You are on page 1of 3

Sekolah Kebangsaan Serting Hilir 2 (F)

72120 Bandar Seri Jempol, N. Sembilan

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KE-4 2017

Tarikh : 17.11.2017
Masa : 2.30 petang
Tempat : Makmal Sains

Kehadiran :
1. En. Shamsul Hazli b. Abd. Wahab(Ketua Panitia)
2. Pn. Noraida Bt. Mohamad
3. Pn. Nadia Shahira bt Saidi

Agenda :
1. Ucapan pengerusi
2. Perutusan Guru Besar
3. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
4. Perkara Berbangkit.
5. Analisis Peperiksaan Akhir Tahun
6. Laporan Program Peningkatan Akademik
7. Hal-hal lain

AGENDA 1 : Ucapan aluan pengerusi


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama guru-guru untuk hadir dalam
mesyuarat ini.
1.3 Pengerusi menyampaikan amanat daripada Pengerusi Panitia Sains Daerah tentang
pengaplikasian PAK 21 dalam bilik darjah.

Tindakan : Makluman

AGENDA 2 : Perutusan Guru Besar

2.1 Mengharapkan kerjasama guru dan menggunakan kelebihan guru dan


sekolah untuk mencapai kejayaan yang terbaik. Kerja yang ikhlas mendapat
rahmat dari Allah.

1
2.2 Meminta semua guru untuk bersedia dengan lawatan mesra gemilang pada
tahun 2018. Senarai semak akan diedarkan pada guru-guru. Segala
pelaporan, bukti dan evidens perlu disediakan.

2.3 Fail RPH mesti dihantar setiap Jumaat atau Isnin. Siapkan RPH yang belum
siap dan dihantar. Rekod penghantaran fail RPH sangat penting dan
pemantau akan sentiasa lihat.

2.4 Wajibkan guna ASIE model untuk subjek teras bermula 2018.

2.5 Kehadiran guru tiada masalah dan bagus tepat pada waktu.

2.6 Sekadar peringatan slip gaji pinjaman tidak melebihi 60% dari gaji.

2.7 Meningkatkan prestasi akademik sekolah bersama-sama dan sentiasa


muhasabah diri.

2.8 Panitia perlu membuat mesyuarat untuk post-mortem PAT. Senaraikan


kelebihan dan kekurangan serta intervensi untuk tahun 2018. Sentiasa buat
post moterm dalam setiap program dan tetapkan kpi pada setiap
pertandingan yang disertai.

AGENDA 3 : Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

3.1 Setiausaha Panitia Sains membentangkan minit mesyuarat untuk diterima dan disahkan.

3.2 Disahkan : En. Shamsul Hazli


Disokong : Pn. Nadia Shahira

AGENDA 4 : Perkara Berbangkit

4.1 Tiada perkara yang dibangkitkan.

Agenda 5: Analisis Peperiksaan Akhir Tahun

5.1 Analisa keputusan Pertengahan Tahun bagi mata pelajaran sains.

( Lampiran )
2
Tindakan : Makluman

AGENDA 6 : Laporan Program Peningkatan Akademik


6.1 Pengerusi memaklumkan Laporan program yang akan dijalankan pada tahun ini.
Antaranya:

6.1.1 Kem Sains ( Tidak Dapat dilaksanakan )


6.1.2 Istilah Sains ( Dapat dilaksanakan )
6.1.3 Latih tubi ( Dapat dilaksanakan )
6.1.4 Latihan hujung minggu ( Dapat dilaksanakan )

Tindakan : Pengerusi

AGENDA 7 : Hal-hal lain

7.1 LDP – guru-guru yang berkursus boleh mengadakan LDP setelah tamat berkursus.
7.2 Dokumentasi – setiap program panitia mesti didokumentasi dan serahkan secepat
mungkin kepada pihak pentadbir.

AGENDA 8 : Ucapan Penangguhan.

8.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli panitia kerana telah bekerjasama
dalam melaksanakan tugas yang diberi dengan baik dan terus berjaya meningkatkan lagi
pencapaian akademik mata pelajaran sains.

PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.45 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

_______________________________ ________________________
(Pn. Noraida bt. Salleh ) (Shamsul Hazli b. Abd. Wahab)
Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains

You might also like