You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LAWIN SELATAN

33300 GERIK

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

KALI PERTAMA TAHUN 2017

Tarikh : 25 Januari 2017


Hari : Rabu
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran:

1. En. Mohd Amri bin Mat Zain - Guru Besar ( Penasihat & Guru BM Tahun 5)
2. Pn. Hjh Nor Azhariah bt Abu Bakar - Penolong Kanan Pentadbiran ( Guru BM Tahun 3 )
3. En. Hazairil bin Abdul Razak - Penolong Kanan Kokurikulum ( Guru BM Thn 4 )
4. En. Johaizat bin Azizan - Ketua Panitia ( Guru BM Tahun 6 )
5. Pn. Nor Baizura bt Abdul Razak - Setiausaha ( Guru BM Tahun 1 & 2 )
6. Pn. Latifah bt Husain - Guru Pemulihan
7. Pn. Noor Basyarina bt Abd Hamid - Guru Prasekolah

1. UCAPAN KETUA PANITIA: EN. JOHAIZAT BIN AZIZAN


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran mereka ke
mesyuarat pertama pada hari ini.

1.2 Pengerusi turut mengalukan kedatangan Guru Besar kerana sudi hadir dan mengharapkan
Tahun 2017 memberi kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu untuk Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah ( UPSR ).

2. UCAPAN GURU BESAR ( PENASIHAT ) : EN. MOHD AMRI BIN MAT ZAIN
2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru dan meminta guru-guru
mendidik dari hati dengan penuh integriti.
2.2 Mesyuarat ini diadakan seperti yang telah diarahkan bagi membincangkan perancangan
Panitia bagi Tahun 2017.
2.3 Beliau menekankan bahawa Bahasa Melayu merupakan subjek utama dan murid perlu
kuasai.
2.4 Guru-guru turut diingatkan untuk sentiasa cakna dengan standard kurikulum yang baru
serta menguasai kemahiran KBAT dan MBMMBI selaras dengan dasar kerajaan.
2.5 Beliau mengharapkan agar keputusan UPSR pada tahun ini memberikan pencapaian yang
lebih baik berbanding tahun lepas.
3. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Pencadang : Pn. Latifah bt Husain


Penyokong : En.Hazairil bin Abdul Razak

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 Wujudkan senarai guru Bahasa Melayu bagi Tahun 2017.
4.2 Pastikan kelas tambahan Bahasa Melayu bagi murid-murid Tahun Lima
pada hujung tahun.

Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

5.AGENDA PERBINCANGAN PROFESIONAL

5.1 Bagi guru-guru yang ingin mendapatkan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) boleh rujuk
Pn.Nor Baizura bt Abdul Razak bagi Tahap 1 manakala bagi Tahap 2 boleh rujuk pada En.
Johaizat bin Azizan. Semakan RPT akan dilakukan oleh Ketua Panitia.
5.2 Guru-guru wajib ada DSKP untuk rujuk kemahiran dan perlu ikut tahun.

5.3 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada tahun 2017 adalah mengikut
kehendak masing-masing sama ada menggunakan buku RPH atau fail. Cara penulisan RPH
selaras atau boleh mengikut kesesuaian bagi semua guru Bahasa Melayu.

Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu

6. SASARAN PANITIA

6.1 Guru-guru perlu menyatakan pencapaian murid-murid tahun satu secara keseluruhan.
Pastikan dapatan keseluruhan turut dinyatakan.
6.2 Jadual penggubal soalan peperiksaan ( Rujuk Lampiran 1)
6.3 Aktiviti-Aktiviti Panitia ( Rujuk Lampiran 2 ).
6.4 Pelan Strategik pengantar akademik perlu capai target 100%. Guru harus pastikan
penulisan murid-murid lebih baik kerana berlaku banyak kesilapan ejaan dan membina ayat
6.5 Agihan PCG bagi Panitia harus tunggu belanjawan terkini.
6.6 Semua guru-guru Bahasa Melayu harus bersedia apabila dipantau dan harus memastikan
mengikut pengajaran dan pembelajaran terkini.

Tindakan: Semua guru Bahasa Melayu


7. LINUS/PRA SEKOLAH/PEMULIHAN KHAS

7.1 LINUS

7.1.1 Penyelaras LINUS sekolah adalah Pn. Salbiah Mat Isa dan dibantu oleh Pn. Nor
Baizura Abdul Razak.

7.1.2 Murid LINUS yang tidak menguasai dikategorikan seperti K1-K2 (pemulihan), K3-
K8 (LINUS biasa) dan K9-K12 (LINUS).

7.1.3 Sesi pdp bersama murid LINUS perlu dicatatkan dan dinyatakan di dalam rph.
7.1.4 Lembaran kerja berasingan perlu diberikan kepada murid-murid LINUS mengikut
konstruk masing-masing.
Tindakan: Semua guru LINUS
7.2 Pra Sekolah

7.2.1 Bagi sesi persekolahan 2017, PnP Bahasa Melayu adalah berdasarkan Sukatan Pra
Sekolah dan ditentukan oleh guru Pra Sekolah. Ketua Panitia akan memantau PnP.

Tindakan: Ketua Panitia dan guru Pra Sekolah

8. HAL-HAL LAIN

8.1 En. Johaizat bin Azizan memaklumkan semua guru tentang Pelancaran Bulan Bahasa
Melayu yang digabungkan dengan Pelancaran Bulan Bahasa Inggeris dan NILAM.

Tindakan: Semua guru-guru Bahasa Melayu

8.2 Guru Besar juga meminta guru-guru kelas memastikan sudut mata pelajaran lebih ceria dan
kreatif. Selain itu perlu wujudkan suasana kelas yang kondusif. Pastikan juga bahan-bahan
Bahasa Melayu menepati mbmmbi

8.3 Pembelian bahan bantu mengajar haruslah merujuk Ketua Panitia. Pn. Firzah mencadangkan
pembelian bahan-bahan yang penting sahaja.

Tindakan: Guru-guru kelas/ guru-guru Bahasa Melayu

8.5 Setiausaha panitia diingatkan untuk melengkapkan fail panitia Bahasa Melayu.

Tindakan: Ketua Panitia dan Setiausaha


9. PENUTUP

Akhir sekali pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua guru
dalam menjayakan mesyuarat kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.. ..
(PN NOR BAIZURA BT ABDUL RAZAK) (EN. JOHAIZAT BIN AZIZAN)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK Felda Lawin Selatan SK Felda Lawin Selatan

Disahkan oleh,

..
(PN. HJH NOR AZHARIAH BT ABU BAKAR)
Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Felda Lawin Selatan

You might also like