You are on page 1of 2

1- Aku melihat semua makhluk menyayangi apa yang dimiliki tetapi apabila tiba

dikubur semua benda yang disayangi akan berpisah dengannya kecuali amalan
kebaikan sahaja yang sanggup bersamanya didalam kubur.
2- Aku merenung firman Allah SWT Sesiapa yang takut kepada Allah SWT dan
dapat menahan dirinya daripada kemungkaran pasti tempat tinggalnya di dalam
Syurga.Maka aku telah berusaha menahan diriku daripada melakukan maksiat
sehingga aku yakin berada dalam ketaatan kepada Allah SWT
3-Aku melihat semua perkara mempunyai nilai dan dijaga sehingga tidak hilang,
maka renung firman Allah SWT Apa di sisi kamu akan binasa dan apa yang ada
disisi Allah SWT akan kekal abadi Maka apabila aku memiliki sesuatu perkara
yang bernilai di sisiku, aku akan serahkan kepada Allah SWT untuk menjaganya.
4-Aku melihat kepada kejadian Allah SWT, maka aku dapati semuanya bermegah-
megah dengan hartanya, pangkatnya dan keturunannya. lalu aku pandang pada kata-
kata Allah SWT Perkara yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah Taqwa kamu
Maka aku beramal dengan Taqwa agar aku menjadi orang yang mulia di sisi Allah
SWT
5-Aku melihat manusia menuduh diantara satu sama lain semuanya ini berpunca
daripada perasaan hasad dengki, maka aku renung pada firman Alllah SWT
Sesungguhnya Kami telah tetapkan bahagian rezeki masing-masing dalam
kehidupan di dunia Maka aku lenyapkan perasaan hasad dengki, aku jauhi manusia,
aku telah ketahui bahagian-bahagian yang telah Allah SWT tetapkan untuk diriku.
Aku jauhkan perasaan hasad dengki daripada diriku
6- Aku melihat manusia bermusuhan diantara satu sama lain dan berbunuhan sesama
mereka Maka aku renung firman Allah SWT Sesungguhnya syaitan itu musuh
kamu, maka jadikanlah syaitan itu sebagai musuhmuMaka aku hapuskan perasaan
permusuhan dan aku jadikan syaitan sebagai musuhku yang paling utama
7-Aku melihat manusia bermatia-matian dan sehingga menyeksakan diri dalam
mencari rezeki sehingga mereka sanggup melangkaui batasan-batasan yang telah
Allah SWT tetapkan, maka aku merenung firman Allah SWT Setiap binatang yang
hidup melata di atas muka bumi ini telah ditentukan rezekinya oleh Allah SWT
Maka aku adalah termasuk makhluk yang Allah SWT telah tetapkan rezekinya oleh
Allah SWT, maka aku tidak ambil sesuatu yang bukan Allah SWT tentukan untuk
diriku
8-Aku melihat manusia berharap sesama manusia yang sama kedudukan sesama
mereka Mereka bergantung kepada harta dan kesihatan yang akan binasa, maka aku
renung firman Allah SWT Dan sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT maka
segala-gala yang diperlukan dalam kehidupannya di dunia dan Akhirat telah
mencukupi untuk dirinya. Maka aku telah meninggalkan pergantunganku sesama
manusia dan aku berusaha bersunguh-sungguh untuk bertawakkal kepada Allah
SWT.

You might also like