You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SAWAH


81500 PEKAN NANAS, PONTIAN
TAHUN 2013

Tarikh : 19 SEPTEMBER 2013

Masa : 11.30 PAGI 12.30 TENGAHARI

Tempat : KELAS PRASEKOLAH

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. Puan Sinah binti Taib Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Hajarulain binti Jamaludin Guru Prasekolah
Pn Anisah binti Wasis PPM Prasekolah
En Amorzam bin Shahadan Pengerusi Permuafakatan
Pn Aminah binti Johari Naib Pengerusi Permuafakatan

Urusetia :

Bil Nama Jawatan


1. Pn Hajarulain bt Jamaludin Guru Prasekolah

1. ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.


1.2 Seterusnya Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK
yang dapat turut serta dalam mesyuarat pemilihan permohonan
kemasukan prasekolah 2014.

Tindakan : Makluman

2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada.
3. ISU-ISU DIBINCANGKAN

3.1 SENARAI PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH 2014

3.1.1 Pengerusi menyenaraikan kesemua permohonan kemasukan


prasekolah bagi sesi 2014.
3.1.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa seramai 28 orang murid yang
memohon untuk kemasukan prasekolah pada tahun 2014.
3.1.3 Mesyuarat juga dimaklumkan hanya 25 orang sahaja murid sahaja
yang akan dipilih mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh
pihak berwajib.

Tindakan : AJK PRASEKOLAH

3.2 PENETAPAN PERMOHONAN KEMASUKAN PRASEKOLAH

3.2.1 Mesyuarat menetapkan 25 orang murid telah dipilih untuk


kemasukan prasekolah bagi sesi 2014.
3.2.2 Mesyuarat juga menetapkan bahawa 3 orang murid terpaksa
ditolak atas sebab-sebab yang munasabah iaitu:-
i. Kelayakan dari segi umur mereka iaitu kesemuanya berumur
5 tahun.
ii. Pendapatan perkapita mereka adalah tinggi berbanding
dengan murid-murid lain.
3.2.3 Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan keputusan tersebut.
3.2.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa murid yang layak atau tidak
layak perlu dimaklumkan pada pihak PPD dan guru besar untuk
mengesahkan maklumat tersebut.

Tindakan : AJK PRASEKOLAH

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Mesyuarat seterusnya akan dimaklumkan kelak.

Tindakan : Makluman
5. UCAPAN PENANGGUHAN

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari dan diakhiri dengan
Surah Al-Asr dan Tasbih Kaffarah.

Disediakan oleh :

Urusetia

Bertarikh : 23 September 2013

You might also like