You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CHANGKAT

29000 BOTA, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI PERTAMA 2017

Tarikh : 28 Januari 2017( Rabu )


Masa : 1.05 p.m
Tempat : Bilik Gerakan Sk Padang Changkat

Kehadiran :

1. Tn. Hj. Norashid bin Untong ( GPK 1)


2. Pn. Syafiah binti Salleh (Ketua Panitia)
3. En. Ahmad Saizali bin Ibrahim (Setiausaha)
4. Pn. Azlina bt Ramly (AJK)

Tidak Hadir : Tiada

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia Sains)


2. Ucapan wakil Guru Besar ( Guru Penolong Kanan 1)
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Perancangan panitia sains
6. Hal-hal lain
7. Penutup.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada


mesyuarat panitia bagi kali pertama Tahun 2017.

1.2 Beliau mengucapkan syabas kepada guru yang terlibat dengan program yang
dirancangkan pada tahun 2016 dan telah memberikan kerjasama yang kukuh
dan bersungguh-sungguh serta mendapat hasil yang cemerlang.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Wakil Guru Besar

2.1 Tn. Hj. Nor Rashid selaku Guru Penolong Kanan 1, mengucapkan salam dan
mengalu-alukan kedatangan ahli panita sains. Beliau mengucapkan tahniah
dan syabas kerana pencapaian UPSR 2016 dengan kelulusan sebanyak !00 % .
2.2 Mengingatkan guru panitia sains supaya melengkapkan buku rekod mengajar
sehingga akhir bulan Januari ini.
2.3 Memastikan Perancangan Strategik sahaja dibuat.

Tindakan : Tindakan guru.


3. Pengesahan Minit Mesyuarat.

3.1 Pn.Syafiah Bt Salleh mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan
dan disokong oleh En. Ahmad Saizali bin Ibrahim.

Tindakan : Makluman

4. Perkara Berbangkit

4.1 Jadual pencerapan P & P – jadual pencerapan telah disediakan oleh GPK 1.
Tarikh sebenar pencerapan bergantung kepada keadaan semasa dan pencerap.
Guru diminta sentiasa bersedia untuk dicerap.
4.2 Guru perlu mengemaskini KPI dan Headcount berdasarkan pencapaian tahun
lepas
4.3 Mengadakan kursus LDP setiap kali guru menghadiri kursus KSSR.

Tindakan : Guru Sains

5. Perancangan Panitia Sains

5.1 Semua ujian dan peperiksaan adalah dijalankan mengikut takwim sekolah.

5.2 Analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016 bagi Tahap 2 sahaja adalah
seperti berikut :

ANALISA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SAINS 2016.

TAHUN BIL
MURID A % B % C % D % LULUS % E %
TAHUN 1 12 9 75.0 1 8.33 2 16.7 0 0.0 12 100.0 0 0.0
TAHUN 2 8 6 75.0 1 12.5 1 12.5 0 0.0 8 100.0 0 0.0
TAHUN 3 17 9 52.9 5 29.4 2 11.7 1 5.88 17 100.0 0 0.0
TAHUN 4 13 0 0.0 3 23.1 2 15.4 3 23.1 8 61.6 5 38.4
TAHUN 5 7 0 0.0 1 14.3 2 28.6 0 0.0 3 42.9 4 57.1

ANALISA UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH SAINS TAHUN 2016

BIL
TAHUN DARJAH MURID A % B % C % D % LULUS % E %

2016 6 13 3 23.1 1 7.69 2 15.4 7 53.7 13 100 0 0


5.3 Target UPSR 2017.
Calon pada tahun 2017 adalah seramai 9 orang. Target lulus keseluruhan
adalah sebanyak 100%.

5.4 Penulisan Buku Rekod Mengajar.


Buku rekod mengajar yang dibekalkan adalah dalam format KSSR bermula pada
tahun 2017.
5.4.1 Buku latihan murid bagi Tahap 1 adalah sebuah sahaja. Manakala
Tahap 2 menggunakan sebanyak 2 buah.

5.5 Aktiviti Panitia


Pengerusi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2017.
5.5.1 Membuat Buku Skrap secara kumpulan atau individu
5.5.2 Menjalankan Bengkel Teknik Menjawab UPSR bagi murid Tahun 5 dan
Tahun 6.
5.5.3 Kuiz Sains iaitu aktiviti selepas UPSR.
5.5.4 Minggu Matematik dan Sains.

5.6 Perancangan Strategik


Setiap tahun perlu menetapkan KPI dan target pencapaian
5.6.1 Target Sains Tahap 1 mencapai sekurang-kurangnya Band 4.
5.6.2 Target Sains Tahap 2 (Tahun 5 dan Tahun 6) adalah 100% lulus secara
keseluruhan.

Tindakan : Guru Sains

6.0 Hal – hal lain.

6.1 Penggunaan Bilik Sains adalah digalakkan bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan Bilik Sains hendaklah dicatat dalam Buku Rekod Penggunaan Bilik Sains.

Tindakan : Guru Sains

7.Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ………………………………..
( Pn. Syafiah binti Salleh ) ( Tn. Hj. Nor Rashid bin Untong )
Ketua Panitia Sains, Guru Penolong Kanan 1,
SK Padang Changkat, Perak SK Padang Changkat, Perak.

You might also like