You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN STALON

KERTAS KERJA
PROGRAM GOSOK GIGI

OLEH:

DAYANG SUHAILA BINTI AWANG SUHAILI


KERTAS KERJA PROGRAM GOSOK GIGI

Pengenalan

Gigi adalah salah satu aset yang sangat penting bagi seseorang. Kesedaran tentang kepentingan penjagaan gigi adalah
sangat penting dan haruslah dipupuk dari kecil. Ini bagi memastikan gigi sentiasa kekal sihat dan cantik. Dengan itu,
pihak sekolah telah mengambil satu langkah iaitu dengan mengadakan ‘Program Gosok Gigi’.

Objektif
1. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya amalan penjagaan gigi
2. Melahirkan pelajar yang mempunyai gigi yang sihat dan bersih

Sasaran
Semua Pelajar SK Stalon

Jangka masa
Sepanjang tahun.

Strategi Perlaksanaan
 Ceramah tentang penjagaan gigi oleh jururawat daripada Klinik Kesihatan
 Pemeriksaan gigi berkala oleh Klinik Kesihatan Belawai
 Aktiviti Menggosok gigi setiap hari selepas rehat
 Pertandingan Gigi Tercantik

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Anggaran Perbelanjaan


1 Ubat gigi sepanjang tahun untuk semua pelajar RM100
2 Hadiah RM50
JUMLAH RM150
JAWATANKUASA PROGRAM
PENASIHAT 1 : CIK THAM SIEW MEI (GURU BESAR)
PENASIHAT 2 : EN. DOLLI BIN DOL
PENGERUSI : PN. DAYANG SUHAILA BINTI AWANG SUHAILI
SETIAUSAHA : EN. MOHAMMAD HAFIZUDDIN
BENDAHARI : PN. AZLI BINTI BUJANG RAZALI
AJK : SEMUA GURU

Penutup

Program ini diharap dapat member kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya amalan menggosok gigi. Selain itu
dapat melatih pelajar agar mengamalkan dan menjaga kebersihan dan kesihatan gigi masing-masing.

Disemak oleh,

……………………………………….
(THAM SIEW MEI)
GURU BESAR
SK STALON

Disediakan oleh ,

…………….………………………………
( DAYANG SUHAILA BINTI AWANG SUHAILI )
PK HEM
SK Stalon, Daro

You might also like