You are on page 1of 59

Kuliah 1

AMERIKA SEBELUM COLUMBUS

Pada hakikatnya, penemuan benua Amerika tidaklah bermula dengan peristiwa kejayaan
penjelajahan Christopher Columbus pada tahun 1492 Masihi. Penemuan sebenarnya telahpun
bermula pada beberapa ribu tahun lebih awal bila manusia buat pertama kalinya telah migrasi
dari benua Asia ke wilayah yang kini dikenali sebagai Alaska, iaitu salah sebuah negeri
dalam Kesatuan Amerika Syarikat. Sejak pada itu telah beransur-ansur mewujudkan
pendudukan manusia di benua Amerika Utara hingga Amerika Selatan. Tidak ada kata
sepakat di kalangan sarjana tentang persoalan bila bermulanya proses migrasi tersebut.
Mengikut cadangan awal menyebutkan bahawa migrasi manusia terawal melalui darat
(berjalan kaki) dari Asia melintasi pelantar Bering ke Amerika Utara telah berlaku sekitar di
antara 35 ribu dan 25 ribu tahun yang lalu. Para saintis percaya bahawa kedua-dua benua
Asia dan benua Amerika dihubungkan pada bahagian timur-laut Siberia dengan bahagian
utara Alaska melalui pelantar Bering pada suatu ketika dahulu, yakni semasa zaman ais.

Migrasi Awal

Namun selepas zaman ais, pelantar Bering telah tenggelam atau dilimpah air dan membentuk
Laut Bering ataupun disebut Selat Bering yang memisahkan Siberia dan Alaska seperti mana
yang kita lihat pada hari ini. Selat Bering yang seluas hanya 56 batu memisahkan Kesatuan
Soviet (Russia) dengan Amerika Utara.Sekitar pada tahun 2000 Sebelum Masihi, berlakulah
proses migrasi kumpulan manusia dengan perahu. Sugguhpun begitu, cadangan muktahir
pula menganggarkan proses migrasi tersebut telah berlaku pada antara 14 ribu dan 16 ribu
tahun yang lalu. Barangkali proses migrasi tersebut telah terjadi sebagai kesan daripada
kemajuan dalam teknik dan peralatan ekonomi berburu di kalangan manusia purba ketika itu,
terutamanya pembuatan peralatan tajam daripada batu-batan seperti pisau, mata tombak, dan
lain-lain. Kemajuan ini telah memolehkan manusia purba tersebut untuk memburu binatang-
binatang besar yang lazimnya bergerak menyeberangi antara benua Asia dan Amerika Utara.
Tahun demi tahun, sekelompok kecil manusia nomad yang menyerupai keturunan Mongolia
di Siberia Timur hari ini mula memasuki benua Amerika Utara hingga jauh di kawasan
pedalamannya. Barangkali sekitar seawal tahun 8000 Sebelum Masihi, penghijrah-penghijrah
tersebut telah sampai di bahagian selatan Amerika Selatan. Menjelang penghujung kurun
Kelima belas Masihi, yakni ketika wujudnya perhubungan pertama yang penting dengan
orang Eropah, benua Amerika telahpun menjadi kediaman kepada jutaan lelaki dan
perempuan. Para sarjana menganggarkan lebih kurang 10 juta orang mendiami di Amerika
Selatan pada tahun 1500, dan 4 juta orang mendiami wilayah yang kini terbentuk kesatuan
Amerika Syarikat (United States of America).
Tamadun Awal
Amnya, benua Amerika memiliki tamadun yang agak lama dan maju, terutamanya wujud di
bahagian Amerika Selatan dan Amerika Tengah, dan di Mexico. Di Peru, tamadun Incas telah
menubuhkan sebuah empayar yang kuat dengan anggaran penduduk seramai 6 juta orang.
Mereka menubuh sistem politik yang komplek dan juga membina jaringan jalanraya-
jalanraya yang menyatukan populasinya yang terdiri daripada berbagai kumpulan suku etnik
peribumi di bawah sebuah pemerintahan. Di Amerika Tengah dan semenanjung Yucatan di
Mexico, orang Maya telah membina tamadun yang tinggi dengan mempunyai sistem tulisan
bahasa, sistem nombor yang seiras dengan tulisan jawi, kalender yang tepat, dan sistem
pertanian yang maju. Selepas kejatuhan pemerintahan Maya, sekumpulan suku pahlawan
nomad digelar orang Aztec pula meneruskan warisan tamadun tersebut. Pada penghujung
kurun ke-13, orang Aztec telah berjaya menguasai sebagian besar kawasan tengah dan selatan
Mexico dan membina sistem pentadbiran, pendidikan dan peruabatan yang setanding dengan
perkembangan di Eropah ketika itu. Namun, mereka juga memcipta kepercayaan agama yang
menekankan pengorbanan manusia sebagai persembahan suci. Pada tahun 1519, penjajah
Sepanyol telah menemui seramai 100,000 tengkorak mangsa amalan kepercayaan agama
tersebut.

Pembangunan masyarakat manusia yang mendiami wilayah kini Amerika Syarikat dianggap
kurang pesat berbanding dengan masyarakat manusia di bahagian selatan dan tengah benua
Amerika, dan di Mexico. Namun ketamadunan dan sistem politik yang mereka memiliki itu
masih dianggap bertahap tinggi atau highly structured.. Penghuni di kawasan utara benua ini
bergantung hidup dengan aktiviti-aktiviti memburu, memungut hasil hutan, menangkap ikan,
ataupun kombinasi antara ketiga-tiga aktiviti tersebut. Mereka adalah termasuk orang Eskimo
di bahagian bulatan Artik yang gemar memancing dan memburu anjing laut (Seals) dan
tamadun mereka telah tersebar meluas di kawasan tanah beku kutub utara; orang nomad yang
bergantung hidup memburu binatang besar di hutan utara seperti moose dan caribou; orang
primitif yang membina petempatan yang komplek di sepanjang kawasan pantai barat-laut
Pasifik dan aktiviti utama mereka adalah menangkap ikan salmon; dan kumpulan manusia
yang lebih maju dan ramai di kawasan pantai barat dengan aktiviti menangkap ikan,
memburu dan memungut hasil bijirin, akar dan lain-lain tumbuhan. Kawasan timur Amerika
Syarikat kini, yang diliputi oleh hutan atau disebut sebagai Woodland adalah dihuni oleh
penduduk Indian. Kawasan ini mempunyai sumber ekonomi yang banyak, terutamanya untuk
aktiviti-aktiviti bercucuk tanam, memburu binatang, memungut hasil hasil hutan, dan
menangkap ikan. Di sebelah selatan pula terdapat petempatan kekal dan wujud jaringan
perdagangan yang berasaskan jagung dan lain-lain tanaman yang hidup subur dari lembah
Sungai Mississippi. Kota Cahokia yang berdekatan dengan bandar St. Luis kini merupakan
sebuah pusat perdagangan yang besar pada suatu ketika dahulu sekitar tahun 1200 masihi dan
mempunyai seramai 40,000 orang penduduk.

Dari segi etnik, penduduk awal Amerika terdiri daripada beberapa kumpulan etnik Indian
yang dikatakan berasal dari rumpun bahasa yang sama. Kumpulan suku etnik yang terbesar
adalah suku Algonquin yang membina kehidupan di sepanjang pinggir pantai Atlantik dari
Canada hingga Virginia. Kumpulan kedua ialah suku Iroquois Confederation yang tertumpu
di kawasan New York. Yang ketiga besar ialah suku Muskogean yang menghuni kawasan-
kawasan bahagian selatan Amerika Syarikat hari ini. Perikatan atau perhubungan di antara
suku-suku kaum Indian ini pasa masa lalu dikatakan tidak begitu harmoni, memandangkan
mereka tidak memikirkan diri mereka sebagai berasal atau sebahagian daripada tamadun
yang sama. Apabila orang Eropah mula datang dan mengganggu cara hidup tradisional
mereka, jarang sekali suku-suku kaum Indian ini dapat bersatu untuk menentang
pencerobohan orang Eropah.

Menjelang akhir kurun Ke-15, penduduk peribumi Amerika telah mengharungi revolusi
pertanian seperti penduduk peribumi lain-lain di dunia. Masyarakat peribumi di wilayah yang
dikenali sebagai Amerika Syarikat kini telah beransur-ansur mengalami perubahan dalam
cara hidup sepert penemuan sumber baru untuk makanan, pakaian dan perlindungan. Semua
perubahan amat bergantung kepada struktur adat dan ritual sosial mereka. Agama amat
penting dalam sistem sosial masyarakat peribumi Indian. Mereka menyebah banyak tuhan
atau dewa yang berhubung kait dengan aktiviti pertanian, memburu, memungut hasil hutan
dan lain-lain elemen semulajadi. Semua suku etnik Indian meletakkan tanggungjawab
menjadi anak-anak, menyediakkan hidangan makan, dan memungut makanan tertentu.
Namun tanggungjawab yang lain adalah berbeza-beza antara suku-suku etnik. Ada kumpulan
suku yang memberi tugas bertani kepada kaum lelaki sepenuhnya seperti suku Pueblos di
kawasan barat-daya. Manakala suku-suku yang lain, seperti suku Algonquin, Iroquis dan
Muskogean, akan meletakkan tugas bertani itu kepada kaum wanita sementara kaum lelaki
memburu, berperang dan membersih kawasan bertani. Keadaan ini membolehkan kaum
wanita untuk cenderung mengawal organisasi sosial dan ekonomi di petempatan dan
memainkan peranan terpenting dalam institusi keluarga.

Kuliah 2

KEDATANGAN ORANG EROPAH

Pada hakikatnya orang Eropah tidak pernah menyedari tentang kewujudan benua Amerika
sebelum abad ke-15 masihi. Sebelum itu beberapa pengembara pernah sampai ke benua
tersebut semasa pelayaran mereka seperti Leif Ericson, seorang pelaut Norman pada abad ke-
11. Dikatakan bahawa pada antara tahun 500 dan 1500 masihi penemuan benua tersebut
telahpun menjadi satu pengetahuan biasa bagi orang Eropah tetapi tidak ada usaha selanjut
oleh individu lain untuk menerokainya. Ini adalah kerana pada ketika belum wujud pemimpin
yang benar-benar berkuasa dan berminat untuk melakukan penjelajahan ke atas tempat-
tempat baru di seberang laut. Menjelang akhir abad ke-15 masihi, keadaan mula berubah di
Eropah dan barulah ada usaha untuk menerokai dunia di seberang laut.

Perdagangan dan Nasionalisme


Terdapat dua perubahahan penting yang mendorong kepada usaha orang Eropah untuk
mencari tanah baru. Pertama, adalah disebabkan oleh faktor pertambahan penduduk di
Eropah pada abad ke-15 masihi. Sebelum itu, penduduk benua Eropah telah merosot akibat
daripada jangkitan penyakit hawar yang merebak dari Constantinople pada tahun 1347.
Penyakit ini telah membunuh lebih kurang separuh jumlah keseluruhan benua Eropah. Satu
setengah abad kemudian, populasi mula meningkat. Kedua, adalah didorong oleh
kebangkitan ekonomi perdadangan dan kemunculan a new merchant class yang berusaha
untuk memenuhi permintaan barangan dari sebarang laut. Peningkatan perdagangan juga
didorong oleh peningkatan teknologi dalam bidang pelayaran dan pembinaan kapal ketika itu
membolehkan sesuatu pelayaran lebih jauh dapat dilakukan. Pada masa yang sama, kerajaan-
kerajaan baru yang bersatu dan amat berkuasa mula muncul menggantikan kerajaan-kerajaan
lama dan feudal. Di kawasan barat Eropah khususnya, kerajaan-kerajaan monarki baru yang
kuat telah muncul, menubuhkan centralized nation-states dan menggalakkan aktiviti
perdagangan yang pesat dalam kerajaan mereka.

Pada awal abad ke-14 masihi, apabila Marco Polo dan lain-lain pengembara telah kembali
dari pelayaran ke timur membawa exotic goods seperti rempah, kain dan pencelup, dan
banyak exotic tales, orang Eropah mula bercita-cita untuk mewujudkan hubungan
perdagangan dengan dunia Timur. Selama dua abad sebelum itu, aktiviti perdagangan dengan
kerajaan-kerajaan di Timur adalah terhad disebabkan oleh kesulitan perjalanan jauh melalui
darat. Tetapi pada abad ke-14 masihi, dengan wujud dan meningkatnya kemahiran dalam
bidang maritim di kalangan beberapa masyarakat Eropah usaha mencari jalan yang lebih
pantas dan selamat melalui laut ke Timur terus meningkat. Pada penghujung abad ke-15
mashi, beberapa kerajaan monarki di Eropah telah bersedia untuk menaja penjelajahan.

Orang Portugis telah mengambil langkah pertama. Di bawah pemerintahan putera Henry the
Navigator kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad
ke-15. Baginda telah banyak menghabiskannya dalam mempromosikan penjelajahan. Ramai
daripada kelasi baginda telah menjelajah ke selatan sejauh hingga Cape Verde di sebelah
pantai barat benua Afrika. Selepas kemangkatan baginda pada tahun 1460, orang Portugis
telah menjelajah lebih jauh lagi. Misalnya, pada tahun 1486, Bartolomeu Diaz telah berjaya
sampai ke bahagian paling selatan benua Afrika, iaitu Cape of Good Hope; dan pada tahun
1497-1498 Vasco da Gama telah sampai ke India. Pada tahun 1500, sebuah kapal Portugis di
bawah pimpinan Pedro Cabral yang berlayar menuju ke India telah hanyut ditiup angin
hingga sampai ke pantai Brazil, Amerika Selatan. Tetapi sebelum itu, seorang penjelajah lain
berbangsa Italy dan pernah berkhidmat dalam bidang maritim Portugal telah berjaya
menjelajah hingga ke benua Amerika atas tajaan kerajaan ratu Sepanyol.

Christopher Columbus
Columbus telah dilahir dan dibesarkan di Genoa, Italy. Beliau mula berkhidmat dalam aktiviti
pelayaran kerajaan Portugis. Sebagaimana kepercayaan masyarakat Eropah ketika itu,
Columbus juga tidak pernah menyedari akan kewujudan benua lain di sebelah barat Atlantik.
Beliau bercita-cita untuk menerokai jalan baru dengan belayar ke arah barat Atlantik.untuk ke
benua Asia. Setelah gagal mendapat pembiayaan daripada kerajaan Portugal, beliau merujuk
permohonannya kepada kerajaan Sepanyol. Pada ketika itu Sepanyol belum lagi menjadi
sebuah kuasa maritim yang setanding dengan Portugis. Namun, dengan perkahwinan
Ferdinand of Aragon dengan Isabella of Castile, dua pemimpin wilayah yang terkuat di
Sepanyol telah membentuk satu kuasa monarki yang terkuat di Eropah pada abad ke-15.
Dengan kelebihan ini, bidang maritim terus dimajukan untuk menunjukkan kekuasaannya di
Eropah. Banyak misi pelayaran telah ditaja oleh kerajaan monarki Sepanyol. Nasib telah
menyelebahi Columbus pada tahun 1492. Beliau berjaya mendapat tajaan dari ratu Isabella.
Pada bulan Ogos 1492, beliau memimpin seramai sembilan puluh kelasi dengan tiga buah
kapal; Nina, Pinta dan Santa Maris belayar menuju arah barat Atlantik. Selama dua minggu
dalam pelayaran akhirnya beliau menemui daratan yang dianggapan sebagai benua Asia.
Sebenarnya beliau telah mendarat di salah sebuah pulau Bahamas. Pelayaran diterus hingga
ke Cuba yang dianggapnya negara China. Justeru itu, setelah menculik beberapa orang
peribumi beliau terus pulang ke Sepanyol untuk menyampaikan penemuannya kepada ratu.
Beliau mengelar peribumi tersebut sebagai 'Indian' oleh kerana beliau percaya mereka berasal
dari benua India. Malang sekali, Columbus tidak membawa balik bukti keagungan kerajaan
Khan di China ataupun sebarang bukti kemewahan di Timur. Maka, setahun kemudian beliau
sekali lagi mencuba dengan persiapan dan kelengkapan pelayaran yang lebih besar. Kali ini
beliau telah sampai perairan Caribbean, dan meninggalkan sebuah koloni di Hispaniola. Pada
tahun 1498, untuk kali ketiga beliau belayar sampai ke bahagian pantai utara Amerika
Selatan. Kali ini beliau mula sedar bahawa pulau-pulau yang ditemui bukanlah sebahagian
dari benua Asia, tetapi benua lain yang berasingan. Kali keempat pelayarannya pada tahun
1504, beliau telah sampai ke Amerika Tengah.

Implikasi daripada usaha-usaha Columbus tersebut telah mendorong kerajaan Sepanyol


mempertingkatkan lagi aktiviti pelayarannya. Dengan itu, Sepanyol telah mengatasi
kekuasaan maritim Portugis. Pada tahun 1515, seorang Sepanyol bernama Vasco de Balboa
telah belayar hingga ke Segenting Penama (Isthmus of Panama). Kemudian, pada tahun 1521
seorang Portugis bernama Ferdinand Magellan yang berkhidmat dengan Sepanyol telah
berjaya belayar hingga ke Kepulauan Filipina di Timur melalui selatan benua Amerika
Selatan. Menjelang tahun 1550, orang Sepanyol telah menerokai pantai benua Amerika Utara
(kini Amerika Syarikat) sejauh Oregon di barat dan Labrador di timur.

Petempatan Tetap Pertama Orang Inggeris


Petempatan tetap pertama orang Inggeris di benua Amerika Utara telah dibina pada tahun
1607 di Jamestown, Virginia. Hampir 30 tahun sebelum itu, pedagang dan pengembara
Inggeris telah cuba beberapa kali untuk membina koloni di Amerika tetapi gagal. Pada
sepanjang abad ke-16, orangg Inggeris tidak berminat untuk membina petempatan tetap di
benua Amerika. Bukan sahaja disebabkan oleh mereka merasa tidak yakin dapat
menguntungkan hidup mereka malah bimbang terhadap kekuasaan Sepanyol di Atlantik.
Orang Sepanyol telahpun membina banyak petempatan di benua Amerika sebelum orang
Inggeris berbuat demikian pada awal abad ke-17. Orang Inggeris mula berminat membina
petempatan tetap di benua Amerika setelah mereka mengalah Sepanyol dalam perang di
Eropah. Pada tahun 1588 raja Sepanyol, putera Philip II telah menyerang England, tetapi
dapat dikalahkan oleh orang Inggeris. Kekalahan Sepanyol itu turut menamatkan penguasaan
mereka di Atlantik. Maka orang Inggeris mula bebas belayar di Atlantik ke benua Amerika
dan ke Asia.

Peneroka Inggeris yang pertama ialah Sir Humprhey Gilbert dan adiknya, Sir Walter Raleigh.
Kedua-duanya adalah kawan baik ratu England, Queen Elizabeth berdasarkan pengalaman
mereka menerokai koloni di Ireland sebelum itu. Pada tahun 1578 Gilbert telah mendapat
geran 6 tahun daripada ratu untuk menduduki mana-mana tempat atau tanah di seberang laut.
Lima tahun kemudian beliau telah berjaya menjelajah hingga ke Newfoundland. Pada tahun
1583 adiknya Raleigh mendapat geran 6 tahun dan menamakan Virginia sempena ratu
Elizabeth yang tidak pernah berkahwin atau terkenal sebagai Virgin Gueen. Pada tahun 1585,
Raleigh membimbing sepupunya, Sir Richard Greenville untuk mengetuai satu koloni ke
Roanoke, sebuah pulau di luar pantai North Carolina. Walau bagaimanapun, mereka
mendapat tentangan daripada penduduk peribumi Indian pulau tersebut. Beliau segera pulang
ke England untuk mendapatkan bantuan. Sir Francis Drake telah dihantar untuk
menyelamatkan koloni dan meninggalkan pulau tersebut. Pada tahun 1587, sekali lagi
Raleigh mencuba untuk menubuhkan koloni di pulau Roanoke. Seramai 91 orang lelaki, 17
orang perempuan (2 sedang mengandung) dan 9 kanak-kanak telah menaiki kapal yang
diketuai oleh John White. Bukan sahaja wujud mereka menghadapi masalah hubungan tidak
baik dengan peribumi Indian malah tidak mempunyai bekalan keperluan harin yang
mencukupi. Ini menyebabkan White telah kembali ke England untuk mendapatkan bantuan
bekalan. Selepas tamatnya perang Anglo-Sepanyol, pada tahun 1590 White kembali semula
ke pulau Roanoke. Malang sekali, beliau gagal mengesan bekas koloninya. Peristiwa ini telah
disebut sebagai Lost Colony dalam sejarah AS.

Sejak kejadian tersebut, kerajaan Britain tidak lagi memberi geran kepada individu yang
berminat menjelajah ke sebarang laut khususnya benua Amerika. Awal abad ke-17 dua
kumpulan saudagar dari London dan Plymouth muncul mendesak pihak kerajaan memberi
geran kepada mereka untuk menerokai kawasan baru di benua Amerika Utara. Akhirnya pada
tahun 1606, raja England, Putera James I telah meluluskan satu piagam yang membahagikan
hak meneroka bahagian utara (Plymouth) dan selatan (London) benua Amerika Utara.

Kuliah 3

SEJARAH AWAL CHESAPEAKE

Kegagalan petempatan di Pulau Roanoke telah mengikiskan semangat kolonialisme untuk


sementara waktu di England. Tetapi tarikan dunia baru [benua Amerika] tersebut, iaitu
andaian tentang kekayaannya, tanah terbiar, jaminan kebebasan agama, dan peluang untuk
memulakan hidup baru, menjadi semangat yang kuat di kalangan masyarakat England.
Menjelang awal abad ke-17, usaha untuk menubuhkan petempatan tetap orang Inggeris di
benua Amerika telah berlaku semula. Usaha kali ini tidaklah berbeza dengan usaha yang
dahulu, iaitu; tidak berjaya oleh kerana berbentuk penjelajah persendirian dengan
perancangan yang terhad. Jika pun telah ditaja oleh pihak kerajaan, tetapi merupakan syarikat
kecil-kecilan yang dipimpin oleh individu yang tidak bersedia menghadapi sebarang
kesukaran yang akan dihadapi. Tidak seperti pengalaman di pulau Roanoke pada tahun 1585,
mereka berjaya untuk terus hidup sehinggalah diselamatkan pada tahun berikutnya oleh Sir
Francis Drake.

Terdapat tiga keadaan yang mendorong kepada kewujudan petempatan orang Inggeris di
benua Amerika. Pertama, koloni adalah terdiri daripada syarikat perniagaan kecil yang
bertujuan untuk menghasilkan keuntungan kepada syarikat korporat yang menaja. Kedua,
koloni Inggeris adalah direka khusus menjadi masyarakat pindah dari 'Dunia Lama' ke 'Dunia
Baru'. Sepertimana di Ireland, hanya sedikit usaha dilakukan untuk mengintergrasikan
masyarakat Inggeris dengan masyarakat peribumi. Ketiga, oleh kerana koloni Inggeris hanya
terikat secara tidak langsung dengan pihak kerajaan monarki England, maka mereka mula
membangunkan institusi-institusi politik dan sosial mereka sendiri.

Penemuan Jamestown
Apabila putera James I meluluskan piagam kepada kumpulan syarikat di London dan
Plymouth pada tahun 1606, sementara kumpulan syarikat Plymouth menghadapi masalah
dalaman, kumpulan syarikat London telah bertindak segera menuju ke Virginia. Seramai 144
orang lelaki telah menaiki tiga buah kapal; Godspeed, Discovery, dan Susan Constant yang
mula belayar pada awal tahun 1607. Hanya 104 orang lelaki berjaya terus hidup dalam
pelayaran tersebut. Mereka sampai di pantai Amerika pada musim bunga dan terus belayar
melalui teluk Chesapeake hingga ke hulu sungai untuk membina petempatan koloni mereka
di sebuah semenanjung. Mereka menamakan petempatan tersebut sebagai Jamestown.Mereka
memilih kawasan pedalaman dengan keyakinan dapat memberi perlindungan keselamatan
daripada gangguan penduduk peribumi. Hakikatnya, kawasan yang dipilih adalah terlalu
rendah dan berpaya. Ini mendedahkan mereka kepada penyakit malaria. Malah kawasan ini
dikelilingi oleh hutan yang tebal dan menyukarkan usaha untuk membersihnya untuk tujuan
bercucuk tanam. Keadaan ini telah menyumbang kepada kegagalan petempatan di sini pada
peringkat awalnya. Dalam tempoh 17 tahun sejarah petempatannya, satu demi satu kumpulan
orang mencuba menjadi Jamestown sebagai petempatan koloni yang selesa dan terjamin.
Semua usaha tersebut menemui kegagalan. Bandar Jamestown menjadi satu tempat yang
tidak selamat, dan dipenuhi peristiwa kematian yang menggerunkan. Mereka dijangkiti
penyakit tempatan, terutamanya malaria. Akibatnya syarikat London mengalami kerugian
besar. Walau bagaimanapun, koloni terawal telah berjaya terus hidup mengekalkan
petempatan di Jamestown. Menjelang tahun 1608, daripada seramai 104 orang dalam koloni
tersebut pada awalnya cuma seramai 38 orang sahaja yang masih hidup. Pada tahun tersebut,
mereka telah mendapat bantuan bekalan keperluan daripada London. Sejak itu, Jamestown
mula membangun di bawah penyeliaan Kapten John Smith. Beliau telah menyatukan dan
menyusun kerja kepada komuniti koloni tersebut. Malah beliau juga menganjurkan serangan
ke atas kampung penduduk peribumi sekitar untuk mendapatkan bekalan makanan dan
menculik perempuan mereka. Pada musim dingin, populasi koloni di Jamestown telah
mengalami kemerosotan yang teruk hingga sekitar belasan orang sahaja yang terus hidup.
Pada musim panas tahun 1609, Smith telah kembali ke London untuk mendapatkan bantuan.

Penyusunan Semula dan Perluasan


Sementara Jamestown sedang bergelut untuk terus wujud, London Company (kini dikenali
sebagai Virginia Company) dengan cita-cita yang tinggi telah mendapat piagam baru dari raja
England pada tahun 1609. Piagam ini memberi kuasa yang lebih luas dan membolehkan
pihak syarikat meluaskan wilayah jajahannya. Ia mendapat sumber wang dengan menjual
stok tambahannya kepada petani yang berminat untuk berhijrah dari tempat asal atas
tanggungan mereka sendiri. Syarikat juga menyediakan kredit, iaitu kos pelayaran secara
percuma bagi mereka yang tidak mampu (miskin) dengan syarat memberi khidmat selama
tujuh tahun kepada syarikat. Pada musim bunga tahun 1609, pelayaran pertama ke
Jamestown, Virginia oleh syarikat Virginia telah dilancarkan dengan sebanyak sembilan buah
kapal dan seramai 600 orang penumpang termasuk perempuan dan kanak-kanak.

Dalam perjalanan menyeberangi Atlantik, malapetaka tuafan telah berlaku menyebabkan


salah sebuah kapal hilang atau tenggelam. Salah sebuahnya telah terdampar di pantai
Bermuda dan para penumpang adalah selamat. Ramai yang berjaya sampai ke Jamestown
adalah kurang bertenaga akibat perjalanan yang membahaya, jauh dan terlalu lama. Ketibaan
mereka tepat menjelang musim sejuk telah menambah derita, terutamanya mereka yang
sedang menghidapi penyakit deman. Musim sejuk tahun 1609-1610 telah dikenali sebagai
"starving time", yakni satu masa paling buruk berbanding masa sebelum. Penduduk peribumi
Indian yang menyedari sikap dan perbuatan jahat orang Eropah di masa lalu mula bertindak
menyebelih semua ternakan mereka. Ini menyebabkan koloni Inggeris ini terpaksa
bergantung hidup dengan memakan apa saja yang ditemui, seperti anjing, kucing, tikus, katak
puru, kulit kuda, dan malah mayat.

Apabila para penumpang yang selamat mendarat di Bermuda telah sampai ke Jamestown
pada bulan Mei 1610, mereka mendapati hanya tinggal 60 orang dalam keadaan tidak
bermaya masih hidup di petempatan tersebut berbanding dengan jumlah asal seramai 500
orang penduduk pada musim panas yang lalu. Mereka telah diselamatkan dan terus belayar
meninggalkan Jamestown untuk menuju balik ke England. Walau bagaimanapun, mereka
telah menemui sebuah kapal Inggeris yang sedang memudiki Sungai James menuju ke
Jamestown. Kapal ini telah dihantar khusus oleh kerajaan England membawa bekalan
keperluan harian bersama seorang gabenor koloni yang pertama, bernama Lord De La Warr.
Oleh yang demikian, hasrat untuk pulang ke England telah dibatalkan. Maka sejak dari
peristiwa tersebut, Jamestown terus membangun menjadi sebuah bandar terpenting bagi
urusniaga perdagangan antara benua Amerika dengan England buat ketika itu. Keluasan
kawasan Jamestown semakin menyebar luas dengan petempatan, terutamanya untuk
penanaman tembakau menjadi sumber eksport utama. Peladang yang pertama mengusahakan
tanaman tembakau secara besar-besaran di Virginia pada tahun 1612 ialah John Rofle. Beliau
mendapatkan benih tembakau daripada koloni atau orang Sepanyol. Ladang tembakau
terbentang luas di sepanjang Sungai James. Dengan perkembangan pembangunan ekonomi
tembakau yang di Virginia ini telah menarik ratusan penghijrah baru ke Jamestown. Usaha
untuk membawa keuntungan di Jamestown terus meningkat.

Di bawah pentadbiran gabenor pertama, Virginia terus maju dan malah keluasan kawasannya
juga berkembang. Petempatan-petempatan baru mula muncul sepanjang lembah Sungai
James. Antara faktor pertumbuhan tersebut adalah; wujud kekuatan militari untuk menjamin
keselamatan daripada serangan peribumi Indian, dan pengembangan tanaman tembakau.
Ekononi tembakau telah memberi keuntungan yang besar kepada koloni Virginia. Ramai
peladang tembakau mula menerokai kawasan jauh ke pedalaman dalam kawasan penduduk
peribumi Indian.

Pada tahun 1619, seramai 100 orang perempuan Inggeris telah dihantar di koloni Virginia
sebagaimana telah diperuntukkan dalam piagam 1606, iaitu pengiktirafan hak penuh
kewarganeraan semua lelaki, penamatan peraturan keras, dan malah hak berkerajaan sendiri
bagi koloni Virginia. Pada 30 Julai 1619, perwakilan daripada semua kumpulan komuniti
telah bertemu sebagai House of Burgesses (kini seumpama Dewan Perwakilan). Ia
merupakan mesyuarat yang pertama bagi badan atau dewan undang-undang [parlimen atau
dewan negeri] yang dipilih dalam sejarah politik AS. Sebulan kemudian, Virginia telah
menubuhkan satu tauladan baru dan penting dalam warisan kebudayaan masyarakat AS.
Dalam laporan John Rofle menyebut "about the latter end of August" a Dutch ship brought in
"20 and odd Negroes". Terdapat beberapa sebab untuk dipercayai bahawa koloni pada
mulanya tidak menganggap orang Afrika pertama di Virginia sebagai hamba abdi (slave).
Sebaliknya menganggap mereka sebagai hamba (servant) untuk tempoh tertentu dan
dibebaskan sebagaimana kedudukan kaum hamba kulit putih yang lebih dikenali di kalangan
peladang-peladang. Walau bagaimanapun, buat sementara waktu tenaga hamba kulit putih
masih diutamakan sehingga tahun 1670an. Oleh kerana kadar gaji tenaga hamba kulit putih
menjadi tinggi, maka kini peladang-peladang tembakau beralih kepada tenaga kulit hitam
[negro Afrika).

Penduduk Eropah di Virginia telah membina masyarakat mereka bukan sahaja dengan
memeras tenaga hamba abdi yang diimport dari Afrika tetapi juga dengan menyerang
[menindas] penduduk peribumi Indian. Sir Thomas Dale merupakan pemimpin satu siri
serangan ke atas kumpulan suku Powhatan dalam tempoh dua tahun. Dalam satu
serangannya, Pocahontas, anak perempuan ketua suku tersebut telah berjaya diculik. Apabila
suku Powhatan enggan membayar tebusannya, lantas Pocahantas memeluk agama Kristian
dan berkahwin dengan John Rofle pada tahun 1614. Maka buat sementara waktu wujud
hubungan baik dengan suku peribumi tersebut sehingga kematian Powhatan. Abang kepada
Pocahantas bernama Opechancanough bangkit memberontak terhadap kaum kulit putih untuk
mempertahankan tanah suku Powhatan. Pada satu pagi bulan Mac tahun 1622, pasukan
Opechancanough telah menyerang petempatan orang kulit putih. Serangan tersebut telah
mengorbankan seramai 347 orang kulit putih termasuk John Rolfe. Orang kulit putih hanya
berjaya menundukkan suku Powhatan selepas lebih 20 tahun kemudian.

Keadaan hura-hara di Virginia ketika itu telah mengakibatkan Syarikat Virginia menjadi
muflis. Pada tahun 1624, raja James I telah menarik balik piagam syarikat dan meletakkan
koloni Virginia di bawah kawalan kerajaan mahkota (crown) sehingga tahun 1776. Di bawah
pentadbiran kerajaan mahkota, keamanan dan pembangunan ekonomi di Virginia dapat
dipulihkan.Sungguhpun sejak tahun 1624, Virginia muncul menjadi sebuah koloni yang
makmur, namun sejarah perkembangannya itu melibatkan masalah dan kos yang dahsyat.
Dalam sepanjang tempoh 17 tahun petempatan awal di Virginia, lebih kurang 8,500 orang
kaum kulit putih telah datang dan menetap di koloni tersebut. Pada tahun 1624, populasi telah
merosot menjadi 1,300 orang. Lebih kurang 80 peratus telah mengalami maut ataupun
meninggalkan koloni tersebut.

Maryland dan Rarisan Calverts


Sejarah petempatan koloni Maryland lebih mirip dengan koloni Virginia, jiran mereka di
selatan dari segi pengalamannya, tetapi berbeza dari segi asal usul kedatangan mereka.
Koloni ini diasaskan oleh George Calvert, merupakan Lord Baltimore yang pertama dan
seorang saudagar kaya. Beliau telah memeluk agama Kristian Katholik. Oleh kerana
penindasan berleluasa ke atas penganut Katholik oleh penganut Anglikan, yakni geraja rasmi
England ketika itu, maka beliau bercita-cita untuk menubuhkan sebuah koloni di benua
Amerika. Beliau telah meninggal dunia semasa masih berunding dengan raja England untuk
mendapatkan satu piagam yang membolehkannya menubuhkan sebuah koloni di daerah
Chesapeake. Akhirnya, Cecilius, anaknya yang menjadi Lord Baltimore yang kedua telah
menerima piagam tersebut pada tahun 1632.

Piagam Maryland amat menguntungkan waris Calvert bukan sahaja dari segi keluasan
kawasan yang meliputi Pennsylvania, Delaware dan Virginia pada hari ini tetapi ia memberi
hak kuasa mutlak kepada kaum keluarga tersebut untuk mentadbir kawasan tersebut. Beliau
dan pewarisnya diiktiraf menjadi "true and absolute lords and proprietaries" ke atas daerah
yang diduduki. Mereka hanya perlu membayar yuran tahunan kepada raja England.

Lord Baltimore telah menamakan adiknya, Leonard Calvert menjadi gabenor koloni yang
pertama. Pada bulan Mac 1634, dua buah kapal; Ark dan Dove telah belayar membawa
gabenor bersama sejumlah sekitar 200 dan 300 orang koloni lain menuju ke Maryland.
Mereka mudik jauh ke hulu Sungai Potomac dan membina sebuah petempatan di bahagian
timurnya. Mereka menamakan kampung tersebut sebagai St. Mary. Penduduk peribumi
Indian yang tinggal berjiran di kawasan tersebut dikatakan mesra dan menyediakan bekalan
makanan kepada penghijrah kulit putih tersebut. Sejak kedatangan mereka di tempat baru ini,
belum ada serangan peribumi Indian, tiada kolera dan tiada kebuluran berlaku.

Dengan wujudnya keadaan yang selesa di tempat baru ini, pewaris Clavert mula memikirkan
untuk menjemput ribuan penghijrah baru termasuk mereka yang menganut agama Protestan.
Kemasukan beramai-ramai ini sudah tentu menjamin kedudukan kewangan keluarga Calvert
untuk membayar yuran tahunan kepada raja England. Namun, perselisihan dan permusuhan
politik tidak dapat dielakkan di antara penganut minoriti Katholik dan penganut majoriti
Protestan. Pihak pemerintah Maryland, keluarga Calvert mula menyedari perlunya
mewujudkan sistem pentadbiran berbentuk perwakilan sebagaimana yang wujud di koloni-
koloni Amerika yang lain bagi menyelesaikan masalah permusuhan politik tersebut. Maka
pada tahun 1635, sebuah perhimpunan perwakilan diwujudkan dengan nama House of
Delegates untuk membincangkan masalah-masalah mereka. Walau bagaimanapun, gabenor
Calvert terus memegang kuasa mutlak dalam semua keputusan yang dibincangkan dalam
mesyuarat perwakilan Maryland.

Di samping itu, dengan kesedaran bahawa penganut Katholik akan sentiasa merupakan
kumpulan minoriti maka satu polisi persefahaman agama diluluskan pada tahun 1649, iaitu
Act Concerning Religion untuk menjamin kebebasan kepercayaan kepada semua aliran
Kristian di Maryland. Seperti Virginia, Maryland juga telah berkembang menjadi
pengeluaran tembakau yang kaya, dengan bantuan hamba kulit putih pada peringkat awalnya,
dan kemudian bergantung penuh terhadap tenaga hamba abdi yang diimport dari Afrika sejak
penghujung abad ke-17.

Virginia Bergolak
Menjelang pertengahan abad ke-17 koloni Virginia berupaya mengatasi malapetaka pada
peringkat awalnya Populasinya mula bertambah dan sektor ekonomi memberi keuntungan
serta semakin komplek. Tidak beberapa lama kemudian, permusuhan mula berlaku di
kalangan penduduk koloni untuk merebut pengaruh dalam pentadbirannya, terutamanya
dalam mempengaruhi polisinya terhadap penduduk peribumi Indian. Lebih kurang 30 tahun
lamanya Sir William Berkeley, gabenor yang dilantik oleh raja England telah mendominasi
politik koloni Virginia. Beliau berusia 36 tahun semasa dilantik pada tahun 1642 dan
berkhidmat sehingga tahun 1670an. Semasa pentadbiran awalnya, beliau berjaya membuka
kawasan pedalaman Virginia merentasi pergunungan Blue Ridge dan menyerang penduduk
Indian di kawasan tersebut pada tahun 1644. Peribumi Indian yang tewas akhirnya bersetuju
dalam satu perjanjian penetapan sempadan dengan petempatan kaum kulit putih di sebelah
barat pergunungan tersebut. Walau bagaimanapun, peningkatan pesat dalam populasi
Virginia telah menyebabkan kesukaran untuk mempertahankan kuatkuasa perjanjian tersebut.
Menjelang tahun 1650, populasi Virginia telah mencapai jumlah 16,000 orang, iaitu
peningkatan dua kali ganda populasinya pada 10 tahun yang lalu. Malah jumlahnya telah
meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun seterusnya, iaitu seramai 40, 000
orang pada tahun 1660. Untuk menjamin pendudukan kaum kulit putih di Virginia, pada
tahun 1652 mereka telah menubuhkan 3 buah county (pejabat daerah) secara
membelakangkan persetujuan perjanjian asal dengan peribumi Indian. Justeru itu,
pergolakkan politik antara koloni kulit putih dan kaum peribumi Indian tidak dapat dielakkan.

Dalam pada itu, Berkeley terus memperluaskan kawasan pengaruh dan menjadikan dirinya
sebagai pemerintah autokrat (berkuasa mutlak). Menjelang tahun 1670, pengundian
perwakilan dalam House of Burgesses yang diamalkan secara terbuka kepada semua kaum
kulit putih telah ditutup kepada semua tuan-tuan tanah. Pemilihan jarang dilakukan dan calon
perwakilan yang berkenan kepada Berkeley telah mendominasi politik Virginia dari tahun ke
tahun. Penduduk baru pula sama ada tidak diwakili langsung ataupun secara automatik akan
diwakili tanpa diberi peluang memilih calon perwakilan di kalangan mereka sendiri.

Kemarahan terhadap penguasaan gabenor dan peningkatan golongan aristokrat telah berlaku
dengan mantap di kawasan-kawasan baru [seringkali disebut sebagai black country] di
bahagian barat. Pada tahun 1676, perasaan marah di kalangan penduduk koloni telah
membawa kepada bentuk konflik besar di bawah pimpinan Nathaniel Bacon, seorang pemuda
aristokrat yang baru berhijrah ke Virginia pada tahun 1673. Bacon memiliki sebuah ladang
yang subur di barat dan juga merupakan ahli dalam majlis gabenor. Namun, beliau berbeza
dengan ahli-ahli majlis yang lain kerana beliau tidak bersetuju dengan konsep kuasa mutlak
yang dimiliki oleh gabenor, terutamanya dalam menangani polisi ke atas penduduk peribumi
Indian. Penduduk aristokrat yang mendiami kawasan jauh di pedalaman menghadapi
ancaman serangan peribumi Indian. Manakala, sebagai langkah mengelak permusuhan
dengan peribumi Indian maka gabenor Berkeley mengambil sikap tegas melarang kaum
aristokrat kulit putih menerokai kawasan baru untuk tujuan perluasan ekonomi pertanian
mereka. Dalam masalah yang sama juga, Bacon menghadapi perselisihan dengan Berkeley
berhubung tuntutan terhadap satu hak perdagangan bulu binatang dengan peribumi Indian
yang mana dimonopoli oleh gabenor sendiri.

Sebelum itu, pada tahun 1675 satu peperangan telah berlaku di bahagian barat Virginia antara
kaum kulit putih dan peribumi Indian. Bacon telah memohon bantuan ketenteraan daripada
Berkeley tetapi sebaliknya mengarah membina kubu-kubu di perbatasan sempadan barat
sahaja. Justeru itu, Bacon telah membentuk satu pasukan tenteranya sendiri daripada
kalangan penduduk dan pekerja ladang-ladang. Apabila menyedari keupayaan kepimpinan
Bacon boleh menjadi ancaman terhadapnya, maka Berkeley telah menolak permohonan
bantuan ketenteraannya. Namun Bacon telah meneruskan beberapa siri serangan ke atas
peribumi Indian tetapi segala usahanya itu tidak mencapai kejayaan. Sebaik sahaja Berkeley
mendapati Bacon menubuhkan pasukan tenteranya sendiri, Berkeley telah memecatnya dari
jawatan ahli majlis gabenor dan mengumumkan Bacon dan pengikutnya (tenteranya) sebagai
pemberontak. Oleh yang demikian, kini Bacon telah mengalihkan perhatian pasukan
tenteranya terhadap pemerintah Virginia. Maka meletus peperangan di antara kedua-dua
pihak yang bermusuhan, dikenali sebagai Bacon's Rebellion. Pada serangan pertama Bacon
telah menawan Jamestown, dan menerima perjanjian pengampunan kepada beliau dan
tenteranya. Tetapi apabila menyedari bahawa perjanjian itu merupakan muslihat Berkeley,
maka Bacon sekali lagi menyerang dan membakar bandar Jamestown. Berkeley telah berjaya
melarikan diri. Tidak beberapa lama kemudian, Bacon telah meninggal dunia akibat
mengidapi penyakit disenteri. Pada tahun berikutnya, Berkeley kembali dengan pasukan
tentera British untuk mengambil balik pemerintahnnya di Virginia. Dengan berat hati,
peribumi Indian telah menandatangani perjanjian baru dengan Berkeley untuk membuka
lebih banyak kawasan peribumi kepada kaum kulit putih.

Kuliah 4

KEMUNCULAN NEW ENGLAND

Bahagian utara wilayah Amerika Utara agak lambat menarik penduduk berbanding bahagian
selatannya. Ini adalah kerana Syarikat Plymouth tidak berjaya membina koloninya setelah
dianugerahkan piagam oleh putera James I pada tahun 1606. Sebaliknya syarikat tersebut
telah menaja satu kumpulan lain untuk menjelajah ke bahagian utara benua Amerika
sebagaimana menurut peruntukkan piagam tersebut. Kapten John Smith yang telahpun
berjaya memulihkan keadaan buruk di Jamestown telah belayar ke arah utara dan mendapati
wujud sebuah koloni di Plymouth. Dalam catatan pengalaman pelayarannya, beliau telah
menamakan tempat tersebut sebagai New England.
Penubuhan Plymouth
Perselisihan faham di kalangan golongan penganut gereja Puritan di England telah membawa
kepada kebangkitan golongan Sparatist di Scrooby. Pada tahun 1608, sebahagian golongan
pemisah yang tidak puas hati dengan amalan kepercayaan gereja induknya telah berhijrah
secara diam-diam ke Leyden, Holland. Sungguhpun harapan mereka berhijrah adalah untuk
mengamalkan kepercayaan agama mereka dengan bebas, tetapi mereka tidak dapat menjalani
kehidupan harian mereka dengan selesa kerana pekerjaan yang murah di Holland. Dalam
masa yang sama juga, anak-anak mereka mula bertutur bahasa Belanda, berkahwin dengan
orang Belanda dan meninggalkan gereja asal mereka. Akhirnya, ramai di kalangan golongan
Sparatists bercadang untuk berhijrah semula. Kali ini mereka bersedia untuk mengharungi
lautan Atlantik dengan harapan mendapatkan sebuah petempatan baru yang stabil,
masyarakat yang terkawal dan di mana mereka boleh bebas menyebarkan "the gospel of the
Kingdom of Christ in those remote parts of the world."

Pada tahun 1620, ketua kumpulan Sparatists di Srcooby telah mendapat kebenaran daripada
Syarikat Plymouth untuk menetap di Virginia dan juga mendapat jaminan rasmi daripada raja
England bahawa baginda berjanji "not molest them, provided they carried themselves
peaceably." Beberapa orang saudagar tempatan telah menghulurkan sumbangan dengan
syarat hak menikmati segala keuntungan pada penghujung tahun yang ketujuh. Oleh yang
demikian, golongan penghijrah ini memperkenalkan diri mereka sebagai Pilgrims. Mereka
telah mula belayar pada bulan September 1620 dari Plymouth dengan kapal Mayflower
bersama 35 orang Sparatists dan 67 orang "strangers" (bukan daripada pengikut aliran gereja
tersebut). Pada bulan November selepas satu pelayaran yang terlalu jauh dan lama, mereka
mula melihat daratan, iaitu pantai Cape Cod pada hari ini. Sebenarnya ia bukanlah matlamat
yang hendak dituju oleh mereka. Namun masa sudah terlambat untuk meneruskan pelayaran
pada penghujung tahun, khususnya untuk membuat persediaan menyambut perayaan
Krismas. Maka itu, mereka telah memilih sebuah tempat di bahagian utara teluk tersebut,
yakni tempat yang kapten John Smith pernah namakan sebagai Plymouth dalam peta yang
dilukisnya semasa pelayarannya ke New England dahulu. Sebelum mereka mendarat, satu
perjanjian yang dikenali sebagai Mayflower Compact telah dipersetujui di atas kapal oleh
semua individu dalam pelayaran tersebut. Perjanjian ini telah membawa kepada penubuhan
satu kerajaan awam di Plymouth. Maka pada 21 Disember 1620, merekapun mendarat di
pantai Plymouth Rock.

Pengalaman musin sejuk yang pertama adalah sangat sukar. Separuh daripada koloni ini telah
mati akibat kekurangan zat makanan, terdedah dan mengidapi penyakit. Namun koloni ini
terus kekal berikutan adanya bantuan daripada penduduk peribumi Indian yang mengajar
mereka untuk menanam jagung dan menangkap ikan. Selepas penuaian pertama pada musim
luruh, mereka telah menjemput penduduk peribumi Indian bersama-sama mengadakan
perayaan kesyukuran (Thanksgiving). Walau bagaimanapun, koloni ini tidak dapat
mengusahakan pertanian secara besar-besaran kerana keadaan tanah yang berpasir dan
berbatu, namun mereka berjaya membangunkan perdagangan ikan dan bulu binatang di
Plymouth. Penghijrah baru mula sampai dari England kemudian dan populasi Plymouth
meningkat kepada 300 orang pada tahun 1630.

Penduduk Plymouth telah memilih William Bradford menjadi gabenor mereka yang pertama
pada tahun 1621. Pada tahun tersebut beliau telah mendapat geran tanah daripada Majlis New
England, pewaris Syarikat Plymouth yang memiliki hak piagam ke atas daerah tersebut.
Sungguhpun beliau gagal mendapat piagam daripada raja England untuk membolehkan
koloninya, Pilgrims menubuhkan kerajaan sendiri, tetapi beliau telah memerintah dengan
jayanya tanpa berlaku campurtangan pihak kerajaan di London.

Koloni Pilgrims di Plymouth merupakan satu komuniti yang miskin. Sehingga pada tahun
1640an, mereka hanya memiliki sebuah bajak atau tenggala di kalangan mereka. Namun,
mereka pada keseluruhannya telah nekad untuk menjalani kehidupan sedemikian,
sebagaimana yang dituntut oleh ajaran kepercayaan agama mereka. Dari masa ke semasa
mereka mengakui sebagai model orang Kristian yang sebenar. Namun mereka kurang
menyedari tentang bagaimana pandangan orang lain, terutamanya jika dibandingkan dengan
kejayaan golongan aliran Puritan yang menduduki sebahagian besar koloni-koloni Inggeris
yang lain di sebelah utara mereka [utara Plymouth].

Percubaan di Teluk Massachussetts


Pergolakan politik di England pada tahun 1620an telah melahirkan dorongan yang kuat dalam
proses kolonialisasi di kalangan kumpulan aliran Puritan yang lain. Putera James I telah
menimbulkan keadaan huru hara berikutan usahanya menuntut divine right golongan istana
England ke atas rakyat, terutamanya golongan Puritan. Keadaan di England bertambah buruk
apabila baginda diganti oleh anaknya, Charles I pada tahun 1625. Raja Charles I dikatakan
bersikap lebih autokratik berbanding dengan ayahnya. Raja baru ini telah berusaha untuk
mengembalikan kepercayaan Roman Katholik di England dan membenteras semua aliran
kepercayaan yang lain. Para penganut Puritan menjadi sasaran utama polisi baginda. Ramai
yang telah ditangkap dan dipenjarakan. Malah baginda telah membubarkan Parlimen pada
tahun 1629 bagi memastikan tidak wujud golongan rakyat yang menentang politiknya.

Dalam suasana huru-hara ini, sekumpulan saudagar Puritan mula menyusun satu syarikat
perdagangan persendirian dengan matlamat untuk mencari peluang perdagangan di benua
Amerika Utara. Mereka mendapat satu geran tanah di New England, khususnya meliputi
Massachussetts dan New Hampshire pada hari ini. Dengan menyembunyikan indentiti aliran
kepercayaan sebenar, mereka telah berjaya mendapatkan piagam daripada raja Charles I yang
membenarkan mereka menubuhkan syarikat Massachusetts Bay Company dengan matlamat
untuk membina satu koloni di benua Amerika Utara. Pada tahun 1629, mereka sudah bersedia
untuk menghantar satu kumpulan besar koloni ke New England.

Walau bagaimanapun, sebahagian ahli syarikat Massachusetts Bay Company (MBC)


berpendapat bahawa syarikat ini sebenarnya mempunyai tujuan lain yang lebih penting
daripada tujuan asal, iaitu untuk menerokai perniagaan. Mereka telah menawar diri sendiri
menjadi migran dan cuba menjadikan New England sebagai tempat pemindahan penganut-
penganut Puritan. Setalah membeli semua saham ahli-ahli syarikat yang memilih untuk
menetap di England, para pemilik baru syarikat telah memilih seorang gabenor,
JohnWinthrop yang memimpin expedisi mereka ke New England. Expedisi telah dilancarkan
pada tahun 1630 dengan 17 buah kapal bersama 1,000 orang penghijrah yang kebanyakannya
terdiri daripada kumpulan keluarga. Ia merupakan expedisi penghijrah yang paling besar
jumlahnya yang pernah dibuat dalam satu masa pada sepanjang abad ke-17. Winthrop
membawa bersamanya sebuah piagam yang membenarkan hak bidang kuasa penuh kepada
syarikat MBC tanpa hubung kaitan dengan pihak kerajaan di England.

Sejak ketibaan mereka, para koloni di Massachusetts, New England telah membina beberapa
petempatan baru. Pelabuhan Boston yang terletak di muara Sungai Charles telah menjadi
bandar penting, tetapi dalam tempoh beberapa dekad seterusnya di sebelah bahagian timur
Massachusetts telah muncul beberapa buah bandar lain seperti, Charlestown, Newtown
(kemudian dinamakan Cambridge), Roxbury, Dorchester, Watertown, Ipswich, Concord,
Sudbury dan sebagainya. Justeru itu, syarikat MBC telah bertukar menjadi kerajaan kolonial
Massachusetts. Menurut peruntukkan dalam piagam asal, "freemen" (merujuk kepada lapan
orang pemilik saham syarikat) akan membentuk satu badan kerajaan koloni. Tetapi para
koloni telah mentafsirkan maksud "freemen" sebagai merujuk kepada semua warga lelaki
dalam koloni Massachusetts. Selama tiga tahun sejak kedatangan mereka di situ, Winthrop
dan rakan-rakan dalam syarikat telah mendominasi politik di teluk Massachusetts. Namun
pada tahun 1634 dan tiap-tiap tahun seterusnya, mereka terpaksa menerima hakikat
kewujudan sistem pilihanraya di koloni Massachusetts.

Tidak seperti kumpulan penghijrah Sparatists di Plymouth, kumpulan penghijrah Puritan di


Massachusetts tidak mempunyai tujuan mengasingkan diri dari gereja induk di England. Di
bandar-bandar lain, kumpulan-kumpulan gereja tidak terikat dengan asas dogma gereja
Anglikan, baik dari segi hirarki mahupun ritualnya. Sebaliknya mereka lebih bersifat
complete liberty to stand alone. Setiap gereja telah memilih pemimpin dan menubuhkan
prinsip-prinsip agama mereka sendiri tanpa perkaitan dengan Anglikan, yakni gereja
England. Kesannya, telah mewujudkan institusi Congregational church, iaitu institusi gereja
yang dikawal oleh jemaahnya (congregation) sendiri.

Kumpulan Puritan di Massachusetts dikatakan tidak zalim (grim) atau berduka (joyless),
sebaliknya tegas dan taat (pious) dalam amalan kegerejaan mereka. Mereka berusaha keras
untuk mencapai kehidupan yang sempurna dan mempunyai pandangan bahawa pencapaian
kejayaan dari segi material merupakan bukti kebaikan tuhan. Winthrop dan rakan-rakan
pengasas koloni Massachusetts memiliki kepercayaan bahawa mereka telah menemui sebuah
holy commonwealth, yakni satu model - "city upon a hill"- untuk dilihat dan ditauladani oleh
dunia lain yang dipandang sebagai kurop. Pada akhirnya, kesan daripada kerjasama yang
rapat antara golongan pemerintah dengan golongan pemimpin gereja maka kebebasan
beragama di Massachusetts telah lenyap, atau tidak seperti kebebasan yang dinikmati oleh
pengikut Puritan di England.

Seperti pengalaman yang diamali oleh petempatan-petempatan baru yang lain di benua
Amerika Utara, koloni di teluk Massachusetts juga telah mengharungi cabaran yang sukar
pada peringkat awalnya. Semasa musim dingin yang pertama pada tahun 1629-1630, hampir
200 orang telah meninggal dunia dan ramai yang lain telah berpindah ke tempat lain. Tetapi
koloni di sini telah membangun pesat menjadi makmur berbanding dengan koloni di
Jamestown. Golongan Pilgrims dan penduduk peribumi Indian yang berdekatan telah
membantu mereka dari segi makanan dan nasihat. Kumpulan migran yang datang kemudian
telah membawa banyak peralatan dan lain-lain keperluan. Dominasi kumpulan berkeluarga
dalam koloni Massachusetts (berbeza dengan koloni Jamestown) memberi jaminan wujudnya
perasaan komitmen terhadap komuniti dan kesedaran tata tertib di kalangan koloni, dan juga
jaminan populasi akan terus bertambah.

Pengembangan Petempatan
Petempatan orang Inggeris di Massachusetts tidak mengambil masa yang lama untuk
berkembang luas dari teluk Massachusetts ke lain-lain bahagian di New England dan lebih
jauh lagi. Sebahagian daripada penduduknya telah pindah kerana mencari mencari tanah yang
subur berbanding tanah berbatu-batan di sekitar bandar Boston. Manakala yang lainnya turut
berpindah keluar dari Massachusetts disebabkan dominasi golongan gereja dalam
pemerintahan. Terutamanya toleransi terhadap penduduk yang tidak mengamal ajaran Puritan
adalah terhad, dan ini menyebabkan tiada pilihan lain melainkan mereka terpaksa berpindah
ke tempat lain.

Sejak awal tahun 1630an lagi, lembah Sungai Connecticut yang terletak lebih kurang 100
batu dari Boston mula menarik perpindahan kumpulan keluarga koloni Inggeris tanpa
memperdulikan ancaman peribumi Indian dan tuntutan pihak kuasa penjajah Belanda ke atas
kawasan tersebut. Para penghijrah bukan sahaja tertarik dengan kesuburan tanah yang
terdapat di lembah Connecticut, malah berkesempatan untuk menjauhkan diri daripada
tekanan corak keagamaan yang terdapat di teluk Massachusetts. Pada tahun 1635, Thomas
Hooker, seorang paderi di bandar Newton (kini Cambridge) telah mengkritik pihak dasar
pemerintah Massachusetts. Ekoran daripada pada itu, beliau memimpin kumpulan pengikut
gerejanya untuk berpindah ke arah barat dan membina sebuah bandar baru yang diberi nama
Hartford. Empat tahun berikutnya, penduduk Hartford berserta penduduk di dua buah bandar
berdekatan telah menubuhkan sebuah kerajaan kolonial sendiri dan menubuhkan satu
perlembagaan yang dikenali sebagai Fundamental Orders of Connecticut. Perlembagaan ini
telah membentuk sebuah kerajaan Connecticut yang lebih mirip dengan bentuk kerajaan di
teluk Massachusetts. Tetapi kerajaan Connecticut memberi hak mengundi yang luas dan
jawatan kepada kaum lelaki. Kaum wanita tidak dibenarkan mengundi. Sementara itu, bandar
New Haven, sebuah koloni baru telah muncul di kawasan pantai Connecticut. Tidak seperti
Hartford, New Haven merupakan satu gambaran atau refleksi keadaan muram yang wujud di
Boston, iaitu penguasaan pihak gereja. Perlembagaan, Fundamental Articals of New Haven
yang ditubuhkan pada tahun 1639 adalah ditulis berdasarkan dogma ajaran kitab Bible
malahan dikatakan mengandungi peraturan yang lebih keras lagi berbanding dengan
perlembagaan di teluk Massachusetts. New Haven kekal independent hingga tahun 1662
apabila satu piagam diraja dianugerahkan kepada Hartford yang memberi hak kuasa
pemerintahan ke atas penduduk New Haven.

Petempatan orang Eropah di wilayah yang kini dikenali sebagai Rhode Island adalah kesan
daripada penentangan terhadap politik dan diskriminasi agama di bawah pimpinan Roger
William, seorang paderi muda yang tinggal di Salem, Massachusetts suatu ketika dahulu.
William merupakan salah seorang ahli Separatist telah menegur pihak gereja di
Massachusetts untuk memutuskan hubungan langsung dengan gereja induk di England.
Beliau juga mempunyai hubungan yang mesra dengan penduduk peribumi Indian, dan
berpandangan bahawa tanah diduduki oleh kaum kulit putih merupakan kepunyaan penduduk
peribumi Indian dan bukan kepunyaan raja England mahupun syarikat Massachusetts Bay
Company. Pihak pemerintah kolonial Massachusetts yang beranggapan William menjadi
seorang yang merbahaya kepada koloni telah membuat pengundian untuk mengusir beliau.
Namun beliau telah terlebih dahulu melarikan diri sebelum tindakan diambil terhadapnya.
Semasa kesejukan musim dingin pada tahun 1635-1636, beliau telah melarikan diri bersama
pengikutnya dengan bantuan peribumi Naragansett, dan telah membeli beberapa ekar tanah
daripada penduduk peribumi tersebut. Di atas tanah tersebut mereka membina sebuah bandar
baru yang diberi nama sebagai Providence. William beranggap dirinya sebagai pemilik
daerah tersebut dan memberi kebebasan penuh kepada semua pengikutnya untuk
mengamalkan kepercayaan masing-masing. Pada tahun 1644, selepas mendapat sebuah
piagam daripada parlimen England, beliau menubuhkan sebuah kerajaan untuk Providence
dan kawasan sekitarnya. Corak kerajaan yang ditubuhkan adalah mirip dengan kerajaan di
Massachusetts tetapi ia tidak menyekat undi ahli-ahli gereja dan mengenakan cukai untuk
kepentingan gereja. Buat seketika, Rhode Island merupakan satu-satunya koloni yang
membenarkan semua jenis aliran agama Kristian termasuk Judaisme mengamalkan
kepercayaan mereka dengan bebas.
Salah satu cabaran kepada perlaksaan peraturan agama di teluk Massachusetts adalah datang
daripada Anne Hutchinson, seorang wanita yang bijaksana dan berkarisma dari sebuah
keluarga di pinggir Boston. Hutchinson berpendapat bahawa setiap penganut agama boleh
berkomunikasi dengan tuhan secara langsung [sebagaimana yang telah beliau sendiri pernah
lalukan] dan boleh mendapat jaminan grace (kurnia) dan salvation (keselamatan) dari tuhan.
Ajaran sedemikian telah dianggap sebagai bidaah Antinomian yang menjadi ancaman serius
terhadap sistem kepercayaan gereja rasmi di Massachusetts ketika itu. Kepercayaan anjuran
Hutchinson ini mengakui bahawa kemampuan individu sendiri boleh mendapat revelation
(wahyu) dari tuhan secara langsung dan ini memberi implikasi bahawa para golongan
pemimpin gereja tidak diperlukan oleh seorang dalam cabaran mencari peluang keselamatan
(salvation) dirinya. Hutchinson juga menentang diskriminasi terhadap peranan kaum wanita
dalam masyarakat Puritan. Beliau bukanlah seorang isteri dan ibu yang bersara dan
dihormati, tetapi seorang tokoh agama yang berpengaruh dengan cara tersendiri.

Ketika pengaruh Hutchinson mula meningkat maka beliau pun mula menyampaikan khotbah
terbuka untuk mengkritik ahli-ahli gereja Massachusetts. Kesannya, pihak pemimpin gereja
di Massachusetts mula bertindak untuk menghalang beliau. Pada tahun 1638, beliau telah
disabit kesalahan menyebar bidaah dan menghasut, dan beliau dihukum buang daerah.
Bersama keluarga dan pengikutnya, beliau telah berpindah di satu tempat di teluk
Narragansett yang tidak jauh dari Providence. Kemudian beliau membawa keluarganya
berpindah ke New York di mana mereka telah terkorban dalam satu pemberontakan
penduduk peribumi pada tahun 1643.

Pengalaman Hutchinson telah memberi impak penting kepada petempatan di kawasan utara
teluk Massachusetts. New Hampshire dan Maine telah ditubuhkan pada tahun 1629 oleh dua
orang tuan tanah berbangsa Inggeris. Penduduk mula berhijrah ke kawasan utara ini sejak
bermulanya usaha promosi yang hebat hingga pada berlakunya huru-hara agama di teluk
Massachusetts. Pada tahun 1639, John Wheelwright, seorang pengikut Anne Hutchinson
telah memimpin sekumpulan rakan penganut yang lain berpindah ke Exeter, New Hampshire.
Kemudian jejak mereka telah diikut oleh kumpulan-kumpulan lain, termasuklah kumpulan
Puritan yang berfahaman ortodoks. Dalam pada itu, pihak Syarikat Massachusetts Bay
Company telah cuba untuk memperluaskan pengaruhnya ke atas seluruh wilayah di utara,
tetapi sebahagiannya sahaja yang berjaya dikuasai. New Hampshire telah menjadi koloni
tersendiri pada tahun 1679, tetapi Maine kekal sebagai sebahagian daripada Massachusetts
sehingga tahun 1820.

Koloni dan Peribumi


Orang kulit putih yang pertama membina petempatan di New England pada amnya telah
berjaya mewujudkan hubungan yang baik dengan penduduk peribumi Indian, malah
mempelajari banyak hal daripada mereka. Peribumi Indian telah mengajar koloni kulit putih
untuk bercucuk tanam seperti jagung, kacang, labu dan ubi kentang. Mereka juga mengajar
teknik pertanian huma seperti pembakaran tapak pertanian sekali setahun untuk menambah
kesuburannya dan menanam kacang untuk melindungi tanah yang subur daripada elemen
hakisan. Peladang-peladang kulit putih juga mendapat manfaat daripada tanah-tanah yang
telah dibersih dan ditinggalkan ataupun dijual oleh peribumi Indian. Para saudagar kulit putih
juga telah menggunakan orang Indian menjadi rakan kongsi dalam aktiviti perniagaan
mereka, terutamanya perniagaan bulu binatang di wilayah Amerika Utara. Sebenarnya,
perdagangan dengan orang Indian merupakan perintis kepada pengembaraan kaum kulit putih
di kawasan-kawasan Amerika Utara yang lain. Manakala terdapat juga kaum kulit putih yang
cuba memberi pendidikan agama dan budaya baru kepada kaum peribumi Indian. Misalnya,
mubaligh-mubaligh aliran Protestan telah berjaya mengkristiankan ramai peribumi, dan
segelintir yang telah diasimilasikan dalam masyarakat kaum kulit putih. Namun begitu, di
beberapa tempat lain di New England telah wujud keadaan huru-hara akibat permusuhan
antara kaum kulit putih dan peribumi Indian. Punca permusuhan adalah disebabkan
pencerobohan kaum kulit putih ke atas tanah dan wilayah petempatan peribumi Indian. Ciri
khusus yang menimbulkan beberapa konflik yang dahsyat berlaku adalah terletak pada sikap
pengikut Puritan itu sendiri terhadap peribumi Indian. Misalnya, pemimpin agama di New
England telah menyifatkan kaum peribumi sebagai ancaman terhadap cita-cita koloni untuk
menubuhkan sebuah komuniti yang suci di dunia baru mereka, terutamanya kemunculan
Roger William yang mengikat hubungan baik dengan peribumi. Justeru itu, imej orang Indian
yang dilihat sebagai "helpful neighbors" telah ditukar menjadi "heathens" dan "barbarian".

Pada tahun 1637, peperangan telah meletus antara penduduk kaum kulit putih di lembah
Connecticut dan kaum peribumi Indian dari suku Pequot dalam wilayah tersebut. Konflik ini
dikenali sebagai Peqout War, dan berakhir dengan kemusnahan teruk di pihak kaum peribumi
tersebut. Suku kaum Peqout dikatakan hampir lenyap akibat peperangan tersebut. Namun
peperangan yang paling dahsyat dalam tempoh abad ke-17 telah berlaku pada tahun 1675 di
antara kaum kulit putih dan kaum Indian dari suku Wampanoag. Konflik ini dikenali sebagai
King Philip's War. Kaum Wampanoag telah dipimpin oleh Metacomet, atau lebih dikenali
sebagai 'King Philip' di kalangan kaum kulit putih. Kebangkitan Metacomet adalah
disebabkan oleh isu pencerobohan kaum kulit putih ke atas tanah peribumi dan pelaksanaan
undang-undang mereka ke atas peribumi Indian. Sebelum itu, sebuah mahkamah di Plymouth
telah bertindak menjatuhkan hukuman gatung sampai mati terhadap beberapa orang
Wampanoag atas kesalahan membunuh salah seorang ahli kaum mereka sendiri.

Selama tiga tahun, kaum peribumi melancarkan beberapa siri serangan ke atas penduduk
kaum kulit putih di bandar-bandar Massachusetts, mengorbankan satu ribu penduduk
termasuk lebih kurang sejumlah satu perenam orang lelaki kulit putih di koloni tersebut.
Namun kaum kulit putih mula mampu mengatasi serangan kaum peribumi sejak tahun 1676.
Para pemimpin Massachusetts mula melatih pemandu dan pengintip daripada suku kaum
peribumi yang lain termasuk suku kaum Mohawk yang berjaya menyerang dan menembak
mati Metacomet, malah memenggal kepalanya untuk dihadiahkan kepada para pemimpin
kolonial. Walau bagaimanapun, tanpa kebangkitan Metacomet tersebut, perhubungan baik
antara kaum kulit putih dan kaum peribumi sudah pasti musnah, dan kaum kulit putih akan
membinasakan kaum peribumi seterusnya.Namun, kemenangan di pihak koloni tidak
bermakna tamatnya acaman ke atas petempatan mereka. Ini adalah kerana suku kaum
peribumi Indian yang lain boleh menjadi musuh dan lawan mereka di medan peperangan
seterusnya. Malah bukan sahaja koloni Inggeris menghadapi ancaman dari kaum peribumi,
tetapi juga dari kuasa penjajah Belanda dan Perancis yang bercita-cita menguasai kebanyakan
wialayah di benua Amerika. Koloni Inggeris juga menghadapi ancaman berbentuk pakatan,
misalnya hubungan baik kuasa Perancis dengan suku kaum Algonquins. Pada tahun-tahun
kemudian, kuasa Perancis dikatakan membantu rancangan pemberontakan suku kaum Indian
di perbatasan New England.

Kuliah 5
PEMULIHAN KOLONIAL

Menjelang akhir tahun 1630an, penduduk Inggeris telah menubuhkan 6 buah koloni yang
merintis kepada penubuhan 13 buah original state republik Amerika Syarikat, iaitu Virginia,
Massachusetts, Maryland, Connecticut, Rhode Island dan New Hampshire. Walau
bagaimanapun, hampir 30 tahun selepas Lord Baltimore menerima piagam untuk Marlyand
pada tahun 1632, tidak pernah ada lagi koloni baru Inggeris dibina di Amerika. Sebelum itu,
keadaan huru-hara terus berleluasa di tanahair England menyebabkan bermula aliran migrasi
masyarakat England ke Amerika pada awal tahun 1630an.

Perang Saudara Inggeris


Raja James I ternyata tidak popular atau tidak disenangi oleh sebilangan besar rakyat
England. Penentangan terhadap dasar pemerintahan baginda terus meningkat hingga
kematiannya pada tahun 1625, tetapi baginda tidak pernah melancarkan serangan secara
terbuka terhadap parlimen England. Pemerintahan diteruskan oleh puteranya, raja Charles I,
dan pemerintahan baginda dikatakan lebih zalim berbanding ayahnya dahalu. Raja Charles I
telah membubarkan parlimen pada tahun 1629 dan mewujudkan pemerintahan monarki
berkuasa mutlak. Dengan kuasanya, baginda memerintah untuk menangkap dan menghukum
bunuh sebilangan besar rakyatnya, terutamanya penganut ajaran Puritan. Keadaan ekonomi
yang teruk telah menyebabkan baginda mengambil langkah menghidupkan semula parlimen
pada tahun 1640. Kerajaan England telahpun mengalami kesuntukkan wang pada ketika itu,
maka parlimen perlu diwujudkan semula supaya dapat menggubal dan melaksanakan satu
sistem cukai yang baru. Namun begitu, hakikatnya baginda belum bersedia untuk menerima
sebarang dasar oleh parlimen dan ini menyebabkan baginda terpaksa menggantikan ahli-ahli
parlimen sebanyak dua kali setahun. Pada tahun 1642, bekas ahli-ahli parlimen yang dipecat
telah menubuhkan angkatan militari untuk menentang pemerintah raja Charles I. Maka
bermulalah pertentangan secara terbuka antara Cavaliers - penyokong kerajaan monarki
England dan Roundheads - penyokong parlimen England, yang dikenali sebagai 'perang
saudara Inggeris' atau 'perang sivil Inggeris'. Kebanyakan penyokong parlimen terdiri
daripada penganut Puritan.

Pertentangan antara Cavaliers dan Roundheads telah berlarutan selama tujuh tahun. Pada
tahun 1647, pasukan Roundheads telah berjaya menewaskan pasukan Cavaliers. Raja Charles
I telah ditangkap dan dihukum pancung. Pemimpin Roundheads, Oliver Cromwell telah
menjadi pemerintah 'protector' ke atas England. Apabila Cromwell meninggal dunia pada
tahun 1658, waris pemerintahan gagal mengekalkan kuasanya. Dua tahun kemudian, putera
raja Charles I telah muncul dari persembunyian untuk menuntut haknya ke atas takhta
England. Peristiwa penawanan semula takhta England adalah dikenali sebagai Stuart
Restoration. Putera Stuart menjadi raja England dengan gelaran raja Charles II.

Antara kesan-kesan penting daripada proses pemulihan monarki England adalah


penyambungan semula kolonialisasi di Amerika. Raja Charles II telah menawarkan
pengawai-pegawai istana yang jujur bersama geran-geran tanah untuk menerokai benua
Amerika. Selama 25 tahun tempoh pemerintahnya, baginda telah meluluskan empat piagam
untuk koloni baru, iaitu Carolina, New York, New Jersey dan Pennsylvania. Kesemua koloni
baru tersebut merupakan hak milik penerokanya yang menjadi tuan-tuan tanah, sebagaimana
ciri-ciri hak pemilikan yang wujud di Maryland (berbeza dengan Virginia dan
Massachusetts). Keadaan ini berlaku kerana syarikat-syarikat persendirian tidak lagi berminat
untuk terlibat dalam bentuk perniagaan yang tidak menjaminkan keuntungan yang segera
kepada mereka di seberang laut, khusus benua Amerika. Manakala koloni-koloni baru
tersebut mempunyai matlamat khusus, iaitu untuk membina petempatan tetap yang akan
menyediakan tanah dan kuasa kepada peneroka-peneroka.

Koloni Carolina
Carolina, satu nama yang berasal dari perkataan Latin membawa maksud "Charles"
merupakan sebuah lagi koloni baru, terbentuk daripada geran asal Virginia. Pada tahun 1663
dan 1665, Charles II telah menghadiahkan piagam-piagam kepada lapan orang tuan tanah
untuk berkongsi hak ke atas kawasan yang luas meliputi dari selatan ke semenanjung Florida
hingga ke laut Pasifik. Mereka juga menerima hak kuasa mutlak ke atas geran mereka
sebagaimana yang dimiliki oleh Lord Baltimore di Maryland. Mereka menyimpan kawasan
tanah yang luas untuk menjadi milik sendiri dan yang lain-lain diagih-agihkan mengikut satu
sistem headright (hak setiap individu), iaitu satu sistem yang mirip dengan sistem yang
diamalkan di Virginia dan Maryland, dengan syarat para pemilik (penduduknya) akan
membayar cukai tahunan yang ditetapkan. Peneroka-peneroka awal merupakan penganut
aliran gereja Anglikan, tetapi mereka kemudiannya menjemput penganut-penganut aliran lain
untuk berhijrah ke Carolina. Hakikatnya, kebebasan beragama telah termaktub dalam piagam
malah jaminan kebebasan berpolitik dan hak mengadakan perhimpunan perwakilan bagi
tujuan menubuhkan undang-undang mereka sendiri. Dengan demikian, mereka juga berharap
dapat menarik penduduk dari lain-lain koloni di Amerika untuk berhijrah masuk dan untuk
mengelakkan kos membiayai ekpedisi-ekpedisi dari England.

Walau bagaimanapun, usaha sebenar mereka untuk mendapat keuntungan dari petempatan di
Carolina adalah tidak berjaya. Beberapa peneroka yang awal segera meninggalkan
petempatan mereka dan kebanyakan daripada tuan-tuan tanah ketika itu beranggapan bahawa
penerokaan ke atas Carolina tidak akan berjaya. Namun, salah seorangnya bernama Anthony
Ashley Cooper tidak berpendapat sedemikian. Beliau telah menyakinkan tuan-tuan tanah
yang lain agar menghentikan usaha menarik penghijrah dari koloni-koloni lain, sebaliknya
membiayai ekpedisi-ekpedisi dari England ke Carolina. Pada musim bunga tahun 1670,
ekpedisi yang pertama telah membawa seramai 300 orang. Namun hanya seramai 100 orang
yang selamat sampai ke Carolina. Mereka membina Port Royal, sebuah petempatan di
kawasan pantai Carolina. Sepuluh tahun yang berikutnya, koloni Carolina ini telah membina
sebuah bandar yang terletak di persimpangan Sungai Ashley dan Sungai Cooper. Pada tahun
1690, bandar ini menjadi ibu bandar kepada koloni Carolina dan dinamakan bandar Charles
Town (dinamakan kemudian menjadi Charleston).

Dengan bantuan John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris yang terkenal, Cooper (ketika itu
bergelar Earl of Shaftesbury) telah mendrafkan sebuah perlembagaan baru, Fundamental
Constitution untuk koloni Carolina pada tahun 1669, iaitu dalam usahanya untuk membentuk
sebuah masyarakat yang tersusun rapi. Perlembagaan ini membahagikan kawasan koloni
kepada beberapa daerah (County) dengan keluasan yang sama dan membahagikan daerah
kepada lot-lot kawasan. Kebanyakan lot kawasan akan diperuntukkan kepada golongan yang
menjadi tuan-tuan tanah (menurut piagam asal) bergelar seigneur; golongan aristokrat
tempatan (terdiri daripada lapisan sederhana bergelar landgrave atau cacique) akan mendapat
beberapa lot; dan golongan orang biasa (digelar leet-men) akan menerima jumlah lot yang
sedikit. Manakala lapisan yang terbawah dalam masyarakat ini, iaitu golongan kaum kulit
putih miskin yang tidak mempunyai hak berpolitik, dan golongan hamba abdi keturunan
Afrika yang tidak mempunyai hak peribadi. Hak bersuara dalam parlimen kolonial adalah
didominasi oleh kaum tuan-tuan tanah, aristokrat dan pemilik-pemilik tanah yang lain
berdasarkan ukuran saiz pemilikan tanah masing-masing.
Namun, pada hakikatnya pembangunan yang berlaku di Carolina tidaklah mengikut wawasan
yang diilhamkan oleh Shaftesbury dan Locke. Terutamanya, tidak wujud keadaan yang
benar-benar mengambarkan perpaduan di kalangan penduduknya. Dari segi sosial dan
ekonomi, wujud perbezaan yang ketara antara petempatan di bahagian utara dan selatan
koloni tersebut, malah jauh terpisah antara satu sama lain. Aktiviti penduduk di bahagian
utara bergantung kepada aktiviti pertanian kecil-kecilan di kawasan hutan pedalaman.
Mereka tidak mampu untuk menggunakan tenaga hamba abdi, pendek kata mereka hidup
dalam kemiskinan. Manakala penduduk di bahagian selatan pula merupakan masyarakat yang
makmur dengan mengusahakan tanah yang subur dan berhampiran dengan pelabuhan Charles
Town. Pelabuhan ini membolehkan mereka mempromosikan hasil-hasil ekonomi mereka.
Penduduk di sini juga memiliki struktur lapisan sosial yang didominasi oleh masyarakat
aristokrat. Petempatan-petempatan telah berkembangan luas di sepanjang Sungai Ashley dan
Sungai Cooper. Ini merupakan kemudahan semulajadi yang banyak memyumbang kepada
pengembangan aktiviti perdagangan beras, yakni sumber pendapatan utama koloni ini sejak
awal tahun 1660an lagi.

Sejak awal lagi penduduk bahagian selatan Carolina telah membina hubungan perdagangan
yang rapat dengan masyarakat Eropah di Kepulauan Caribbean, terutamanya Pulau Barbados.
Dalam tempoh 10 tahun petempatan di Carolina, majoriti penduduk baru merupakan orang
Barbadian (keturunan Eropah), yakni dari Barbados. Mereka juga membawa bersama
sejumlah besar pekerja kaum kulit hitam dan berjaya memajukan diri menjadi tuan-tuan tanah
yang berpengaruh di Carolina. Dengan penghijrahan ini telah memperkenalkan dan
memperluaskan ekonomi perhambaan dalam masyarakat di Carolina.

Dalam beberapa dekad seterusnya, Carolina merupakan koloni yang paling tidak aman antara
koloni Inggeris di Amerika. Wujud pertelingkahan yang berlarutan antara sekumpulan kecil
kaum petani dalam daerah Albemarle di utara dengan kumpulan petani kaya di selatan. Di
samping itu, wujud pertelingkahan antara kaum Barbadian di selatan Carolina dengan
sekumpulan tuan-tuan tanah di sekeliling mereka. Selepas kematian Lord Shaftesbury,
pemerintah seterusnya tidak dapat mengekalkan kuasanya menyebabkan penduduk koloni
berjaya mengambil-alih kuasa pemerintah di Carolina pada tahun 1719. Pada 10 tahun
kemudian, raja England telah membahagikan wilayah Carolina kepada dua koloni, iaitu
North Carolina dan South Carolina.

New Netherland dan New York


Pada tahun 1664, raja Charles II telah menganugerahkan geran ke atas semua jajahan di
antara Sungai Connecticut dan Sungai Delaware kepada saudaranya putera James, Duke of
York. Walau bagaimanapun, geran tersebut telah mendapat tentangan hebat daripada syarikat
Massachusetts Bay Company dan kuasa penjajah Belanda. Syarikat ini menuntut hak ke atas
beberapa daerah, manakala kuasa Belanda menuntut hak ke atas seluruh jajahan berkenaan
dan mengekalkan pendudukan di wilayah jajahan mereka, New Amsterdam dan beberapa
lokasi strategik yang lain.

England dan Netherland merupakan dua kuasa ekonomi yang telah bermusuhan sekian lama
di Eropah, dan kini meluaskan permusuhan mereka di benua Amerika. Dalam pada itu, pihak
Belanda memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan antara koloni-koloni
Inggeris di selatan dan utara Amerika. Pada tahun 1664, angkatan laut Inggeris di bawah
pimpinan Richard Nicolls telah menyerang kuasa Belanda di New Amsterdam dan memaksa
gabenor Belanda, Peter Stuyvesant untuk menyerah diri. Beberapa tahun kemudian, iaitu
pada tahun 1673 kuasa Belanda telah menawan semula New Amsterdam. Namun, pada tahun
1674 mereka telah tewas dan terus meninggalkan koloni tersebut buat selamanya.

Dengan pemergian kuasa Belanda, kini Duke of York dapat mengukuhkan hak kuasa ke atas
daerahnya Beliau telah menamakan New Amsterdam menjadi New York. Selain daripada
orang Inggeris dan kaum peribumi Indian, penduduk New York juga terdiri daripada orang
Belanda, Scandinavia, Jerman, Perancis dan ramai kaum hamba abdi Afrika yang telah
diimport atau peninggalan kuasa Belanda (Dutch West Indian Company). Dalam
melaksanakan pemerintahnya ke atas koloni New York, putera James telah melantik seorang
gabenor dan menubuhkan sebuah majlis gabenor tetapi tiada peruntukan untuk mewujudkan
dewan perwakilan.

Kuasa pemerintahan dan pemilikan hartanah di koloni New York adalah terbahagi tidak sama
rata antara golongan tuan-tuan tanah keturunan Inggeris, Belanda, saudagar bulu binatang
dan penyokong Duke of York. Kebanyakan tanah telah dianugerahkan kepada para
penyokong setianya. Menjelang tahun 1685, ketika Duke of York dimahkota menjadi raja
England, James II penduduk koloni New York telah mencapai jumlah sekitar 30,000 orang.
Namun begitu, New York merupakan salah satu koloni Inggeris yang paling tidak aman di
Amerika.

Tidak beberapa lama selepas putera James menerima gerannya daripada Charles II, beliau
telah menyerahkan sebahagian besar tanah di selatan New York kepada dua penyokong
kuatnya, Sir John Berkeley dan Sir George Carteret. Carteret telah menamakan daerahnya
sebagai New Jersey. Walau bagaimanapun, penerokaan mereka di New York kurang
menguntungkan dan menyebabkan Berkeley menjual sebahagian haknya pada tahun 1674.
Koloni ini telah terbahagi kepada dua wilayah, itu East Jersey dan West Jersey yang saling
bertelingkahan sehingga tahun 1702 apabila sebahagian besar koloni ini bersatu menjadi
sebuah koloni diraja (kerajaan England).

Sebagaimana dengan koloni New York, New Jersey mempunyai penduduk berbilang kaum
dan agama, tetapi mempunyai pemerintah kolonial yang lemah dalam usaha untuk
melaksanakan kawalan ketat ke atas masyarakatnya yang berpecah-belah. Namun begitu,
tidak seperti di New York, masyarakat di New Jersey kebanyakannya terdiri daripada lapisan
petani kecil-kecilan dan tidak wujud lapisan tuan-tuan tanah yang sangat kaya. Tambahan
pula New Jersey tidak mempunyai sebuah bandar yang terpenting malah tiada pelabuhan
semulajadi.

Koloni Masyarakat Quaker


Kemunculan koloni Pennsylvania adalah atas usaha kumpulan pedatang Inggeris beraliran
agama Protestan yang mencari sebuah petempatan yang terasing untuk meneruskan sistem
sosial mereka sendiri. Kumpulan ini telah muncul pada pertengahan abad ke-16 di bawah
pimpinan George Fox, seorang pengusaha kilang kasut di Nottingham dan Margaret Fell.
Para pengikut mereka mula dikenali sebagai Quaker, ekoran ajaran Fox menuntut perasaan
takut kepada nama tuhan di kalangan pengikutnya (tremble at the name of Lord). Tidak
seperti aliran Puritan, masyarakat Quaker menolak kepercayaan terhadap takdir
(predestination) dan dosa semulajadi (original sin). Menurut kepercayaan mereka juga
bahawa semua manusia mempunyai kehormatan (dignity) diri dan hanya perlu belajar
memeliharanya, dan semua boleh mencapai keselamatan. Golongan Quaker juga berbeza
dengan golongan Puritan dari segi layanan terhadap kaum perempuan, iaitu tanggungjawab
yang sama rata dalam lingkungan gereja mereka.
Masyarakat Quaker tidak mempunyai sesebuah badan pemerintah gereja yang rasmi dan
bangunan gereja traditional, tetapi bergantung kepada perjumpaan dari rumah ke rumah. Oleh
itu mereka tidak perlu mempunyai dan membiayai seorang pemimpin agama atau paderi.
Mereka memimpin ritual doa secara bergilir-gilir. Maka untuk mengelak perbezaan kelas dan
gender, mereka merujuk sesama mereka dengan panggilan thee dan thou (saudara), yakni
istilah yang biasanya digunakan oleh masyarakat Inggeris apabila bercakap dengan golongan
hamba atau golongan bawahan. Mereka juga anti-peperangan dan tidak akan terlibat dalam
peperangan. Oleh kerana penindasan terhadap mereka di England, Quaker mula berhijrah ke
Amerika, iaitu ke New England dan Carolina. Ramai di kalangan mereka bercita-cita untuk
mendapatkan sebuah koloni mereka sendiri, tetapi mereka gagal mendapat geran atau piagam
dari kerajaan.

Akhirnya, mereka bernasib baik apabila beberapa orang kaya dan berpengaruh dalam politik
England telah memeluk agama mereka. Salah seorangnya ialah William Penn, yakni anak
seorang tokoh angkatan laut England ketika itu, Sir William Penn yang memiliki tanah yang
luas di Ireland. Disebabkan oleh penentangan ayahnya terhadap golongan Quaker, Penn telah
memeluk ajaran tersebut. Beliau aktif menjalankan aktiviti penyebaran ajaran tersebut dan
menyebabkan dia kerap kali ditangkap atau dipenjarakan. Akhirnya beliau menawarkan
dirinya untuk berkhidmat dengan George Fox dalam satu rancangan untuk membina sebuah
koloni Quaker di Amerika.

Pada permulaannya, Penn sendiri telah pergi meninjau New Jersey, di mana separuh daripada
kawasannya telah menjadi milik dua orang ahli Quaker pada tahun 1674 (dibeli dari
Berkeley). Namun pada tahun 1681, iaitu selepas kematian ayahnya, Penn telah mendapat
lebih banyak geran tanah yang amat bernilai daripada raja England. Penn mewarisi semua
tuntutan hutang oleh ayahnya daripada raja England. Raja Charles telah membayar hutang
baginda dengan menyerahkan geran tanah ke atas kawasan yang luas dari New York dan
Maryland, yakni di mana Penn menjadi tuan tanah dan pemerintahnya. Dengan desakan
daripada raja England, maka Penn telah menamakan kawasannya sebagai Pennsylvania
sempena nama ayahnya.

Hasil usaha promosi yang jujur dan pengetahuan yang luas, Penn berjaya menjadikan
Pennsylvania terkenal dan paling harmoni antara semua koloni Inggeris di Amerika. Ramai
penghijrah-penghijrah baru dari Eropah amnya, memilih untuk menetap di koloni ini. Dengan
kesuburan tanah dan cuaca yang sederhana, dan perancangan yang teliti oleh Penn,
Pennsylvania telah membangun dengan pesat. Walau bagaimanapun, perkembangan yang
pesat itu dikatakan tidak memberi keuntungan yang besar kepada Penn dan kaum kerabatnya.
Hakikatnya, pada penghujung hayatnya, Penn telah dipenjarakan di England kerana masalah
hutang hingga meninggal dunia pada tahun 1718.

Namun demikian, Penn merupakan seorang yang kuat berusaha, malah lebih gigih daripada
seorang penganjur hartanah ketika itu. Beliau sendiri telah meneroka Pennsylvania sehingga
menganggap hasil usahanya itu sebagai holy experiment. Pada tahun 1682, beliau telah
belayar ke Pennsylvania untuk meninjau pemandangannya dari luar, iaitu di antara Sungai
Delaware dan Sungai Schuylkill di mana letaknya sebuah bandar yang diberi nama oleh
beliau menjadi Philadelphia (Brotherly Love). Konsep rekabina segiempat bujur bandar ini
telah menjadi model corak pembinaan kebanyakan bandar-bandar lain di Amerika kemudian.
Penn bukan sahaja akan mengakui tuntutan kaum peribumi Indian ke atas tanah-tanah dalam
lingkungan kawasannya, malah juga enggan mengambil tindakan keras terhadap mereka.
Manakala penduduk peribumi sangat menghormati Penn, dan pendek kata, dalam tempoh
hayat pemerintahan Penn di Pensylvania, tidak pernah terjadi pertentangan yang besar antara
koloni dan peribumi Indian.

Namun, ini tidak bermaksud, konflik tidak berlaku langsung dalam koloni Pennsylvania.
Misalnya, pada akhir tahun 1690an, sebagian penduduknya mula bangkit menentang
penguasaan Penn dan kaum kerabatnya. Terutamanya, penduduk di bahagian kawasan selatan
Pennsylvania mengadu bahawa pihak pemerintah tidak memperdulikan kebajikan mereka.
Tekanan daripada kumpulan penduduk tersebut terus meningkat sehinggalah Penn bersetuju
menubuhkan sebuah Charter of Liberties (piagam kebebasan) kepada koloni pada tahun 1701,
iaitu pada saat-saat akhir sebelum beliau berangkat ke England buat selamanya. Piagam ini
telah memberi kuasa kepada daerah-daerah kecil dalam koloni untuk menubuhkan dewan
perwakilan masing-masing. Pada tahun 1703, ketiga-tiga daerah telah menubuhkan dewan
perwakilan sendiri dan kesan telah membawa kepada pemisahan Delaware menjadi sebuah
koloni tersendiri, tetapi masih dibawah pemerintahan gabenor Pennsylvania sehingga ke
zaman Revolusi Amerika (1775-1776).

Penubuhan Georgia
Sebelum tahun 1733 atau beberapa dekad selepas pemulihan beberapa koloni yang lain,
sebuah lagi petempatan Inggeris yang baru telah muncul dan merupakan koloni Inggeris yang
terakhir di Amerika, iaitu Georgia. Ia tidak mempunyai pengalaman yang sama dengan
koloni-koloni Inggeris yang lain. Georgia tidak muncul kerana inisiatif sesebuah syarikat
ataupun tuan-tuan tanah. Malah ia juga tidak disebabkan oleh tujuan mencari keuntungan
perdagangan dan agama. Peneroka pertama di Georgia dipimpin oleh Jeneral James
Oglethorpe yang bermotifkan militari dan belas kasihan. Mereka mahu membina pertahanan
di sempadan South Carolina untuk menghalang perluasan kuasa Sepanyol dari arah selatan
Amerika, dan mereka juga ingin menyediakan sebuah petempatan kepada kaum orang
Inggeris yang miskin untuk memulakan kehidupan baru.

Keperluan untuk menubuhkan sebuah militari yang kukuh di South Carolina amat kritikal
awal pada tahun 1700an bagi menghalang perluasan penduduk Sepanyol dari Florida.
Permusuhan antara orang Inggeris dan Sepanyol telah berlarutan sejak orang Inggeris
menubuhkan koloni di Jamestown. Apabila peperangan telah meletus di Eropah antara
England dan Spain pada tahun 1701 (dikenali sebagai Queen Anne's War di England dan
sebagai War of the Spanish Succession di benua Eropah), perang turut berlaku antara kedua-
dua pihak bermusuh di Amerika. Perang ini telah berakhir pada tahun 1713, tetapi
permusuhan antara kedua-dua pihak bagi melingdungi kepentingan masing-masing di benua
Amerika terus berlaku.

Oglethorpe, yang menjadi wira dalam perang di Eropah berpandangan bahawa perlunya
menubuhkan pengkalan pertahanan Inggeris di South Carolina. Beliau dikatakan tidak
berminat untuk menubuhkan sebuah koloni Inggeris di Amerika, tetapi berhasrat untuk
mencari sebuah tempat yang selamat kepada masyarakat miskin, terutamanya bekas-bekas
banduan di England untuk memulakan kehidupan baru di Amerika. Beliau berharap
masyarakat ini bukan sahaja boleh menjadi kaum petani malah menjadi askar kepada
petempatan baru tersebut.

Pada tahun 1732, raja George II telah menganugerahkan sebuah piagam kepada Oglethorpe
dan rakan-rakannya. Piagam ini memberi hak ke atas kawasan antara Sungai Savannah dan
Sungai Altamaha. Beliau sendiri telah memimpin expedisi pertama ke Georgia dan membina
sebuah pengkalan di muara Sungai Savannah pada tahun 1733. Kemudiannya membina
pengakalan yang lain di Sungai Altamaha. Rakan-rakannya melatih para penghijrah dalam
bidang ketenteraan. Pengagihan tanah-tanah dilakukan secara teratur, bersaiz kecil dan
tertumpu di sesuatu kawasan sahaja dengan harapan ia dapat memberi pertahanan yang kukuh
daripada ancaman Sepanyol dan peribumi Indian. Amalan perhambaan kaum kulit hitam
tidak benarkan, minuman arak rum adalah diharamkan, kepercayaan agama Roman Khatolik
tidak dibenarkan, dan perniagaan dengan peribumi adalah dikawal dengan peraturan-
peraturan yang ketat. Semua langkah-langkah ini bertujuan untuk mengelakkan wujud
sebarang bentuk pertentangan atau mewujudkan musuh di masa hadapan. Walau
bagaimanapun, pada akhirnya cuma segelintir sahaja banduan dilepaskan dan dihantar ke
Georgia. Keadaan ini menyebabkan rakan-rakan Oglethorpe membawa masuk ramai
golongan pedagang dan semiman dari dari England dan Scotland serta pelarian agama dari
Switzerland dan Jerman.

Dengan wujudnya undang-undang yang ketat telah menyumbang kepada pembangunan yang
pesat pada tahun-tahun awal di koloni Georgia. Penduduknya mula memerlukan tenaga kerja
dan memohon hak untuk membeli hamba abdi. Malah mereka mula menentang kuasa mutlak
pemeritahan Oglethorpe dan rakan-rakannya. Kesannya ramai yang mula berhijrah ke South
Carolina di mana undang-undangnya kurang ketat. Akhirnya Georgia telah menghapuskan
undang-undang pengharaman perhambaan dan arak. Pada tahun 1751, pemerintah Georgia
telah menyerah balik hak kuasa ke atas Georgia kepada kerajaan England. Raja England telah
membenarkan satu pilihanraya bagi mewujudkan dewan perwakilan di Georgia. Sejak itu,
Georgia terus membangun seiring dengan South Carolina secara perlahan-lahan berbanding
dengan lain-lain koloni Inggeris di wilayah selatan Amerika Utara..

Kuliah 6

PENGEMBANGAN EMPAYAR

Koloni Inggeris di Amerika telah terbentuk daripada projek-projek yang berlain atau
berasingan (asal-usul dan pengalaman yang berlainan), dan sebahagian besarnya telah
mengalami pembangunan sendiri dengan sedikit hubungan atau kawalan dari tanahair,
London. Menjelang pertengahan abad ke-17, dengan meningkatnya kejayaan penerokaan ke
atas benua Amerika Utara telah menimbulkan tekanan di England untuk menyeragamkan
struktur empayarnya.

Desakan Untuk Penyusunan Semula


Menurut tuntutan yang dibuat, penyusunan semula adalah perlu untuk menjaminkan kejayaan
sistem perdagangan, yakni asas ekonomi orang Inggeris. Di jajahan baru, dalam usaha untuk
memenuhi matlamat perdagangannya, kerajaan England telah mengambil keputusan untuk
menghalang penglibatan orang asing (bukan Inggeris) dalam jaringan perdagangan
kolonialnya. Tindakan seumpama juga telah diambil oleh kuasa Sepanyol, iaitu mewujudkan
sistem monopoli perdagangan. Namun, keputusan ini telah menjadi benih konflik atau
menimbulkan permusuhan kerana ramai penduduk koloni telah membina hubungan
perdagangan yang lebih menguntungkan ketika itu dengan orang Sepanyol, Belanda, dan
Perancis. Justeru itu, mereka pasti akan menentang sebarang campurtangan dalam aktiviti
tersebut.

Kerajaan Inggeris mula membuat peraturan perdagangan kolonial pada tahun 1650an apabila
Parlimen meluluskan undang-undang melarang kemasukan kapal dagang Belanda ke koloni
Inggeris di Amerika. Seterusnya parlimen telah meluluskan tiga Akta Pelayaran (Navigation
Acts) yang penting. Pertamanya, pada tahun 1660 sebuah Akta Pelayaran diluluskan untuk
menutup pintu semua koloni kepada kapal pedagang asing melainkan kapal dagang Inggeris,
dan mensyaratkan hasil tembakau dan lain-lain barangan yang dieksport dari koloni Inggeris
hanya dihantar ke England ataupun mana-mana jajahan Inggeris yang lain. Keduanya, pada
tahun 1663, Akta Pelayaran mengenakan peraturan ke atas semua jenis barangan yang import
dari Eropah ke koloni Inggeris adalah tertakluk kepada sistem cukai England. Barang dagang
harus terlebih dahulu dikenakan cukai di England sebelum dihantar ke koloni Inggeris di
Amerika Utara. Ketiganya, pada tahun 1673, Akta Pelayaran yang diluluskan adalah untuk
mengenakan duti ke atas aktiviti perdagangan di kawasan pantai koloni, terutamanya dengan
perlantikan pegawai kastam untuk menguatkuasakan akta tersebut. Akta ini, bersama-sama
dengan pindaan dan tambahan yang dibuat kemudiannya telah menjadi asas peraturan dalam
sistem perdagangan England di Amerika untuk tempoh lebih kurang satu abad berikutnya.

Penguasaan New England


Sebelum penubuhan Akta Pelayaran tersebut, semua kerajaan koloni (kecuali Virginia,
sebuah 'koloni diraja' (royal colony) dengan seorang gabenor dilantik oleh raja England) telah
beroperasi secara sendiri dengan campurtangan yang minima dari kerajaan England. Setiap
koloni melantik gabenor sendiri melalui pengundian di kalangan pemilik tanah ataupun
golongan penduduk kaum lelaki di sesebuah koloni, dan mereka juga mempunyai kuasa
dewan perwakilan masing-masing yang efektif. Kerajaan di London berpendapat bahawa
untuk menambahkan kawalannya ke atas semua koloni di Amerika, maka satu langkah yang
berlainan dan terasingan daripada pemikiran kerajaan koloni perlu dilakukan.

Pada tahun 1675, raja England telah menubuhkan satu badan, dikenali Lords of Trade
(Lembaga Perdagangan) untuk merangka cadangan pemulihan empayar. Berdasarkan nasihat
badan tersebut, pada tahun 1679 raja England mula bertindak mengambil langkah untuk
meningkatkan kawalannya ke atas Massachusetts, yakni merupakan koloni yang paling
defiant (degil atau ingkar) antara semua koloni di Amerika. Baginda telah melucutkan kuasa
pemerintahan Massachusetts ke atas New Hampshire dan menubuhkan sebuah piagam
berstatuskan royal colony dan baginda sendiri akan melantik seorang gabenor untuk New
Hampshire. Sementara itu, baginda berusaha mencari langkah yang sah bagi memansuhkan
piagam yang dimiliki oleh Massachusetts dengan harapan menjadikan koloni tersebut sebagai
sebuah royal colony. Tidak beberapa lama kemudian, baginda mula yakin untuk mengambil
tindakan terhadap Massachusetts, iaitu apabila badan Massachusetts General Court
(Mahkamah Am Massachusetts) telah menafikan hak kuasa Parlimen England untuk
meluluskan undang-undang ke atas koloni di Amerika. Akhirnya, pada tahun 1684 raja
England telah berjaya memansuhkan piagam Massachusetts.

Adik kepada raja Charles II, raja James II yang menaiki takhta pada tahun 1685 dikatakan
berusaha meneruskan dasar pemerintahan yang sedia ada. Baginda telah membentuk
kekuasaan atau dominion New England, iaitu dengan menggabungkan kerajaan
Massachusetts dengan kerajaan koloni yang lain dalam lingkungan wilayah New England.
Kekuasaan ini telah diperluaskan ke atas New York dan New Jersey kemudian. Baginda telah
memansuhkan semua dewan perwakilan yang sedia wujud di koloni berkaitan dan melantik
seorang gabenor, Sir Edmund Andros untuk mentadbir seluruh wilayah dari pejabatnya di
Boston. Oleh kerana sikap dan tindakan beliau yang tegas serta menafikan hak asasi
penduduk berketurunan Inggeris telah menyebabkan pemerintahan Andros tidak disenangi.

Revolusi Agung (Glorious Revolution)


James II bukan sahaja kehilangan sahabat di Amerika,malah telah mewujudkan musuh yang
sangat kuat dan ramai di England ekoran perlakasanaan pemerintah secara autokratik ke atas
parlimen dan mahkamah serta melantik sahabat yang seiman (agama khatolik) ke jawatan
yang tinggi. Menjelang tahun 1688, baginda mula kehilangan sokongan ramai dan ini
memberi peluang kepada parlimen menjemput anak perempuannya, Puteri Mary yang
beragama protestan dan suaminya, Putera William of Orange yang memerintah negara
Netherland (Holland) untuk merampaskan takhta England. Oleh itu, James II tidak dapat
mempertahankan tahktanya lalu lari menyelamatkan diri ke Perancis. Dengan kejayaan satu
tindakan rampasan kuasa yang tidak melibatkan pertumbahan darah ini telah dikenali sebagai
Glorious Revolution. William dan Mary telah menjadi pemerintah bersama.

Apabila penduduk koloni di bandar Boston mengetahui berita penggulingan raja James II di
England, mereka segera bertindak menjatuhkan viceroy (wizurai) di New England. Andros
telah ditangkap dan dipenjarakan. Pemerintahan baru di London telah menyambut baik
tindakan mengguling Andros dan serta merta memansuhkan dominion New England untuk
memberi laluan kepada penubuhan kerajaan koloni masing-masing. Namun, apa yang berlaku
adalah sebaliknya. Mereka tidak berbuat seperti yang diharapkan oleh kerajaan di London.
Pada tahun 1691, mereka telah menyatukan kerajaan Massachusetts dengan Plymouth untuk
menjadi sebuah koloni diraja. Sebuah piagam baru dianugerahkan untuk menghidupkan
semula Mahkamah Am tetapi memberi hak kuasa kepada raja untuk melantik gabenornya.
Piagam tersebut juga telah memansuhkan prinsip keahlian berdasarkan gereja kepada
keahlian berdasarkan pemilikan harta sebagai asas hak mengundi dan menjawat jawatan
kerajaan.

Selama ini Andros telah menjalankan pemerintahnya di New York melalui peranan seorang
lieutenan gabenor, Kapten Francis Nicholson yang menikmati sokongan daripada golongan
peniaga dan pedagang bulu binatang yang kaya dalam wilayah New England. Manakala
golongan lain, seperti petani, mekanik, peniaga kecil dan peruncit telah menjadi mangsa
penindasan pemerintahan Nicholson dan penyokongnya. Kepimpinan di New York telah
mendapat tentangan kuat daripada Jacob Leisler, seorang imigran dan saudagar kaya dari
Jerman. Beliau telah berkahwin dengan anak perempuan sebuah keluarga orang Belanda yang
berpengaruh tetapi kedudukan beliau sebagai golongan kelas pemerintah masih tidak diiktiraf
oleh Nicholson. Pada bulan Mei 1689, ketika berita mengenai kemenangan Revolusi Agung
di England dan kejatuhan Andros di Boston sampai ke pengetahuan penduduk New York,
Leisler terus menubuhkan sebuah angkatan militia dan menawan bandar pelabuhannya
menyebabkan Nicholson terpaksa melarikan diri, dan Leisler mengisytihar diri menjadi ketua
pemerintah baru bagi kerajaan New York. Beliau mengambil masa selama dua tahun untuk
menstabilkan kuasanya daripada sebarang kemungkinan penentangan. Pada tahun 1691,
apabila putera Willian dan puteri Mary melantik seorang gabenor ke New York, Leisler terus
bangkit menentangnya Namun akhirnya beliau akur, tetapi kesempatan ini telah diguna oleh
musuh politik untuk mengheret beliau ke muka pengadilan kemudian. Beliau telah dituduh
dan didapati bersalah atas kesalahan treason (khianat) lalu dihukum bunuh. Sejak itu,
persengketaan yang sengit antara penyokong Leisler dan anti-Leisler (dikenali Leislerians
dan anti-Leislerians) telah mendominasi arena politik di New York dalam tempoh tahun
seterusnya.

Di Maryland, ramai penduduknya salah tanggapan apabila mendapat berita meletusnya


Revolusi Agung bahawa pemegang amanah mereka, Lord Baltimore yang beragama Katholik
dan tinggal di England telah memihak kepada raja Katholik James II untuk menentang
William dan Mary. Maka pada tahun 1689 John Coode, seorang penganut agama Protestan
dan pemimpin golongan penentang pemerintahan Lord Baltimore telah bangkit memimpin
satu pemberontakan di Maryland dan berjaya menghalau pegawai-pegawai Lord Baltimore.
Pemberontak telah menghantar permohonan ke London untuk mendapatkan piagam baru agar
Maryland diterima atau diisytiharkan menjadi sebuah royal colony. Pada tahun 1691,
kerajaan William dan Mary telah memansuh hak amanah Lord Baltimore ke atas Maryland.
Dengan itu, koloni telah mengisytiharkan Church of England menjadi agama rasmi dan
menutup jawatan kerajaan kepada penganut Katholik. Namun demikian, pada tahun 1715
Maryland telah kembali semula menjadi proprietary colony setelah Lord Baltimore Kelima
memeluk agama Anglikan.

Dapat dirumuskan bahawa Revolusi Agung yang berlaku pada tahun 1688 di England telah
memulakan revolusi, terutamanya tanpa melibatkan pertumbahan darah dalam beberapa
koloni Inggeris di Amerika. Di bawah pemerintahan raja William dan ratu Mary, kerajaan
perwakilan yang telah dimansuhkan oleh raja James II dahulu telah dihidupkan semula, dan
skim penyatuan kuasa koloni dari atas telah dimansuhkan. Walau bagaimanapun, Revolusi
Agung bagi pandangan rakyat koloni Inggeris di Amerika bukanlah satu perjuangan untuk
menuntut ataupun satu kejayaan pemerintahan kerajaan sendiri oleh koloni. Misalnya, di New
York dan Maryland kebangkitan pemberontakan adalah bertujuan untuk menghapuskan
pemerintah yang kurop dan mengatasi masalah pengasingan agama pada peringkat tempatan,
dan bukanlah bertujuan menangani masalah pada empayar. Ini dapat dijelaskan, iaitu setelah
tamatnya revolusi maka kedua-dua koloni tersebut telah membenarkan peningkatan kuasa
kawalan pemerintah di London, atau bukan sebaliknya. Menjelang penghujung abad ke-17
atau sebelum abad pertama petempatan orang Inggeris di Amerika berakhir, koloni telah
mula berkembang pesat menjadi sebahagian daripada sistem imperial atau empayar England

Kuliah 7

POPULASI KOLONIAL

Sementara petempatan terus berkembang dan ekonomi semakin makmur di Amerika Utara,
beberapa perbezaan cara hidup telah wujud antara koloni. Masyarakat baru Amerika adalah
berbeza daripada masyarakat England yang telah berusaha untuk membina masyarakat
mereka atau serupa di 'dunia baru'. Hakikatnya, corak masyarakat di beberapa kawasan
Amerika Utara merupada satu campuran berbagai kumpulan masyarakat. Orang Amerika
sedar dan mengakui mempunyai persamaan yang secukupnya untuk membolehkan mereka
bergabung dan membentuk sebuah negara, namun perbezaan antara wilayah terus menjadi
faktor pembentuk masyarakat Amerika di sepanjang sejarah mereka.
Selepas beberapa permulaan hidup di Jamestown dan Plymouth, populasi penduduk Inggeris
-bukan peribumi India di Amerika Utara telah berkembang dengan pesat melalui migrasi
yang berterusan dan pertambahan semulajadi. Sehingga penghujung abad ke-17, immigran
Eropah dan Afrika telah mengatasi jumlah populasi peribumi di sepangang pantai Atlantik.
Segelintir penghijrah terawal adalah terdiri daripada ahli kaum kerabat kelas atasan
(aristokrat) Inggeris, tetapi sebahagian besar populasi kolonial yang terawal merupakan orang
Inggeris biasa. Di kalangan mereka adalah termasuk segelintir kelas menengah Inggeris yang
mula terbentuk, pedagang yang bermigrasi disebabkan oleh faktor agama atau perdagangan
ataupun kedua-duanya, dan yang kebanyakan populasi merupakan golongan buruh Inggeris.
Di samping itu, ramai juga yang telah berhijrah ke Amerika secara sendiri, seperti kumpulan
Pilgrims yang datang ke New England membawa kelaurga, membayar kos pelayaran sendiri
dan menetap di tanah mereka sendiri. Namun di Chesapeake, lebih kurang tiga perempat
orang immigrannya yang datang pada abda ke-17 adalah terdiri daripada hamba berhutang.

Hamba Berhutang (Indenture Servitude)


Sistem perhambaan sementara merupakan satu amalan yang berasal dari England. Lelaki dan
perempuan yang muda adalah terikat dengan seseorang tuan untuk jangka waktu yang
ditetapkan, biasanya antara 4 hingga 5 tahun sebagai pertukaran kepada kos tambang, makan
dan penginapan semasa pelayaran ke Amerika. Selepas menamatkan tempoh perkhidmatan
yang ditetapkan, hamba lelaki akan mendapat pakaian, peralatan kerja dan tanah, tetapi pada
realitinya, ramai yang menamatkan perkhidmatan mereka tanpa apa-apa habuan. Secara
kasaranya, sejumlah satu perempat hamba berhutang di Chesapeake adalah kaum perempuan.
Mereka bekerja sebagai pembantu rumah dan biasanya mereka akan terus berkahwin setelah
tempoh perkhidmatan telah tamat kerana jumlah lelaki yang lebih ramai daripada perempuan
di wilayah tersebut. Kebanyakan hamba berhutang telah datang ke koloni di Amerika secara
sukarela, namun ada juga yang terpaksa berhijrah. Sejak awal tahun 1617, kerajaan England
telah menghantar ramai pesalah sosial ke Amerika untuk dijual menjadi hamba berhutang.
Kerajaan England juga telah menghantar ramai banduan yang ditangkap semasa perang
dengan orang Scotland dan Ireland pada tahun 1650an, serta yatim piatu (orphans), kutu jalan
(vagrants) dan orang bangsat-miskin (paupers). Lain-lain immigran secara paksaan
merupakan mangsa penipuan atau penculikan oleh pelabur dan penganjur yang korupsi.

Menjelang akhir abad ke-17, populasi hamba berhutang telah menjadi salah satu elemen yang
terbesar dalam populasi dan telah membentuk masalah sosial yang serius di koloni Amerika.
Ramai bekas hamba berhutan telah menjaya membangun diri mereka menjadi petani,
pedagang dan seniman. Ramai yang perempuan telah berkahwin dengan lelaki yang kaya.
Yang lainnya, terutamanya kaum lelaki kebanyakannya mereka tiada tanah, pekerjaan,
keluarga dan prospeks. Kebanyakan mereka ini menetap di Chesapeake, terutamanya kaum
lelaki muda-bujang, dan kebiasaannya mereka gemar terlibat dalam beberapa siri
pemberontakan di koloni seperti Pemberontakan Bacon. Buruh-buruh bebas ini akan
mendapat tanah atau kerja dan membina keluarga masing-masing, tetapi mereka tidak akan
menetap lama di sesuatu tempat. Mereka kerap kali berpindah dari satu tempat ke tempat lian
untuk mencari peluang hidup yang lebih menguntungkan.

Bermula pada tahun 1670-an, berlaku kemerosotan pada kadar kelahiran dan pemulihan
keadaan ekonomi di England telah mengurangkan tekanan terhadap usaha mencari tenaga
lelaki dan perempuan untuk migrasi ke Amerika, dan justeru itu, aliran keluar hamba
berhutang telah merosot. Mereka yang berlayar ke Amerika sebagai hamba berhutang pada
amnya cuba mengelakkan untuk sampai ke koloni di selatan, di mana kerja yang dibuat
adalah teruk dan peluang untuk membaiki hidup adalah tipis. Justeru itu, di Chesapeake tuan
tanah terpaksa mula bergantung kepada hamba abdi Afrika sebagai sumber tenaga kerja
utama.

Kelahiran dan Kematian


Walaupun immigrasi merupakan sumber utama pertambahan populasi ketika itu, tetapi faktor
jangka panjang yang terpenting kepada pertambahan populasi di kolonial adalah
kemampuannya untuk berkembang sendiri. Tanda perkembangan kadar populasi telah
bermula di New England dan koloni Altantik tengah pada separuh akhir abad ke-17. Selapas
tahun 1650an, perkembangan secara semulajadi telah menjadi sumber terpenting kepada
pertambahan populasi di kawasan tersebut. Populasi New England telah meningkat sebanyak
empat kali ganda pada separuh akhir abad ke-17. Ini bukan sahaja kerana setiap keluarga
mempunyai bilangan anak yang ramai, malah kerana jangka hayat di New England adalah
agak tinggi, iaitu mencapai 30 tahun berbanding dengan koloni yang lain dan tanahair asal-
England.

Keadaan berubah agak lambat di wilayah selatan. Kadar populasi yang tinggi di Chesapeake
tidak mengalami kemerosotan sehingga pertengahan abad ke-18 sebagaimana yang berlaku di
koloni yang lain. Sepanjang abad ke-17, purata jangka hayat kaum lelaki di wilayah tersebut
adalah lebih tinggi, iaitu mencapai 40 tahun. Manakala kaum perempuan mempunyai jangka
hayat yang lebih rendah. Satu dalam setiap empat bayi telah meninggal pada usia kanak-
kanak dan separuh daripadanya telah meninggal sebelum mencapai usia 20 tahun. Kanak-
kanak yang terus hidup biasanya telah kehilangan seorang atau kedua-dua orang tua mereka
sebelum mereka mencapai usia dewasa. Janda, duda dan yatim piatu telah membentuk
sebahagian besar populasi Chesapeake. Hanya selepas penduduk menghasilkan pelalian
terhadap penyakit tempatan, terutamanya malaria jangka hayat telah terus meningkat.
Pertambahan populasi adalah tinggi di wilayah Chesapeake, tetapi kebanyakannya adalah
kesan daripada immigrasi.

Pertambahan populasi secara semulajadi pada abad ke-17 adalah kebanyakan kesan daripada
pemulihan keseimbangan antara jumlah lelaki dan perempuan di koloni-koloni. Pada tahun
awal petempatan, lebih daripada tiga perempat populasi kaum kulit putih di Chesapeake
terdiri daripada kaum lelaki. Malah di New England, sejak dari awal lagi telah menarik
perhatian ramai kaum keluarga (maka lebih ramai perempuan) berbanding koloni di selatan,
iaitu lebih 60 peratus daripada jumlah penduduknya merupakan kaum lelaki pada tahun 1650.
Walau bagaimanapun, secara beransur-ansur kaum perempuan mula migrasi ke koloni di
selatan dan berlaku pertambahan kadar kelahiran yang pada anggar kasar telah
mengimbangan bilangan lelaki dan perempuan, dan juga peningkatan nisbah jantina.
Menjelang akhir abad ke-17, populasi lelaki dan perempuan di semua koloni Amerika telah
semakin seimbang.

Wanita dan Keluarga


Kepentingan untuk menghasilkan lebih ramai tenaga manusia dalam masyarakat Amerika
pada abad ke-17 mempunyai kesan yang signifikan terhadap kaum perempuan baik dari segi
status dan kitaran hidup mereka. Min nisbah jantina yang tinggi memperlihatkan ramai kaum
perempuan yang terus membujang dalam tempoh yang panjang. Purata perempuan keturunan
Eropah di Amerika telah berkahwin untuk pertama kali pada usia 20 tau 21 tahun, yakni lebih
muda atau awal berbanding di England.

Di Chesapeake, jangka hayat yang tinggi telah menyebabkan struktur tradisi kekeluargaan
patriakal tradisi ala England, iaitu suami dan bapa mempunyai memiliki kuasa ekonomi,
malah bersifat diktator mengawal semua urusan isteri dan anak-anak, sukar untuk dikekalkan.
Oleh kerana hanya segelintir keluarga terus mengekalkan tradisi tersebut, corak kuasa
kekeluargaan yang rigid itu mula mengalami perubahan dan seksual yang longgar semakin
meningkat berbanding di England dan lain-lain tempat di Amerika. Oleh kerana kebanyakan
hamba berhutang yang dilarang untuk berkahwin sehingga menamatkan tempoh
perkhidmatan mereka, perlakuan seksual sebelum kahwin adalah lumrah. Lebih daripada satu
pertiga perkahwinan di Chesapeake berlaku setelah pengantin perempuan sudahpun hamil.
Kanak-kanak luar nikah akan dipisahkan daripada ibunya untuk dijadikan hamba berhutang
pada usia yang terlalu muda.

Kaum perempuan di Chesapeake rata-rata hanya menghabiskan hayat mereka dengan


menjaga anak. Purata kehamilan isteri adalah pada setiap dua tahun. Mereka yang hidup lebih
lama akan menghasilkan purata anak seramai lapan orang, (tetapi boleh mencapai 5 orang
yang telah meninggal semasa usia kanak-kanak). Faktor selepas bersalin merupakan punca
kebanyakan kaum perempuan meninggal, dan hanya sedikit yang dapat terus hidup untuk
melihat anak mereka menjadi dewasa.

Walau bagaimanapun, kaum perempuan di wilayah-wilayah selatan mempunyai kelebihan


tertentu. Oleh kerana kaum lelaki mereka adalah lebih ramai berbanding perempuan, mereka
mempunyai pilihan untuk mencari suami. Oleh kerana perempuan pada amnya akan
berkahwin pada usia yang lebih muda daripada lelaki, maka mereka juga hidup lebih panjang
berbanding dengan suami mereka. Janda ditinggalkan bersama anak dan tanggungjawab
mengurus ladang dan lain-lain kerja berat, tetapi signifikasinya telah memberi mereka kuasa
ekonomi. Walau bagaimanapun, jarang sekali mereka terus menjanda dalam tempoh yang
lama. Wujud corak kekeluargaan yang kompleks oleh kerana kebanyakan janda telah
berkahwin dengan lelaki yang duda.

Menjelang awal abad ke-18, ciri demografi di Chesapeake mula mengalami perubahan,
termasuk aspek semulajadi dan struktur keluarga. Jangka hayat telah meningkat dan hamba
berhutang semakin pupus. Pertambahan semulajadi mula menjadi sumber utama pertambahan
populasi kaum kulit putih. Nisbah jantina semakin seimbang. Salah satu kesan daripada
perubahan ini adalah kehidupan kaum kulit putih di wilayah tersebut menjadi lebih senang.
Kesan yang lain ialah kaum perempuan kehilangan kebanyakan kuasa mereka sebagaimana
jumlah mereka yang sedikit dahulu telah berikan. Sementara keluarga berkembang dengan
stabil, corak kuasa tradisi kaum lelaki mula pulih. Menjelang pertengahan abad ke-18, corak
kekeluargaan patriakal mula wujud di wilayah selatan.

Di New England, di mana lebih ramai immigran telah tiba bersama keluarga dan kadar
kematian telah menurun dengan cepat, serta struktur keluarga adalah lebih stabil berbanding
di Chesapeake dan lebih bersifat tradisional. Oleh kerana nisbah jantina adalah kurang
seimbang, kebanyakan lelaki terus membujang. Sedangkan di Chesapeake, perkahwinan
berlaku dalam usia yang muda membolehkan kaum perempuan melahirkan anak lebih ramai
hingga mencapai usia lebih 30 tahun. Walau bagaimanapun, berbeza dengan wilayah-wilayah
di selatan, kanak-kanak di wilayah utara (dengan purata saraan sebuah keluarga antara 6 dan
7 orang anak) boleh terus hidup hingga dewasa dan mempunyai keluarga yang stabil. Sedikit
perempuan di New England yang menjadi janda, yakni disebabkan suami yang telah
meninggal dunia sahaja.

Semakin panjang umur di New England bermaksud orang tua mempunyai masa lebih untuk
menentukan masa depan anak-anak mereka berbanding dengan kaum orang tua di wilayah
selatan. Sungguhpun begitu terdapat segelintir anak telah berjaya mendapatkan pasangan
hidup masing-masing tanpa dipengaruhi orang tua Namun kaum lelaki yang baru mendiri
rumahtangga bergantung kepada orang tua (ayah) untuk mengusahakan tanah ladang.
Manakala kaum perempuan pula perlu mendapatkan mas kahwin daripada orang tua untuk
berkahwin dengan suami pilihan sendiri. Implikasi daripada pengawalan ketat oleh orang tua
ke atas anak mereka dapat mengurangkan kadar kehamilan luar nikah berbanding dengan
keadaan di wilayah selatan. Malah dalam daerah beberapa komuniti Puritan di New England,
kadar kehamilan sebelum nikah adalah tinggi, yakni sebanyak 20 peratus.

Ajaran Puritan amat menekankan nilai murni institusi keluarga, bukan sahaja prinsip ekonomi
malah prinsip agama. Kaum perempuan memainkan peranan terpenting kerana kedudukan
sebagai isteri dan ibu amat tinggi dalam komuniti Puritan. Dalam pada itu, ajaran Puritan juga
sedikit sebanyak cuba mengekalkan kuasa multak kaum lelaki dan mengekalkan status kaum
perempuan pada tahap rendah. Seorang isteri diharapkan untuk memenuhi segala keperluan
suaminya. Sungguhpun keadaan sedemikian berlaku, namun kaum perempuan memainkan
peranan amat penting dalam aspek ekonomi keluarga. Mereka terus terlibat penuh dalam hal
perladangan, rumahtangga dan lain-lain.

Rumusan, bahawa kehidupan keluarga penduduk di Chesapeake semakin bercorak patriakal


pada abad ke-17 hingga awal abad ke-18. Keluarga di New England berkembang dengan
amat perlahan. Ciri populasi kolonial yang lain adalah seperti, petempatan semakin
berkembang ke dalam daerah komuniti Puritan, kuasa gereja semakin berkurangan dan anak-
anak lelaki mula mengasingkan diri daripada kawalan orang tua, dan pembahagian kuasa
yang rigid dalam keluarga mula lenyap antara generasi dan antara jantina.

Permulaan Hamba Abdi di Amerika Utara


Permintaan terhadap tenaga hamba abdi kaum kulit hitam untuk menampung keperluan buruh
di kawasan wilayah selatan telah bermula sejak bermulanya petempatan koloni di situ. Walau
bagaimanapun, pembekalan tenaga hamba abdi kaum Afrika ini masih tidak popular lagi di
koloni Inggeris di Amerika pada hingga menjelang akhir abad ke-17. Perdagangan hamba
abdi telah bermula di rantau kepulauan Caribbeans dan juga koloni Inggeris di selatan.
Menjelang akhir abad ke-17, aktiviti perdagangan hamba abdi telah tersebar ke wilayah
Amerika Utara.

Perdagangan hamba abdi terus meningkat dengan pesat sehingga diharamkan pada abad ke-
19. Dikatakan bahawa aktiviti perdagangan hamba abdi yang berleluasa sejak akhir abad ke-
17 telah mengabikatkan seramai 11 juta orang keturunan Afrika dibawa masuk secara paksa
ke Amerika Utara dan Selatan, termasuk Kepulauan Carribean. Dalam anggaran pada akhir
abad ke-18, didapati populasi hamba abdi adalah lebih ramai daripada orang Eropah.
Hakikatnya, peluang perdagangan hamba abdi yang menguntung ini telah mendorong ketua
pribumi Indian di kawasan pantai Afrika menyerang dan menawan seluruh anggota musuh
mereka untuk dibawa ke pelabuhan dan dijualkan menjadi hamba abdi. Mereka dikurung
dalam ruang tengah kapal dalam keadaan yang sesak dan dirantai sepanjang pelayaran jauh
ke Amerika Utara. Mereka diberi makanan dan minuman yang minima. Kaum perempuan
seringkali menjadi mangsa rogol dan lain-lain gangguan seksual. Ramai juga yang akan mati
disebabkan penyiksaan fizikal dan kebuluran. Mayat mereka akan dibuang ke dalam laut.
Pedagang akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi ruangan kapalnya dengan hamba abdi
demi memperolehi keuntungan maksima di pasaran Amerika.
Walau bagaimanapun, benua Amerika Utara bukanlah destinasi yang penting kepada
perdagangan hamba abdi Afrika pada ketika awalnya. Permintaan yang tinggi wujud di
kepulauan Carribeans dan Brazil. Hanya sekadar 5 peratus bekalan hamba abdi dibawa ke
koloni Inggeris di Amerika Utara. Hakikatnya, hamba abdi yang terawal dibawa ke koloni
Inggeris di Amerika Utara adalah datang dari kawasan India Barat. Hanyalah pada tahun
1670an, perdagangan hamba abdi secara langsung dari Afrika telah bermula. Namun, ketika
itu perdagangan tersebut masih secara kecil-kecilan tetapi dengan harga yang sangat mahal,
terutamanya dimonopoli oleh syarikat Royal African Company dari England.

Tahun 1697 merupakan titik bersejarah populasi kaum kulit hitam di Amerika, yakni dengan
kejatuhan monopoli Royal African Company. Kini perdagangan hamba abdi telah terbuka
untuk persaingan, harga telah jatuh dan jumlah bekalan semakin bertambah. Pada tahun 1700,
terdapat lebih kurang 25 ribu hamba abdi Afrika menetap di koloni Inggeris Amerika Utara.
Ini merupakan sebanyak 10 peratus daripada jumlah populasi bukan peribumi Indian di benua
tersebut. Namun, kerana kebanyakan hamba abdi kulit hitam ini tertumpu di koloni wilayah
selatan maka jumlah mereka sudahpun mengatasi jumlah kaum kulit putih di beberapa
daerah. Di samping itu, terdapat dua kali ganda jumlah hamba abdi lelaki berbanding yang
perempuan di kebanyakan daerah, dan berlaku pertambahan secara semulajadi yang tinggi.
DI Chesapeake, lebih ramai hamba abdi dilahirkan berbanding dengan jumlah yang diimport.
Keadaan sebaliknya wujud di South Carolina, di mana keadaan penanaman padi yang sukar
menjadi faktor penghalang mengurangkan kesuburan di kalangan hamba abdi.

Menjelang tahun 1760, jumlah populasi tenaga buruh kaum Afrika telah mencapai hampir
satu perempat daripada sejuta. Lebih kurang 16 ribu menetap di New England pada tahun
anggaran 1763. Seramai 29 ribu terdapat di koloni bahagian tengah (e.g. Pennsylvania dan
Virginia). Manakala jumlah selebihnya (majoriti) terdapat di wilayah selatan (e.g. North
Carolina, South Carolina, Georgia, dan Florida). Ketika ini, hamba abdi telah mengatasi
kepentingan hamba berhutang sebagai tenaga buruh di wilayah selatan.

Pada peringkat awal, tidak terdapat undang-undang mengenai kedudukan dan status sosial
buruh-buruh Afrika. Di beberapa koloni, misalnya South Carolina wujud hubungan sosial dan
kerja yang baik atau setara di antara kaum kulit putih dan kaum kulit hitam. Adakala orang
kulit hitam juga dilayan sama seperti kaum buruh kulit putih dan dibebaskan selepas tamat
tempoh perkhidmatan. Ada juga yang berjaya menjadi tuan tanah dan memiliki hamba abdi.
Walau bagaimanapun, menjelang akhir abad ke-17 perbezaan yang rigid mula wujud antara
kedua-dua kaum tersebut. Menurut undang-undang yang sedai ada, tenaga hamba berhutang
(kulit putih) tidak boleh terikat selamanya kepada seorang tuan. Namun, tidak terdapat
undang-undang mengenai kedudukan tenaga buruh kaum kulit hitam ketika itu. Justeru itu,
timbul andaian di sana sini bahawa hamba kulit hitam tidak berhak diberi kebebasan dan akan
diwarisi oleh keturunannya. Andaian seumpama telah berakar umbi daripada pandangan
kaum kulit putih yang menganggap bangsa mereka (Eropah amnya) lebih mulia daripada
kaum peribumi Indian dan lain-lain, termasuk kaum kulit hitam Afrika.

Idea sistem hamba abdi (hamba kekal) atau amalan perhambaan abdi mula menjadi aktiviti
yang sah disisi undang-undang pada awal abad ke-18, iaitu apabila dewan perhimpunan di
koloni mula memuluskan slave codes (kod hamba abdi) yang menyediakan kuasa mutlak
kepada tuan hamba. Dalam masyarakat kolonial Sepanyol di Amerika, orang yang
berketurunan campuran (kacukan) akan diberi status yang berlainan atau lebih tinggi daripada
keturunan Afrika tulen. Koloni Inggeris di Amerika tidak mengiktiraf perbezaan status
seumpama itu. Mana-mana orang ada keturunan Afrika cukup diklasifikasikan sebagai kaum
kulit hitam.

Immigrasi yang Kemudian


Corak populasi Amerika yang paling unik ialah adalah campuran antara berbagai kaum,
kumpulan etnik dan warganegara. Amerika Utara pernah menjadi tempat kediaman populasi
peribumi, telah mengalami pertambahan immigran Inggeris, negro Afrika dan lain-lain kaum
Eropah. Apabila aliran masuk immigran dari England telah merosot pada awal abad ke-18,
sebilangan besar jumlah kaum kulit putih dari Eropah mula migrasi ke Amerika Utara,
terutamanya dari Perancis, Jerman, Switzerland, Ireland, Scotland dan Scandinavia.

Immigran bukan Inggeris yang terawal merupakan kumpulan agama aliran Calvinisme atau
Huguenots dari Perancis, terutamanya melarikan diri daripada penindasan agama rasmi
Perancis, yakni Roman Katholik. Pada tahun 1695, lebih kurang seramai 300 ribu pengikut
Calvinisme telah meninggalkan Perancis ke Amerika Utara dan sejumlah kecil telah menetap
di koloni Inggeris, terutamanya di bawah tajaan Edict of Nantes - menjanjikan kebebasan
beragama kepada mereka. Ramai immigran Jerman beragama Protestan juga melarikan diri
dari negara asal akibat penindasan polisi pemerintah dan ramai daripada mereka terpaksa
meninggalkan tanahair kerana terhempit oleh peperangan antara negara mereka dengan
Perancis. Terutamanya, wilayah Palatinate yang terletak di selatan Jerman adalah terdedah
dengan beberapa penaklukan oleh Perancis. Ini menyebabkan lebih 12 ribu penduduk Jerman
di Palatinate telah menyelamatkan diri ke England pada awal abad ke-18, atau hampir 3 ribu
orang telah pergi ke Amerika. Kebanyakan mereka telah menetap di Pennsylvania, di mana
mereka dikenali sebagai Pennsylvania Dutch (dari klasifikasi asli orang Jerman - Deutsch) di
kalangan kaum Inggeris. Immigran Jerman yang datang kemudian pun ikut serta di
Pennsylvania, dan bersama-sama mereka adalah immigran Moravians dan Mennonites yang
beragama mirip dengan kepercayaan komunit Quakers.

Kaum pedatang yang paling ramai sekali pada abad ke-17 merupakan orang yang dikenali
sebagai Scotch-Irish-Scotch Presbyterians yang berasal dari Ireland Utara dalam negeri
Ulster. Kebanyakan orang Scotch-Irish di Amerika membina petempatan mereka di kawasan
jauh dari petempatan orang kulit putih yang lain atau petempatan peribumi Indian ataupun di
mana terdapat sebarang tuntutan terhadap tanah yang mereka jumpai. Mereka dikatakan
meneruskan kehidupan asal yang biadap dan menyerang peribumi Indian, sebagaimana sifat
kasar mereka terhadap penduduk peribumi Katholik-Irish ketika berada di tanahair Ireland
dahulu.

Terdapat jumpa immigran dari Scotland sendiri dan dari selatan Ireland. Penduduk dataran
tinggi (Scottish Highlanders) Scotland yang beragama Katholik telah migrasi ke North
Carolina. Manakala penduduk tanah rendah yang beragama Presbyterian hanya mula migrasi
ke Amerika selepas tamatnya Perang Revolusi Amerika, terutamanya disebabkan oleh
ketiadaan pekerjaan. Apabila sampai di Amerika, ramai yang telah meninggalkan pegangan
agama Katholik dan adat tradisi kaum mereka (identiti etnik).

Menjelang tahun 1775, jumlah populasi bukan peribumi Indian di koloni Inggeris telah
mencecah lebih 2 juta orang, yakni peningkatan sebanyak 10 kali ganda sejak awal abad ke-
18. Sepanjang era kolonial, populasinya telah bertambah hampir 2 kali ganda dalam setiap 25
tahun. Ia terus meningkat dan menambah pelbagaian etniknya yang kemudian telah menjadi
salah satu faktor penting yang memisahkan masyarakat kolonial dengan masyarakat England.
Kuliah 8

EKONOMI KOLONIAL

Sektor Pertanian hampir mendominasi semua kawasan petempatan orang Eropah dan orang
Afrika di Amerika Utara pada sepanjang abad ke-17 dan ke-18. Sungguhpun begitu, ekonomi
di setiap wilayah adalah berbeza antara satu sama lain.

Ekonomi Wilayah Selatan


Permintaan terhadap tembakau dari Eropah telah membolehkan ramai petani di Chesapeake
(Maryland dan Virginia) mendapat pendapatan yang lumayan dan juga membawa
kemakmuran di wilayah tersebut. Namun pada sepanjang abad ke-17 dan ke-18, pengeluaran
tembakau sering kali melebihi permintaan menyebabkan harga hasil tanaman tersebut
mengalami kejatuhan harga terus menerus. Kesannya, ekonomi Chesapeake telah beberapa
kali tergendala, iaitu kejadian pertama kali dan terbesar telah berlaku pada tahun 1640.

Kebanyakan petani di Chesapeake percaya bahawa langkah yang baik untuk melindungi
mereka daripada ketidakstabilan pasaran adalah dengan menanam lebih banyak lagi
tembakau. Keadaan tersebut telah mengakibatkan masalah pengeluaran berlebihan semakin
teruk. Ia juga menggalakkan. Ia juga menggalakkan petanii lain yang kaya untuk menambah
hakmilik tanah ladang, meluaskan ladang mereka dan memerlukan tambahan tenaga buruh.
Selepas tahun 1700, penanaman tembakau mula menggunakan lebih ramai tenaga hamba
abdi. South Carolina dan Georgia amat bergantung kepada penanaman padi, terutamanya
dengan kewujudan daratan rendah di pinggir pantai dan disaliri oleh banyak anak sungai yang
kadang kala melimpah sekaligus membekal air ke ladang mereka. Menanam padi melibatkan
kerja yang keras, terutamanya mengusahakan tanah berpaya tempat pembiakan malaria dan
amat kotor. Keadaan ini telah menyebabkan orang kulit putih enggan membuat kerja di
sawah padi. Tambahan pula, kaum petani kulit putih di South Carolina dan Georgia adalah
amat bergantung kepada tenaga hamba abdi berbanding dengan kaum petani di wilaya utara.
Orang Afrika sudah biasa dengan penanaman padi kerana sebahagian daripada mereka datang
dari kawasan penanaman padi di barat Afrika dan sebahagian mereka pula sudah biasa
dengan keadaan cuaca yang panas berbanding dengan orang Eropah.

Oleh kerana pergantungan terhadap tanaman komersial secara meluas, maka pembangunan
koloni di selatan menjadi pusat perdagangan atau ekonomi perindustrian adalah agak lambat
berbanding dengan koloni di utara. Sebahagian besar perdagangan tembakau dan beras adalah
dikendalikan oleh pedagang yang berpusat di London pada mulanya dan kemudian mereka
berpusat di koloni utara. Cuma sedikit bandar yang berjaya membangun menjadi bandar
bersaiz sederhana di koloni selatan. Ini merupakan corak dan ciri penting kepada ekonomi
wilayah selatan, yang membezakan mereka dengan wilayah utara dalam tempoh dua abad.
Ekonomi Wilayah Utara
Di wilayah utara Amerika [seperti juga di wilayah selatan] sektor pertanian juga terus
mendominasi aktiviti ekonominya, tetapi tanamannya bersifat pelbagai berbanding dengan
wilayah selatan. Tambahan kepada sektor ekonomi pertanian ini, masyarakat di sini
mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam sektor ekonomi perdagangan.

Salah satu sebab mengapa sektor pertanian tidak dapat kekal sebagai perekonomian
terpenting kepada masyarakat di wilayah utara adalah kerana keadaan untuk bercucuk tanam
adalah kurang sesuai berbanding dengan keadaan di wilayah selatan. Di daerah utara New
England, khususnya keadaan cuaca yang terlalu sejuk dan tanah keras dan berbatu
menyukarkan masyarakat koloni di sini untuk mengusahakan sesuatu tanaman secara besar-
besaran untuk tujuan komersial sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakan koloni di
selatan. Kebanyakan penduduk New England tidak menghasilkan satu tanaman utama yang
akan menjadi tanaman untuk eksport. Mereka bercucuk tanam untuk keperluan sendiri dan
tempatan. Keadaan untuk bercucuk tanam adalah lebih baik di daerah selatan New England
dan koloni tengah [Pennsylvania, New York dan Virginia] di mana terdapat tanah yang subur
dan keadaan cuaca yang sederhana. Justeru itu, lembah Sungai Connecticut, Pennsylvania
dan New York merupakan pembekal utama sumber gandum kepada New England dan juga
beberapa daerah di wilayah selatan.

Bermula dengan kegagalan usaha untuk menubuhkan sebuah industri besi di Saugus,
Massachusetts pada pertengahan abad ke-17, penduduk koloni New England and koloni
wilayah tengah mula mencebur diri dalam sektor perindustrian. Hampir semua penduduk
koloni terlibat dalam bentuk perindustrian secara kecil-kecilan di petempatan atau rumah
mereka. Perindustrian seumpama merupakan sumber penting yang membekalkan barangan
untuk didagang atau dijualkan oleh penduduk di sini. Di samping usaha industri di rumah
(domestik), tukang ukir dan seni telah membina perusahaan mereka di kawasan bandar
seperti perusahaan kasut (coblers), besi (blacksmith), senapang (riflemakers), kabinet
(cabinetmakers), perak (silversmiths) dan percetakan (printers). Di beberapa tempat, terdapat
pengusaha membina kilang pengisar yang kecil di sungai bealiran deras untuk membekal
tenaga kepada kilang pakaian atau kilang papan. Malah terdapat perindustrian pembinaan
kapal yang kian berkembang maju dalam beberapa daerah koloni utara di Amerika.

Perusahaan industri yang paling besar di seluruh daerah Inggeris di utara Amerika adalah
perusahaan besi, terutamanya didominasi oleh pengusaha berbangsa Jerman, Peter
Hasenclever di utara New Jersey. Perusahaan beliau telah bermula pada tahun 1764 dengan
bantuan modal kerajaan British. Ketika itu ia mengupah ratusan orang buruh yang
kebanyakannya diimport dari Jerman. Terdapat segelintir pengusaha perushaan besi secara
kecil-kecilan di setiap koloni-koloni utara, khususnya tertumpu di Massachusetts, New Jersey
dan Pennsylvania. Perusahaan besi juga wujud di beberapa koloni selatan tetapi sektor
tersebut dan lain-lain bentuk perkilangan tidak begitu penting berbanding sektor pertanian
ketika itu. Lebih-lebih lagi kewujudan akta Iron Act of 1750 telah menyebabkan perusahaan
besi tidak popular di koloni selatan. Akta ini melarang aktiviti atau kewujudan perusahaan
besi di benua tersebut, terutamanya dalam lingkungan empayar England di Amerika. Di
samping itu, terdapat juga usaha larangan lain yang cuba mengurangkan perushaan benang,
topi dan lain-lain barangan dikenakan ke atas kolonial Amerika. Namun dalam
perkembangan perindustrian di Amerika masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan
tenaga buruh, pasaran tempatan yang kecil, kemudahan pengangkutan yang kurang dan
bekalan tenaga pengerak kilang yang tidak mencukupi.
Walau bagaimanapun, perusahaan yang teramat penting kepada ekonomi koloni di utara
Amerika adalah perindustrian ektraktif (extractive), iaitu yang telah mengeksploitasi sumber
semulajadi di benua tersebut. Menjelang pertenghan abad ke-17, perdagangan bulu yang
suatu ketika dahulu mula merosot kerana pembekalan bulu binatang yang diternak sepanjang
kawasan pantai Atlantik hampir pupus dan perdagangan bulu di kawasan pedalaman
kebanyakannya didominasi oleh kaum peribumi Algonquins dan sekutu mereka kuasa
Perancis. Keadaan ini menyebabkan berlaku peralihan kepada perusahaan papan,
perlombongan dan perikanan, terutamanya di perairan pantai New England. Perusahaan
industri ini telah menyediakan bekalan komoditi yang boleh dieksport ke England untuk
pertukaran kepada barangan makanan hasil keluaran industri England.

Peningkatan Perdagangan
Satu ciri yang paling ketara dalam perkembangan perdagangan di kolonial Amerika pada
abad ke-17 adalah keupayaannya untuk terus wujud. Para pedagang Amerika telah
menghadapi berbagai masalah dan kekurangan institusi perdagangan yang asas tetapi mereka
berupaya untuk kekal dalam keadaan kesukaran yang ada. Tidak terdapat satu pun matawang
yang boleh diterima bersama. Koloni juga dikatakan tidak memiliki emas atau perak dan
matawang kertas pula mereka tidak diterima atau diiktiraf untuk pembayaran barangan dari
seberang laut. Dalam tempoh yang lama, pedagang di koloni terpaksa berurus niaga secara
sistem barter atau kulit beaver sebagai ganti wang.

Masalah yang kedua adalah kekurangan maklumat dan pengetahuan dalam urusan
pembekalan dan permintaan. Para pedagang adalah daif dan tidak menyedari pentingnya
usaha mengetahui dan mendapatkan sesuatu komoditi di pelabuhan seberang laut. Mereka
tidak tahu bahawa kapal harus berada di laut pada tempoh yang lama, bahawa perlu untuk
berlayar dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain, meniaga sejenis komoditi, berusaha untuk
mencari jalan atau kaedah yang lain untuk mendapatkan keuntungan. Dalam dalam pada itu,
terdapat segelintir syarikat kecil yang bersaing secara tidak sah mengakibatkan masalah
merasionalisasikan sistem perdagangan semakin rumit.

Namun begitu, aktiviti perdagangan di koloni Amerika terus wujud dan berkembang.
Terdapat perdagangan yang baik di kawasan pantai, di mana koloni membuat urusan niaga
sesama mereka dan pedagang dari West Indies (Kepulauan Carribean-Cuba). Bahan
perdagangan utama pihak koloni ialah rum, hasil pertanian, daging dan ikan. Pulau di sekitar
benua Amerika pula mengeluarkan hasil gula, sirap pekat dan juga hamba abdi. Hubungan
perdagangan dengan England juga berlaku, serta benua Eropah amnya dan dengan pantai
barat Afrika. Perdagangan ini sering kali disebut sebagai triangular trade secara abstraknya,
iaitu mengandai bahawa wujud proses perdagangan yang licin antara para pedagang
membawa sumber rum dan lain-lain dari New England ke Afrika di mana mereka
menukarnya dengan hamba abdi untuk diimport ke West Indies. Di sini hamba abadi akan
ditukarkan kepada gula dan sirap pekat untuk dibawa ke New England. Di New England
tenaga kaum hamba abdi dieksploitasi untuk memproses rum. Hakihatnya, apa yang dikenali
sebagai triangular trade merujuk kepada perdagangan rum, hamba abdi dan sirap pekat dalam
satu rangkaian perdagangan yang banyak.

Di sebalik kewujudan perdagangan yang berisiko ini, muncul sekumpulan kaum pedagang
yang bercita-cita tinggi pada pertengahan abad ke-18 untuk memulakan corak perdagangan
yang menumpu di banda pelabuhan koloni utara. Satu akta yang dikenali sebagai Navigation
Act telah diperkenalkan oleh England untuk memberi perlindungan kepada kaum pedagang
tersebut daripada tekanan persaingan daripada seberang laut. Mereka telah mewujudkan
rangkaian perdagangan yang licin dengan England untuk memasarkan hasil bulu, balak dan
kapal buatanAmerika. Di sebalik itu, mereka juga mewujudkan rangkaian perdagangan secara
haram dengan negara lain di luar lingkungan empayar British seperti Perancis, Sepanyol dan
Belanda di West Indies kerana harga pasaran yang ditawarkan oleh mereka lebih tinggi
berbanding di koloni-koloni British.

Pada abad ke-18, sistem perdagangan kolonial mula mengalami kestabilannya. Namun,
sektor perdagangan dalam ekonomi Amerika terus kekal terbuka kepada pedatang baru,
terutamanya kerana masyarakatnya yakni sebagai asas penting dalam sistem ekonomi telah
terus berkembangan pesat

Kuliah 9

CORAK MASYARAKAT KOLONIAL

Sungguhpun wujud perbezaan social yang ketara di antara koloni, namun sistem kelas yang
terdapat di England dikenalpasti telah gagal menyerap masuk ke Amerika. Di England, wujud
keadaan kekurangan tanah dan populasi yang besar, dan secara relativnya golongan minoriti
kaum tuan tanah mempunyai kuasa yang luas ke atas golongan majoriti yang tidak
mempunyai tanah. Berbeza di Amerika, tanah-tanah bukan sahaja tidak diusahakan malah
mempunyai penduduk yang sedikit. Golongan aristrokrat memang wujud di Amerika, tetapi
mereka cenderung untuk bergantung kepada tanah sendiri daripada usaha menguasai tenaga
pekerja. Pada umumnya keselamatan mereka dikatakan tidak terjamin dan juga tidak
berkuasa berbanding rakan kelas [aristokrat] di England. Jika dibandingkan dengan England,
mobilisasi sosial adalah terbuka di Amerika, sama ada dari bawah ke atas ataupun sebaliknya.
Terdapat juga beberapa corak baru dalam komuniti di Amerika dan ianya amat berbeza antara
satu wilayah dengan wilayah yang lain.

Perladangan
Sistem perladangan di Amerika Selatan jelas digambarkan melalui perancangan komuniti
koloni dalam bertindak balas terhadap keadaan tempatan. Perladangan pertama yang
diusahakan wujud dalam kawasan penanaman tembakau di Virginia dan Maryland. Ramai di
kalangan peladang yang terawal berharap dapat membentuk kuasa aristokrat ala England.
Misalnya, estet tembakau yang besar di Maryland telah diberikan oleh Lord Baltimore
kepada saudara mara dan kawannya, yakni satu aristokrasi yang seumpamanya pernah wujud
di sini. Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya perladangan kolonial adalah sukar pada
abad ke-17 dan secara relatifnya hanya terdapat estet bersaiz kecil. Pada peringkat awal
petempatan di Virginia, hanya sedikit usaha membersihkan tanah telah dilalukan dan tenaga
hamba berhutang dikerah bekerja secara zalim sehingga kematian berlaku pada setiap hari.
Malah pada beberapa tahun kemudiannya, bila kadar kematian telah menurun dan hak
pemilik tanah menjadi semakin kukuh, jumlah tenaga kerja jarang sekali mencapai 30 orang.
Kebanyakan tuan tanah tinggal di rumah atau pondok yang buruk, dengan hamba mereka
tinggal berdekatan.
Ekonomi perladangan adalah tidak tentu atau tidak stabil. Peladang tidak dapat mengawal
pasaran mereka, maka majoriti di kalangan mereka terdedah kepada risiko secara terus
menerus. Bila harga jatuh, sebagaimana berlaku kepada harga tembakau pada tahun 1660an,
propeks ekonomi mereka hampir lenyap. Ekonomi perladangan telah melahirkan ramai tuan
tanah, tetapi ia juga memusnahkan ramai daripada mereka. Oleh kerana perladangan adalah
jauh daripada bandarr, maka mereka cenderung menjadi komuniti mudah berpuas hati.
Peladang yang kaya sering kali mewujudkan sesuatu yang memenuhi bandar dengan
keupayaan tanaman mereka. Peladang secara kecil-kecilan hidup lebih sederhana, namun
secara relatifnya masih mampu menyara diri sendiri. Di estet yang lebih besar, tidak seperti
isteri peladang sederhana, isteri peladang yang kaya mempunyai ramai pembantu untuk
melakukan kerja rumah dan mempunyai masa yang lebih untuk melayani suami dan anak.
Namun ramai juga yang bertolak-ansur terhadap perlakuan seksual antara suami atau anak
lelaki dengan wanita kulit hitam dalam komuniti hamba abdi mereka.

Sungguhpun pendapatan peladang boleh meningkat dan jatuh dengan cepat, sering kali wujud
tuan tanah kaya tertentu yang mempunyai pengaruhi sosial dan ekonomi. Seseorang tuan
tanah kaya bukan sahaja mempunyai kuasa kawalan terhadap kehidupan mereka yang bekerja
di ladangnya tetapi kehidupan peladang-peladang [jiran] berdekatan yang tidak dapat
bersaing telah terpaksa bergantung kepadanya untuk menjual hasil tanaman mereka dan
mendapatkan kredit. Terdapat golongan peladang kaum kulit putih yang tidak dapat memiliki
tanah mereka sendiri dan menyewakan ladang mereka kepada peladang kaya. Wujud
peladang yang berdikari mengerjakan ladang dengan sedikit atau tanpa hamba abdi
membentuk majoriti populasi agraria [petani] di kolonii wilayah selatan tetapi peladang kaya
pula mendominasi ekonomi agrarianya.

Hamba abdi keturunan Afrika-Amerika mempunyai cara hidup yang sangat berbeza. Di
ladang-ladang yang kecil, yang mempunyai sedikit hamba, tidak semudahnya terbentuk
pengasingan di antara kaum kulit hitam dan kaum kulit putih. Tetapi lebih tiga perempat
daripada semua kaum kulit hitam tinggal di landang yang mempunyai 10 orang hamba abdi,
dan hampir separuh yang tinggal dalam komuniti seramai 50 orang hamba abdi atau lebih. Di
kawasan ini mereka mula membentuk masyarakat dan budaya sendiri. Walaupun orang kulit
putih jarang sekali menggalakkan perkahwinan secara formal di kalangan hamba abdi, namun
orang kulit hitam dapat membentuk struktur keluarga yang kuat dan tersusun. Golongan
hamba mampu membina keluarga besar dan pada masa yang sama dapat membina tempat
kediaman yang stabil. Tetapi kedudukan keluarga mereka adalah tidak kekal kerana pada
bila-bila masa terdapat ahli keluarga mereka yang dijual kepada peladang berdekatan ataupun
kepada peladang di koloni lain. Kesannya, kaum kulit hitam memberi tumpuan khusus
terhadap penyebaran hubungan kekeluargaan dan membentuk hubungan kekeluargaan
dengan mereka yang terpisah daripada keluarga kandung. Wujud satu aliran agama yang unik
di kalangan kaum kulit hitam, yakni kepercayaan Kristian yang dicampur-adukkan dengan
tradisi lisan [folklore] mereka. Kepercayaan ini telah menjadi elemen terpenting dalam
kewujudan sebuah kebudayaan kaum kulit hitam yang tersendiri.

Namun demikian, masyarakat kaum kulit hitam adalah tertakluk kepada penguasaan yang
berterusan dalam interaksi mereka dengan kaum kulit putih. Misalnya, seseorang kaum
hamba kulit hitam diasingkan dari komunitinya dan berada di bawah penguasaan orang kulit
putih. Wanita kaum kulit hitam selalunya tertakluk kepada perlakuan seksual tuan tanah
sehingga melahirkan kanak-kanak keturunan Mulatto (campuran] dan jarang sekali diakui
oleh si ayah [kulit putih] sebaliknya diterima dalam komuniti hamba abdi. Di beberapa
ladang, pekerja kaum kulit hitam dilayan dengan baik dan kadang kala bertindak-balas
dengan ketulenan kasih yang teguh dan mendalam. Di ladang lain, golongan hamba abdi
mengalami tekanan fizikal dan dilayan secara kejam.

Terdapat beberapa pemberontakan kaum hamba abdi dalam tempoh zaman kolonial di
Amerika. Pemberontakan paling penting adalah Pemberontakan Stono di South Carolina pada
tahun 1739. Seramai 100 orang kaum kulit hitam telah bangkit merampas senjata dan
membunuh beberapa orang kaum kulit putih dan cuba melarikan diri ke Florida.
Pemberontakan tersebut telah dipatahkan dengan cepat dan kebanyakan pemberontakan telah
dihukum bunuh. Corak penentangan secara melarikan diri sering berlaku, tetapi ianya
bukanlah jalan penyelesaian. Tidak ada tempat yang selamat hendak dituju. Olewh itu, bagi
kebanyakan kaum hamba abdi ini memilih untuk terus bersama tuan-tuan mereka.

Kebanyakan hamba abdi lelaki dan wanita bekerja menggunakan tulang empat kerat (wanita
mempunyai beban tambahan iaitu memasak dan menjaga anak-anak). Namun di ladang-
ladang besar yang mendorong ramai daripada mereka untuk belajar berdagang dan bertukang,
seperti tukang besi, tukang kayu, tukang kasut, tukang jahit, bidan dan sebagainya.
Kemahiran tenaga kerja ini kadang kala diupah oleh peladang-peladang yang lain. Ramai
yang mula membina premis perusahaan sendiri di bandar-bandar dan berkongsi keuntungan
pendapatan dengan tuan-tuan mereka. Segelintir telah mampu membeli kebebasan diri
mereka. Terdapat sekumpulan kecil populasi kaum kulit hitam menetap di bandar-bandar
wilayah selatan sebelum meletusnya Revolusi [1775].

Masyarakat Puritan
Ciri unit sosial di New England tidaklah dirujuk kepada ladang yang terpencil tetapi
bandarnya. Pada peringakt awal tahun kolonialisasi, penempatan baru telah menggubal satu
'perjanjian' (convenant) yang mengikat setiap penduduk dalam satu unit keagamaan dan
sosial. Bentuk struktur bandar itu sendiri menggambarkan semangat permuafakatan tersebut.
Masyarakat koloni telah menyusun kampung-kampung mereka dengan membina rumah dan
balairaya secara membulat mengelilingi satu kawasan padang lapang milik bersama. Dengan
demikian, setiap keluarga tinggal berdekatan dengan jiran mereka dan ini menguatkan lagi
semangat kekeluargaan dalam komuniti mereka. Mereka telah membahagi-bahagikan
kawasan hutan di antara mereka. Pembahagian keluasan dan lokasi tanah tersebut adalah
tertakluk kepada jumlah anggota keluarga, harta dan status sosial.

Sebaik sahaja bandar itu wujud, maka penduduk mengadakan mesyuarat tahunan untuk
menyelesaikan persoalan-persoalan yang mustahak dan memilih daripada kalangan orang
yang berkelayakan untuk menjalankan urusan pentadbiran bandar itu. Penyertaan dalam
mesyuarat ini adalah terhad kepada lelaki dewasa yang juga merupakan anggota gereja.
Hanya orang yang terbukti kejujurannya dengan gaya hidup yang baik serta sudah
dibaptiskan (ritual penerimaan menjadi Kristian] akan dipilih dari kalangan ahli yang
terhormat untuk menjadi anggota penuh. Namun begitu, penduduk lain dalam bandar itu
adalah dikehendaki untuk hadir dalam upacara agama di gerejanya.

Warga New England tidak lagi mengamalkan system pewarisan Inggeris yang berteraskan
hak anak sulong - pewarisan semua harta kepada anak sulong. Disebaliknya, seorang ayah
akan membahagi-bahagikan hartanahnya kepada semua anak lelakinya. Dengan kuasa mutlak
ini maka seorang ayah dapat menguasai harta pusaka dan keluarganya. Biasanya seseorang
anak lelaki akan menjangkau umur lewat dua puluhan sebelum dia dibenarkan berkeluarga
sendiri dan mengerjakan tanahnya. Walaupun demikian, anak-anak lelaki akan terus hidup
bersama atau berdekatan dengan ibu bapa mereka. Manakala anak perempuan pula adalah
lebih bebas disebabkan mereka tidak berhak mewarisi hartatanah dari keluarga mereka.

Pendek kata, masyarakat Puritan yang awal merupakan sekumpulan organisma yang hidup
begitu rapat. Pada keseluruhannya, bandar itu terikat oleh perjanjian asal penyatuan susunan
perkampungan itu, oleh kuasa pihak gereja dan oleh mesyuarat bandar. Keluarga itu juga
dipersatukan oleh struktur patriarchal yang ketat sehingga anak lelaki yang masih muda
dilarang untuk membuat keputusan sendiri. Tetapi dengan peredaran zaman dan pertambahan
anggota masyarakat maka struktur ini telah mengalami kemerosotan. Sebahagian disebabkan
oleh peningkatan komersilisasi dalam masyarakat New England, yang memperkenalkan
tekanan dan ketegangan baru kepada masyarakat dalam kawasan itu. Pertambahan penduduk
juga menyebabkan terjadinya tekanan dan ketegangan ini. Apabila bandar itu berkembang
maka penduduknya akan mengerjakan tanah. Mereka semakin jauh dari pusat komuniti (e.g.
bandar) dan oleh kerana itu mereka akan tinggal semakin jauh dari gereja. Maka sehubungan
dengan ini kumpulan yang sudah tinggal berjauhan dengan pusat komuniti akan memohon
kebenaran untuk membina satu gereja mereka sendiri dan biasanya inilah langkah pertama ke
arah pembentukan satu bandar baru. Hakikatnya, kerap kali permohonan sedemikian itu
mendapat tentangan hebat daripada penduduk kampung asal hingga menyebabkan
pertengkaran sengit berlaku di antara penduduk asal dengan penduduk yang sudah berhijrah
jauh. Barangkali penduduk berhijrah itu bercadang untuk memisahkan diri dari kumpulan
penduduk asal menyebabkan pertelingkahan antara keuda-dua pihak meletus.

Penguasaan tanah oleh kaum ayah juga akan menyebabkan ketegangan. Dalam generasi
pertama, seorang ayah menguasai cukup tanah untuk keperluan anak-anak lelakinya. Tetapi
selepas beberapa generasi, tanah itu tidak lagi mencukupi kerana sudah diagih-agihkan
sebanyak tiga atau empat kali di antara anak-anak dan cucu-cicitnya. Tambahan pula
perkampungan tidak boleh lagi berkembang kerana pembentukan bandar baru di
sekelilingnya. Kesannya, akan wujud dalam masyarakat itu satu kumpulan muda yang akan
berhijrah jauh untuk membina satu lagi bandar baru. Akan tetapi, disebabkan standard
penempatan pada tahun-tahun awal dan harapan masyarakat Puritan yang begitu ketat maka
bandar-bandar di New England mulai berkembang. Jika dibandingkan dengan kebanyakan
masyarakat di England atau di tempat lain di Amerika, bandar masyarakat Puritan masih lagi
kekal terkenal dengan sifat perkaumannya.

Ketegangan yang berlaku dalam masyarakat Puritan boleh melahirkan kejadian yang ganjil
dan merugikan. Misalnya, kejadian histeria pada tahun 1680an dan 1690an akibat tuduhan ke
atas pengamal ilmu sihir di New England. Kejadian yang paling buruk berlaku adalah di
bandar Salem, Massachussets, di mana ramai perempuan remaja mengalami kelakuan ganjil
dan menuduh beberapa tenaga pembantu rumah keturunan West Indian sebagai pengamal
ilmu sihir ini. Histeria telah berkembang di seluruh bandar dan ratusan perempuan telah
dituduh sebagai pengamal ilmu sihir. Seramai sembilan belas orang penduduk perempuan di
Salem telah dihukum mati sebelum perbicaraan berakhir pada tahun 1692, terutamanya
apabila kumpulan perempuan remaja yang memulakan tuduhan tersebut telah menarik balik
tuduhan mereka dan mengaku bahawa mereka telah memutar-belitkan cerita yang
sebenarnya.

Pengalaman di Salem bukanlah satu hal yang unik. Tuduhan ke atas ahli ilmu sihir telah
berkembang di kebanyakan bandar New England pada awal tahun 1690an, malah telah
berlaku berulangkali dalam masyarakat Puritan pada beberapa tahun sebelumnya. Hasil
penyelidikan ke atas kumpulan ahli ilmu sihir tersebut telah membongkarkan rahsia
sebenarnya bahawa kebanyakan mereka yang terlibat adalah terdiri daripada kaum
perempuan berumur separuh abad. Kebiasaanya adalah kaum janda yang mempunyai
beberapa orang atau tanpa anak. Ahli sihir yang dituduh selalunya mempunyai status sosial
yang rendah, kerapa kali akan dituduh melakukan jenayah serta dianggap ganas oleh jiran
mereka. Ramai ahli ilmusihir ini adalah perempuan yang tidak mempunyai hubungan kuat
dengan struktur patriarchal' keluarga dan yang melanggar peraturan atau norma masyarakat
Puritan yang dibentuk untuk melalui perjanjian asal. Ini menggambarkan bahawa wujud
ketegangan terhadap tanggapan tentang peranan wanita, yakni dianggap golongan yang
lemah ini telah memainkan peranan penting dalam menimbulkan krisis atau punca kepada
keadaan yang tidak stabil. Kontroversi ahli ilmu sihir juga adalah gambaran ke atas
masyarakat di New England yang berpegang teguh kepada ciri keagamaan. Warga New
England percaya kepada kuasa syaitan dan pengaruhnya kepada kuasa di dunia. Kepercayan
kepada ahli ilmu sihir bukanlah kepercayaan sampingan semata-mata yang ditolak oleh
kebanyakan orang. Akan tetapi ia adalah unsur kebiasaan dan berkaitan hal keyakinan dalam
agama Puritan.

Perbandaran
Sungguhpun masyarakat penjajah paling ramai namun mereka tidaklah seramai dengan
sebuah bandar kecil yang moden. Namun demikian mengikut piawaian dalam abad kelapan
belas, perbandaran juga terebntuk di Amerika dan pada tahun 1770an dua Bandar pelabuhan
terbesar- Philadelphia dan New York - masing-masing mempunyai penduduk seramai 28 000
dan 25 000 orang yang membuatkan Bandar ini lebih besar daripada kebanyakan pusat
Bandar Inggeris. Mengikut standard masa kini perbandaran berikut iaitu Boston (16 000
orang), Charles Town (kemudian dipanggil Charleston), Carolina Selatan dan New Port,
Rhode Island (11 000 orang) adalah dianggarkan mempunyai penduduk yang ramai.

Perbandaran penjajahan memainkan peranan sebagai pusat perdagangan bagi petani dalam
kawasan itu dan pasaran bagi perdagangan antarabangsa. Pemimpin penjajah selalunya
adalah peniaga yang telah memiliki kawasan estet yang agak luas. Perbezaan kelas yang
ketara kemungkinan tidak berlaku dalam Bandar akan tetapi berlaku dalam kehidupan
penjajahan itu sendiri (kecuali diantara tuan dan hambanya) terutama sekali perbezaan social
begitu jelas dan kenampakan di kawasan perbandaran.

Perbandaran adalah pusat di mana berlakunya banyak industri yang terdapat dalam jajahan ini
seperti hilang memproses bahan-bahan mentah yang diimport untuk dieksport. Bandar adalah
juga lokasi kepada sekolah-sekolah yang maju dan tempat di mana terdapat aktiviti
kebudayaan yang begitu sofistikated dan tempat barang yang diimport dapat diperolehi.
Tambahan kepada ini, terdapat banyak masalah social dalam Bandar seperti jenayah,
pelacuran, pencemaran dan kesesakan trafik. Dibandingkan dengan bandar kecil, bandar
memerlukan balai polis dan balai bomba dan perlu pembentukan system sokongan bagi
warga bandar yang miskin, yang semakin bertambah apabila krisis ekonomi berlaku dan
bandar terdedah kepada masalah ini.

Akhirnya, bandar menjadi tempat idea baru boleh diedar dan dibincangkan. Disitu ada
suratkhabar, buku, dan lain-lain penerbitan dari luar negara dan kerana ini akan melahirkan
pengaruh-pengaruh intelek. Kedai minuman dan kedai kopi di bandar menjadi pusat
perbincangan bagi orang Bandar berbincang dan berbahas tentang isu semasa. Maka inilah
satu sebab mengapa krisis pemberontakan meningkat pada tahun 1760an dan 1770an dan
didapati jelas mula berlaku di bandar
Kuliah 10

PEMIKIRAN KOLONIAL

Kehidupan intelektual di Kolonial Amerika berkisar di sekitar konflik antara pandangan


tradisional abad ke-16 dan ke-17 dengan penekanan terhadap penglibatan Tuhan secara
peribadi dalam kehidupan individu dan semangat baru zaman kesedaran (Enlightenment)
yang telah tersebar luas di alam Eropah dan Amerika, yakni menekankan kepentingan sains
dan sebab-musabah manusia. Pandangan lama telah meletakan nilai yang tinggi terhadap kod
moral dalam mana intelek adalah kurang penting berbanding iman. Semangat kesedaran
mencadangkan bahawa manusia mempunyai kawalan terhadap kehidupan dan masyarakatnya
sendiri.

Corak Agama
Toleransi agama berkembangan dengan baik di Amerika berbanding di Eropah. Ini bukan
disebabkan oleh orang Amerika sendiri telah berusaha untuk mengujudnya, sebaliknya
disebabkan oleh keadaan yang memerlukannya. Penduduk di Amerika telah membawa
bersama mereka banyak amalan yang berbeza dan ini telah menyukarkan untuk
melaksanakan satu kod agama ke atas mana-mana daerah yang besar. Pengalaman gereja di
England juga menggambarkan bagaimana sukarnya untuk menubuhkan satu agama utama
yang dikongsi oleh semua koloni Amerika. Melalui undang-undang, agama Anglikan telah
dijadikan sebagai agama rasmi di Virginia, Maryland, New York, Carolina dan Georgia. Di
setiap koloni tersebut, di samping penyamaan kepercayaan, cukai turut dilaksana untuk
membiayai gereja. Walau bagaimanapun, melainkan di Virginia dan Maryland, undang-
undang yang telah meletakkan Church of England (Anglikan) sebagai agama rasmi semua
koloni di Amerika telah tidak diperdulikan. Para missionari dari badan dakwah Society of the
Propagation of the Gospel yang ditubuhkan pada tahun 1701 untuk menyebarkan
kepercayaan Anglikan telah mencapai kejayaan di Massachusetts dan Connecticut. Namun
mereka tidak pernah berjaya menjadikan Anglikan sebagai kuasa agama yang dominan di
Amerika.

Malah di New England, di mana masyarakat Puritan yang pada asalnya percaya mereka
terdiri daripada satu iman mula mengalami keadaan perpecahan dalam kepercayaan pada
abad ke-18. Ini telah melahirkan aliran kepercayaan agama yang berlainan dalam masyarakat
Puritan tersebut, terutamanya Congregationalism dan Presbyterianism. Di New York dan
New Jersey, penduduk berketurunan Belanda telah menubuhkan gereja mereka sendiri, iaitu
aliran Calvinism. Aliran Baptism yang pada asalnya lahir daripada aliran Calvin dan
diperkenalkan oleh Roger Williams turut mengalami perpecahan kepada beberapa aliran lain.
Hakikatnya aliran tersebut mempunyai prinsip kepercayaan agama yang sama, iaitu konsep
rebaptism yang hanya boleh dilakukan oleh individu pada usia dewasa atau matang sahaja.
Namun ada penganut Baptis yang masih mengekalkan kepercayaan Calvinisme, ada yang
mempercayai konsep predestination (takdir) dan yang lainnya percaya kepada konsep
salvation by free will (keselamatan menurut kehendak sendiri).

Penganut Protestan mempunyai kesediaan untuk bertoleransi dalam kalangan mereka sendiri,
dan tidak dengan Roman Katholik. Ramai penganut Protestan bimbang dan membenci Pope.
Terutamanya, penduduk New England memandang jiran mereka di New France (di Kanada)
bukan sahaja sebagai rakan saing militari dan perdagangan, malah sebagai ejen Rom. Walau
bagaimanapun, di kebanyakan koloni Inggeris Amerika populasi penganut Roman Katholik
adalah terlalu kecil untuk menimbul satu konflik yang besar. Kebanyakan mereka menetap di
Maryland, iaitu dengan populasi tidak lebih 3,000 orang. Barangkali oleh kerana jumlah yang
kecil telah menyebabkan sering kali mengalami penindasan. Selepas kejatuhan tuan tanah
asal pada tahun 1691, penganut Katholik di Maryland telah kehilangan hak kuasa politik dan
dilarang mempraktiskan amalan kepercayaan mereka secara terbuka, melainkan di rumah
mereka.

Populasi keturunan Yahudi di Amerika adalah tidak melebihi 2,000 orang. Komuniti yang
paling besar terdapat di bandar New York. Kumpulan komuniti yang lebih kecil pula terdapat
Newport dan Charleston. Hakikatnya, orang Yahudi terdapat di setiap koloni Amerika tetapi
mereka tidak mempunyai hak mengundi atau hak memegang jawatan. Hanya di Rhode Island
mereka dibenarkan untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka secara terbuka.

Menjelang awal abad ke-18, ramai penduduk Amerika mula bimbang terhadap kemerosotan
kepercayaan dan amalan agama dalam masyarakat mereka. Dengan kewujudan banyak aliran
agama, ramai orang mula merasa sangsi terhadap kebenaran agama orang lain, malah
terhadap agama sendiri. Pergerakan aliran migrasi masyarakat ke arah barat pada ketika itu
hingga mewujudkan petempatan baru yang terletak jauh daripada petempat pusat atau asal
telah menyebabkan berlaku hubungan yang semakin longgar antara kedua-dua penduduk dan
petempatan tersebut. Ini telah melahirkan gereja baru di petempatan baru yang biasanya
terkeluar daripada pegangan aliran gereja yang asal. Peningkatan yang pesat dalam sektor
perdagangan telah melahirkan pemikiran sekular di kawasan bandar. Perkembangan sains dan
pemikiran bebas di Eropah dan pengimportan ide-ide zaman kesedaran ke Amerika telah
menyebabkan ramai penduduk kolonial Amerika mula mempertikaikan kepercayaan agama
tradisional.

Kesedaran tentang kemerosotan dalam kepercayaan agama mula terasa pada awal tahun
1660an di New England, di mana golongan pemimpin aliran Puritan mula memberitahu
tentang bahaya yang mungkin berlaku terhadap pengurangan kuasa gereja. Mereka
menyampai khotbah tentang putus asa (dikenali sebagai jeremaids), yakni satu gambar yang
jelas tentang kemerosotan kepercayaan kepada agama dalam masyarakat New England.
Namun berbanding dengan masyarakat lain dalam era-era sebelum dan seterusnya, dikatakan
kepercayaan di kalangan penganut Puritan masih kuat dan kukuh. Ini disebabkan oleh
keperihatinan mereka terhadap kemerosotan pegangan agama merupakan satu masalah yang
serius.

Kebangkitan Semula Agama


Pada awal abad ke-18, sikap perihatin yang seumpama mula berlaku di lain-lain koloni dan
juga di kalangan penganut dalam aliran agama yang lain. Di sana sini, masyarakat mula
menyedari tentang kemerosotan dalam kepercayaan agama dan percaya bahawa perlu ada
pembaharuan dilakukan segera. Kesannya, buat pertama kalinya telah berlaku pembaharuan
yang dikenali sebagai the great awakening dalam kepercayaan agama Kristian di Amerika.
Kebangkitan semula agama telah bermula pada tahun 1930an dan mencapai kemuncaknya
pada tahun 1740an. Ia membawa satu semangat agama yang baru, yakni dianggap berjaya
memulihkan semula kepercayaan agama mereka. Kebangkitan semula kepercayaaan agama
ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap kaum wanita dan generasi muda, terutamanya
mereka ini merupakan pewarisi masa depan yang tidak pasti. Justeru itu, mereka memerlukan
satu corak kehidupan yang lebih praktikal dan kesannya mendorong mereka berpisah
daripada keluarga dan komuniti untuk memula atau membina kehidupan baru di dunia.

Para pendakwah dari England telah datang membantu menyebar ide pembaharuan agama di
Amerika. John Charles Wesley yang mengasaskan aliran Methodism telah menyebarkan
ajarannya di Georgia dan lain-lain koloni pada tahun 1730an. George Whitefield, pada
asalnya merupakan rakan sealiran Wesley telah muncul menjadi pendakwah yang popular
melalui khotbah secara terbuka di seluruh kolonial Amerika. Namun begitu, peranan
pendakwah-pendakwah luar ini tidaklah begitu penting dalam proses pembaharuan agama di
kolonial Amerika jika dibandingkan dengan peranan pendakwah tempatan. Misalnya,
Jonathan Edwards daripada kumpulan aliran Puritan berfahaman Ortodox yang berpusat di
Northampton, Massachusetts telah berjaya membawa pengaruh yang luas. Beliau
menganjurkan satu doktrin baru, iaitu menekankan prinsip absolute sovereignty of God,
predestinantion, and salvation by God's grace alone. Doktrin beliau bertujuan untuk
menentang konsep keselamatan yang mudah (salvation by free will).

Hakikatnya, kebangkitan semula agama telah membawa kepada perpecahan dalam aliran-
aliran agama (tradisional) yang sedia ada, iaitu melahirkan aliran baru. Keadaan ini memberi
kesan yang mendalam dalam masyarakat di luar gereja. Wujud golongan yang melihat
pembelajaran melalui buku (pendidikan sekular) sebagai satu gangguan atau ancaman
terhadap kepercayaan agama hingga mereka menolak pendidikan sekular keseluruhannya.
Manakala yang lain pula melihat pendidikan sekular sebagai satu kaedah untuk
memperdalamkan kepercayaan agama dan mereka mengasaskan sekolah yang memberi
latihan kepada pemimpin baru dalam institusi agama.

Pendidikan
Di samping kesukaran yang mereka hadapi ramai penduduk koloni meletakkan nilai yang
tinggi terhadap pendidikan. Walaupun beban kerja yang berat dalam sektor pertanian
menghalang mereka untuk menghantar anak ke sekolah, namun ada yang telah berusaha
mendidik anak mereka menulis dan membaca di rumah. Di Massachusetts, satu undang-
undang telah diluluskan untuk mewajibkan sebuah sekolah awam dibina di setiap bandar
yang dibiaya sendiri oleh penduduk bandar berkenaan. Sementara banyak komuniti gagal
mentaati undang-undang tersebut, kumpulan Quakers dan lain-lain aliran mula
memperkenalkan pendidik di gereja masing-masing. Wujud juga orang perseorangan,
terutamanya janda atau wanita yang tidak pernah berkahwin yang membuka kelas pendidikan
[disebut sebagai dame schools] di rumah mereka. Di bandar, tukang kraftangan pula
membuka kelas malam di premis mereka.

Kaum lelaki dalam masyarakat kaum kulit putih mempunyai kadar literasi yang tinggi pada
abad ke-18. Menjelang era Revolusi lebih separuh daripada kaum lelaki kulit putih boleh
membaca dan menulis, yakni kadar yang tertinggi mengatasi kaum lelaki di negara Eropah
ketika itu. Kadar literasi di kalangan kaum wanita adalah amat rendah dan jauh sekali untuk
menandingi kaum lelaki sehingga abad ke-19. Ini disebabkan mereka langsung diberi peluang
untuk mendapat pendidikan asas sebelum abad ke-19. Namun begitu, kadar literasi kaum
wanita di Amerika lebih tinggi berbanding kaum wanita di negara Eropah.

Kaum kulit hitam Afrika Amerika yang majoritinya merupakan lapisan hamba abdi tidak
mempunyai peluang untuk menikmati pendidikan formal. Sungguhpun pada awalnya terdapat
usaha tuan tanah mengajar anak hamba abdi membaca dan menulis, namun apabila sistem
perhambaan menjadi kukuh hingga mewujudkan pengasingan sosial yang diperketatkan
penwujudan undang-undang telah menghalang sebarang usaha memberi pendidikan kepada
kaum hamba abdi. Dengan menghalang pendidikan dalam kalangan hamba abdi akan dapat
menegah mereka untuk sedar atau bangun mempersoalkan hak mereka.

Manakala kaum pribumi Indian kekal menjadi masyarakat yang tersisih di luar sistem
pendidikan kaum kulit putih. Malah mereka juga lebih gemar untuk mendidik anak-anak
mereka dengan cara tersendiri. Namun terdapat pendakwah kulit putih yang telah masuk
menyebarkan agama di kalangan kaum peribumi mula membina sekolah untuk anak pribumi
hingga melahirkan satu kumpulan kecil populasi Indian yang boleh membaca dan menulis
dalam bahasa Inggeris.

Perkembangan semangat kesedaran mungkin tidak begitu jelas di tempat lain berbanding
kolej dan universiti di kolonial Amerika. Lebih kurang 6 buah kolej telah mula beroperasi
pada tahun 1763, dan semuanya kecuali dua telah diasaskan oleh kumpulan aliran agama
yang pada asalnya untuk melatih para pendakwah atau missionari. Namun begitu, hampir
semuanya telah dipengaruhi oleh ilmu sains dan dapat dirasai wujudnya pendekatan rasional
terhadap ilmu pengetahuan.

Harvard merupakan kolej Amerika yang pertama ditubuhkan pada tahun 1636, terutamanya
oleh pemimpin agama Puritan yang bertujuan untuk memberi latihan kepada para
pendakwahnya. Kolej ini telah diberi nama sempena pemimpin agama bandar Charlestown,
John Harvard. Beliau telah menderma perpustakaan peribadinya dan separuh daripada harta
miliknya kepada kolej tersebut. Beberapa dekad kemudian, iaitu pada tahun 1693, Kolej
William and Mary (sempana nama raja dan ratu England) telah ditubuhkan di bandar
Williamsburg, Virginia oleh kumpulan aliran Anglikan. Sebagaimana kewujudan kolej
Harvard, kolej ini juga dibina untuk memberi latihan kepada pada missionarinya. Dan pada
tahun 1701, satu aliran Congregationalis Congregationalis yang berfahaman konservatif,
ekoran daripada rasa tidak puas hati dengan penyebaran fahaman liberalisme di kolej Harvard
telah mendorong mereka untuk membina kolej Yale di bandar New Haven, Connecticut,
yakni dinamakan sempena pemimpin mereka Elihu Yale. Di samping itu, kolej New Jersey
juga ditubuhkan pada tahun 1746 tetapi ditukar nama kepada kolej Princeton kemudian
sempena nama bandar letakkannya. Salah seorang presidennya yang pertama ialah Jonathan
Edwards.

Selain daripada asas pendidikan berbentuk keagamaan, kebanyakan daripada kolej tersebut
menawarkan pengajian yang meliputi bukan sahaja teologi, malah logik, etnik, fizik,
geometri, astronomi, retorik, bahasa Latin, bahasa Yahudi dan bahasa Greek. Kolej King
telah ditubuhkan di New York pada tahun 1754, yang kemudiannya telah ditukar nama
menjadi kolej Columbia, khususnya sebagai pengiktirafan kepada penyebaran pengetahuan
sekular. Kolej ini tidak mempunyai fakulti teologi kerana ia sejak mula lagi ia muncul
daripada asas pengetahaun sekular. Kolej dan Akademi Philadelphia yang kemudiannya
menjadi Universiti Pennsylvania telah ditubuhkan pada tahun 1755, yakni sebuah institusi
yang bersifat sekular secara total. Ia telah diasaskan oleh beberapa pendakwah agama
dibawah pimpinan dan aspirasi Benjamin Franklin.

Selepas tahun 1700, kebanyakan pemimpin politik di koloni telah mendapat pendidikan
penuh di Amerika (tanpa pergi ke England). Walau bagaimanapun, peluang untuk mendapat
pendidikan di peringkat yang tinggi tidaklah terbuka luas. Kaum perempuan, kaum kulit
hitam dan kaum pribumi Indian telah disisihkan daripada memasuki pendidikan di kolej dan
universiti. Di kalangan kaum kulit putih sendiripun, hanya mereka yang mempunyai kelurga
berpengaruh sahaja yang mampu untuk belajar di situ.

Konsep Undang-undang dan Politik


Dalam bidang undang-undang dan politik, sebagaimana juga wujudnya bidang-bidang
kehidupan mereka yang lain, orang Amerika pada abad ke-17 and ke-18 percaya bahawa
mereka sedang membina semula amalan dan institusi lama di 'dunia baru' mereka. Namun di
tempat lain, pada hakikatnya, mereka membina sesuatu yang amat berlainan. Perubahan
dalam undang-undang di Amerika adalah kesan daripada kekurangan peguam terlatih dari
England, hinggakan mereka hampir tidak dikenalipun di kolonial Amerika sebelum tahun
1700. Dalam pada itu, kolonial Amerika mengambil kebanyakan elemen sistem undang-
undangnya daripada sistem England, seperti hak diadili oleh juri, perbezaan yang signifikan
dalam pembangunan prosedur mahkamah, hukuman, dan pengklasifikasian jenayah. Di
England, misalnya, serangan melalui bahan cetak terhadap seseorang pegawai kerajaan, sama
ada benar atau tidak, adalah dianggap sebagai libelous (fitnah semata-mata). Dalam satu kes
dakwaan pada than 1734 di New York terhadap seorang pemilik premis percetakan bernama
John Andrew Zenger yang diwakili oleh seorang peguam yang berwibawa, Andrew Hamilton
dari Philadelphia, mahkamah telah memerintah bahawa kritikan terhadap kerajaan adalah
bukan fitnah jika ianya suatu kebenaran. Dengan keputusan mahkamah ini telah membuang
beberapa bentuk larangan terhadap kebebasan percetakan di kolonial Amerika.

Lebih signifikan kepada masa depan hubungan antara kolonial Amerika dan England adalah
kemunculan perbezaan sistem politik antara masyarakat Amerika dan masyarakat British.
Oleh kerana kerajaan diraja, yang pada teorinya mempunyai kuasa ke atas semua koloni
Amerika tetapi terletak begitu jauh, maka orang Amerika mula menubuh institusi politik
masing-masing yang terbentuk menjadi kerajaan pemerintahan sendiri. Di kebanyakan koloni
ini, komuniti tempatan telah berkembang untuk mengurus hal ehwal mereka sendiri dengan
sedikit campurtangan daripada daripada kuasa tertinggi di England. Institusi perhimpunan di
setiap koloni mempunyai kuasa yang lebih banyak daripada kuasa parlimen di England.
Gabenor wilayah yang dilantik oleh raja England selepas tahun 1690-an mempunyai kuasa
yang luas secara hitam putih sahaja, tetapi paa hakikatnya pengaruh mereka adalah sangat
terhad. Kawalan terhadap perlantikan dan kontrak adalah terletak dalam kuasa kerajaan
England ataupun pemimpin kolonial tempatan. Seorang gabenor akan diganti bila-bila masa
sahaja apabila kerajaan England telah hilang kepercayaan terhadapnya. Dan dalam beberapa
kes, gabenor yang dilantik pula telah dikatakan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup
terhadap masyarakat koloni yang akan ditadbir. Kebanyakan gabenor adalah berketurunan
orang Inggeris yang pertama kali datang ke Amerika untuk menjawat jawatannya.

Kesan daripada keadaan tersebut tadi adalah bahawa fokus politik di koloni kini beralih
kepada politik tempatan, yakni kerajaan-kerajaan tempatan mula membentuk pentadbiran
yang bebas daripada campurtangan parlimen England. Justeru itu, wujud perbezaan yang
ketara antara semua koloni di Amerika. Ini telah menimbulkan banyak masalah kepada pihak
kerajaan England seterusnya. Maka bermula pada tahun 1763, kerajaan England mula
mengambil langkah untuk mengukuhkan kawalannya ke atas koloni di Amerika.

Kuliah 11

PEREBUTAN KE ATAS BENUA

Perang yang meletus dan berlarutan antara penghujunga tahun 1750an dan awal tahun 1760an
adalah sebahagian daripada pertentangan antara England dan Perancis untuk menjadi kuasa
dominan dalam bidang perdagangan dunia dan kuasa angkatan laut. Kemenangan British
dalam persaingan tersebut, iaitu terkenal di Eropah dalam perang Seven Years' War, telah
mengesahkan kekuatan atau penguasaannya England dan melancarkan pengawalan ke atas
benua Amenka Utara.

Walau bagaimanapun, konflik yang berpanjangan di Amenka pada ketika itu sudah berada di
peringkat akhir di antara tiga buah kuasa utama iaitu penjajah Inggeris, penjajah Perancis dan
kaum peribumi Iroquois. Lebih daripada satu abad sebelum meletusnya konflik antara
penjajah Perancis dan kaum peribumi Indian, ketiga-tiga kumpulan kuasa berkenaan telah
mengekalkan kesimbangan kuasa di benua Amerika Utara. Kesimbangan kuasa ini mula
tergugat pada tahun 1750-an, dan im telah mewujudkan satu pertentangan secara terbuka
hingga membawa kepada dommasi masyarakat Inggeris ke atas di seluruh benua tersebut.
Peperangan ini juga telah membawa orang Inggeris Amerika buat pertama kalinya
mewujudkan hubungan yang rapat dengan kuasa British di sebalik ketegangan yang sedia ada
dalam hubungan koloni-koloni dengan England.

New France dan Masyarakat Iroquios


Kuasa Perancis dan kuasa Inggeris telah muncul secara aman di Amerika Utara dalam
tempoh hampir satu abad. Namun pada than 1750-an, seiring dengan perluasan petempatan
kedua-dua kuasa Inggeris dan kuasa Perancis, ketegangan agama dan perdagangan mula
mencetuskan satu bentuk pertentangan baru atau konflik baru antara kedua-duanya.

Pada penghujung abad ke-17, empayar Perancis di Amerika Utara sudah meliputi kawasan
yang amat luas. Sebelum itu, iaitu pada tahun 1680-an, penerokaan orang Perancis telah
sampai sejauih ke selatan di delta Mississippi. Mereka menuntut semua kawasan tersebut
yang berdekatan menjadi milik kerajaan Perancis dan menamakannya sebagai Louisiana
sempena nama raja King Louis XIV. Dalam masa yang sama juga para pedagang dan
mubaligh mereka telah merantau ke arah barat-daya sejauh ke Rio Grande dan ke arah barat
sejauh ke pergunungan Rocky. Sejak itu, kuasa Perancis telah menuntut hak mereka ke atas
seluruh kawasan yang telah diterokal oleh orang Perancis, terutamanya ke atas seluruh
kawasan pedalaman benua Amenka Utara.

Untuk menjaminkan hak mereka ke atas kawasan yang luas itu, kuasa Perancis telah
membina satu jaringan pemisah komuniti, penempatan kubu yang strategik dan pengkalan
dagang dan missionari. Misalnya pembinaan kubu atau Fort Louisbourg yang terletak di
pulau Cape Breton untuk mengawal keluar masuk ke teluk St. Lawrence. Terdapat tuan tanah
feudal Perancis yang membangun estet (seigneuries) yang luas di sepanjang tebing teluk St.
Lawrence. Bandar pelabuhan Quebec, iaitu pusat empayar Perancis di Amerika Utara juga
terletak di daerah mi. Di bahagian selatan terletak bandar Montreal, sementara bandar Sault
Sainte Marie dan bandar Detroit terletak di bahagian barat menjadi tanda sempadan
petempatan Perancis di utara Amerika Utara. Di dataran rendah Mississippi terdapat estet
yang dimiliki oleh kaum Creoles, iaitu kaum immigran kulit putih berketurunan Perancis.
Estet mereka juga menyerupai estet milik orang Inggeris di koloni selatan yang menggunakan
tenaga buruh hamba abdi kulit hitam. New Orleans yang ditubuhkan pada tahun 1718 untuk
menjadi tapak ekonomi perladangan orang Perancis telah berkembang pesat menyaingi
bandar lain di sepanjang pantai Atlantik. Bandar Biloxi dan bandar Mobile yang terletak di
bahagian timur menjadi titik jaringan petempatan orang Perancis di benua Amenka Utara.

Namun hakikatnya, orang Perancis mendominasi kawasan pedalaman bersama-sama populasi


dan kekuasaan kaum pribumi Indian. Kedua-dua kuasa Perancis dan Inggens sedar bahawa
pertentangan dan perebutan untuk menguasai benua Amerika Utara adalah bergantung
kepada keupayaan salah satu daripada rnereka yang dapat mewujudkan kerjasama dengan
kaum pribumi Indian, sama ada sebagai rakan dagang araupun rakan militari. Orang Inggeris,
dengan kelebihan ekonomi perdagangan mereka mampu untuk menyediakan lebih banyak
bekalan barangan kepada kaum pribumi Indian. Namun bagi orang Perancis pula,
kebiasaaannya menawarkan satu hal ang lebih penting, iaitu toleransi. Tidak seperti orang
Inggeris, yang lebih gemar menyebar nilai sosial mereka sendiri ke atas kaum pribumi Indian
yang mereka temui, orang Perancis di kawasan pedalaman pada amnya menyesuaikan cara
hidup (tabiat) mereka dengan corak hidup kaum pribumi Indian. Pedagang bulu binatang
dalam kalangan orang Perancis biasanya berkahwin dengan perempuan pribumi Indian dan
mengadaptasikan cara hidup tribal. Pada mubalih Perancis menyampaikan ajaran Kristian
secara halus dan ribuan telah mememeluk ajaran Katholik tanpa mencabar warisan adat sosial
mereka. Oleh itu, menjelang pertengahan abad ke-18, orang Perancis telah mempunyai
hubungan yang lebih rapat dengan kebanyakan kumpulam kaum pribumi Indian di kawasan
pedalaman berbanding dengan orang Inggeris.

Walau bagaimanapun, kumpulan kaum pribumi Indian yang paling kuat atau berkuasa
mempunyai hubungan yang berbeza dengan orang Perancis. Pertubuhan Federasi Iroquois
atau Confederacy Iroquois yang dianggotai oleh lima kumpulan kaum peribumi Indian
(Mohawk, Seneca, Cayuga, Onondaga dan Oneida) yang ditubuhkan pada abad ke-15 lagi
merupakan kuasa kaum peribumi Indian yang paling kuat di lembah Ohio Valley dan
kawasan sekitaranya sejak tahun 1640an. Hampir satu abad lamanya, tidak pernah wujud
usaha oleh sama ada orang Inggeris ataupun orang Perancis untuk menggugat kekuasan
kumpulan kaum Iroquois di kawasan tersebut. Malah kumpulan kaum Iroquois telah
mengekalkan penguasaan atau autonomi mereka dengan mengelak sebarang usaha
mewujudkan hubugan yang rapat dengan kedua-dua kuasa Eropah tersebut. Sebaliknya
mereka berjaya menjalankan aktiviti perdagangan yang aktif dengan kedua-dua kuasa Eropah
tersebut. Pada masa yang sama mereka memainkan peranan sebagai pengimbang kuasa di
benua Amerika Utara antara kedua-dua kuasa Eropah tersebut. Kesannya, kumpulan kaum
peribumi Iroquois sendiri bersusah-payah mengkekalkan keimbangan kuasa di wilayah Great
Lake.

Konflik Anglo-Perancis
Kalau perdamaian antara Perancis dan Inggeris atau keseimbangan kuasa antara kedua-
duanya di benua Amerika Utara boleh kekal lebih lama, kewujudan koloni mereka boleh
kekal tanpa kesukaran yang serius atau teruk. Namun, selepas Glorious Revolution (Revolusi
Agung) di England, satu siri peperangan antara Perancis dan England (Anglo-French) telah
meletus di Eropah selama hampir lapan tahun.

Perang ini mempunyai kesan yang signifikan di Amerik Utara. PerangAwg William's War
yang meletus antara tahun 1698 dan 1697 telah mencetuskan sedikit pertentangan antara
orang Inggeris dan orang Perancis di utara New England. Manakala perang Queen Ann's War
yang bermula pada tahun 1701 dan berlarutan selama hampir 12 tahun telah menyumbang
lebih banyak bibit konflik, misalnya perebutan sempadan dengan orang Sepanyol di bahagian
selatan, dan juga dengan orang Perancis serta kaum peribumi Indian di bahagian utara
Amerika Utara. Perjanjian Treaty of'Utrecht yang hampir menamatkan semua konflik pada
tahun 1713 telah menyaksikan pemindahan beberapa daerah jajahan orang Perancis di
Amerika Utara, termasuk Acadia (Nova Scotia) dan Newfoundland kepada orang Inggeris.

Dua dekad kemudian, perdebatan mengenai hak perdagangan orang Inggeris di wilayah orang
Sepanyol telah mencetus peperangan antara England dan Sepanyol yang kemudiannya
berkembang menjadi perang Eropah, yang mana meletakkan England dan Perancis
bertentang antara satu sama lain. Koloni Inggeris di Amerika telah terheret bersama dalam
konflik tersebut, yang mereka kenali sebagai perang King George's War. Pada antara tahun
1744 dan 1748 sekali lagi mereka terlibat dalam satu siri konflik dengan orang Perancis.
Penduduk New England telah menawan pengkalan Perancis di Louisburg, pulau Cape
Breton, namun perjanjian damai yang telah dimenterai pada tahun 1713 telah memaksa orang
Inggeris untuk meninggalkan Louisburg.

Selepas King George's War, hubungan baik antara orang Inggeris, orang Perancis dan kaum
peribumi Iroquois di Amerika Utara telah wujud dengan cepat. Kaum Iroquois telah memberi
konsesi perdagangan kepada orang Inggeris di kawasan pedalaman buat kali pertamnya.
Manakala orang Perancis yang bimbang terhadap kemungkinan orang Inggeris akan
menggunakan hak konsesi tersebut sebagai langkah asas perluasan mereka ke atas tanah
jajahan Perancis, mula membina kubu-kubu baru di lembag Ohio Valley pada tahun 1748.
Orang Inggeris pula telah menginterpretasi aktiviti orang Perancis tersebut satu ancaman
terhadap petempatan orang Inggeris di wilayah barat benua Amerika Utara. Justeru itu, orang
Inggeris telah bangkit memprotes tindakan orang Perancis tersebut, malah mula mengadakan
persediaan militari dan membina kubu mereka sendin. Keseimbangan kuasa yang telah
sekiam lama dikekalkan oleh kaum Iroquois mula tergugat.

Dalam tempoh lima tahun benkutnya, ketegangan antara orang Inggeris dan orang Perancis
terus meningkat. Pada musim panas tahun 1754 gabenor Virginia telah menghantar satu
pasukan militan dibawah pimpinan kolonel muda, George Washington ke Ohio Valley untuk
mencabar perluasan orang Perancis. Washington telah membina sebuat kubu, Fort Necessity
tidak beberapa jauh dari kubu FortDuquesne milik orang Perancis yang terletak di satu
tempat yang kini dikenali sebagai Pittsburgh. Setelah kegagalan orang Inggeris dalam satu
percubaan untuk menawan kubu FortDuquesne, orang Perancis telah membalas serangan ke
atas kubu Fort Necessity, di mana pasukan Washington telah dikepung. Setelah satu pertiga
daripada askarnya terkorban, akhirnya Washington menyerah kalah. Satu hakikat, bahawa
konflik antara orang Inggeris dan orang Perancis tersebut juga menjadi titik tolak bermulanya
konflik (peperangan) antara orang Perancis dan kaum peribumi Indian.
Perang Besar Demi Empayar
Perang antara orang Perancis dan peribumi Indian telah berlarutan selama hampir sembilan
tahun secara tiga peringkat yang berbeza. Dalam penngkat yang pertama, bermula dari perang
di Fort Necessity pada tahun 1754 hingga masa perluasan perang di Eropah pada tahun 1756,
pada asas perang ini merupakan suatu konflik tempatan di Amerika Utara. Koloni-koloni
Inggeris berusaha mengendalikan perang tersebut secara sendin dan mereka menumpukan
kepada usaha mempertahankan petempatan-petempatan di bahagian barat terhadap serangan
kaum peribumi Indian dari daerah Ohio Valley. Secara kasarnya, kecuali kumpulan kaum
Iroquois semua kumpulan kaum peribumi Indian telahpun menyokong orang Perancis
berikutan tanggapan bahawa kekalahan dalam perang di Fort Duqnesne sebelum itu
merupakan bukti kelemahan sebenarnya orang Inggeris. Malah kaum Iroquois yang selama
ini menyokong orang Inggeris mula merasa bimbang untuk menghadapi orang Perancis.
Justeru itu, mereka bertindak secara passive (acuh tak acuh) dalam konflik tersebut. Pada
penghujung tahun 1755, ramai orang Inggeris yang menetap di sepanjang perbatasan mula
meninggalkan petempatan mereka demi menggelak peperangan dan berhijrah ke bahagian
timur pergunungan Allegheny.

Peringkat kedua telah bermula pada tahun 1756 apabila kerajaan Perancis dan kerajaan
England mengistiharkan perang secara rasmi, iaitu Seven Years' War yangsebenarnya
bermula. Peperangan tersebut telah tersebar luas ke West Indies, India dan juga Eropah
sendiri. Namun pertentangan yang utama masih berkaitan dengan Amenka Utara. Orang
Inggeris dikatakan telah mengalami banyak kerugian dan kekalahan dalam konflik di
Amerika Utara. Bermula pada tahun 1757, William Pitt, setiausaha negeri (yang menjadi
perdana menteri England kemudian) mula mengalih ala tuju usaha peperangan di Amenka
Utara dengan menjadikannya buat pertama kali diletak di bawah kuasa kawalan penuh
kerajaan British. Pitt sendiri bertanggungjawab menyediakan pelan strategi militari, melantik
para komander dan membuat arahan kepada penduduk koloni. Penyertaan dalam angkatan
militari adalah agak kurang menyebabkan para komander British melancarkan polisi
impressment (paksaan) ke atas masyarakat koloni untuk menjadi askar. Pegawai British juga
merampas bekalan keperluan daripada peladang dan pedagang dan merintah masyarakat
koloni untuk menyediakan kediaman kepada askar British secara percuma. Masyarakaat
koloni bangkit menentang semua polisi orang British tersebut, misalnya pada tahun 1757 satu
rusuhan yang dahsyat telah meletus di New York. Pada awal tahun 1758, pertentangan antara
kerajaan British dengan masyarakat koloni mula mengancam usaha perang menghadapi orang
Perancis.

Oleh itu, pada awal tahun 1758 Pitt memulakan perang penngkat yang ketiga atau terakhir
dengan menarik balik kebanyakan polisi yang telah diperkenalkan olehnya, dan ini
membolehkan masyarakat koloni memben tumpuan penuh terhadap peperangan dengan
orang Perancis dan juga kaum peribumi Indian. Beliau bersetuju untuk membayar balik
(gantirugi) segala bekalan keperluan yang telah dirampas oleh anggota militari British. Beliau
juga bersetuju menyerah kembali kuasa mengambil anggota militari kepada dewan
perhimpunan koloni masing-masing. Ini telah meningkat penyertaan dalam angkatan militari
seterusnya. Kemudian beliau mengirim sejumlah besar askar British tambahan ke Amerika.
Akhirnya, perkembangan perang mula menunjukkan tanda kemenangan di pihak England.
Orang Perancis yang kerap kali kekurangan bilangan askar berbanding bilang askar Inggeris,
malah mereka juga mengalami kekurangan bekalan makanan ekoran hasil tenaman yang
kurang sejak tahun 1756, akhirnya tidak dapat mengekal kedudukan pertahanan mereka untuk
tempoh yang lebih lama lagi. Menjelang pertengahan tahun 1758, pasukan askar British
regular (yang melakukan banyak pertempuran) dan angkatan militari koloni mula menawan
satu persatu pengkalan orang Perancis. Dua orang jeneral Inggeris yang paling bijaksana,
iaitu Jeffrey Amherst dan James Wolfe telah menawam kubu Louisburgh pada bulan Julai
1758. Beberapa bulan berikutnya. Fort Duquesne telah )atuhtanpa pertempuran. Pada tahun
yang berikutnya, pada saat akhir penawanan Quebec pasukan jeneral Wolfe telah berjaya
mendaki tebing tinggi untuk menyerang dan mengalahkan pasukan orang Perancis di bawah
pimpinan jeneral Marquis de Montcalm. Kedua-dua jeneral (Wolfe dan Montcalm) turut
terkorban dalam perang tersebut. Kejatuhan Quebec yang penuh dramatik pada 13 September
1759 telah mengakhiri peringkat ketiga perang Perancis dan peribumi Indian. Pada bulan
September 1760, secara rasminya tentera Perancis telah menyerah diri kepada Jeneral
Armherst di Montreal. Perdamaian akhirnya telah tercapal pada tahun 1763 melalui
perjanjian Peace of Paris. Menurut syarat-syarat perjanjian, orang Perancis menyerahkan
semua tanah jajahannya di kepelauan West Indies, kebanyakan koloni di India dan Kanada,
dan semua wilayah jajahan Perancis di benua Amerika Utara (di sebelah timur Mississippi)
kepada Great Britain. Orang Perancis untuk menyerahkan wilayah ]a)ahan New Orleans dan
tuntutan mereka ke atas kawasan barat Mississippi kepada orang Sepanyol. Dengan itu,
semua kepentingan dan tuntutan orang Perancis di benua Amerika Utara telah dilepaskan.

Perang Perancis dan Indian telah memnggal kesan yang mendalam ke atas empayar British
dan koloni Amerika. Ia telah menyumbang kepada pengembangan atau perluasan tanah
jajahan England di benua Amerika Utara. Pada masa yang sama, kos biaya perang telah
menambahkan beban hutang British dan ini telah meningkatkan tekanan kerajaan British ke
atas masyarakat koloni Amerika seterusnya. Para pemimpin Inggeris di England merasa tidak
puas hati terhadap sumbangan masyarakat koloni Amerika dalam perang tersebut. Mereka
marah kerana masyarakat koloni Amerika dikatakan hanya memberi sumbangan yang sedikit
untuk pembiayaan perang walhal kemenangan perang itu akan menguntungkan masyarakat
koloni Amerika sendiri. Lebih-lebih lagi dipercayai terdapat ramai golongan pedagang yang
menjual makanan dan lain-lain barang keperluan kepada orang Perancis di West Indies pada
sepanjang tempoh perang tersebut. Kombmasi kesemua faktor mi telah menimbulkan
padangang dalam kalangan pemimpin Inggeris untuk mencadangkan satu langkah menyusun
semula empayar England, justeru boleh meningkatkan kuasa London ke atas koloni Amerika
sebaik sahaja tamatnya perang. Perang tersebut mempunyai kesan yang amat mendalam
tetapi amat berbeza ke atas setiap koloni Amerika. Ia merupakan satu pengalaman yang
menggesa mereka untuk pertama kalinya bertindak terhadap satu masalah atau matlamat yang
sama. Ini telah menggambarkan kemunculan sesuatu tauladan di kalangan masyarakat koloni
Amerika. Pertentangan yang berlaku pada tahun 1757-1757 terhadap polisi impressment
orang pemenntah militari British dan pengembalian semula kuasa kepada dewan
perhimpunan koloni pada tahun 1758 jelas memberi kesedaran kepasa masyarakat koloni
Amerika tentang ketidak-wajaran campurtangan kerajaan England dalam hal ehwal tempatan.

Kepada kaum peribumi Indian di Ohio Valley, pasukan yang ketiga besar dalam perang
Perancis dan Indian, kemenangan British menjadi satu malapetaka kepada mereka. Kaum
pribumi ini, yang telah memberi sokongan kepada orang Perancis menaikkan permusuhan
dengan orang Inggeris. Manakala Federasi Iroquois yang telah menyokong orang Inggeris
telah sedikit sebanyak merasa keselamatan mereka terjamin. Walau bagaimanapun, tidak
berapa lama selepas tamatnya perang tersebut, hubungan Iroquois dengan orang Inggeris
mula tergugat, menyebabkan Federasi Iroquois mula dan terus berjuang untuk
mengembalikan penguasaan mereka ke atas Ohio Valley pada lebih 50 tahun berikutnya.
Malang sekali mereka populasi semakin kurang menyebabkan mereka akhiranya tidak lagi
dapat menandingi musuh mereka (orang Eropah) terutamanya dari dari keupayaan militari
dan politik.
Kuliah 12

IMPERIALISME BARU

Dengan perjanjian 1763, England mencapai satu perdamaian buat pertama kali dalam tempoh
lebih lima belas tahun. Tanpa gangguan perang, kini kerajaan British dapat menumpu
perhatian untuk menyusun semula empayarnya. Selepas mengharungi banyak rintangan pada
dekad yang lalu, ramai pemimpin Inggeris mula merasa yakin terhadap persoalan penyusunan
semula empayar England tidak dapat dilengah-lengahkan lagi. Dengan tanggungan beban
hutang yang banyak akibat siri peperangan yang telah memakan masa yang agak panjang,
England kini dalam keadaan yang terdesak dan memerlukan bekalan bahan pendapatan baru
daripada empayarnya. Justeru dengan rasa bertanggungjawab terhadap keluasan tanah-tanah
baru di 'dunia baru' benua Amerika, kerajaan imperial England merasakan perlu untuk
mengembangkan penglibatannya di koloni-koloni Amerika.

Beban Empayar
Pengalaman dalam perang Perancis dan Indian telah memberi pengajaran bahawa sebarang
usaha untuk meningkatkan penglibatan di benua Amerika Utara adalah tidak mudah. Bukan
sahaja masyarakat koloni Amerika pernah membuktikan penentangan mereka terhadap
pengawalan British, justeru pernah memaksa Pitt selaku setiausaha kerajaan England untuk
menarik balik polisinya pada tahun 1758, malahan pada masa yang seterusnya dewan
perhimpunan koloni masing-masing memberi respon negatif terhadap usaha campurtangan
kerajaan British. Mereka enggan dikenakan cukai oleh Parlimen yang bertujuan untuk
membiayai dan menampung beban hutang Empayar dalam perang ketika itu. Dalam pada itu,
masyarakat koloni juga tidak bersetuju dengan usaha mewujudkan sebarang cukai ke atas
mereka oleh pemerintah tempatan-sendiri. Penentangan terhadap peraturan-peraturan
perdagangan emperial dan lain-lain, kerajaan British terus-menerus membuat tuntutan
mereka.

Pada tahun 1763, England telah mengambil-alih kebanyakan tanah jajajah orang Perancis di
Amerika Utara dan ini telah membentuk sebuah empayar British yang sangat luas, iaitu dua
kali lebih besar daripada saiz sebelumnya. Justeru itu, masalah untuk mentadbirnya pun
bertambah komplek. Sebahagian daripada kalangan pegawai Inggeris mula mengkritik dasar
perluasaan petempatan dan pembangunan jajahan di bahagian barat Amerika Utara yang
dianggap hanya akan menaikkan kos dan konflik dengan pribumi Indian, ataupun mungkin
dengan orang Perancis. Dengan menghalang pembinaan petempatan baru akan dapat
menyediakan tanah untuk aktiviti berburu atau menjerat binatang. Sebahagian pegawai
Inggeris pula mahu melihat kawasan baru untuk pembangunan segera, namun kata sepakat
dalam kalangan mereka tidak dapat dicapai berkenaan siapa yang akan mengawasi atau
mengawal tanah di barat tersebut. Kerajaan kolonial yang sedia ada sering kali menimbulkan
kemarahan dan konflik ekoran menuntut hak perundangan sendiri. Sebahagian pegawai di
London ingin mengekalkan kuasa kawalan kepada England dan menuntut supaya semua
tanah jajahan (baru) di Amerika dianggap sebagai koloni baru.

Pada masa yang sama, kerajaan di London tidak mempunyai pilihan lain dalam usaha
menangani masalah hutang yang banyak. Tuan-tuan tanah dan saudagar di England pula
menentang keras sebarang usaha kerajaan untuk menaikkan cukai. Manakala keengganan
koloni Amerika untuk membayar biaya usaha perang telah menyedarkan pihak kerajaan
England agar tidak bergantung kepada kerjasama koloni dalam usahanya mencari
pendapatan. Bagi pandangan para pemimpin empayar di England, hanya dengan mewujudkan
satu sistem cukai yang ditadbir dari London secara efektifnya akan dapat memenuhi
kehendak England.

Dalam masa hubungan Anglo-Amerika yang kritikal ini, dengan pengenalan sistem imperial
tersebut telah mengheret kerajaan England ke dalam pergolakkan politik, terutamanya dengan
penabalan raja baru, George III pada tahun 1760. Raja George telah merombak semula
pentadbiran empayar secara drastik. Pertama, kuasa mutlak raja telah dihidupkan semula.
Kedua, dengan penagaruh ibunya, raja George telah membubarkan parlimen Whig dan
menggantikan mereka dengan para penyokong baginda. Justeru itu, pemerintahan parlimen
yang baru adalah dikatakan tidak stabil, malah ahlinya sentiasa bertukar mengikut budi bicara
raja George sendiri. Raja George juga dikatakan mempunyai intelektual dan psikologi yang
sangat rendah. Malah baginda menghidapi penyakit mental yang serius, dan ini menyebabkan
segala urusan pemerintah tidak dapat dijalankan dengan sewajarnya. Pemerintahan baginda
hanya dapat berfungsi dengan baik antara tahun 1760an dan 1770an, iaitu ketika berusia 22
tahun. Pendek kata, personaliti raja George III telah menyumbang kepada keadaan yang tidak
stabil dan pentadbiran yang lemah pada masa England menghadapi keadaan kritikal.

Tindakbalas terhadap masalah-masalah yang berbangkit ketika itu telah muncul di koloni
Amerika. Perdana menteri yang dilantik oleh raja George III pada tahun 1763, ialah George
Grenville. Grenville merupakan ipar kepada William Pitt. Namun begitu, Grenville
mempunyai pendirian yang keras dalam hubungannya dengan masalah-masalah dari koloni
Amerika. Pada pandangan beliau, bahawa koloni telah sekian lama bersikap degil dan tibalah
masanya mereka harus patuh kepada undang-undang England dan membayar sebahagian
daripada kos mempertahan dan mentadbir empayar.

British dan Kaum Pribumi Indian


Dengan kekalahan orang Perancis, askar koloni Inggeris segera bergerak merentasi
pergunungan hingga ke kawasan petempatan peribumi Indian di pedalaman Ohio Valley.
Satu pakatan antara kumpulan kaum pribumi Indian yang dipimpin oleh Pontiac dari
kumpulan Ottawa telah menyerang balas. Demi menggelak perluasan perang tersebut yang
mungkin akan menakutkan aktiviti perdagangan di bahagian barat, kerajaan British telah
mengeluarkan satu perintah melalui Proclamation of 1763 yang melarang perluasan
petempatan orang Inggeris ke kawasan sebelah pergunungan dalam daerah petempatan
peribumi Indian.

Hakikatnya, kerajaan di London telah memperolehi kuasa sebagai pemerintah wilayah


melalui Proclamation of 1763 malah kuasa kawalan ke atas perluasan petempatan kaum kulit
putih ke arah barat. Usaha melambatkan perluasan petempatan kaum kulit putih ke arah barat
melalui proklamasi tersebut dianggap dapat mengelakkan kos peperangan dengan kaum
peribumi Indian. Ia juga dipercayai dapat melambatkan penghijrahan populasi dari kawasan
pantai ke arah barat. Ini adalah kerana kawasan pantai ini merupakan fokus pasaran dan
pelaburan England yang sangat penting ketika itu. Dalam pada itu, proklamasi tersebut juga
akan menjadi satu simpanan untuk spekulasi tanah dan perdagangan bulu binatang kepada
orang Inggeris daripada aktiviti perdagangan koloni Amerika. Sungguhpun kaum pribumi
memahami sedikit tentang proklamasi tersebut yang menghendaki mereka untuk mnyerahkan
kawasan tanah di sebelah timur pergunungan ke kaum kulit putih, namun kebanyakan
kumpulan mereka bersetuju dan beranggapan bahawa proklamasi tersebut merupakan satu-
satunya langkah penyelesaian terbaik konflik mereka dengan orang Inggeris. Terutamanya
kumpulan kaum Cherokee telah secara aktif berusaha untuk memastikan sempadan mereka
tidak dicerobohi oleh orang kulit putih. Hubungan antara kerajaan British dan kumpulan
pribumi Indian di bahagian barat dikakakan sekurang-kurangnya semakin baik selepas
termeterainya proklamasi tersebut, terutamanya ianya terbentuk oleh usaha pegawai British
yang perihatin dengan masalah dan keperluan kaum pribumi Indian.

Walau bagaimanapun, pada akhirnya proklamasi tersebut telah gagal memenuhi matlamatnya
untuk melindungi kawasan pribumi Indian daripada pencerohonan kaum kulit putih.
Masyarakat kaum kulit putih terus menerus mencerobohi sempadan dan menuntut tanah
hingga jauh di pedalaman Ohio Valley. Sementara itu pihak berkuasa British juga berusaha
untuk menetapkan had perluasan petempatan kaum kulit putih. Pada tahun 1768, satu
perjanjian baru diadakan dengan kumpulan pribumi di bahagian barat dengan penetapan satu
sempadan yang kekal tetapi pada hakikatnya telah memperluaskan kawasan petempatan
kaum kulit putih ke kawasan petempatan pribumi Indian itu sendiri. Namun, perjanjian ini
yang telah ditandatangani di dua tempat iaitu Hard Labor Creek, South Carolina dan Fort
Stanwix, New York juga gagal menghalang perluasan petempatan kaum kulit putih. Dalam
beberapa tahun kemudiannya, perjanjian 1768 itu telah digantikan dengan satu perjanjian
baru yang mana telah memindah sempadan petempatan kaum kulit putih semakin jauh ke
arah barat dalam kawasan pribumi Indian.

Respon Kerajaan Kolonial


Jabatan Premier Grenville mula secara langsung meningkat kuasanya ke atas koloni Amerika.
Pasukan askar regular British telah ditempatkan di semua koloni dan dengan pengenalan akta
Mutiny Act of 1765 semua masyarakat kolonial dikehendaki menyediakan sebarang
keperluan dan mematuhi perintah askar British. Kapal angkatan laut British mula mengawal
perairan Amerika dalam usaha untuk memburu aktiviti penyeludupan. Perkhidmatan kastam
telah disusun atau dipertingkatkan atau diperbesarkan. Pegawai diraja telah ditempatkan di
setiap pengkalan kolonial selain daripada menempatan wakil mereka. Sektor perindustrian
kilang di kolonial telah dihentikan atau dilarang beroperasi dengan harapan ia tidak menjadi
saingan kepada perkembangan industri yang pesat Great Britain.

Pengenalan kepada akta Sugar Act of 1764 adalah bertujuan untuk membasmikan aktiviti
perdagangan gula secara haram antara kolonial Amerika dengan orang Perancis dan orang
Sepanyol dari kepulauan West Indies. Akta ini juga telah membawa kepada penubuhan
mahkamah laksamana (angkatan laut) untuk membawa para penyeludup ke muka pengadilan.
Akta Currency Act of 1764 telah diperkenalkan untuk memastikan semua dewn perwakilan
atau perhimpunan kolonial menghentikan percetakan wang kertas sendiri. Implikasi yang
paling berkesan ekoran perlaksanaan akta gula ialah cukai ke atas semua bahan atau dokumen
yang dicetak di koloni, seperti suratkhabar (newspapers), kalendar (almanacs), risalah
(pamphlets), surat perjanjian (deeds), surat wasiat (wills) dan lesen (licenses). Pegawai
British mula mengutip sebanyak lebih sepuluh kali ganda pendapatan tahunan berbanding
jumlah yang diperolehi pada sebelum tahun 1763. Walau bagaimanapun, polisi baru ini telah
membentuk lebih banyak masalah berbanding masalah yang diselesaikan.

Masyarakat kolonial mengalami kesukaran untuk menentang pengenalan undang-undang


baru tersebut. Seperkara yang ketara kesan ekoran pengenalan undang-undang baru tersebut
ialah meimbulkan perasaan tidak puas hati sesama masyarakat kolonial dan juga dengan
kerajaan di London. Misalnya, pada tahun 1763 sepasukan pemberontak yang dikenali
sebagai Paxton Boys dari Pennsylavnia telah menyerang bandar Philadelphia untuk menuntut
perlepasan cukai dan bantuan kewangan untuk membiayai peperangan mereka dengan kaum
peribumi Indian. Pertumbahan darah di bandar Philadelphia itu hanya dapat dileraikan setelah
dewan perhimpunan kolonial bersetuju memberi konsesinya. Pada tahun 1771, satu skala
perang sivil yang kecil telah meletus di North Carolina apabila pemimpin (Regulators) petani
dari kawasan pedalaman Carolina telah menyusun satu pasukan tentera sendiri untuk
menentang kutipan cukai yang tinggi oleh penguasa (Sheriffs) yang dilantik oleh kerajaan
Kolonial (British). Pasukan British yang dibentuk daripada anggota-anggota daripada
beberapa daerah di timur telah membenteras pemberontakan Regulators dalam satu perang
yang dikenali sebagai Battle of Alamance. Pihak masing-masing telah kehilangan nyawa
seramai sembilan orang dan ramai yang cedera. Kemudiannya seramai enam orang
Regulators telah dihukum gantung atas kesalahan mengkhianat.

Walau bagaimanapun, sebagaiman telah diperkatakan bahawa disamping konflik yang


meletus tersebut, pengenalan polisi baru oleh kerajaan British selepas tahun 1763 telah mula
mewujudkan perasaan tidak puas hati antara sesama masyarakat kolonial Amerika. Di bawah
program pemerintahan Grenville, sebagaimana menurut pandangan masyarakat kolonial
Amerika bahawa semua orang dalam semua koloni Amerika akan tertekan atau hidup
sengsara. Para pedagang di bahagian utara akan menghadapi kesukaran ekoran polisi
pembatasan (menghadkan) ekonomi mereka, iaitu penutupan kawasan di bahagian barat
daripada aktiviti spekulasi tanah dan perdagangan bulu binatang, larangan terhadap operasi
perindustrian dan peningkatan beban cukai. Manakala kaum petani di wilayah selatan
kolonial yang berhutang dengan saudagar Inggeris mula terpaksa membayar cukai tambahan
dan ini sudah tentu menghalang usaha mereka untuk menyelesaikan hutang melalui
penerokaan tanah di kawasan barat. Kumpulan populasi yang paling ramai di koloial
Amerika, iaitu petani secara kecil-kecilan akan tertekan ekorang daripada polisi kenaikan
cukai dan pengharaman percetakan wang kertas koloni yang mana mereka amat bergantung
kepada wang kertas tersebut untuk mendapatkan kebanyakan pinjaman mereka. Para pekerja
di bandar pula menghadapi masa depan yang sempit terutamanya ekoran daripada
pengharaman aktivit perindustrian dan percetakan wang kertas tempatan. Beberapa larangan
lain yang baru mula diperkenalkan ke atas kolonial Amerika pada awal tahun 1770an.
Hakikatnya, kerajaan British telah menyalurkan wang yang banyak ke kolonial Amerika
untuk membiaya perang sebelum tahun 1763. Namun sejak tahun tersebut, polisi ini telah
ditamatkan. Kini kerajaan di London mula mencadangkan langkah untuk mengatasi masalah
kemelesetan ekonominya dengan mengambil (balik) wang keluar daripada kolonial Amerika.

Pada hakikatnya, kebanyakan masyarakat kolonial Amerika mula sedar dan menemui cara
hidup yang baru (penyesuaian) seiringan perlaksanaan undang-undang British. Dikatakan
ekonomi kolonial Amerika tidaklah musnah kerana unsur ekonomi terus wujud, terutamanya
di bandar yang secara langsung terdedah dengan polisi British. Namun begitu, kemelesetan
ekonomi sejak awal tahun 1760-an telah mengakibatkan masalah pengangguran terus
meningkat. Ini telah mewujudkan keadaan huru hara yang di beberapa bandar dalam kolonial
Amerika, terutamanya di Boston, iaitu merupakan bandar yang mengalami masalah ekonomi
yang paling teruk.

Walau apapun beban ekonomi yang ditanggung dalam program imperial (British), namun
masyarakat kolonial Amerika menganggap bahawa politik merupakan beban yang paling
dahsyat. Justeru itu, masyarakat kolonial mula menyedari tentang betapa pentingnya untuk
memiliki pemerintahan sendiri (self-government). Mereka mula percaya bahawa kunci ke
arah tersebut adalah mencapai hak dewan perhimpunan kolonial untuk mengawal dan
berkuasa sendiri, justeru telah membawa pertentangan dengan kerajaan British seterusnya.
Kuliah 13

PENENTANGAN TERHADAP ENGLAND

Pada selama 75 tahun, iaitu dari tahun 1607 hingga taun 1682 koloni-koloni Inggeris telah
wujud dengan kukuhnya di Amerika (Utara). Namun kerajaan England ketika itu tidak
memberi perhatian khusus ke atas Amerika Utara ekoran meletusnya Perang Saudara di
England pada tahun 1640an. Hakikatnya, masyarakat Inggeris sama ada di koloni Amerika
ataupun di tanahair England berpegang kepada prinsip atau teori Mercantilisme sejak tahun
1500an lagi. Teori ini menekankan gagasan untuk memperkayakan tanahair supaya menjadi
kuasa maritim (angkatan laut) yang kuat dan digeruni. Teori Koloni juga merupakan satu
prinsip mempunyai objektif yang sama, khusus untuk membekalkan bahan mentah yang tidak
terdapat di England, misalnya keperluan terhadap sumber kayu untuk membina kapal perang
yang lebih besar. Selama ini kayu diimport dari Sweden dan Scandinavia. Penemuan koloni
di New England telah dapat membekalkan kayu (Pine) keras kepada industri perkapalan di
England.

Setelah menyedari punca masalah pertentangan British dan Orang Indian di Ohio Valley,
pentadbiran George Grenville di London telah memperkenalkan the Royal Proclamation of
1763 dengan harapan untuk memberhentikan perluasan koloni British ke arah barat. Walau
bagaimanapun, proklamasi tersebut gagal menghalang perluasan migrasi dan aktiviti koloni
Inggeris ke kawasan petempatan kaum peribumi Indian, malah kerajaan kolonial dikatakan
tidak dapat memujuk mereka untuk mematuhi sebarang peraturan yang dikenakan terhadap
mereka.

Sebelum tahun 1763 lagi, pihak kerajaan Kolonial telahpun membuat keputusan untuk
menempatan 10 ribu tentara di koloni walaupun menyedari bahawa keamaan telahpun wujud
selepas tahun 1763. Bukan sahaja tindakan ketenteraan dikenakan ke atas kolonial Amerika
malah pihak kerajaan British yang melihat keadaan koloni di Amerika yang memiliki
kemakmuran ekonomi harus menyerahkan sebahagian kekayaan mereka itu sebagai jaminan
perlindungan, dengan tanggapan kerajaan-tentera British sebagai protector.

Setelah meneliti kewangan kolonial Amerika, Grenville mendapati kos perbelanjaan


perkhidamatan kastam adalah sebanyak 8 ribu paun setahun. Manakala hasil kastam yang
masuk hanya sebanyak 2 ribu paun. Oleh itu, beliau menjangka punca kemelesetan kewangan
itu berlaku adalah kerana aktiviti penyeludupan. Pada tahun 1764, beliau telah
memperkenalkan satu akta Sugar Act of 1764 yang bertujuan untuk mengawal kemasukan
gula mentah ke Britian dan membenteraskan aktiviti penyeludupan di Britain dan di koloni
Amerika. Undang-undang mahkamah ketentaraan laut dikenakan ke atas pesalah yang
tertangkap dalam aktiviti penyeledupan. Akta ini menimbulkan kebimbangan masyarakat
kolonii Amerika, terutamanya berhubung dengan perlantikan hakim yang didatangkan khas
dari Britian.

Bagi tujuan untuk mendapatkan sumber perbelanjaan pasukan tentera British di koloni,
Grenville sekali lagi memperkenalkan satu akta yang dikenali sebagai Quartering Act of 1765
yang mensyaratkan setiap koloni menyedia kemudahan kediaman dan keperluan tertentu
kepada tentera British. Pihak koloni merasa bertambah marah dengan pengenalan akta
tersebut, terutamanya koloni New York yang terpaksa menempatkan sejumlah besar tentera
British berbanding koloni lain. Tidak cukup dengan perlaksanaan akta petempatan askar
tersebut, Grenville telah meluluskan satu akta setem atau Stamp Act of 1765 pada tahun yang
sama. Ia bertujuan untuk mengenakan cukai setem ke atas pergerakan (kiriman) semua surat
atau dokumen dan lesen pembelian arak, suratkhabar, sijil pelajaran dan lain-lain lagi.
Undang-undang mahkamah ketenteraan juga dikenakan ke atas pesalahnya. Walau
bagaimanapun, pihak koloni tidak mempersetujui akta ini, malah memulaukan penjualan
setem tersebut. Pihak koloni di Amerika telah melancarkan protest mereka terhadap
pengenalan akta setem tersebut. Pada bulan oktober 1765, satu kongres (Stamp Act Congress)
oleh 9 koloni yang diadakan di New York. Kongres ini meluluskan satu Deklarasi Hak dan
Ketidakpuasan (declaration of rights and grievances) terhadap dasar kerajaan kolonial. Dalam
deklarasi tersebut, antara keputusan yang diluluskan ialah menuntut pihak kerajaan kolonial
menghapuskan pengadilan mahkamah ketenteraan laut, akta gula dan akta cukai dengan
alasan bahawa pihak kerajaan kolonial di London tidak mempunyai hak untuk mengenakan
sebarang peraturan ke atas koloni di Amerika memandangkan ketiadaan perwakilan di
Parlimen.

Semasa kongres Akta Setem sedang berjalan di New York, rakyat di koloni mula
merancangkan beberapa tindakan penentangan mereka terhadap dasar pemerintahan kerajaan
kolonial British. Kaum wanita mula memulau keperluan teh, pakaian dan lain-lain yang
diimport daripada Britain. Manakala kaum lelaki sudah bersiap sedia untuk melancarkan
sebarang bentuk penentangan secara fizikal demi memperjuangkan hak kebebasan
masyarakat kolonial Amerika. Setelah beberapa peristiwa buruk berlaku ekoran tunjuk
perasaan rakyat kolonial Amerika, misalnya penahanan gabenor di Boston dan beliau dipaksa
membaca sendiri surat perletakkan jawatannya di khlayak umum, membakar rekod-rekod kes
di Mahkamah Tentera Laut, dan sebagainya. Pada bulan Mac 1766 kerajaan Kolonial British
telah menghapuskan akta setem. Sebaliknya telah meluluskan Akta Deklaratori (Declaratory
Act) yang memberi hak penuh kepada pihak kerajaan kolonial British untuk membuat
undang-undang ke atas koloni di Amerika. Berita penghapusan akta setem telah disambut
dengan meriah oleh masyarakat koloni, malah mereka segera membina tugu raja George III
(1760-1820) di New York. Malangnya mereka tidak memberi perhatian terhadap Akta
Deklaratori yang baru diluluskan itu, yang sebaliknya telah memberi kuasa penuh kepada
Parlimen untuk meluluskan undang-undang bagi pihak semua koloni di Amerika.

Empat bulan selapas penghapusan Akta setem, kerajaan kolonial telah menghantar menteri
kolonial yang baru, Charles Tonwshend ke Boston. Beliau memperkenalkan Townshend Acts
iaitu berhubung dengan masalah sistem cukai dan sistem pengadilan unduang-undang. Beliau
memperkenalkan kadar cukai yang lebih rendah terhadap beberapa barangan import daripada
Britain (seperti kaca, cat, kertas, logam dan teh). Kesalahan melanggar peraturan kastam akan
dikenakan pengadilan mahkamah tentera laut. Sebuah Lembaga Suruhanjaya Kastam (Board
of Custom Commissioners) ditubuhkan. Akhir sekali dan yang paling penting ialah arahan
beliau kepada setiap koloni untuk mematuhi sebarang keputusan oleh Parlimen di London.
Oleh itu, perlaksaan akta Townshend telah mendapat tentangan hebat daripada penduduk di
kolonial Amerika, terutamanya kes serangan pemberontak di bandar Boston, Massachusetts
sehingga menyebabkan pasukan tentera British terpaksa menyelamatkan diri ke pulau di luar
pantai Boston.

Pada tahun 1770, Lord Frederick North telah dilantik menjadi menteri kolonial yang baru
selepas kematian Townshend. Beliau bercita-cita untuk mewujudkan keadaan aman di koloni
Amerika, terutamanya kesan daripada perlaksaan Akta Townshend. Oleh itu beliau telah
membuat rayuan kepada Parlimen untuk menghapus semua bentuk cukai import [kecuali
cukai teh] yang dikenakan di Amerika.

Meletusnya Revolusi Amerika


Tempoh antara tahun 1770 dan 1773, keadaan di koloni-koloni Amerika boleh dikatakan
berada dalam keadaan yang aman. Seorang tokoh pemberontak di Boston bernama Samuel
Adams berserta beberapa tokoh yang lain mula mengambil kesempatan terhadap beberapa
insiden pada masa keamanan tersebut untuk membangkit perasaan benci terhadap kerajaan
kolonial atau Britain. Dalam satu kes pada tahun 1772, beberapa orang penyeludup yang
digelar Gaspee di Teluk Narragansett telah ditahan oleh pasukan kastam British. Walau
bagaimanapun, kerajaan kolonial mengambil keputusan untuk membawa pesalah-pesalah
tersebut ke Britain untuk dibicarakan. Menjelang tahun 1774, setiap koloni di Amerika telah
menubuhkan Committees of Correspondence untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka
mengenai hak kebebasan rakyat kolonial Amerika terhadap ancaman kerajaan kolonial
British.

Pada awal tahun 1773, Lord North telah memperkenalkan satu akta bagi memberi kuasa
monopoli perdagangan teh di koloni Amerika kepada Syarikat India Timur Inggeris yang
menghadapi masalah kewangan ketika itu. Implikasinya, penduduk koloni bangkit menentang
peraturan baru tersebut. Mereka bukan sahaja memaksa ejen syarikat meletak jawatan malah
sama ada merampas teh untuk disimpan ataupun mengaramkan kapal dagang teh. Di Boston,
pada waktu malam 16 Disember 1773 sekumpulan penduduk koloni yang menyamar sebagai
orang peribumi Indian keluar ke pelabuhan dan mengaramkan 3 kapal dagang teh dan sekitar
bernilai 15 ribu paun bekalan teh telah dibuangkan ke dalam laut. Peristiwa ini dikenali
sebagai The Boston Tea Party.

Kesan daripada peristiwa tersebut, kerajaan kolonial telah meluluskan beberapa peraturan
baru pada tahun 1774 yang meletakkan koloni Amerika di bawah pemerintahan tentera
British. Peraturan baru ini adalah lebih keras hingga dikenali sebagai Intolerable Acts oleh
koloni Amerika. Antara perkara yang ditekankan ialah perlantikan ketua kommander Jeneral
Thomas Gage sebagai gabenor baru di Massachusetts.

Tindakan yang dikenakan oleh kerajaan kolonial British terhadap koloni Massachusetts telah
mencetuskan perasaan simpati daripada penduduk di koloni yang lain. Masyarakat di bandar
lain mula mengumpul barang keperluan untuk dihantar kepada penduduk di Boston. Di
sinilah peranan Committees of Correspondence menjadi lebih aktif hingga mencetuskan satu
mesyuarat pada bulan September 1774, yang dihadiri oleh delegasi dari semua koloni
[kecuali Georgia). Mesyuarat yang diadakan di Philadelphia itu dipanggil sebagai First
Continental Congress dan bertujuan untuk membincangkan langkah pertahanan terhadap
ancaman kerajaan kolonial British yang semakin bersifat zalim. Keputusan diambil untuk
memboikot sebarang bentuk perdagangan dengan Britain dan kongress bersetuju untuk
bermesyuarat lagi pada bulan May jikalau keseluruhan ketidakpuasan rakyat Amerika tidak
dipenuhi oleh kerajaan kolonial.

Sementara itu, rakyat kolonial Amerika mula menubuhkan pasukan tentera di setiap bandar
untuk menghadapi ancaman militia British. Hanya pada 14 April 1775, gabenor Gage telah
mendapat surat arahan daripada London untuk mengambil tindakan ketenteraannya. Beliau
mula menghantar tenteranya ke Concord, Massachusetts. Pada 18 April, sebelum menawan
Concord, tentera British terlebih dahulu telah menawan bandar Lexington. Semasa hendak
meninggalkan bandar Concord, pasukan tentera kolonial Amerika telah menyerang balas
hingga mengakibatkan ramai tentera British terkorban, namun bernasib baik kepada
diselamatkan oleh pasukan bantuan dari Boston. Dalam ketenatan, pihak tentera British
sampai di Boston pada waktu malam hingga tidak menyedari bandar tersebut telah pun
dikepung oleh tentara kolonial Amerika.

Pada bulan Mei 1775, mesyuarat kedua yang dijanjikan telah bertemu di Philadelphia.
Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh 4 tokoh veteran dan terpenting, iaitu George
Washington (perang) dari Virginia, Benjamin Franklin (politik) dari Philadelphia, John
Adams (peguam terkenal) dari Massachusetts, dan Thomas Jefferson (peguam) dari Virginia.
Memandangkan belum wujudnya pasukan tentera Amerika yang rasmi atau formal, maka
kongres ini mengisytiharkan kaum petani dan pedagang yang sedang mengepung bandar
Boston sebagai pasukan tentera gabungan kolonial-Amerika (Army of the United Colonies).

Pada hari tersebut juga, pasukan Green Mountain Boys yang terdiri daripada 83 sukarelawan
di bawah pimpinan Ethan Allen telah menawan kubu, Fort Ticonderoga dalam New York.
Kemenangan tersebut telah mendorong John Adams mencadang kepada kongres untuk
melantik George Washington menjadi ketua komander tentera benua (Continental Army)
serta merta berkuatkuasa pada 16 Jun 1775. Walau bagaimanapun, pihak tentara kolonial
Amerika telah tewas dalam perang Bunker Hill pada 16 Jun di bukit Breed berdekatan
dengan bandar Boston ekoran daripada kehabisan bekalan senjata. Seterusnya Revolusi
Amerika berlarutan dalam beberapa tahun seterusnya !!!

Nak tahu kisah selanjutnya, rujuk kursus lanjutan AJ30803. Selamat menghadapi peperiksaan
akhir !!!

You might also like