You are on page 1of 9

1.

1 PENGENALAN

Hubungan kejiranan mampu untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat


dan mampu untuk membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna.
Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan
mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.
Makna mudah bagi jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita,
iaitu di sebelah, dihadapan dan juga dibelakang rumah kita.
Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek
khususnya dalam soal keselamatan.
Hubungan kejiranan dibandar berbeza dengan kejiranan di kampung disebabkan faktor
sekeliling yang mempengaruhi.

2.1 KONSEP KEJIRANAN

Definisi

A. Jiran/ Berjiran

Orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang tetangga.

B. Kejiranan

Berhubungan dengan jiran atau hidup sebagai jiran.

Hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia


juga boleh membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna.
Hubungan kejiranan ini juga turut mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan
mampu menggalakkan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.
Jika disebut perkataan jiran sudah pastilah, makna mudahnya iaitu orang yang tinggal
berhampiran dengan rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang
rumah kita.
Jika kita tinggal di dalam sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai
jiran tetangga.
Hubungan kejiranan ini penting kerana ia melibatkan kerjasama dalam segala aspek
khususnya aspek keselamatan setempat.
Kajian yang dilakukan oleh Sheau (2006) mendapati komuniti yang menyerlah dan
bersatu-padu sentiasa dikaitkan dengan norma saling mempercayai dan bantu
membantu antara jiran. Bagi penduduk urban village hubungan kejiranan ini dilihat
sebagai penentu kepada kesejahteraan penduduk di kawasan tempat tinggal mereka.
Menurut Sheau (2006) hubungan kejiranan yang mesra menghasilkan tahap
kepercayaan sesama mereka yang lebih tinggi daripada kejiranan yang kurang mesra.
Ini jelas menunjukkan hubungan kejiranan adalah penting dalam membentuk
perpaduan. Hubungan kejiranan yang baik ini boleh dizahirkan menerusi sumbangan
penduduk melalui aktiviti yang dijalankan secara bersama seperti gotong-royong dan
sebagainya.
Oleh itu, hubungan kejiranan yang baik dan berkualiti adalah amat mustahak bagi
membolehkan penghuninya menjalankan kehidupan yang baik dan sempurna.
Hasil kajian yang dilakukan oleh beliau ini jelas menunjukkan interaksi sesama
penduduk adalah penting dalam menjamin kesejahteraan penduduk. Penduduk yang
berinteraksi dengan jirannya boleh membentuk sebuah masyarakat sempurna dan
berkualiti, maksudnya di sini mereka mampu untuk duduk bersama dan berbincang. Ini
secara tidak langsung telah dapat membentuk modal sosial yang berkualiti (Sheau,
2006).

3.1 CIRI-CIRI KEJIRANAN DI BANDAR

A. Berkomunikasi menggunakan teknologi


Kehidupan pada masa kini yang dikuasai oleh kemajuan teknologi sememangnya
mempengaruhi kehidupan manusia dan memberi kesan dalam kehidupan berjiran.
Kebanyakan masyarakat pada zaman kini menggunakan kemajuan teknologi untuk
berkomunikasi, berbanding dengan masyarakat di kawasan kampung yang lebih
mengutamakan komunikasi dengan cara bersemuka atau face-to-face seperti saling
melawat antara satu sama lain, saling bertukar juadah, saling berborak antara satu
sama lain, dan selanjutnya. Masyarakat pada zaman kini lebih gemar menggunakan
aplikasi-aplikasi yang dicipta hasil daripada inovasi teknologi seperti melalui SMS,
Whatsapp, Facebook, Video call, Instagram, dan lain-lain. Mereka akan menggunakan
aplikasi-aplikasi seperti ini selagi tiada urusan penting yang memerlukan perjumpaan
antara jiran tetangga. Malahan, ada juga antara taman perumahan yang menjalankan
mesyuarat hanya melalui aplikasi Whatsapp, dan tidak perlu berjumpa. Hal ini sering
berlaku dan menjadi amalan terutamanya dalam kalangan golongan muda. (M. Jasni
Majed, 2008).

B. Kesibukan dalam pekerjaan


Masyarakat di bandar sangat bergiat aktif dalam bidang pekerjaan, terutamanya ketika
negara kita menghadapi krisis ekonomi. Justeru hal ini memaksa untuk kesemua isi
rumah keluar mencari sumber pendapatan, dan bukannya bergantung kepada kedua ibu
bapa sahaja. (Anuar Amir, 1990). Lazimnya, apabila anak-anak sudah mencapai umur
yang dibenarkan untuk bekerja, iaitu 16 tahun, keadaan ekonomi telah menggalakkan
mereka untuk mencari pendapatan sampingan. Keadaan ini berlaku tanpa mengambil
kira tahap kewangan sesebuah keluarga itu sama ada mereka terlibat dengan
kemiskinan atau tergolong dalam keluarga yang berada. Hal ini demikian kerana
keadaan ekonomi pada masa kini yang tidak menentu akan menyebabkan mereka
sendiri mempunyai kemahuan untuk mencari sumber pendapatan yang lain. Justeru, hal
ini telah menyebabkan masyarakat pada masa kini sibuk bekerja sehingga tidak
mempunyai masa untuk meluangkan masa bersama jiran. Malahan, ada juga antara
mereka yang tidak mempunyai masa untuk meluangkan masa bersama keluarga. Hal ini
berbeza dengan kejiranan di kawasan kampung kerana kehidupan berjiran di kampung
sering kalinya tidak pernah sepi dengan orang di rumah. Sebagai contohnya, si isteri
yang sentiasa ada masa untuk bergaul bersama jiran ketika anak-anak pergi ke sekolah
dan si suami pergi bekerja. Namun, peranan si isteri di bandar berbeza kerana
pembantu rumah yang diambil bekerja telah mengambil alih sepenuhnya tugas seorang
isteri yang sememangnya hanya bekerja di dalam rumah sahaja. (Utusan Malaysia
Online, 2008).

C. Mengutamakan sikap individualistik


Jiran pada masa kini di bandar tidak sama seperti jiran di kampung di mana mereka
lebih gemar untuk bekerjasama dalam apa jua acara atau sambutan seperti majlis
perkahwinan, kenduri arwah, sambutan hari raya, dan lain-lain. Kebanyakan jiran di
Bandar akan menjalankan sesuatu acara atau sambutan itu tanpa kerjasama dari jiran
tetangga, dan hanya menjalankannya mengikut hal masing-masing. Sebagai contoh,
jiran di kawasan Bandar hanya akan menempah lauk-pauk atau pun catering untuk
meraikan majlis perkahwinan untuk dijamu kepada para tetamu, namun hal ini berbeza
dengan kehidupan jiran di kampung kerana kebanyakan dari mereka akan bekerjasama
untuk memasak masakan tersebut bersama-sama. Mereka akan merancang untuk
melakukan hal-hal pekerjaan mengikut kepakaran masing-masing seperti jiran A pakar
dalam mengurus pelamin, manakala jiran B pakar dalam memasak lauk-pauk, dan
seterusnya, jiran C pakar dalam mendandan pengantin. Hal ini sering kali menjadi
amalan kehidupan kejiranan di kampung, dan bukannya di kawasan Bandar kerana
kebanyakan dari mereka tidak akan melakukan hal sedemikian sesama jiran. (Yahaya
Ibrahim, 1995).

D. Persekitaran perumahan di bandar


Hubungan kejiranan ini dilihat semakin renggang apabila rumah-rumah yang terdapat
dalam kejiranan di bandar sentiasa berpagar dan berkunci walaupun terdapat penghuni
di dalam rumah tersebut. Tambahan pula, ada juga penghuni yang memelihara anjing
untuk mengawal keselamatan penghuninya dan mengelakkan perkara yang tidak diingini
daripada berlaku. Namun begitu, hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan
hubungan kejiranan di bandar itu semakin renggang meskipun para penghuni tersebut
hanya untuk memastikan keselamatan mereka terjamin. Keadaan ini sememangnya
agak berbeza dengan keadaan kejiranan di kampung. Hal ini demikian kerana,
persekitaran perumahan di kampung agak terbuka dan mementingkan sifat kejiranan.
(Utusan Malaysia Online, 2008).

E. Peranan ketua kampung


Di bandar, walaupun wujudnya posisi atau jawatan sebagai seorang ketua kampung,
namun peranan dan fungsinya mempunyai had-had yang tertentu dalam menguruskan
kampung atau kawasan perumahan tersebut. Hal ini berbeza dengan peranan ketua
kampung di kampung kerana kebanyakan ketua kampung di kampung mempunyai sifat
autoriti di mana ketua kampung ini boleh terlibat untuk menyelesaikan segala masalah
yang melibatkan kekecohan atau kekacauan di kawasan kampung tersebut, termasuklah
masalah antara keluarga atau suami isteri. Namun, hal ini tidak berlaku di bandar, dan
sebaliknya mereka akan lebih merujuk kepada pihak lain selain ketua kampung seperti
pihak polis, pihak penyiasat, dan lain-lain.

F. Dipengaruhi oleh arus pembangunan pembandaran


Hubungan kejiranan di bandar juga dipengaruhi oleh arus pembangunan di bandar.
Pembangunan di kawasan bandar yang semakin maju dan pesat mendorong
kebanyakan masyarakat kini sering kali menghabiskan masa untuk menikmati
pembangunan yang dilaksanakan. Hal ini mengakibatkan jiran tetangga yang menetap
di bandar akan menghabiskan masa terluang mereka dengan mengunjungi tempat-
tempat seperti pusat beli-belah, taman-taman permainan dan juga pusat hiburan yang
tumbuh bagai cendawan. Ada juga antara mereka yang meluangkan masa bersama jiran
melalui cara seperti ini, dan bukan lagi di rumah.
(Hamid Saad, 1991).

4.1 PERBANDARAN TELAH MENGEHADKAN HUBUNGAN KEJIRANAN

Dalam konteks kemajuan sosioekonomi, pertumbuhan bandar telah menyebabkan


berlakunya transformasi kepada pola kehidupan komuniti di suatu kawasan.
Pertumbuhan dan pembangunan bandar yang pantas dan pesat tanpa perancangan dan
kawalan membawa kepada ancaman terhadap kesejahteraan sosial kehidupan penghuni
di mana mereka terdedah kepada masalah jenayah yang semakin sukar dibendung.
Masalah kesejahteraan dan keselamatan menjadi faktor kepada pertumbuhan kawasan
perumahan komuniti yang berpagar dan berpengawal.

A. Kediaman Berpengawal

Kajian kes : Kesejahteraan Sosial Dalam Kehidupan Bandar: Perspektif


Penghuni Kejiranan Berpengawal. Oleh Alauddin Sidal & Ooi Seong Kang (2016)
Dijalankan di kawasan kejiranan golongan kelas menengah di Selangor iaitu Shah
Alam dan Ampang yang terletak berhampiran dengan lokasi pusat ekonomi dan juga
perbandaran.
Lokasi yang berhampiran dengan kawasan metropolitan Kuala Lumpur menjadikan
kawasan tersebut mengalami kesesakan lalu lintas, ancaman keselamatan dan
ketenteraman.
Pada mulanya, kawasan perumahan tersebut merupakan suatu kawasan kejiranan
yang terbuka dan tidak berpengawal, namun akibat daripada masalah yang dihadapi
penduduk di kawasan perumahan tersebut, model kejiranan berpengawal telah
dilaksanakan.
Kesan daripada itu, mengakibatkan kurangnya berlaku interaksi sosial antara
penghuni dan penduduk di luar kawasan itu di mana terjadinya sekatan sosial dan
jurang interaksi antara mereka.
Pengasingan yang berlarutan akan mengakibatkan berlakunya kesukaran dalam
membina kesepaduan dan solidariti komuniti bandar.

B. Perumahan Berpagar
Kajian Kes : Kriteria Perancangan Dalam Pembangunan Perumahan Komuniti
Berpagar Di Kawasan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur Oleh Norazmin Adibah
Binti Othman (2017)

Pengenalan projek perumahan komuniti berpagar (PKB) menjadi tren dalam sektor
perumahan di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa negara diuar sepeti China,
Amerika dan Canada.
APA? Perumahan komuniti berpagar (PKB) merujuk kepada sebuah kawasan fizikal
yang dipagari ataupun mempunyai tembok yang dibina mengelilingi kawasannya.
Pintu masuk dan keluar ke kawasan perumahan ini hanyalah melalui pintu masuk
yang dijaga dan dikawal oleh pengawal keselamatan.
Projek pembangunan PKB merupakan sebuah projek yang mewujudkan banyak lot-
lot banglo dalam satu kawasan bandar yang elit dan eksklusif untuk golongan kelas
pertengahan sehinggalah kelas atasan.
Komuniti lebih memilih untuk tinggal di kawasan yang lebih terkurung dan terkawal
dengan tembok dan pagar besar yang dipasang mengelilingi kawasan perumahan
berbanding dengan kawasan yang luas dan terbuka
MENGAPA? Alasan mereka memilih kawasan perumahan sebegini adalah atas faktor
keselamatan, penggunaan eksklusif dan mementingkan elemen privacy
Kawasan elit ini kebiasaannya didiami oleh golongan kelas atasan dan ia menelan
kos yang agak tinggi dan tidak sesuai bagi golongan yang berpendapatan rendah.
Pemisahan antara penghuni yang tinggal di dalam kawasan ini dengan masyarakat
luar menunjukkan perbezaan status sosial yang sangat ketara antara golongan kelas
atasan dan bawahan.
Walaupun terdapat pertubuhan komuniti yang ditubuhkan di kawasan tersebut,
namun ia dianggap sebagai suatu aktiviti kejiranan yang bersifat formal dan hanya
segelintir sahaja yang terlibat dengannya.
Hasil kajian juga mendapati bahawa hubungan di dalam kawasan berpagar ini
kadang-kadang menimbulkan konflik di antara penghuni dan boleh menyebabkan
suasana tegang dan pergaduhan.
Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa pengasingan status sosial yang berlaku
akibat daripada penstrukturan perumahan menyebabkan hubungan kejiranan
semakin terhad.

5.1 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, hubungan kejiranan di bandar adalah kurang jika dibandingkan dengan
masyarakat yang tinggal di kampung. Hal ini disebabkan, gaya hidup masyarakat bandar yang
terlalu sibuk untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga masing masing. Kos sara hidup
yang tinggi serta tekanan hidup dunia moden sering memaksa warga kota sepanjang hari.
Sebagai akibatnya, mereka keletihan dan kesentukkan masa untuk bertegur sapa sesame jiran
mereka. Dalam konteks sejarah, corak pekerjaan yang dilakukan pada masyarakat dahulu dan
sekarang amat berbeza. Masyarakat dahulu, pekerjaan mereka berasaskan kepada pertanian
yang memerlukan semangat kerjasama diantara mereka. Manakala, masyarakat sekarang
bekerja sendiri yang tidak menekankan amalan kerjasama. Oleh itu, perubahan hidup
masyarakat sekarang jelas menjadi penyebab kepada kelunturan semangat kejiranan pada
masa kini.

6.1 RUJUKAN

BUKU

Anuar Amir. 1990.Pembentukan Konsep dan Ciri-ciri Kawasan Pinggir Bandar. Tesis Sarjana
Falsafah. Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah. Universiti Teknologi Malaysia.

Hamid Saad, 1991. Pembangunan Bandar ke Arah Negara Maju: Cabaran dan Prospek. Kertas
Seminar Perancangan. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Yusof Hussain et. Al. 2011. Hubungan Kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup
masyarakat kampung bandar: kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor
Setar, Malaysia. Malaysian journal of society and space 7 issue(3). Hlm 36-44.

Sheau Tsuey Chong.(2006). It takes a village to raise a child: Building social capital in safe
andcohesive neighbourhood. Kota Kinabalu: Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAMAN SESAWANG

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_06.htm Diakses pada 14 Mei 2017.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren
cana&pg=re_06.htm#ixzz4h8xor1i8 Diakses pada 14 Mei 2017.

Yahaya Ibrahim, 1995. Pembandaran dan Kejiranan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Norazmin Adibah Binti Othman .(2017). Kriteria Perancangan Dalam Pembangunan
Perumahan Komuniti Berpagar Di Kawasan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur.
http://eprints.utm.my/6411/1/NorazminAdibahOthmanMFKSG2007TTT.pdf
Diakses pada 13 Mei 2017

Alauddin Sidal dan Ooi Seong Kang. (2016). Kesejahteraan Sosial Dalam Kehidupan Bandar:
Perspektif Penghuni Kejiranan Berpengawal. (Volume 31, No. 1, pp 55-69.)
http://umijms.um.edu,my/filebank/published_article/11003/05_Sarjana. Diakses pada
13 Mei 2017.

You might also like