You are on page 1of 10

SULIT

NamaPelajar : ……………………………………………………. Tahun :


………………………

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) NITAR 01


JALAN KENARI, FELDA NITAR 1,
86800 MERSING, JOHOR

BAHASA
MELAYU
OGOS
2014 PEPERIKSAAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH
1 Jam 15Min
RENDAH

BAHASA MELAYU

KERTAS 1

TAHUN 2

50 Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungI 40 soalan


2. Jawab semua soalan.

Lihat sebelah
SULIT
Soalan 1 hingga Soalan 18
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang sesuai.

1. Ali mengayuh __________________ ke sekolah.


A basikal
B kereta
C motosikal

Soalan 2, berdasarkan gambar 1

Gambar 1
2.

Emak menyiang _______________ di dapur.


A udang
B ayam
C ikan
Soalan 3, berdasarkan gambar 2.

Gambar 2

3. Pada waktu rehat, murid-murid makan di _____________


A perpustakaan
B kantin
C kelas

4. Buaya dikenali sebagai _______________ dalam cerita binatang.


A Sang Kancil
B Sang Belang
C Sang Bedal
Soalan 5, berdasarkan gambar 3.

Gambar 3
5. Setiap hujung minggu, banyak orang pergi berkelah di ________________
A Pantai Air Papan
B Muzium Negara
C Masjid Negara

Soalan 6, berdasarkan gambar 4.

Gambar 4

6. _______________ berasa sungguh sedih apabila anak-cucunya tidak pulang berhari raya
bersamanya.
A Nenek Bedah
B Datuk Leman
C Kakak Suri

7. “Ampun tuanku, _______________ datang mengadap,” kata hulubalang itu.


A saya
B beta
C patik

8. “ ________________ pergi dahulu, saya akan menyusul kemudian,” kata Aiman kepada rakan-
rakannya.
A Kami
B Mereka
C Kalian
9. Di manakah _______________ tinggal?
A kami B saya C kamu

Soalan 10, berdasarkan gambar 5

Gambar 5

10. Farhan menyapu tingkap dengan menggunakan sebatang_____________________.


A tongkat B kain C bulu ayam

Soalan 11, berdasarkan gambar 6

Gambar 6

11. Amzar makan dua keping ____________ semasa sarapan.


A roti B donut C lempeng

12. Abang menerima dua pucuk ______________ temuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam.
A gambar B surat C naskhah

13. “ _______________kah kejadian itu boleh berlaku?” tanya Cikgu Aiman kepada anak muridnya.
A Apa B Berapa C Bagaimana

14. “ Kamu tinggal di _______________ ?” tanya Mei Lin kepada budak itu.
A apa
B mana
C siapa

15. ______________kah Siva tidak hadir ke sekolah semalam?


A Apa
B Mengapa
C Bagaimana

16. Bau longkang itu sungguh ______________ dan meloyakan.


A harum C busuk
B hapak

Soalan 17, berdasarkan gambar 7.

Gambar 7

17. Zulkarnain lari lintang-pukang apabila dikejar anjing yang ______________ itu.
A garang
B buas
C liar

Soalan 18, berdasarkan gambar 8.

Gambar 8

18. Walaupun Pak Mail sudah tua, tetapi masih _______________.


A segar B kuat C lemah.

Soalan 19 dan Soalan 20.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Soalan 19, berdasarkan Gambar 9.

Gambar 9

19. Ahmad dan ayahnya tiba di ____________________


setelah tiga hari makan angin di Pulau Langkawi.
A Lapangan Terbang Kuala Lumpur
B sekolah
C kedai makan
Soalan 20, berdasarkan gambar 10

Gambar10

20. Pak Mail membawa anak buahnya bermain di


________________________.
A kedai runcit
B Taman Permainan Sentosa
C pasar raya

Soalan 21, berdasarkan gambar 11

Gambar 11

21. Encik Fikri _______________ sepasang kasut bola yang diisikannya di dalam sebuah bungkusan
kepada Isyraf sempena hari lahir Isyraf.
A menyambut
B memegang
C menghadiahkan

22. Perbuatan _________________ dinding sekolah adalah perbuatan yang dilarang.


A menconteng
B melukis
C mengecat
Soalan 23, berdasarkan gambar 12.

Gambar 12

23. Akhirnya, ahli kumpulan ekspedisi itu berjaya ________________ Gunung Everest.
A melalui
B mendaki
C merentasi

24. Adik menangis _______________ lampinnya basah.

A dan B lalu C kerana

25. Buku itu kecil ________________ mahal harganya.

A dan B tetapi C kerana

26. Awak suka makan durian _______________ rambutan?

A atau B dan C lalu

27. _______________, indah sungguh pemandangan di Pulau Sentosa!

A Aduhai B Aduh C Wah

28. _______________, sakitnya kakiku ini!

A Eh B Aduh C Amboi

Soalan 29 dan Soalan 30.


Pilih kata seerti bagi perkataan berhuruf condong. Kemudian bulatkan pada jawapan sama ada A,B
atau C.

29. Pisang yang terlampau masak telah dimakan monyet.


A muda
B ranum
C mentah
30. Sawah Mak Lang terbentang luas.
A Bendang
B Kebun
C Ladang

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang


berikutnya. Bulatkan pada jawapan sama ada A, B atau C.

Alya sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Tiba-tiba sebuah lori berhenti di hadapan
rumahnya. Lori itu sarat dengan barang-barang. Ada beberapa orang sedang menurunkan barang-barang
itu.

Alya sekeluarga pun berjumpa dengan jiran baru itu. Mereka bersalaman dan memperkenalkan
diri kepada jiran baru itu. Nama jiran baru Alya ialah Encik Kumar dan Cik Kamala. Mereka mempunyai
dua orang anak iaitu David
dan Jayanti.

Ayah Alya dan beberapa orang jiran yang lain membantu Encik Kumar mengangkat barang-
barang. Ibu Alya pula membantu Puan Kamala mengemas barang-barang. Alya juga membantu anak-anak
Encik Kuma mengemas barang-barang mereka. Encik Kumar sekeluarga mengucapkan terima kasih atas
bantuan jiran-jirannya itu.

31. Siapakah jiran baru Alya?


A Encik Kumar sekeluarga
B Puan Kamala
C David

32. Apakah yang sedang dilakukan oleh Aya semasa jiran barunya tiba?
A Memetik bunga.
B Menanam bunga.
C Menyiram pokok bunga.

33. Berapa orangkah ahli keluarga Encik Kumar?


A Dua orang
B Empat orang
C Enam orang

34. Perkataan sarat dalam petikan bermaksud


A melebihi
B penuh
C sesak
35. Pilih tajuk yang sesuai bagi petikan di atas.
A Membantu Jiran
B Jiran-jiran
C Jiran Baru

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca dialog di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Bulatkan pada jawapan sama
ada A, B atau C.

Shanti : Saya dengar kamu suka mengumpulkan bahan-bahan pembelajaran.

Salma : Betul Shanti. Bahan-bahan itu sangat berguna kepada kita.

Shanti : Mengapakah bahan-bahan itu sangat berguna Salma?

Salma : Kita boleh merujuki bahan-bahan itu apabila kita memerlukannya.

Shanti : Kalau begitu, tentu kita tidak akan membuang masa.

Salma : Betul, bukan itu sahaja Shanti. Kerja kita juga akan menjadi lebih mudah.

Shanti : Saya setuju, Salma.

36. Apakah yang dikumpulkan oleh Salma?


A Bahan pembelajaran
B Bahan hiburan
C Bahan kraf tangan

37. Mengapakah bahan-bahan itu perlu dikumpulkan?

A Untuk mengisi masa lapang.


B Untuk rujukan pembelajaran.
C Untuk mengindahkan kawasan sekolah.

38. Berikut ialah bahan pembelajaran kecuali

A surat khabar
B nota-nota
C majalah hiburan
39. Beri kata lawan bagi perkataan mudah.

A susah
B senang
C berfaedah

40. Bilakah Salma mengumpulkan bahan-bahan pembelajaran?

A Masa persekolahan
B Masa lapang
C Masa rehat

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like