You are on page 1of 1

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) :

Nama Aktiviti : MELELAIKAN IKATAN

Masa : Jangka 1 jam (Ikut Keadaan)

Alatan : Tali Parcel/Percel String

Objektif :
i) Melahirkan semangat kekitaan dalam kumpulan
ii) Meningkatkan keupayaan dan keyakinan peserta dalam penyelesaian masalah
iii) Membina kepercayaan diri terhadap masalah yang dihadapi

Langkah:
i) Fasilitator membahagikan peserta kepada kumpulan dan setiap kumpulan terdiri
daripada 10 orang ahli
ii) Sebelah tangan setiap orang ahli diikat dengan sebelah penjuru tali di mana tali itu
terdapat ikatan yang telah ditetapkan
iii) Setiap ahli perlu fikir dan buka ikatan itu sehingga ikatan habis dibuka
iv) Kumpulan yang lebih awal habis melelaikan setiap ikatan itu dikira menang

Falsafah:
i) Menyedarkan peserta bahawa setiap cabaran dalam kehidupan pasti ada cara
penyelesaiannya
ii) Bekerjasama adalah amat penting dalam penyelesaian masalah
iii) Perlunya mengikut prosedur untuk mengatasi sesuatu masalah, jika tidak ikut tata
cara akan membuntukan sesuatu masalah itu
iv) Semangat kesabaran amat diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah itu
v) Kepuasan akan diperolehi dengan menyelesaikan sesuatu masalah itu

You might also like