You are on page 1of 3

BAB 1 KEWANGAN PERNIAGAAN

1.1 PENGENALAN KEWANGAN PERNIAGAAN (SEMESTER 2)

Definisi Pengurusan Kewangan


Pengurusan sumber-sumber dana dan penggunaanya untuk mencapai matlamat kewangan syarikat

Kepentingan Pengurusan Kewangan

i) Kecekapan Keputusan Pelaburan.


Mencari alternatif pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dan mengurangkan risiko kerugian.
Perniagaan boleh menggunakan sumber kewangan yang ada untuk melabur dalam bidang-bidang yang
tertentu seperti pembelian sekuriti (saham, bon, surat-surat hutang dn lain-lain), bidang hartanah,
melabur dengan membeli emas dan sebagainya. Bagaimanapun keputusan untuk melabur dalam bidang-
bidang berkenaan haruslah disesuaikan dengan keupayaan perniagaan untuk mendapatkan kadar
pulangan pelaburan dan keuntungan yang lebih tinggi dan mengelak dari melabur dalam bidang yang
berisiko tinggi.

ii) Kecekapan keputusan pembiayaan.


Analisis mendalam perlu dibuat dalam memilih sumber pembiayaan berdasarkan kos serta kesesuaian
tempoh pembiayaan.
Perniagaan perlu merancang dari mana untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membiayai operasi
perniagaan berkenaan. Sumber kewangan yang diperolehi haruslah diuruskan dengan baik dan dapat
disalurkan dengan betul dan setiap perbelanjaan haruslah dapat dikawal dengan baik.

Kaitan Pengurusan Kewangan Dengan Bidang Lain.

I) Perakaunan
 Akauntan lebih menumpukan kepada penyediaan penyata kewangan.
 Pengurus kewangan menilai penyata-penyata kewangan yang disediakan oleh akauntan dan membuat
keputusan kewangan berdasarkan analisis yang dilakukan.
 Peranan akauntan ialah untuk menyediakan data masa lampau, masa kini dan masa depan berkenaan
operasi syarikat. Pengurus kewangan menggunakan data-data ini sebagai input dalam proses membuat
keputusan.

Ii) Pemasaran
 Pengurus Pemasaran melibatkan pelbagai aktiviti pemasaran seperti ramalan jualan, promosi dan lain-lain
 Berdasarkan ramalan jualan, Pengurus kewangan akan membuat perancangan kewangan dari segi
keperluan pembiayaan bagi menyokong peningkatan atau pengurangan jualan yang diramalkan.

Iii) Pengurusan Sumber Manusia


 Pengurusan Sumber Manusia - melibatkan pengurusan kakitangan syarikat seperti:
i Pembayaran gaji dan bonus
ii Mengadakan latihan, bengkel, kursus, atau seminar
iii Menjaga kebajikan pekerja
iv Mengadakan program motivasi kepada pekerja.
 Pengurusan Kewangan akan memperuntukkan sejumlah kos untuk memastikan aktiviti pengurusan
sumber manusia dijalankan.

iv) Pengeluaran
 Pengurusan Pengeluaran melibatkan aktiviti penukaran input kepada output. Contoh menentukan aset
tetap yang hendak digunakan.
 Pengurus Kewangan akan membuat analisis belanjawan modal mengenai aset yang perlu dibeli atau
sebaliknya.
1.2 PERANAN PENGURUS KEWANGAN

a. Peranan Pengurusan Kewangan Terhadap Perniagaan

i) Kawalan dan koordinasi kewangan


Mengawal aktiviti pengurusan kewangan seperti menyediakan Belanjawan Tunai dalam mengawal aliran
tunai keluar masuk.
Menyelaras atau koordinasi aktiviti pengurusan kewangan antara jabatan
Pengurus perlu berinteraksi dengan jabatan lain agar syarikat beroperasi dengan cekap.
Contoh: keputusan pemasaran akan mempengaruhi jualan dan seterusnya akan mempengaruhi keperluan
pembiayaan.

ii) Membuat keputusan pelaburan.


 Pengurus kewangan membantu dalam menentukan kadar perkembangan optimum jualan, menentukan
jenis-jenis aset yang akan diperolehi.
 Contoh: Aset-aset tetap yang ada itu adakah perlu diganti, diperbaiki atau dilupuskan.
 Keputusan seperti ini adalah penting kerana ia mempengaruhi kejayaan dalam mencapai objektif syarikat.

iii) Membuat keputusan pembiayaan


Pengurus kewangan akan menentukan campuran terbaik pembiayaan antara jangka pendek dan jangka
panjang.
Pembiayaan jangka pendek ialah berkaitan polisi modal kerja
Pembiayaan jangka panjang adalah berkaitan pinjaman jangka panjang atau ekuiti.
Seterusnya memilih sumber kewangan yang terbaik dari aspek meminimumkan kos dan meningkatkan harga
saham.

iv) Membuat ramalan dan perancangan kewangan.


 Pengurus menjalankan analisis penyata kewangan seperti penyata pendapatan dan kunci kira-kira menjadi
bentuk yang boleh digunakan untuk memantau kedudukan kewangan syarikat.
 Beliau perlu berinteraksi dengan eksekutif-eksekutif lain dalam syarikat bagi merancang dan
membangunkan masa depan syarikat.

v) Berurusan dengan pasaran kewangan


Tindakan dan keputusan setiap syarikat akan mempengaruhi dan dipengaruhi oleh pasaran.
Pengurus perlu terlibat sama dalam urusniaga pasaran wang dan modal, di mana di sinilah sumber dana
diperolehi, sekuriti diniagakan dan pelabur mendapat keuntungan atau mengalami kerugian.
Contoh: pengurus kewangan akan berurusan dengan institusi perbankan iaitu salah satu pasaran wang bagi
tujuan pertukaran mata wang asing atau Bursa Malaysia iaitu pasaran modal bagi urusan terbitan saham.

b. Objektif Pengurusan Kewangan

“Memaksimumkan kekayaan pemegang saham”

Kenapa?
 Merupakan matlamat paling penting kerana mereka ini adalah pemilik syarikat dan mempunyai hak untuk
melantik bagi mengurus syarikat.

Bagaimana?
 Kekayaan pemegang saham dapat dimaksimumkan dengan memaksimumkan nilai pasaran (harga)
saham.

“Mengapa memaksimumkan keuntungan bukan objektif pengurusan kewangan ?”


◦ Matlamat pengurusan kewangan adalah lebih menyeluruh yang merangkumi pelbagai aspek iaitu
matlamat jangka panjang, mengambil kira nilai masa wang, dan mengambil kira risiko.
◦ Berbeza dengan matlamat memaksimumkan keuntungan yang tidak menyeluruh hanya keinginan
mendapatkan keuntungan tanpa mempersoalkan risiko, tidak mengambil kira nilai masa wang, dan
merupakan matlamat jangka pendek.

c. Pembuatan Keputusan Kewangan

3 jenis keputusan kewangan

i. Keputusan Pembiayaan
 keputusan untuk mendapatkan sumber dana perniagaan (memilih sumber pembiayaan).
 Bertujuan memulakan sesuatu perniagaan, meluaskan perniagaan atau membeli aset perniagaan.
 Contoh : Modal boleh didapati daripada pinjaman bank, menerbitkan bon dan saham dan sumber
kewangan jangka pendek.

ii. Keputusan Pelaburan


 Melibatkan aktiviti penggunaan dana untuk mendapatkan keuntungan di masa depan pada tahap risiko
yang tertentu.
 Pihak pengurusan perlu bijak memilih alternatif pelaburan samada jangka pendek atau jangka panjang
kerana risiko yang sukar dijangka

iii. Keputusan Dividen


 Merupakan aktiviti menentukan peratusan dividen untuk diagihkan kepada pemegang saham.
 Keputusan pembayaran dividen tertakluk kepada polisi syarikat dan fima terlebih dahulu menetapkan sama
ada dividen akan diberikan atau tidak sebelum agihan dividen boleh dilakukan.

 Pemegang saham mempunyai hak untuk menerima dividen daripada syarikat.

You might also like