You are on page 1of 14

1

PANDUAN 1 (PENYELARAS PKLSMB SEKOLAH)

1. Sila muat turun fail dari laman sesawang bpk.moe.gov.my di bawah menu MUAT TURUN DOKUMEN
(sub menu Pentaksiran Kompetensi Literasi) Fail PKLSMB2-2017.zip.
2. Fail PKLSMB2-2017.zip ini akan dilindungi dengan kata laluan (kata laluan akan dimaklumkan melalui
WhatsApp atau e-mel)
3. Fail PKLSMB2-2017.zip mengandungi 3 fail iaitu:
a) Template pentaksiran: Template-PKLSMB2.xltx
b) Fail panduan penskoran (format PDF) literasi Sains dan Matematik.
c) Fail lembaran markah utama (master sheet) untuk kegunaan Penyelaras PKLSMB sekolah bagi
tujuan memproses markah: ZSS_DataSekolah.xlsm

2
PANDUAN 2 (PENYELARAS PKLSMB SEKOLAH)
1. Template pentaksiran Template-PKLSMB2.xltx perlu disalin (copy) ke desktop komputer @
netbook yang akan digunakan oleh murid.
2. Peringatan:
 Fail ini mesti dalam format asal iaitu excel template (*.xltx) supaya fail ini kekal template soalan.
 Sebelum membenarkan murid masuk dan memulakan pentaksiran, guru perlu membuka
template pentaksiran Template-PKLSMB2.xltx pada setiap komputer murid.
 Pastikan juga fail template adalah bebas daripada sebarang data/jawapan yang ditanda oleh
guru semasa menguji template.
 Pastikan juga template berkenaan bebas daripada data/jawapan murid yang telah menjawab
dalam sesi ujian sebelumnya.
 Murid perlu mengklik ikon save dan mengisi ruangan file name dengan menggunakan ID murid.
ID murid dimulai dengan singkatan jantina diikuti oleh nombor MyKid/MyKad murid seperti
contoh di bawah. Pastikan murid klik pada butang save untuk meneruskan pentaksiran.

Contoh: L040415025651 - (untuk murid lelaki)

3
atau P040415025652 - (untuk murid perempuan)

atau L040000-[nama murid]


atau P040000-[nama murid]- (untuk murid yang tiada
MyKid/MyKad)

* Klik ikon 'Save' di atas untuk simpan fail.

4
PANDUAN 3 (PENYELARAS PKLSMB SEKOLAH)

 Paparan antaramuka MsExcel dalam


manual ini mungkin berbeza dengan
di komputer murid. Dapatkan
bantuan Guru ICT jika ada masalah
mengenai versi Ms Excel di komputer
murid.
 Murid boleh memulakan pentaksiran
dengan membaca arahan pada skrin.
 Klik View kemudian diikuti dengan
Full Screen untuk mendapatkan
paparan penuh.

5
PANDUAN 4
 Pastikan murid mengisi maklumat
diri di Bahagian Maklumat Murid
dalam masa yang ditetapkan.

 Guru pengendali ujian disaran


membimbing murid mengisi
maklumat diri.

 SEMUA ruangan Maklumat Murid


mestilah dilengkapkan.

 Berdasarkan semakan ujian PKLSMB 1 yang telah dijalankan sebelum ini, didapati ramai murid-
murid yang tidak mengisi maklumat diri dengan selengkapnya.

 Kerjasama guru yang ditugaskan mengendalikan ujian amat diperlukan dalam memastikan murid-
murid melengkapkan SEMUA maklumat diri murid.

6
FORMAT UMUM SOALAN PENTAKSIRAN

Lajur Lajur
Kiri Kanan

1. Umumnya, layout soalan pentaksiran ini mempunyai dua lajur. Lajur kanan adalah stimulus
manakala lajur kiri adalah soalan.

7
2. Namun, terdapat juga soalan yang hanya dipaparkan dalam satu lajur saja, bergantung kepada
kesesuaian soalan.

PANDUAN 5

 Soalan-soalan PKLSMB2 disediakan


dalam dua pilihan bahasa iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.
 Murid akan diminta memilih sama ada ingin
menjawab soalan menggunakan versi
Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
 Sekiranya murid memilih untuk menjawab
dalam Bahasa Melayu, maka semua
soalan Matematik dan Sains akan
dipaparkan dalam Bahasa Melayu.

 Sekiranya murid memilih untuk menjawab dalam Bahasa Inggeris, maka semua soalan
Matematik dan Sains akan dipaparkan dalam Bahasa Inggeris.
 Pastikan murid menaip nombor 1 atau 2 mengikut bahasa yang dipilih oleh murid.

8
PANDUAN 6 (PENSKORAN GURU)

 Setelah selesai menjawab semua item,


dan tiba di paparan ini, murid perlu
menekan butang ESC kembalikan dari
paparan penuh kepada paparan normal.
 Seterusnya murid perlu menyimpan sekali
lagi fail. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan jawapan murid tidak
disimpan.
 PERINGATAN! Pastikan fail disimpan
dengan menggunakan ID murid yang telah
diisi oleh murid di awal pentaksiran.
 Sekiranya murid tidak menekan butang
SAVE apabila menutup fail pentaksiran,
kotak amaran ini akan dipaparkan untuk
memberi peringatan.
 Maka, murid MESTI menekan butang Yes.

9
PANDUAN 7 (PENSKORAN GURU)

 Setelah semua murid selesai menjawab


soalan pentaksiran, semua fail murid
disimpan dalam satu folder mengikut kelas
yang berkaitan.
 Penskoran soalan terbuka mesti
dilaksanakan oleh guru secara manual.
 Paparan ini akan muncul apabila fail
individu murid dibuka oleh guru. Tekan
Butang KEMBALI jika guru mendapat
paparan yang berbeza.
 Tekan butang GURU SAHAJA untuk
mulakan penskoran.

10
 Bagi memudahkan guru mengenal pasti versi
bahasa manakah yang dipilih oleh murid, satu
indicator akan terpapar di sebelah butang
menu jawapan murid.

 Guru hanya memberi skor pada soalan subjektif


sahaja.
 Jawapan murid untuk soalan ANEKA PILIHAN
akan disemak dan direkod ke secara automatik
dalam master sheet.
 Semua soalan yang perlu diskor oleh guru akan
dibuka dalam satu halaman. Guru perlu skrol
ke bawah untuk melihat dan memberi skor
pada semua jawapan murid. Pastikan semua
Halaman yang aktif semasa guru
jawapan murid diberi skor.
simpan (save) semula fail murid selepas selesai
memberi skor pada jawapan murid.  Selepas memberi skor pada jawapan murid,
guru MESTI klik butang KEMBALI untuk
kembali ke halaman ini dan Simpan (Save)
semula fail murid.

11
 Guru hanya boleh mengubah ruangan
markah, jawapan murid tidak boleh diubah.
 Guru perlu klik dan pilih skor yang
sepatutnya diberi mengikut PANDUAN
PENSKORAN.
 Guru perlu mengenalpasti fail murid mana
yang telah disemak dan telah diberi skor
dan fail mana yang belum. Ini bagi
mengelakkan ada fail murid yang tercicir
daripada semakan guru.
 Setelah selesai menanda fail murid, guru
perlu menyimpan fail murid tersebut
dengan menekan butang SAVE
menggunakan nama fail yang sama tanpa
perlu mengubah apa-apa.
 Setelah selesai penskoran semua fail yang
perlu disemak, guru perlu menyerahkan
folder tersebut kepada Penyelaras
PKLSMB Sekolah untuk tindakan yang
selanjutnya.
12
PANDUAN 8 (PENYELARAS PKLSMB SEKOLAH)
 Bagi melancarkan proses data murid,
penyelaras digalakkan menggunakan
versi MsExcel yang sama diguna murid
ketika menjawab.
 Cipta satu folder di lokasi
C:\PKL\FailMurid\
 Masukkan semua fail murid dalam folder
‘FailMurid’
 Buka fail ZSS-DataSekolah.xlsm dan
aktifkan makro.
 Klik butang PADAM DATA untuk
membersihkan lembaran markah.
 Klik butang PROSES DATA untuk
menyalin data dari fail murid.
 Setelah selesai semua data murid
disalin ke lembaran markah, klik butang
Jana ID Murid.
 Simpan (save) fail ZSS-DataSekolah
13 menggunakan KOD SEKOLAH.
CARTA ALIR PENGURUSAN DATA PKLSMB

12 Okt. 2017

16-17 Okt. 2017

19-20 Okt. 2017

14

You might also like