You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CHANGKAT

32600 BOTA, PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KEDUA 2017

Tarikh : 28 Mac 2017( Selasa )


Masa : 1.05 p.m.
Tempat : Bilik Gerakan Sk Padang Changkat

Kehadiran :

1. Tn. Hj. Nor Rashid bin Untong ( GPK 1 )


2. Pn. Syafiah binti Salleh ( Ketua Panitia )
3. En. Ahmad Saizali bin Ibrahim ( Setiausaha )
4. Pn. Azlina binti Ramly ( AJK )

Tidak Hadir : Tiada

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia Sains)


2. Ucapan wakil Guru Besar ( Guru Penolong Kanan 1)
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Post-mortem ujian bulanan 1
6. Hal-hal lain
7. Penutup.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada


mesyuarat panitia bagi kali kedua Tahun 2017.

1.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas kelancaran pengendalian


Ujian bulanan 1 yang berlangsung pada bulan Mac.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Wakil Guru Besar

2.1 Tn. Hj. Nor Rashid bin Untong selaku Guru Penolong Kanan 1, mengucapkan
salam dan mengalu-alukan kedatangan ahli panita sains.
2.2 Mengingatkan guru panitia Sains supaya melengkapkan buku rekod mengajar
sehingga akhir bulan April ini.

Tindakan : Tindakan guru.


3. Pengesahan Minit Mesyuarat.

3.1 Pn. Azlina binti Ramly mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan
dan disokong oleh En. Ahmad Saizali bin Ibrahim.

Tindakan : Makluman

4. Perkara Berbangkit

4.1 Penambahbaikan pelaksanaan program kuiz sains pagi yang mengambil masa
melebihi masa yang ditetapkan.

4.2 Pengemaskinian headcount selepas Ujian bulanan 1 dijalankan.

4.3 Perbincangan mengenai Pembelajaran Abad ke-21.

Tindakan : Guru Sains

5. Post-mortem ujian bulanan 1(Mac)

5.1 Analisa keputusan Ujian bulanan 1 adalah seperti berikut:

ANALISA UJIAN BULANAN 1 2017.

TAHUN BIL
MURID A % B % C % D % LULUS % E %
TAHUN 1 8 7 87.5 1 12.5 0 0.0 0 0.0 8 100.0 0 0.0
TAHUN 2 12 6 50.0 4 33.3 2 16.7 0 0.0 12 100.0 0 0.0
TAHUN 3 8 5 62.5 3 37.5 0 0.0 0 0.0 8 100.0 0 0.0
TAHUN 4 17 1 5.9 5 29.4 6 35.3 1 5.9 13 76.5 4 23.5
TAHUN 5 13 0 0.0 2 15.4 2 15.4 5 38.5 9 69.2 4 30.8
TAHUN 6 8 0 0.0 3 37.5 1 12.5 2 25.0 6 75.0 2 25.0

5.2 Secara keseluruhannya kesemua kelas tahap 2 menunjukkan prestasi yang


memuaskan iaitu sekurang-kurangnya 69% lulus matapelajaran Sains.

5.3 Pencapaian murid tahap 1 adalah sangat baik iaitu 100% lulus. Semoga dapat
dikekalkan.

5.4 Guru-guru perlu mengenalpasti pelajar-pelajar yang tidak menguasai dan


mencari punca kelemahan pelajar.

5.5 Guru-guru dianjurkan supaya memberikan tumpuan tambahan bagi murid-


murid yang tidak menguasai ini.

Tindakan: Guru Subjek


6.0 Hal – hal lain.

6.1 Guru dianjurkan supaya menggunakan BBM semasa mengajar.

6.2 Guru juga digalakkan supaya menggunakan Makmal Sains bagi meransang
minat murid untuk belajar.

Tindakan : Guru Sains

7.0 .Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ………………………………..
( Pn. Syafiah binti Salleh ) ( Tn. Hj. Nor Rashid bin Untong )
Ketua Panitia Sains, Guru Penolong Kanan 1,
SK Padang Changkat, Bota SK Padang Changkat, Bota
Perak Darul Ridzuan. Perak Darul Ridzuan.

You might also like