menunjukkan paparan sejarah penubuhan sekolah, senarai nama guru besar dan PIBG, aktiviti-
aktiviti yang telah dijalankan sepanjang beliau menjadi pentadbir, rekod kehadiran guru dan staf, rekod
penghantaran buku rancangan pengajaran harian, aduan ibu bapa kepada guru-guru dan lain-lain lagi.

Tindakan : Makluman
SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 2,

KM10, TAMAN KANGAPURAM, OFF JALAN KLANG LAMA,

58200, KUALA LUMPUR. TEL : 03- 77816896

4.1.4 Beliau menyatakan selama enam bulan beliau menjadi pentadbir iaitu guru besar SKP2, beliau
menilai kekuatan dan kelemahan SKP2.

i. Guru-guru berpengalaman dalam bidang masing-masing. Sama ada dalam bidang

akademik mahupun kokurikulum.

ii. Kebanyakan guru-guru SKP2 ialah guru siswazah dalam bidang pendidikan yang

mempunyai sarjana muda, sarjana dan sedang mengikuti PHD.

iii. SKP2 mempunyai kekuatan dalam melahirkan murid-murid yang berjaya dalam

akadumik dan juga kokurikulum.

Kelemahan SKP2 :

i. Terdapat guru-guru yang berada dalam zon selesaa kerana berada di sekolah ini terlalu lama.
Beliau berharap guru-guru jangan terlalu berada dalam zon selesa. Tunjukkan gerak kerja yang
mantap sebagai guru-guru lama.

Ii. Prasarana sekolah yang daif dan kurangnya bantuan daripada komuniti luar sama ada PIBG dan
lain-lain sebagai contoh kekurangan bangunan-bangunan kelas.

iii. Kurangnya pemantauan daripada pihak pentadbir yang lalu ke atas guru-guru menyebabkan
gerak kerja guru tidak aktif.

Tindakan : Makluman

4.1.5 Beliau memaparkan senarai nama guru-guru yang tidak menghantar buku RPH sama ada
bersebab seperti kursus dan juga tanpa sebab. Beliau juga menunjukkan senarai nama guru-guru akademik
dan pentadbir yang menerima aduan daripada ibu bapa sepanjang enam bulan beliau bertugas di sini.
Beliau menjelas sebagai pentadbir sekolah sepatutnya O aduan. Aduan yang beliau terima daripada ibu
bapa disebabkan oleh hukuman seperti rotan dan denda dan tugas iaitu tidak mengajar bagi subjek tersebut.

i. En. Abol Ibnul Ekqwan b. Zolkifli (8x) -Tugas/Hukuman

ii.En. Hailme b. Ombar (2x) -Tugas

iii.En. Mohd Farid b. Ghazali (1x) -Hukuman

iv.Pn.Musliha bt Muhamad (1x) -Hukuman


SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 2,

KM10, TAMAN KANGAPURAM, OFF JALAN KLANG LAMA,

58200, KUALA LUMPUR. TEL : 03- 77816896

v.Pn.Rosniati bt.Hj Baharuddin (1x) -Tugas

vi.En.Razali b. Muda (Aduan ke KPM) -Bantuan RM100.00

Tindakan : Makluman

4.1.6 Beliau memaklumkan bahawa sekolah telah menerima bantuan daripada pihak luar iaitu
bahagian UMNO sebanyak RM 300.00 dan juga DBKL sebanyak RM 3000.00. Wang yang diberikan akan
digunakan kepada bilik-bilik khas terlebih dahulu bagi menaik pulih bilik-bilik tersebut iaitu bilik
perpustakaan, muzik dan sebagainya.

Tindakan : Makluman

4.1.6 Beliau memaklumkan mesin air di dewan akan diberhentikan kerana tiada hasil kepada pihak
sekolah.

Tindakan : Makluman

4.1.7 Beliau meminta semua guru menghantar borang penyemakan buku kerja kepada murid untuk
disemak oleh pentadbir pada tarikh yang ditetapkan. Terdapat beberapa orang guru lagi yang masih belum
menghantar.

Tindakan : Makluman

4.2 Taklimat daripada Pn.Tamil Selvee a/p Samikutty (GPK Tadbir & Kurikulum)

4.1.2 Ucapan terima kasih dan selamat sejatera kepada semua guru yang telah menghadiri mesyuarat
ini.

Tindakan : Makluman

4.2.2 Beliau memaklumkan berkaitan SKPMG2. Terdapat empat kali penilaian bagi tahun ini.
Keempat-empat penilaian ini perlu disiapkan.

i. Penilian Kendiri

ii. Penilaian Pentadbir


SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 2,

KM10, TAMAN KANGAPURAM, OFF JALAN KLANG LAMA,

58200, KUALA LUMPUR. TEL : 03- 77816896

iii. Penilaian Keberhasilan Guru

iv. Penilaian Pengurusan Mata Pelajaran (Ketua Panitia)

Tindakan : Makluman

4.2.3 Seterusnya berkaitan dengan E-Prestasi. Guru-guru perlu menghantar semlua borang
keberhasilan kepada beliau kerana pencapaian yang diisi oleh guru terlalu tinggi. Bagi semester pertama
ini, guru-guru disarankan untuk mengisi 50% sahaja daripada 100%. Guru-guru akan dinilai oleh salah
seorang pentadbir daripada tiga orang pentadbir SKP2 sebagai Penilai Pertama. Semua guru akan dinilai
oleh En. Razali b. Muda selaku Penilai Kedua.

Tindakan : Makluman

4.2.4 Di samping itu, berkaitan Bicara Linus, beliau memaklumkan pelan intervensi bagi linus
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik perlu dibuat secara berasingan. Pelan ini intervensi ini
perlu dihantar sebelum bulan September berserta laporan bertulis dan gambar. Pelan intervensi ini
melibatkan murid-murid tahun tiga sahaja.

Tindakan : Makluman

4.2.5 Beliau memaklumkan berkaitan GROW. Sekolah SKP2 masih lagi berada di Band 3.
Keseluruhannya, SKP2 berada di tangga ke 16 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Band sekolah
akan digerakkan ke Band 2. Untuk mencapai ke arah itu, sekoalh perlu meningkatkan pencapaian murid
dalam akademik dan juga kokurikulum di sekolah. Selain itu, sekiranya UPSR dan PKSR tidak mencapai
sasaran, Band 2 tidak dapat diperolehi.

Tindakan : Makluman

4.2.6 Berkaitan High Immersive Program (HIP), beliau mengucapkan terima aksih kepada semua
panitia yang telah menjalankan program HIP. Beliau berharap semua guru dapat berbahasa dalam bahasa
Inggeris pada setiap hari Khamis bagi menyokong program ini. Beliau juga meminta guru-guru
menggunakan Differentiated Learning dalam PdPC murid-murid dan mengajar mereka mengikut
kebolehan setiap murid tersebut.

Tindakan : Makluman
SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 2,

KM10, TAMAN KANGAPURAM, OFF JALAN KLANG LAMA,

58200, KUALA LUMPUR. TEL : 03- 77816896

4.2.7 Audit SKSK akan dilaksanakan pada 3 Julai 2017. Justeru semua panitia diharapkan dapat
menyiapkan fail sebelum tarikh tersebut diaudit. Audit SPSK pada tahun lalu, SKP2 telah mencapai
97%. Diharapkan pada tahun ini, SPSK sekolah dapat ditingkatkan atau berada di peratus yang sama.

Tindakan : Makluman

4.2.8 Hari Terbuka iaitu Perjumpaan Bestari bersama ibu bapa telah dijalankan pada minggu
yang lalu. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang bertugas pada hari tersebut.

Tindakan : Makluman

4.3 Taklimat daripada En. Ariffin b. Othman (GPK HEM)

4.3.1 En. Ariffin mengucapkan salam, selamat sejahtera dan ucapan terima kasih kepada semua
guru.

Tindakan : Makluman

4.3.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru kelas yang telah menghantar buku kawalan
murid bagi kelas masing-masing. Meskipun begitu, terdapat beberapa orang guru yang gagal/tidak
menandatangani buku kawalan murid tersebut.

Tindakan : Guru Kelas

4.3.3 Beliau memaklumkan lagi, terdapat guru-guru kelas yang masih tidak melengkapkan
maklumat pada buku kehadiran murid. Sebagai contoh di ruangan pendapatan. Selain itu, guru-guru
kelas seringkali membuat kesilapan dengan menanda kehadiran murid di ruangan cuti (Sabtu dan
Ahad). Beliau menyarankan guru kelas untuk membuat bulatan bagi hari tersebut agar guru tidak keliru
dalam menanda. Guru-gur kelas juga perlu menggarisi pada ruangan buku kehadiran sekiranya cuti.

Tindakan : Guru Kelas

4.3.4 Beliau berharap guru disiplin pemeriksaan mengejut kepada semua murid sepertinya
pemeriksaan rambut, kuku dan pakaian. Beliau juga berharap guru disiplin sentiasa mengingatkan
pengawas untuk sentiasa berpakaian kemas. Setiap kali aktiti di bawah gerak kerja Disiplin harus
disediakan laporan dalam buku khas sekurang-kurangnya empat kali setahun.

Tindakan : AJK Disiplin


SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 2,

KM10, TAMAN KANGAPURAM, OFF JALAN KLANG LAMA,

58200, KUALA LUMPUR. TEL : 03- 77816896

4.3.5 Beliau memaklumkan berkaitan Bantuan bagi tahun 1 terdapat tiga orang murid lagi yang
belum menerima bantuan KWAPM RM 100.00. Pada 22/6/2017, bantuan Hari Raya Puasa akan
diberikan kepada murid-murid miskin yang ibu bapanya berpendapatan RM500.00 hingga RM1000.00
sahaja. Pihak HEM akan mengagihkan bantuan zakat daripada individu kepada murid-murid miskin
ini.

Tindakan : Makluman

4.3.7 Beliau memaklumkan program 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan harus
dititikberatkan oleh guru-guru.

4.3.7.1 Kebersihan : Kelas dalam keadaan bersih terutamanya selepas waktu murid-
murid balik.

4.3.7.2 Kesihatan : Gigi murid haruslah bersih dan sentiasa dalam keadaan yang
sihat.

4.3.7.3 Keselamatan : Murid-murid dilarang berlari di kawasan koridor sekolah, kantin


dan juga dewan agar tidak berlaku kemalangan dan keccederaan.

4.3.7.4 Keceriaan : Khususnya tandas sekolah.

Tindakan : AJK 3K

4.3.8 Bagi Borang Ralat APDM. Guru-guru kelas diingatkan untuk menghantar borang tersebut
kepada beliau. Selepas Hari Raya, JPWPKL akan memaklumkan ralat ke 2 sekiranya ada,

Tindakan : Guru Kelas

4.3.9 Beliau memaklumkan program-program yang tertangguh seperti PPDA. Meskipun


peringkat PPD tidak dijalankan, program ini masih akan dijalankan di peringkat sekolah selepas cuti
ini. Selain itu, program keselamatan kebakaran juga akan dijalankan selepas cuti ini.

Tindakan : Pn. Norhidayati dan Pn. Syarifah.

4.3.10 Berkaitan dengan Tag Nama Khas. Beliau memaklumkan terdapat beberapa orang murid
yang mempunyai masalah dari segi penglihatan (OKU), masalah tempurung kepala dan HIV. Murid-
murid ini akan diberikan Tag Nama Khas untuk makluman guru-guru. Mereka dikecualikan daripada
terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan.

Tindakan : Semua Guru


SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 2,

KM10, TAMAN KANGAPURAM, OFF JALAN KLANG LAMA,

58200, KUALA LUMPUR. TEL : 03- 77816896

4.3..11 Beliau mengingatkan guru-guru supaya lebih berhati-hati dalam menghukum dan menenda
murid-murid terutamanya guru-guru lelaki menenda murid perempuan.

Tindakan : Semua Guru

4.4 Taklimat daripada Puan Rosniati bt Hj Baharuddin Ariff (GPK Kokurikulum)

4.4.1 Beliau mengucapkan salam dan ucapan terima kasih kerana telah menjalankan tugas yang
baik sepanjang semester pertama ini.

Tindakan : Makluman

4.4.2 Beliau menegaskan sekali lagi, semua murid diwajibkan memakai baju Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan bagi kelas PJK. Terdapat segelintir murid-murid yang masih tidak memakai
baju PJ semasa hari Isnin dan Rabu. Selepas cuti Hari Raya ini, beliau berharap semua murid memakai
baju PJ tersebut.

Tindakan : Semua Guru PJ

4.4.3 Beliau turut memaklumkan semua guru PJ harus memakai baju berkolar terutamanya guru
lelaki dan T-Shirt PJ semasa PdPC PJ.

Tindakan : Semua Guru PJ

4.4.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menjalankan program
kokurikulum. Bagi tahun hadapan beliau berharap program merentas desa dan pertandingan permainan
antara kelas. Beliau juga meningatkan guru-guru untuk dapat mengadakan program mengikut bajet
yang dihantar dan bajet tersebut mestilah dihantar pada awal tahun.

Tindakan : Ketua-ketua Unit

4.4.5 Minggu Kokurikulum akan dijalankan seperti biasa selepas Hari Raya. Justeru, beliau
berharap semua guru dapat bersedia. Kem Unir Berumiform dijangkakan berlangsung pada bulan
September 2017 di Kem Sungai Besi.

Tindakan : Semua Guru

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru Besar memberi pesanan kepada semua guru untuk sentiasa peka dengan kenaikan
gaji masing-masing. Sentiasa bertanya kepada kerani sekiranya ada masalah berkaitan gaji mahupun
hal-hal lain.

Tindakan : Makluman
SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 2,

KM10, TAMAN KANGAPURAM, OFF JALAN KLANG LAMA,

58200, KUALA LUMPUR. TEL : 03- 77816896

6.0 PENUTUP

6.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 3.35 petang.

Disediakan oleh,

..

(Siti Nursyahiirah binti Hasan)

Setiausaha Mesyuarat J/K Guru SKP2

22.6.2017

You might also like