You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU SK SERI PASIR

KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2014

Tarikh: 27 Disember 2013


Masa: 11.00 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Guru

Kehadiran:
1. En Mat Som B Sadono (KP)
2. En Zulkeflee B Rahmat
3. Tn Hj Mohd Saim B Buang
4. En Burhan B Md Yussof
5. En Jamal B Adenan
6. En Ahmad Salleh B Suraimi
7. Pn Hjh Fazidah Bt Buwang
8. Pn Azizah Bt Osman
9. Pn Siti Hawa Bt Ahmad
10. Pn Noreha Bt Awi
11. Bersama-sama hadir: En Zakariah B Bahari (GPK 1)

BIL PERKARA
1. Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana guru-guru
dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat kali pertama bagi
sesi persekolahan tahun 2014.

Tindakan
Pengerusi
2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
En Ahmad Salleh B Suraimi mencadangkan minit mesyuarat yang
lalu disahkan. Disokong oleh En Jamal Bin Adenan dan sebulat
suara.

Tindakan
Pn Siti Hawa Bt Ahmad

3 Perkara perkara berbangkit:

3.1- Analisis keputusan UPSR 2013

3.1.1 : Pengerusi mengucapkan tahniah atas pencapaian


cemerlang Bahasa Melayu bagi UPSR 2013 iaitu bagi kertas
Pemahaman sebanyak 97%, GPMP 1.59, %A 60.6% manakala
bagi kertas Penulisan mencatatkan kelulusan 92.4% , GPMP 1.83,
%A 50% iaitu peningkatan sebanyak 14.4% berbanding tahun
2012.

3.1.2: Pihak sekolah telah berbincang dan menganalisis bahawa


bagi UPSR 2014, sasaran adalah seperti berikut:

Kertas Pemahaman sasarannya ialah 100% menguasai, GPS 1.92


dan %A ialah sebanyak 67.80%

Kertas Penulisan pula sasarannya ialah 94.92% GPS 1.51 dan %A


juga sebanyak 67.8%.

Sasaran bagi kedua-dua kertas peperiksaan UPSR tersebut adalah


berdasarkan TOV yang telah dicapai oleh 59 calon UPSR 2014,
iaitu pencapaian calon-calon bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2013.

3.1.3: TOV calon-calon UPSR 2014 adalah seperti berikut.


Pemahaman 94.92% menguasai GPMP 2.36, dan %A 10.17%.
TOV bagi Penulisan pula 88.14% menguasai, GPMP 2.46, %A
15.25%.

Justeru itu, bagi kertas Pemahaman memerlukan peningkatan


sebanyak 5.08% menguasai untuk mencapai sasaran, dan kertas
Penulisan perlukan lagi 6.78% untuk mencapai sasaran tersebut.

3.1.4: Bagi memastikan sasaran ini tercapai beberapa perkara


berikut akan dijalankan.

- Pengurusan Sekolah- haruslah lebih memantau pelajar-pelajar


bermasalah dari segi sahsiah dan kelakuan, kerana ini akan
mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran guru di kelas
- Panitia Panitia akan menyediakan bahan-bahan soalan terkini
dan meneruskan program-program yang ternyata berkesan
meningkatkan keputusan UPSR untuk tahun 2013 yang lalu.
Antara program-program tersebut ialah:

a. Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR (Penulisan)


b. Program 3P
c. Program Menyalin Karangan
d. Zoom A
e. Sudut Bahasa Melayu DI Dalam Kelas
f. Penggunaan Akhbar Didik
g. Kelas Malam
h. Teka Silang Kata

- Guru Guru akan menghadiri kursus-kursus penandaan dan


pemantapan bahasa bagi mengetahui format terbaru yang
dikendaki dalam menjawab kertas penulisan.
- Pelajar- Pelajar yang mempunyai semangat yang negatif
haruslah diberikan motivasi. Pembangunan sahsiah penting bagi
mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang
kondusif. Ini akan dijalankan bersama dengan unit Kaunseling.

- Ibu-bapa-Ibu bapa harus memantau kerja rumah pelajar juga


semasa pelajar menjawab Zoom A. Tanpa pengawasan mereka,
pelajar-pelajar akan melayari laman web yang tidak berfaedah.

Tindakan
Semua Pentadbir, ibu
bapa,Guru kaunseling,
guru Bahasa Melayu t

4. Perkara-perkara Yang Dibincangkan:

4.1 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan dan Rancangan


Tahunan
Ketiga-tiga bahan tersebut hendaklah disediakan oleh semua guru
mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk Tahun 1,2,3 dan 4 yang
mula menggunakan kurikulum baru KSSR.

4.2 Pn Azizah Osman Jumlah murid Linus Tahun 1 bagi tahun


2013 ialah Tahun 1 yang masuk ke Tahun 2 sebanyak 9 orang
pelajar. Tahun 2 yang sekarang masuk ke Tahun Tiga jumlahnya
ialah sebanyak 2 orang pelajar. Dan tahun Tiga yang masuk
tahun 4 semuanya telah melepasi sasaran.

4.3 Pemulihan- Pn Maryati Salim menjelaskan guru-guru


termasuk kelas Tahun 6 boleh menghantar pelajar yang lemah ke
kelas Pemulihan.
4.4 KSSR PBS kini telah sampai ke Tahun 4. En Ahmad Salleh
menjelaskan guru-guru Tahun 1-4 mestilah menyediakan fail-fail
dan evidens seperti yang lepas. Dan memasukkan markah-
markah dalam system online PBS apabila telah sampai masa yang
telah ditetapkan.

4.5 MBM/MBI Program MBM/MBI akan terus dijalankan


terutamanya sama ada secara rasmi dan tidak rasmi bagi
memantapkan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar sekolah
ini. Ini akan digabungkan dalam kempen-kempen Anti Dadah,
Kempen Hari Kemerdekaan dan sebagainya.

4.6- PLBS, Ujian Lisan Bahasa Melayu mestilah dijalankan


sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas. Ini khas untuk murid
Tahun 5 dan 6 sahaja. Pemantauan akan dijalankan oleh pihak
PPD. Sekurang-kurangnya ujian ini dijalankan dua kali setahun.

4.7-Pelajaran Keselamatan Jalan Raya (PKJR), mestilah


dijalankan. Buku-buku aktiviti PKJR ini akan diserahkan kepada
semua pelajar dari Tahun 1-Tahun 6 pada awal Januari 2014.

Tindakan-
Semua guru
BahasaMelayu yang

berkenaan
5. Hal-hal lain:

5.1 Pengerusi meminta guru-guru yang memerlukan bahan,


alat bantu mengajar agar dapat dibekalkan kepada guru-guru
melalui sumber kewangan panitia yang ada.

5.2-Hj Mohd Saim Buang memohon buku rujukan terkini khasnya


contoh karangan bagi kegunaan guru.

5.3-Pn Fazidah Buwang menjelaskan tentang Program Transisi


dan Guru Penyayang Tahun 1 akan diadakan selama seminggu
pada awal persekolahan sesi 2014 ini.

5.4-Pengerusi juga menjelaskan tentang Plan J juga haruslah


dilaksanakan bermula Januari.

5.5-PROTIM juga akan dijalankan. Tarikh-tarikh dijalankan adalah


setelah menerima surat daripada PPD.

5.6-i-Think juga menurut Pengerusi mesti dijalankan pada setiap


kali PnP sebagaimana yang telah diarahkan.

Tindakan
Semua guru
Bahasa Melayu

6. Penutup

Ucapan penangguhan oleh En Zakariah Bin Bahari. Beliau dan


barisan pentadbir akan mengambil berat permasalahan dan
perkembangan panitia Bahasa Melayu demi kemajuan pelajar.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12 tengah hari

You might also like