You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO BIJAYA SETIA

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.


MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA TAMIL KALI KETIGA
TAHUN 2016

Tarikh : 29 Jun 2016


Hari : Rabu
Masa : 12.00 Tengah Hari hingga 3.00 Petang
Tempat : BIIP
Pengerusi : Pn.Kalpanah Devy a/p Kuppusamy (Ketua Panitia)
Hadir : 1. En.Baskaran a/l Karuppiah
2. En.Nagaretinan a/l Raman
3. Pn.Bangaruammal a/p Kanniah
4. Pn.Letchimy a/p Ramiah

Turut Hadir : En.Mohammad Shukri Bin Abu Seman (GKM Bahasa)

Agenda Mesyuarat
1. Perutusan Pengerusi
2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Program Peningkatan Prestasi
5 Tindakan Selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016
6. Pemantaun Kurikulum Berkualiti (PKB)
7. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
8. Hal-hal Lain

Bahan Edaran

1. Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016


2. Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Tamil Kali Kedua

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi


1. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli panitia Bahasa Tamil yang
hadir pada mesyuarat panitia kali ketiga tahun 2016. Beliau berharap agar semua guru
Bahasa Tamil akan terus memberi komitmen yang tinggi untuk menjayakan segala aktiviti
yang dirancang oleh panitia.

1
Agenda II : Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu
2. En.Baskaran membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan diterima tanpa sebarang
pindaan.
Cadangan : Pn.Kalpanah Devy a/p Kuppusamy
Sokongan : Pn. Bangaruammal a/p Kanniah

Agenda III : Perkara-perkara berbangkit


3. Merujuk agenda 7 (17)-Program Teknik Menjawab Bahasa Tamil SPM peringkat sekolah
telah diadakan pada 29hb. Jun 2016 (8.00 pagi hingga 11.00 pagi) di Dewan Sarana Ilmu.
Penceramahnya ialah Pn.Vasugi a/p Rengan dari SMK Serdang Baru. Beliau memberi penjelasan
menyeluruh tentang kehendak soalan dan cara-cara menjawab soalan dengan tepat. Maklumat
yang disampaikan oleh beliau akan membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam
peperiksaan SPM. Teknik Menjawab Soalan untuk murid-murid PT3 akan diadakan sebelum
Peperiksaan Percubaan PT3.

4. Merujuk agenda 9 (22)-Pentaksir Negeri iaitu Encik.Noris telah melawat sekolah kita
pada 18hb Mei 2016. Beliau telah menyemak fail-fail ULBS dan mentaksir 10 calon SPM
bersama-sama dengan pentaksir sekolah iaitu Encik. Baskaran.

Agenda IV. Program Peningkatan Prestasi Berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016.
5. Berikut adalah analisis dan post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Kelas
Peralihan:-
Tingkatan Bil. A B C D E F TH Bil .Lulus % Lulus GP
Peralihan 16 0 6 1 3 1 5 - 11 68.75 3.88

Mengikut keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, seramai 16 murid mengambil mata


pelajaran Bahasa Tamil. 11 murid lulus, manakala 5 murid telah gagal dalam peperiksaan ini
kerana kemahiran membaca yang lemah dan sikap tidak serius terhadap PdP. Guru mata
pelajaran perlu memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajar-pelajar ini dan
menambahkan bilangan latihan menulis.

Tindakan : En. Nagaretinan Makluman : Semua Guru Bahasa Tamil

6. Berikut adalah analisis dan post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan
Satu:-
Tingkatan Bil. A B C D E F TH Bil .Lulus % Lulus GP
1 102 4 16 13 24 17 28 0 74 72.55 4.16

Mengikut keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1, seramai 102 pelajar


mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil. Searamai 74 pelajar lulus manakala 28 pelajar gagal
dalam peperiksaan ini. Hanyai 4 pelajar sahaja mendapat A dalam mata pelajaran ini. Bilangan
pelajar yang mendapat B adalah 16 murid. Guru mata pelajaran perlu mengambil inisiatif untuk
meningkatkan bilagan murid yang mendapat A. Murid-murid yang mendapat markah 70 ke atas
perlu ditolak ke depan untuk mendapat markah 80 ke atas. Seramai 28 murid gagal kerana

2
murid-murid berkenaan masih lemah dalam kemahiran menulis dan membaca. Guru mata
pelajaran tingkatan 1 perlu menambahkan bilangan latihan menulis supaya pelajar menguasai
kemahiran menulis.

Tindakan : Pn. Letchimy dan En.Nagaretinan Makluman : Semua Guru Bahasa Tamil

7. Berikut adalah analisis dan post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan
Dua :-
Tingkatan Bil. A B C D E F TH Bil .Lulus % Lulus GP
2 93 5 24 19 24 12 9 0 84 90.32 3.44

Mengikut keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2, seramai 93 murid mengambil


mata pelajaran Bahasa Tamil . Seramai 5 murid mendapat Gred A manakala 9 murid gagal
dalam peperiksaan ini. Guru mata pelajaran tingkatan 2 perlu meneruskan usaha untuk
menambahkan bilangan pelajar yang mendapat Gred A. Kelas tambahan berfokus merupakan
salah satu aktiviti program peningkatan prestasi yang perlu dijalankan untuk meningkatkan
kuantiti pelajar mendapat Gred A.

Tindakan : Pn. Letchimy dan En.Nagaretinan Makluman : Semua Guru Bahasa Tamil

8. Berikut adalah analisis dan post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan
Tiga :-
Tingkatan Bil. A B C D E F TH Bil .Lulus % Lulus GP
3 77 5 18 13 7 13 20 1 56 73.68 3.86

Mengikut keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 3, seramai 77 murid


mengambil mata pelajaran Bahasa Tamil . Hanya 5 murid mendapat Gred A. Bilangan murid
yang mendapat B adalah 18 murid. Guru mata pelajaran akan mengadakan kelas tambahan
berfokus supaya dapat menambahkan bilangan murid yang mendapat A dalam PT3. Buku
latihan tambahan digunakan untuk membiasakan murid menjawab soalan yang berbentuk PT3.
20 murid gagal adalah murid-murid yang kurang menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Guru mata pelajaran perlu menambahkan latihan menulis dan mengadakan kelas tambahan
berfokus supaya mereka lulus dalam pentaksiran PT3.

Tindakan : Pn.Kalpanah Devy Makluman : Semua Guru Bahasa Tamil

9. Berikut adalah analisis dan post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan
Empat:-
Tingkatan Bil. A+ A A- B+ B C+ C D E G TH Bil.Lulus % Lulus GP
4 97 - 3 11 5 12 7 11 10 6 32 0 65 67.01 6.13

Mengikut keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4, seramai 97 murid mengambil


mata pelajaran Bahasa Tamil dan peratus kelulusannya adalah 67.88 Mengikut analisis

3
peperiksaan , 14 murid mendapat Gred A dan A-. Seramai 17 muid menadapat Gred B+ dan B.
Murid-murid yang mendapat perlu diberi keutamaan supaya bilangan Gred A dapat
ditingkatkan. 37 murid gagal dalam peperiksaan kerana murid-murid berkenaan tidak
menjawab soalan esei , bahagian tatabahasa dan bahagian moliyanigal. Sikap pelajar yang
tidak serius terhadap peperiksaan menyebabkan kebanyakan pelajar dari kelas 4P, 4SS1 dan
4SS2 gagal dalam subjek ini. Guru mata pelajaran perlu menumpukan perhatian terhadap
murid-murid gagal dan manambahkan bilangan latihan menulis.

Tindakan : Pn.Kalpanah Devy Makluman : Semua Guru Bahasa Tamil

10. Berikut adalah analisis dan post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan
Lima:-
Tingkatan Bil. A+ A A- B+ B C+ C D E G TH Bil.Lulus % Lulus GP
5 79 5 13 10 11 12 3 6 11 3 5 0 74 93.67 3.94

Mengikut keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5, seramai 79 murid mengambil


mata pelajaran Bahasa Tamil dan peratus kelulusannya adalah 93.67. Mengikut analisis
peperiksaan , 28 murid mendapat Gred A+, A dan A-. Seramai 23 murid mendapat Gred B+ dan
B. Murid-murid yang mendapat B dan B+ perlu diberi keutamaan supaya bilangan Gred A dapat
ditingkatkan. 5 murid gagal dalam peperiksaan kerana pelajar-pelajar tidak dapat menjawab
soalan esei , bahagian tatabahasa dan bahagian moliyanigal. Kemahiran membaca dan
menulis yang lemah menyebabkan mereka tidak dapat menjawab bahagian-bahagian
berkenaan. Guru mata pelajaran tingkatan 5 perlu mengadakan kelas tambahan berfokus untuk
murid-murid gagal supaya mereka lulus dalam peperiksaan SPM nanti. Buku latihan tambahan
juga akan digunakan semasa aktiviti kelas tambahan.

Tindakan : En.Baskaran Makluman : Semua Guru Bahasa Tamil

Agenda V. Pemantauan Kurikulum Berkualit


11. Semua guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil hendaklah menghantar Buku
Rekod Mengajar kepada pentadbir masing-masing pada setiap hari Khamis.

12. Kebersihan bilik darjah perlu diberi keutamaan. Guru haruslah memastikan keadaan
bilik darjah sentiasa bersih sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan.

13. Buku-buku latihan murid perlulah disemak secara terperinci dan pastikan murid
membuat pembetulan bagi setiap latihan yang dibuat. Buku latihan perlu dihantar kepada
pemantau masing-masing mengikut jadual yang ditetapkan. Jumlah latihan yang diberi
mestilah mengikut kontrak latihan. Berikut adalah jadual penghantaran buku latihan murid
mengikut tingkatan:-

Tingkatan Hantaran Kali


Kedua (Julai)

4
Tingkatan 1 HEM
Tingkatan 2 Pengetua
Tingkatan 3 PKT6
Tingkatan 4 PKT6
Tingkatan 5 PKT6

Tindakan : Semua Guru Bahasa Tamil

Agenda VI. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

14. Guru-guru Tingkatan 1, 2 dan 3 perlu menjalankan PBS seperti biasa. Murid-murid
ditaksir berdasarkan Panduan Perkembangan Pembelajaran mengikut tingkatan masing-masing.
Selepas menilai guru-guru perlu mengisi data pencapaian pelajar dalam sistem yang disediakan
oleh pihak sekolah.

15. ULBS Tingakatan 5 perlu disiapkan sebelum hujung bulan Julai. Markah yang tertinggi
perlu direkodkan dan diserahkan kepada setiausaha peperiksaan SPM. Proses ini haruslah
berjalan dengan teliti supaya tidak berlaku sebarang kesilapan. ULBS Tingkatan 4 perlu
diteruskan sehingga taksiran kedua.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Tamil

Agenda VII. Hal-hal lain

16. Kelas-kelas Bahasa Tamil diajar oleh Pn.Bangaruammal telah diambil alih oleh
Pn.Letchimy yang merupakan seorang guru Bahasa Tamil baru dari Johor. Hal ini menyebabkan
Pn.Bangaruammal tidak ada kelas Bahasa Tamil.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

__________________________ ___________________
(Kalpanah Devy a/p Kuppusamy)
Ketua Panitia Bahasa Tamil

You might also like