You are on page 1of 23

ATURDAY, NOVEMBER 21, 2009

:: 7 ASAS MEMUPUK FIKIRAN POSITIF ::


Cemana nak berfikiran positif?

Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif
dengan...

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.


Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.


Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus
pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.


Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan
buruk sangka.

Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi
orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.


Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang
di minda.

Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula
bersangka buruk, cepat-cepat istighfar.

Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab,
perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif
yang mencemarkan pemikiran positif.
5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan
diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan.

Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri.

Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.


Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5
langkah di atas.

Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila
situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan
mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan.

Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.


Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk
buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.

Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi,


keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu
mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.

Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up.

Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!

POSTED BY KAMIEMPAT AT 11:13 AM NO COMMENTS: LINKS TO THIS POST

LABELS: MOTIVASI

:: 3 CARA BERHADAPAN DENGAN INDIVIDU YANG TIDAK KITA SUKAI ::


Mesti Anda ada seseorang yang Anda kurang senang dengannya, kurang senang dengan
sikapnya, dengan tutur katanya. Mungkin Anda sakit hati dengan perangai dia satu
ketika dulu dan Anda susah nak maafkan hinggalah ke hari ini.

Bagaimana untuk berdepan dengan orang yang tak suka apatah lagi Anda jumpa dia
setiap hari bekerja? Ini caranya:

1. Pasang niat untuk jadi serasi dengannya.

Niatkan yang Anda mahu berjalan seiringan dengannya, berbual-bual santai


dengannya seolah-olah tiada apa-apa berlaku satu ketika dulu di antara Anda dengan
dirinya. Pasang niat Anda mahu OK bila bersama-sama dengan dia, biar terbit rasa
gembira apabila berbual-bual dengannya. Hati Anda akan terasa lapang selepas itu.

2. Lupakan masa lalu, maafkan dia, doakan dia.

Sebelum berjumpa dengan, sebelum terserempak dengannya di tempat kerja, ambil


keputusan untuk melupakan saja kesalahan dirinya pada Anda. Lupakan supaya emosi
Anda menjadi ringan tak terbeban oleh hambatan memori pahit yang menyakitkan hati.
Doakan kemurahan rezekinya dan kebahagiaannya - sebelum dan sesudah berjumpa
dengannya.

3. LET GO.

Lepaskan segala yang terbuku di hati, pilih untuk melupakan semuanya. LET GO. Ambil
keputusan untuk menjalani hidup yang bebas dari emosi-emosi negatif seperti
kemarahan, ego, dendam dan ketidaksefahaman. Hidup akan jadi lebih tenang apabila
kita memilih untuk melupakan semua yang negatif.

POSTED BY KAMIEMPAT AT 11:03 AM NO COMMENTS: LINKS TO THIS POST

LABELS: MOTIVASI

THURSDAY, OCTOBER 22, 2009

:: SiRi ToKoH KeJaYaAn ::


Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Keempat (1981-2002) 'Pencetus
Malaysia Negara Maju'

Era

Pada 20 Disember 1925, Encik Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi
dikurniakan dengan seorang anak lelaki di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Seta , Kedah. Pada
masa itu, mereka telah pun mempunyai lapan orang cahaya mata. Anak bongsu ini dinamakan Mahathir
bin Mohamad yang kini dikenali sebagai Tun Dr Mahathir bin Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia
yang keempat mulai 18 Julai 1981.

Asal Usul

Persekolahan Tun Dr Mahathir bin Mohamad bermula di Sekolah Melayu Laki-laki Seberang Perak,
Kedah. Kemudian disambung ke Sekolah Inggeris Alor Setar (kini Maktab Sultan Abdul Hamid) di mana
ayahandanya, Encik Mohamad bin Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama. Ibunya Wan
Tempawan binti Wan Hanafi adalah keturunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedah yang membina
terusan Wan Mat Saman.

Encik Mohamad Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadi guru besar sebuah sekolah Inggeris
pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasi pendidikan yang tinggi
di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai seorang yang
pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya. Secara semulajadi beliau merupakan seorang
yang rajin dan mempunyai determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum memasuki
Sekolah Inggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Halim. Semasa
Jepun memerintah Malaya persekolahannya tergendala dan Tun Dr Mahathir bin Mohamad
berkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjual buah-buahan dan barangan kraftangan di
Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Tun Dr Mahathir bin Mohamad
menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga Senior Cambridge. Tun Dr
Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun 1947, melanjutkan pengajian ke King Edward VII
College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura. Pengalaman berniaga yang dilalui menyedarkan beliau
betapa perlunya kemahiran berniaga untuk meninggikan taraf hidup kaum Melayu. Inilah yang
mendorong Tun Dr Mahathir bin Mohamad menceburi bidang politik apabila beliau masih di bangku
sekolah.

Penglibatan politiknya bermula pada tahun 1945 apabila Tun Dr Mahathir bin Mohamad menganggotai
SABERKAS. Pada tahun 1946 Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyertai pula Kesatuan Melayu Kedah.
Apabila Kongres Melayu SeMalaya diadakan pada tahun itu, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad turut
sama dalam peristiwa bersejarah itu dan merupakan salah seorang pengasas UMNO apabila Kongres
membuat resolusi untuk menubuhkan UMNO dan membuka keahliannya.

Berkat hasil usaha beliau, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mendapat biasiswa untuk melanjutkan
pengajian di bidang perubatan di Universiti Malaya, Singapura. Semasa di Kolej Perubatan, Tun Dr
Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Islam dan Ketua Ridaksi majalah pelajar di
Kolej Kedoktoran tersebut. Di sinilah juga Tun Dr Mahathir bin Mohamad bertemu dan kemudiannya
berkahwin dengan Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 5 Ogos 1956, dan mereka dikurniakan tujuh
cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura, dan Mazhar.

Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan pada 1953.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor
Setar dan kemudiannya di Pulau Langkawi. Pada tahun 1957, Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad
membuat keputusan untuk meletakkan jawatan dan membuka klinik MAHA di Jalan Tunku Ibrahim,
Alor Setar. Ini semata-mata untuk membolehkan beliau bergiat dalam politik. Pada masa inilah beliau
dikenali sebagai Dr Mahathir.
Keistimewaan

Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah seorang pemikir dan revolusiner. Di bawah pentadbirannya
negara telah melalui suatu proses transformasi yang tidak pernah digambarkan sebelum ini. Tun Dr
Mahathir bin Mohamad mahu Malaysia menjadi sebuah negara maju dan rakyatnya mampu bersaing di
peringkat global.

Hasratnya dijelaskan dalam apa yang dinamakan Wawasan 2020 yang beliau utarakan pada 28 Februari
1991 dengan bermatlamatkan "ke arah pembentukan sebuah negara yang benar-benar maju dalam segala
bidang secara seimbang meliputi ekonomi, politik sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan".

Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsep Persyarikatan Malaysia di mana Malaysia
diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja dan pemegang saham. Ini meningkatkan
lagi prestasi pekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antara langkah-langkah ke arah mencapai
sistem ekonomi perindustrian ini adalah pembangunan sektor industri berat. Salah satu kejayaan industri
ini ialah pengeluaran kereta nasional yang kini merupakan kereta yang paling laris di Malaysia (Kereta
import dikenakan cukai 100%). Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga meningkatkan penyertaan
bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan
Nasional Berhad(PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera. Harapan Datuk
Seri Dr Mahathir bin Mohamad adalah menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya menjelang
tahun 2020.

Wawasan 2020 adalah satu penyataan cita-cita. Bagaikan seorang artis, Tun Dr Mahathir bin Mohamad
menampilkan satu falsafah yang murni yang kemudiannya disusuli dengan keindahan perlaksanaan.
Matlamatnya ialah pembangunan yang berwajahkan kemanusiaan dengan persekitaran yang seimbang.

Sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad tidak pernah letih
memperkenalkan perubahan. Langkah awalnya setelah menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan
jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen 'Bersih - Cekap - Amanah' dan 'Kepimpinan melalui
teladan' ke arah menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni dikalangan kakitangan awam
khususnya dan masyarakat amnya.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad juga tidak lupa menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran.
Kempen peningkatan 'Daya Pengeluaran Negara' juga dianjurkan begitu juga dasar 'Penerapan Nilai-nilai
Islam' sebagai satu wadah menerapkan budaya kerja yang selari dengan ajaran Islam. Selain itu dibawah
kepimpinannya, tertubuhlah Universiti Islam Antarabangsa yang dicetuskan oleh timbalan Perdana
Menteri, Anuwar Ibrahim, dan Bank Islam. Sejak itu, Malaysia diberi penghormatan dan kepercayaan
untuk mengendalikan persidangan-persidangan bertaraf antarabangsa seperti PATA, CHOGM,
Kumpulan Selatan dan kini Sukan Commonwealth 1996.

Dr. Mahathir adalah seorang yang menjaga waktunya, sehubungan itu beliau telah menukar waktu negara
dengan mempercepatkan setengah jam di Semenanjung agar selaras dengan Sabah dan Sarawak sebagai
satu usaha integrasi nasional. Dalam proses itu Singapura telah diyakinkan untuk turut serta.

Beliau kemudiannya memperkenalkan 'Dasar Pandang Ke Timur' dengan menjadikan budaya kerja
masyarakat Jepun dan Korea sebagai suatu yang harus diteladani oleh rakyat demi meningkatkan
produktiviti serta menyemai etika kerja professional.

Sealiran dengan dasar itu beliau menampilkan 'Dasar PengsyarikatanMalaysia' yang bertujuan menjana
kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam
pembangunan.

Dalam memperhebatkan eksport negara, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Sogossosha Malaysia' yang
diceduk dari versi Jepun yang bertujuan menjadikan syarikat-syarikat Malaysia berdaya saing di
peringkat antarabangsa dengan penyatuan sumber dalam usaha meluaskan pasaran produk Malaysia.

Dalam usaha ke arah membina negara maju proses industrialisasi adalah sesuatu yang wajib.
Sehubungan itu beliau telah melancarkan 'Dasar Perindustrian Negara' yang bertujuan mengorentasikan
kegiatan ekonomi Malaysia kepada eksport barangan industri demi mengurangkan pergantungan
ekonomi terhadap komoditi dan seterusnya mempertingkatkan teknologi negara melalui pemindahan
teknologi. Melalui dasar ini HICOM, Perwaja dan beberapa kilang berkapasiti tinggi telah diwujudkan.
Hasil dasar ini maka lahirkan kereta nasional 'Proton Saga'. Sejak itu Malaysia menjadi pemain yang aktif
dalam industri otomobil dengan mengeluarkan van 'Rusa' dan motosikal ;Kriss' dan menjadi pengeksport
kereta yang berdaya maju.
Tidak cukup dengan dengan membuat kereta, beliau juga menggerakkan projek litar Formula 1 yang
bakal menjadikan Malaysia salah satu destinasi grand prix dunia. Negara juga menaja pasukan formula 1
Stewart. Pada tahun 1993 Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-
TS'.

Belum sempat rakyat mengejar teknologi negara di jalan raya, beliau telah membawa negara ke angkasa
lepas. Beliau mengasaskan Pusat Kajian Sains Angkasa Lepas dan impiannya terserlah dengan terbinanya
Planetarium Negara yang dilancarkan pada tahun 1994.

Sehubungan itu beliau telah mengilhamkan agar Malaysia mempunyai satelitnya sendiri. Ini menjadi
kenyataan apabila tirai tahun 1995 ditutup dengan pelancaran MEASAT 1 dan disusuli dengan MEASAT 2
pada Oktober 1996.

Malaysia juga mengalami pembangunan prasarana yang luar biasa pesatnya di bawah kepimpinan Dr.
Mahathir. Projek lebuhraya menghubungkan utara - selatan dan timur - barat semenanjung telah
menjadikan Malaysia negara yang mempunyai rangkaian lebuh raya antara yang terbaik di dunia.
Malaysia juga melangkah ke era pengangkutan berteknologi tinggi apabila transit aliran ringan (LRT)
diperkenalkan di Kuala Lumpur.

Pada September 1996, kerajaan telah mengumumkan pembinaan bandaraya pentadbiran persekutuan
'Putrajaya' yang bernilai RM2.6bil. Putrajaya sebuah bandar pentadbiran terancang mempunyai falsafah
murni ke arah mempertingkatkan produktiviti pentadbiran awam negara dan seterusnya mewujudkan
'kerajaan elektronik'.

Dalam tahun 1996 Dr. Mahathir melihat satu lagi impiannya menjadi kenyataan apabila struktur tertinggi
di Malaysia menjadi kenyataan. Menara Kuala Lumpur yang menempatkan pusat transmisi TV dan
telefon selular merupakan manara konkrit yang tertinggi di dunia dan semestinya mercu tanda ibukota
yang paling bergaya dengan ketinggian 451.9 m. Menara ini juga menara telekomunikasi yang ketiga
tertinggi di dunia.

Rekod Malaysia tidak bernoktah di situ sahaja. Dr Mahathir juga mengilhamkan 'Kuala Lumpur City
Centre (KLCC) yakni projek hartanah yang terbesar di dunia dengan nilai RM 2bil. Bangunan ini
merupakan bangunan tertinggi di dunia dengan 88 tingkat menara berkembar di atas lokasi seluas 40
hektar. Meskipun beberapa sudut dunia bakal menampilkan bangunan yang lebih tinggi, namun rekod ini
akan kekal sebagai menara 'berkembar' yang tertinggi di dunia bagi abad ke dua puluh dan juga untuk
buat beberapa tahun yang akan datang.

Malaysia pada tahun 2002 dijangkakan mempunyai sebuah empayar hidroelektrik baru iaitu Empangan
Bakun, sebuah projek mega yang bernilai RM20bil. di Sarawak. Tidak syak lagi, projek ini yang telah
diistiharkan sebagai 'projek negara' merupakan projek prasarana yang terbesar di Malaysia dan bakal
dipeta sebagai empangan yang terbesar di Asia.

Menyedari bahawa industri penerbangan awam bukan hanya memerlukan pesawat terbang canggih tetapi
juga lapangan terbang yang serba boleh, Dr. Mahathir telah menukar kawasan ladang di Sepang kepada
tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang ini akan tampil sebagai
yang tercanggih di rantau ini dengan nilai RM9 bil. Apabila siap sepenuhnya, ia akan dapat menampung
perjalanan 100 juta penumpang setahun dan pastinya menjadikan Penerbangan Malaysia (MAS) antara
yang paling kompetitif di dunia.
Semua orang tahu Dr. Mahathir mempunyai komputer di pejabatnya, tetapi tiada siapa yang sangka
bahawa beliau akan meletakan paksi dunia komputer di Malaysia.

Pada tahun 1997, Dr. Mahathir memperkenalkan 'Koridor Raya Multimedia (MSC)' yang akan
menjadikan Malaysia pusat eksperimen pembangunan prasarana multimedia yang terunggul di dunia.
MSC akan menggabungkan semua ruanglinkup industri teknologi maklumat dalam sebuah persekitaran
yang khusus buatnya. Sehubungan itu sebuah bandar ultra-tekno 'Cyberjaya' akan dibina dan bakal
menjadi satu-satunya bandar siber dunia.

Gagasan MSC akan menempatkan kerajaan e-elektronik dan universiti multimedia serta menjadi
pemangkin kepada perlaksanaan sekolah bestari, tele-perubatan, kad pintar, pusat pemasaran tanpa
bersempadanan serta pusat pengeluar web sedunia.

Dr. Mahathir juga memberikan penekanan kepada pembangunan akademik. Malaysia kini menjadi
tumpuan bukan sahaja kepada pelajar luar yang datang menimba ilmu tetapi juga kepada universiti-
universiti luar yang datang untuk menyebarkan ilmu samada dengan membuka cawangan atau
mengadakan program berkembar di sini. Dasar liberalisasi pendidikan yang dilaksanakan ini bakal
mencorakkan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara. Tidak setakat
pendidikan tinggi, konsep kecermelangan pendidikan juga akan diterapkan ke peringkat sekolah dengan
memperkenalkan 'sekolah bestari' (smart school) yang bakal beroperasi penuh menjelang tahun 2000.

Dr. Mahathir bukan hanya berusaha membangunkan Malaysia tetapi beliau juga berusaha
membangunkan negara-negara dunia ketiga yang lain. Beliau menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia
melabur ke negara-negara yang memerlukan pelaburan serta menghulurkan bantuan teknikal kepada
negara-negara yang ketandusan kepakaran. Kini Malaysia merupakan pelabur terbesar Kemboja dengan
RM1bil. Yang kedua terbesar di Vietnam dengan nilai pelaburan berjumlah RM559 disamping membuat
kehadirannya sangat dirasai di Myanmar, Afrika Selatan, Zimbabwe dan Maldives.

Tidak kira apa gagasannya - negara membangun, negara dunia ketiga, negara kecil atau negara miskin -
beliau dengan berani menyuarakan masalah mereka dalam forum-forum antarabangsa serta menyelar
negara-negara maju yang tidak ikhlas membantu malah menindas dengan prejudis.

Pandangannya yang kritis tetapi nyata, telah menjadikan beliau jurucakap kepada negara-negara dunia
ketiga dan pembela agama Islam yang konsisten. Malaysia mampu berbuat demikian kerana Malaysia
"Merdeka' bukan sahaja dari segi politik tetapi juga ekonomi dan yang lebih penting - dari segi
spiritualnya.

Dr. Seri Mahathir Mohamad kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun
memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua
segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana
dari barat yang jelas muflis idealistiknya. Bagi Dr. Mahathir falsafah pembangunan haruslah dijana dari
dalam, manakala sumbernya bolehlah didatangkan dari luar dan bukan disebaliknya.

Rakyat hari ini dan generasi yang terkemudian tidak akan lupa pada Dr. Mahathir kerana 'Wawasan
2020nya'. Wawasan 2020 yang mengandungi apa yang dikatakan 'Sembilan Cabaran Utama' merupakan
cita-citanya melihat rakyat Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni dan pragmatik ke arah pembentukan
sebuah masyarakat maju dengan hasil jalinan keindahan spritual dan kemewahan material.

Wawasan 2020 bukan suatu sasauan, malah ia adalah satu realiti yang mana prosesnya sedang rancak
berirama mengelilingi kita dengan program-program pembangunan. Bagi Perdana Menteri Dr. Mahathir,
perjuangannya belum selesai kerana perjalanannya tidak pernah berpenghujung. Beliau secara realistik
menjelaskan, "saya tidak akan hidup sehingga tahun 2020 tetapi saya pasti Wawasan 2020 akan dapat
dicapai".

Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi seorang pemimpin yang disegani dan sering dirujuk untuk
memberikan pandangan di kalangan negara-negara sedang membangun. Tun Dr Mahathir Mohamad
dianggap sebagai jurucakap bagi negara-negara sedang membangun terhadap polisi-polisi kuasa besar
politik dari Barat. Beliau memikul harapan negara untuk merintis jalan ke arah suatu peranan
kepimpinan di dalam dunia ekonomi dan politik antarabangsa.

- TAMAT -

POSTED BY KAMIEMPAT AT 10:48 PM NO COMMENTS: LINKS TO THIS POST

LABELS: MOTIVASI

:: KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG KECEMERLANGAN ::


POSTED BY KAMIEMPAT AT 10:01 PM NO COMMENTS: LINKS TO THIS POST

LABELS: VIDEO

WEDNESDAY, OCTOBER 21, 2009

:: DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU AD JALAN ::


POSTED BY KAMIEMPAT AT 5:22 PM NO COMMENTS: LINKS TO THIS POST

LABELS: VIDEO

FRIDAY, OCTOBER 9, 2009

:: TIPS UNTUK MENJADI ORANG CEMERLANG ::


- oleh Dr. Fadzilah Kamsah

Tatacara makan & minum

* Sebelum tidur, maafkan orang tak kira siapa ~


Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.

* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yang kita hendak sepanjang


tidur, otak akan 'generate'kan all of our wish & Insya-Allah, kita akan
work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

* Makan buah sebelum 'breakfast, lunch & dinner' ~ ikut


sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vitamin
C dari buah-buahan yang dimakan selepas ' breakfast, lunch & dinner'
yang akan diperolehi adalah 'approaching 0%'.

* Jangan minum air semasa sedang makan ('breakfast, lunch


& dinner'). Minum air selepas 15 - 30 minit selesai makan.
Untuk minum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air
dalam mulut 'about' 10 saat 'then' baru telan. Teguk kedua
& seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada 'enzyme'
yang boleh membunuh kuman dalam 'pankreas', perut, & ' so
on' yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.

* Seelok-eloknya makan malam sebelum Maghrib ~ ikut


Sunnah (Rasullullah makan sebelum Maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja
iaitu masa Maghrib), sebab bagi yang tengah 'study' ('or' anak-anak),
otak akan berfungsi 'excellently' (senang 'absorb' ilmu) 'around 2 hrs'
selepas makan 'so', 'if' makan 'at' 8:30pm, 'around' 10:30pm baru 'start
study and most probably' hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam
sahaja. Jadi tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan
pukul 6:30pm (orang Cina 'take dinner around this hour'). Juga, kita
tak
tidur dalam kekenyangan (yang mana boleh menghindar dari membuat
sembahyang malam).

Tatacara Di Bilik Air

* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit)boleh


elak daripada dapat batu karang.

* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut Sunnah sebab
bila mengiring ke kiri, perut akan tekan 'bladder' & senang buang air
besar.

Tatacara Didik Anak

* Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar


anak(atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung
(yang terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" &
mudah berdegup (perjalanan darah okay)& otak anak akan
'develop excellently'.

* Bagi anak-anak yang dah azali 'active or hyper-active', kurang ('or'


jangan) pakai baju warna 'orange' ~ sebab warna ini boleh merangsang
secara 'active' tindak-tanduk anak (iaitu lebih nakal), sentiasa
bersemangat waja & 'exuberant'.

Tatacara Didik Diri Sendiri

* Amalkan apa-apa yang baik (juaga amalan-amalan baru)


selama 21+ plus hari berturut-turut ~ Rasullullah S.A.W bersabda,
sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21 - 30 hari, 'continuosly', akan
menjadi tabiat & kalau tak, ilmu itu akan mati.

* Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain-lain yang mempunyai
emosi-emosi ini akan membenarkan otak 'release excessive adrenaline,
cortisone & toxine' yang mana boleh membawa kepada beberapa penyakit
cepat letih, wajah cepat nampak tua (yua sebelum waktunya), selalu sakit
perut & sebagainya.
Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari, tetapi


apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

POSTED BY KAMIEMPAT AT 12:31 PM NO COMMENTS: LINKS TO THIS POST

LABELS: MOTIVASI

THURSDAY, OCTOBER 1, 2009

:: UJIAN PERSONALITI DIRI ::

Pilih corak di atas yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir.Pilihan no gambar
dari kiri ke kanan)

..
Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global,
selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.

1-Introspektif, Sensitif, Reflektif. Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan
mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup
bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat
intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak
keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak TersangkutAnda mengehendaki kehidupan bebas dan tak
tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan
seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan
anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, EkstrovertAnda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang
menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada
diri anda.Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda.
Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, HarmoniAnda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak
rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda.
Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan
sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda
berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian
haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin DiriAnda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha
sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit.
Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu.
Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada
anda.Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda
tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.
6- Tenang, Berhati-hati, Tak AgresifAnda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda
berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri
dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda
memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan
penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa
yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, RiangAnda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati
hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."Anda bersifat ingin tahu
dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk
daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering
menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, BeremosiAnda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi
rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat
bahawa harapan adalah penting dalam hidup.Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan
hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi
perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan KendiriPerasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama.
Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila
orang lain terlepas perhatian.Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda.
Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan
fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda
menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.

POSTED BY KAMIEMPAT AT 8:43 PM NO COMMENTS: LINKS TO THIS POST

LABELS: SANTAI

Older PostsHome

Subscribe to: Posts (Atom)

HARI NI BERAPA HB?


Poodwaddle.com

PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU??

BILANGAN TETAMU

Free Hit Counter

MESTI KLIK ( ^ _ ^ )

 http://www.osmanaffan.com/
 http://www.motivasibelajar.com/
 http://www.drtuah.com/
 http://secangkirmotivasi.blogspot.com/
 http://motivasikejayaan.com/

JOM BERZIKIR

STANDING IN THE EYES

Gratisan Musik

SIAPA KAMIEMPAT

Merupakan pelajar kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, dan sedang berjuang meneruskan
pengajian tahun akhir di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kami empat adalah
gabungan empat orang siswi yang terdiri daripada Najah Fariha Shuib, Siti Nadhirah Azizan, Nur
Hidayah Zainol dan Ummi Nadzrah Abd Rahman. Kami mengharapkan blog ini mampu memberikan
sedikit sumbangan kepada para pembaca untuk terus hidup bermotivasi dan terus berjaya dalam setiap
usaha. Segala isi kandungan yang dimuatkan bertujuan untuk membina semangat peransang dalam diri
agar berkobar menerobos segala gelung dan ranjau hidup.

JARINGAN CAHAYA

 ejawi.net
 http://arab2u.blogspot.com/
 http://bahasa-arab.blogspot.com/
 http://drarabic.blogspot.com/
 http://drsidekbaba.blogspot.com/
 http://mari-belajar-bahasa-arab.blogspot.com/
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Islam
 http://norfariszam.blogspot.com/
 http://norfariszam.blogspot.com/
 http://norfariszam.blogspot.com/
 http://ustazahlina.blogspot.com/
 http://www.almuntalaq.com/
 http://www.arabmykrk.com/
 http://www.cikgu.net.my/
 http://www.danialzainalabidin.com/
 http://www.tutor.com.my/tutor/bpg/index.htm
 Khutbah Online
 Quran Explorer

LAMAN INFORMASI

 Berita Harian Online


 http://www.thestar.com.my/
 New Straits Time
 Utusan Malaysia

SEMBANG MOTIVASI

ShoutMix chat widget

LABELS
 MOTIVASI (7)
 SANTAI (4)
 VIDEO (2)

JOM SOLAT

Waktu Solat Malaysia


Kuala Lumpur & Putra Jaya
02-Jan-2018
14 Rabi'ulAkhir, 1439
Pilihan Pengguna
kod waktu solat

Pilihan Pengguna
Sila pilih zon waktu solat:

Paparkan Iklan?
Kemaskini
Dapatkan skrip ini untuk laman anda

BLOG ARCHIVE

 ▼ 2009 (13)

o ▼ November (2)

 :: 7 ASAS MEMUPUK FIKIRAN POSITIF ::

 :: 3 CARA BERHADAPAN DENGAN INDIVIDU YANG TIDAK KI...

o ► October (6)

o ► September (5)

LINK SAHABAT


......SiNaR kEgemiLanGan......(^_^)...... SiRaH PeTunJuK KeBenaRan
Ya RasulAllah..... -
1 year ago


WE ARE KHALIFAH OF ALLAH

MUHASABAH: HAKIKAT RAMADHAN - *1. Syahrul ‘Ibadah (Bulan Ibadah)* Penamaan ini bukan berarti
bulan yang lain bukan bulan ibadah. Dinamakan demikian kuantitas ibadah uma...
5 years ago


ibadahku...
Kriteria-kriteria Lelaki Soleh... -*Sama-sama kita teliti kriteria lelaki soleh impian wanita solehah. Walaupun
kita sendiri sebagai wanita muslimah punya banyak kelema...
8 years ago


D'CALIPHATE

SaLaM AiDiLadHa - *Dapatkan Mesej Bergambar di Sini*


8 years ago


Shabab Muslim

Haram Beribadat Melainkan Dengan Dalil - "Mari kita fikirkan berkenaan beberapa pesoalan berikut: 1 -
Bolekah kita melaungkan azan dan iqamah untuk perlaksanaan solat 'Ied? 2 - Bolehkah kita ...
8 years ago


Indahnya Perilaku
Bagaikan kucing disuakan ikan...ape akan jadi? - Ketika saya membaca beberapa artikel berkenaan aurat saya
rasakan artikel daripada laman ust Zaharudin bagi saya amat menarik sekali... Beberapa persoalan ...
8 years ago


CINTAI BAHASA ARAB
‫ َما َه ٰــذ َا‬: Apakah / Apa ini? (2) -
8 years ago


Mutiara Hadith..
- :: 'ULUM HADITH :: :: JENIS HADITH ::
8 years ago


Jejak Sahabat R.A.

Abdullah bin Umar - Sahabat Malam -Perang Khandak berkecamuk. Beredar khabar bahawa siapa sahaja lelaki
berusia 15 tahun ke atas berhak ikut berjihad. Mendengar itu, seoran...
8 years ago


Melakar peribadi, Demi cinta kepada-NYA

Bersuci - Bersuci merupakan suatu tugas yang sangat mustahak dalam kehidupan seseorang muslim kerana
itulah punca segala amal ibadah. Andainya seseorang itu mengerja...
8 years ago


Cinta Nabi Kita
-
8 years ago


Ibadahku Hanya Untukmu Ilahi

Amalan Zikir Harian - ‫ بسم هللا الرحمن الرحيم‬Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah
SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita s...
8 years ago

Pusaka Anbiya'....
5 SaHaBaT SeJaTi - Lima Sahabat Sejati Aku dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi,
aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat puku...
8 years ago


Putera Light
Sirah Nabi Nuh a.s - Seandainya benarlah apa yang dikatakan oleh Hisyam bin Muhammad bin as-Saib al-
Kalby, bahawa Adam dan Hawa mula pertama diturunkan Allah ke permukaan bumi,...
8 years ago


~ denai ke syurga ~
::MARI MENYANYI:: - ~GIVE THANKS TO ALLAH~ Give thanks to Allah, for the moon and the stars prays in
all day full, what is and what was take hold of your iman dont givin to s...
8 years ago


UJIAN TANDA SAYANG
BAGAIMANA MENGAWAL MARAH??? - *“Geramnya aku, sakitnya hat! dia ingat dia bagus sangat? * *Ingat
dia hebat sangat ke!"* Maka berbakul-bakullah kalimah @!?&%# yang keluar dari mulut kita. ...
8 years ago


Indahnya Islam...

Syair Nasihat Untuk Anak Tersayang - Kanak disayang disayang sayang Besarlah kanak tak lupa mengenang
Kanak disayang disayang sayang Tidaklah lupa nasihat tuk sembahyang Berdoalah kanak berdo...
8 years ago


Back To Arabic!
َ َ‫ يَدْخل َجل‬- ‫يَ ْفعَل— يَ ْفعِل— يَ ْفعل) دَ َخ َل‬
ْ ‫ يَ ْرفَع ادْخلْ اِجْ ل‬- ‫ يَجْ لِس َرفَ َع‬- ‫س‬
(‫ الفعل المضارع ~ ( ثالث‬- Fiil mudhori’ (tsulatsi) ada 3 bentuk ( ‫ِس‬
‫ا ِْرفَ ْع‬...
8 years ago


Di aTas seJaDaH cInTa...
taYamUm 2 - -Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum menepuk kedua
tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan ...
8 years ago


Ukhwah Fillah

TANGGUNGJAWAB DAN AKHLAK PENUNTUT ILMU- *Tugas Penuntut Ilmu Secara Umum, dapat
digariskan empat tugas iaitu;* 1) Memperbetulkan niat Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh
penuntu...
8 years ago


CaHaya kEcEmerLanGan...
TaNGan WaNIta MaMpU meNgGoncaNG DuNIa -
8 years ago


Menyelusuri Manhaj Ilmu Tafsir
-

You might also like